Saturday, April 3, 2010

bab43

BAB 43
Encik Ariff duduk bersila diatas lantai diruang tamu. Dia melihat orang yang lalu lalang. Kalut kesemuanya. Kalut menyediakan kelengkapan untuk majlis kahwin anaknya. Dia sebenarnya agak keletihan. Tadi saja, sudah lima kali mengangkat beras-beras untuk esok dan beberapa lagi kerja yang tidak patut dia lakukan pada usianya. Tapi, dia mahu turut terlibat. Nanti apa pula kata orang lain. Hanya tahu mengarah orang tapi dia sendiri duduk saja.
“Ayah. Nak air teh tak?” tanya Amir. Secawan teh yang berada diatas dulang ditunjuk pada Encik Ariff. Hanya tinggal secawan saja lagi.
“Boleh juga.” Tanpa berlengah terus tangannya mencapai cawan itu. Dihirup perlahan air teh itu. Menikmatinya. Amir berlalu dari situ. Entah ke mana dia pergi. Menghilang sebalik pintu rumah.
Diletak perlahan cawan itu disisinya. Encik Ariff memandang sekeliling. Tidak dia perasan akan kehadiran Nadya bersama anaknya, Fasha. Dia melabuhkan punggung diatas lantai. “Ayah. Rina nak datang pukul berapa?” tanya Nadya. Disuruh anaknya itu duduk. Fasya menurut tanpa bantahan.
“Entahlah. Nadya ada call dia?” tanya Encik Ariff kembali. “Tak ada pula. Tapi semalam, dia ada cakap agak petang nanti dia sampailah. Pergi pada ayah sayang. Tengok dia buat apa. Rasanya ayah ada dibelakang rumah.” Arah Nadya pada Fasya. Kanak-kanak berumur lima tahun itu menurut. Sekejap saja sudah hilang dari pandangan.
“Barang hantaran dah siap?” tanya Encik Ariff. Pandangan masih lagi pada luar pintu rumah.
“Dah siap. Baru aje siap. Nikah pukul berapa ayah?” tanya Nadya lagi. Maklumat dia kurang jelas. Dengar kata petang ini tapi tidak ada tanda-tanda petang itu. Barang hantaran pun baru siap sekejap tadi.
“Malam nanti. Lepas Isyak. Kamu pergi ke nanti?”
“Tak rasanya. Siapa lagi yang pergi?” dia turut memandang ke luar rumah.
“Ibu pergi rasanya. Abang Amir dengan bini dia lepas tu Kak Dayah dengan laki dia. Mak cik-mak cik kamu yang lain nak pergi katanya.” Dipandang menantunya itu.
“Bila pengantin laki nak sampai? Dia orang duduk rumah siapa?” tanya Nadya lagi. Dia menguap. Letih gamaknya. Cepat-cepat dia menekup mulutnya.
“Asar nanti katanya sampailah. Mak andak kamu rela nak jadikan rumah dia sebagai homestay. Rumah mak andak kamulah rasanya.”
Nadya diam. Tidak tahu nak tanya apa lagi gamaknya. Dipandang belakang. Terasa ada orang dibelakang. Tiada siapa pula.
“Mana Rina ni?” dia mendesah. Encik Ariff memandang Nadya. Pelik! Dari tadi asyik bertanya Sarina.
“Yang kamu ni dari tadi asyik bertanya pasal Sarina kenapa? Kamu ada berjanji apa dengan dia?” kedua-dua keningnya terangkat. Bibirnya sedikit terjuih.
“Nadya ada tempah baju dengan dia. Katanya nak bawa sekali. Alah, baju keluarga tu. Keluarga kita yang pakai sedondon tu.” Encik Ariff mengangguk faham. Baju boria kaum keluarga.
“Abah. Mak yong cari abah.” Sapa seseorang dari arah belakang Nadya. Hidayah buat muka menyampah. Nadya dan Encik Ariff menoleh serentak.
“Eh, apasal pula dia nak cari aku?” tanya Encik Ariff pelik.
“Entah. Agaknya nak pinjam duit.”
“Hai, takkan kaya raya pun masih nak pinjam duit? Bankrap dah ke?” tanya Nadya sindir. “Agaknya.” Sampuk pula Hidayah.
Encik Ariff rasa mahu ketawa pun ada mendengar ayat dari anak dan menantunya. Menyampah sungguh dia orang dengan mak yong. Sebenarnya, siapa pula yang suka dengan mak yong itu. Hanya Datin-Datin yang dia kenal saja yang menyukainya. Yang lain, hampeh.
“Dia kat mana?” tanya Encik Ariff. Tidak mahu memanjangkan ayat kutuk mengutuk dari anak dan menantunya.
“Ada di luar. Buat apa entah. Jual saham dunia gamaknya.” Sempat lagi Hidayah mengutuk. Encik Ariff tergelak kecil.
“Panggil dia masuk. Ingat ayah ni kuli dia ke, sedap-sedap nak pergi dekat dia.”
“Okey.” Terus Hidayah menghilang dibalik pintu. Sayup-sayup kedengaran jeritannya memanggil mak yong. “Nadya ke dapur dululah. Nak tengok ibu tengah buat apa. Nanti bising pula orang tua tu kalau Nadya tak ada.” Bingkas dia bangkit lalu menapak pergi dari situ. Lenggang-lenggoknya diperhatikan dengan mata kasar Encik Ariff.
Dia termenung seketika. Dan datang ke bersama Sarina? Dia tertanya-tanya. Tepukan dibahu mengejutkan Encik Ariff. Segera dia memusing ke kanan. Mak yong sedang tersengih dan menayang gigi. Dia berbaju kebaya nyonya. Melaram sakan ah! Kendurinya esok oi...
“Hah! Apa yang tersengih macam tak cukup gigi ni? Ada gigi yang tukar dengan keluli ke?” usik Encik Ariff. Cemberut terus riak wajah mak yong. Muncung mulut macam gajah tak cukup umur saja.
Ketawa berdekah-dekah Encik Ariff melihat adiknya itu muncung berdepa-depa. “Orang mengusik sikit pun tak boleh. Nak apa yang cari abang ni?” tanya Encik Ariff. Dia mengetap bibir. Menunggu butir bicara dari mulut mak yong.
“Sajalah cari abang. Tak boleh ke?” tanya mak yong sambil menjeling.
“Boleh ah. Tapi yong tu kalau cari abang bukan ada kerja lain. Nak bergosiplah tu. Tak pun nak cerita pasal orang sekeliling.” Sindir Encik Ariff. Dijeling balik pada mak yong. Aik? Lawan jeling menjeling ke?
“Benci betul cakap dengan abang ni...”
“Dah tu yang cakap dengan aku lagi, apahal? Rindu?”
“Tak adanya nak rindu. Buang masa aje.”
“Yalah tu. Hish, dari tadi dok merepek. Cakap ajelah apa yang yong nak cakap. Kalau tak abang nak belakang. Nak tengok kerja yang belum dibuat lagi. Kalau nak harapkan kau, hari kenduri bolehlah.” Sindir Encik Ariff lagi.
“Ada cerita pasal Dan.” Tidak dia ambil dengan sindiran Encik Ariff.
“Ini yang buat aku tak sedap hati ni. Apa hal pula budak tu?” hatinya mula tidak senyap dengan senyuman yang meniti dibibir mak yong. Meluat juga dia kadang-kadang dia dengan senyuman jahat itu.
“Sebenarnya budak Dan tu kita dah kenal dia dari kecil lagi.”
“Apa maksud yong?” tanya Encik Ariff lagi dengan tergesa-gesa.
Senyuman makin lebar dibibir mak yong. “Abang kenal tak siapa dia sebenarnya?”
“Hish, soalan berbelit betul kau ni. Kenal la. Kawan Rina. Kau sendiri pun pernah jumpa dia kan masa kenduri kesyukuran tu dulu? Takkan tak ingat? Hai, dah lupa ingatan ke kau ni? Eh, betullah. Kau mana sempat nak berkenalan dengan dia. Kau sibuk dengan aktiviti datin-datin kau tu. Kenduri adik beradik kau ni manalah kau nak pergi. Pergi pun dah hujung malam.” Sempat lagi dia memerli adiknya itu.
Apa lagi? Mak yong terus menjeling. Berbekas juga dihatinya. Namun tidak sangat dia ambil peduli.
“Dan bukan seperti yang kita sangkakan.”
“Siapa pula dia? Mafia? Ke penyamun? Eh, abang okey aje. Janji dia tak tinggal sembahyang dahlah.” Main-main pula Encik Ariff. Mak yong menampar bahu abangnya. Tergelak Encik Ariff.
“Dia tak cakap ke siapa ayahnya?” mak yong cuba mengorek lagi.
“Tak pula. Lagipun tak pula aku tanya. Yang kau sibuk nak tahu ni kenapa?”
“Adalah. Kejap ya...” mak yong mencari sesuatu dalam tas tangannya. Tidak lama kemudian, dia menjumpainya. Sekeping foto lama diserah pada Encik Ariff. Pada mulanya, Encik Ariff teragak-agak mahu menyambut foto itu. Tapi, setelah didesak mak yong, dia menyambut juga.
Dia tersentak. Foto keluarganya bersama keluarga Ahmad. Matanya membulat. Dia terpaku. Hatinya tiba-tiba diterjah rasa hiba dan rindu. Rindu pada sahabat karibnya itu. Orang yang lalu lalang disebelah tidak menjadi perhatian.
“Ma..ma..mana kau jumpa gambar ni?” tergagap Encik Ariff bertanya. Tangannya mula menggeletar.
“Terjumpa dalam laci dirumah yong. Entah macam boleh terjumpa entah. Abang kenal tak budak ni?” tangannya menunjuk ke arah seorang budak yang agak gempal tubuhnya dan berambut petak. Budak itu berseluar pendek dan berbaju lengan pendek.
Encik Ariff seperti pernah tengok budak itu. Ada iras-iras Dan. Atau memang Dan? Benak Encik Ariff bertanya. Memang macam Dan. Dia pun sudah lupa nama anak-anak Ahmad. Hanya tahu rupa tapi sudah kabur. Memang lama tidak berjumpa. Sangat lama.
“Apa yang yong cuba nak bagi tahu abang?” perlahan dia bertanya. Kedengaran lemah saja suaranya.
“Kalau abang nak tahu itulah Dan.”
“Dan?” ulang Encik Ariff dengan rasa tidak percaya.
“Ya. Itu Dan. Kawan Rina. Anak abang Ahmad. Dia dah tipu kita abang. Rina dengan Dan tak bagitahu pun siapa dia sebenarnya. Dia orang ada rancangan ke?” tanya mak yong, pura-pura terfikir. Jarum dia mahu cucuk!
Mata Encik Ariff masih terpaku pada gambar itu. Tidak beralih langsung. Tegang saja wajahnya. Mak yong pula tersenyum suka.
“Rancangan apa yang kau maksudkan? Abang tak fahamlah. Rancangan Koridor Utara tu ke?” Nadanya perlahan, namun sempat lagi berseloroh.
“Manalah saya nak tahu. Itu rancangan dia orang. Kalau tahu, saya tak tanya abanglah. Abang tak musykil ke tengok mereka asyik berkepit aje.” Jarum cuba dicucuk lagi.
Encik Ariff terdiam. Terfikir juga dia. Tapi, yang dia tahu mereka berdua memang rapat dan dia ‘merestui’ mereka. Dia juga menyukai Dan. Pandai ambil hati orang tua.
“Itu abang tahulah. Lagipun, abang suka dengan Dan tu. Sebenarnya, apa yang kamu cuba sampaikan ni? Cuba cakap tu bagi jelas sikit.” Marah Encik Ariff.
“Dan ni adalah anak kepada abang Ahmad. Abang tak ingat ke? Kenapa tiba-tiba Dan muncul? Kenapa tak dari dulu dia muncul?”
Suara mak yong menerjah gegendang telinga Encik Ariff. Berbekas dihatinya.
“Pelik betullah. Lepas tu, siap rapat lagi dengan Rina. Macam ada agenda tersembunyi, disebalik perkenalan ni.” Suara mak yong terus menerus menerjah benak hati Encik Ariff yang terdiam sambil memegang foto lama itu. Matanya merenung gambar itu. Lama.
Dia memerhatikan Dan dan Ahmad silih berganti. Dia sayangkan Ahmad. Dari dulu lagi. Ahmad seperti abangnya. Mereka kenal sejak kecil lagi. Mungkin sebab itu dulu mereka sangat rapat.
“Maksud kamu?” lemah Encik Ariff bertanya. Mak yong menarik nafas sekali sebelum mula berbicara.
“Dia macam nak buat sesuatu pada abang. Macam nak balas dendam. Entah apalah yang abang Ahmad dengki sangat dengan abang ni. Tak habis dengan perasaan hasadnya tu.” Dijeling sejenak Encik Ariff.
Berubah wajah Encik Ariff. Pandai betul mak yong berlakon. Suaranya seperti mengambil berat akan hal abangnya, Encik Ariff. Padahal, jauh mangkuk dari singki.

Panas terik matahari, tetap tidak membangunkan Sarina dari lenanya. Dia mengantuk sangat. Letih. Siang tadi dia bekerja dulu sebelum boleh pulang ke rumah untuk kenduri.
Seorang mamat sebelahnya dari tadi asyik merenung dan meneliti wajah Sarina. Sarina pula tidak sedar diperhatikan dengan begitu mendalam. Lena sedap sangat! Tak ingat dunia kalau matanya mula buat over time untuk tahi mata.
‘Baru sekarang aku dapat tengok wajah dia dengan puas. Kalau dulu, huh, nak dekat pun, dia dah sebatu lari dari aku,’ desis hati Dan. Dia berhenti di perhentian Gurun dulu. Lagi setengah jam barulah sampai ke Sik. Namun, dia agak keletihan kerana memandu dari KL. Dari Kuala Lumpur terus ke rumah Sarina. Dari situ dia memandu kereta Sarina. Pada mulanya, Sarina ingin memandu kerana khuatir Dan keletihan, tapi setelah bertekak dengan Dan, dia melepaskan juga.
Sarina bergerak-gerak sedikit. Cepat-cepat Dan mengubah posisi agar lebih selesa. Dia tidak mahu Sarina menyedari dia diperhatikan sebegitu rupa. Sarina memang tidak suka kalau ada orang yang memerhatikan dia sebegitu. Tambahan pula, kalau lelaki. Lagi dia menyampah.
“Amboi sedap-sedap tengok orang macam nak telan ya. Belasah kang, baru tahu beza antara koko dengan coklat.” Sergah Sarina. Dan tersentak. Dia tidak tahu Sarina pura-pura tertidur.
Dan tergagap. Tidak tahu berkata apa. Mulutnya kejap terngang, kejap terkatup. Mahu bersuar tapi tidak keluar pula suaranya. Sarina tergelak. Kantoi juga Dan. Gagap! Padan muka!
Dan buat muka merajuk. Dia memandang depan. Dalam kereta pun, boleh bergurau lagi. Nasib baik baru sampai. Kalau tidak panaslah Sarina di dalam kereta. Begitu juga Dan yang setia menanti Sarina untuk berjaga.
“Pasan muka buat lagi macam tu. Dah tahu Rina tak suka orang buat macam tu, buat juga.”
“Alah, manalah nak tahu, Dan ni special kes. Dikecualikan.”
“Yalah tu. Kenapa pula nak kena dikecualikan?”
“Yalah, Dan kan...mmm...apa orang kata tu...” digumam bibirnya. Sarina sudah tersengih.
“Apa?” soal Sarina.
“Mmm...ahm kekasih.”
“Perasan!” jerit Sarina. Kembang juga hatinya mendengar kata-kata Dan. Macam tak percaya pun ada.
“Betullah.”
“Tetap perasan.”
“Yalah. Eh, tak nak sembahyang ke?”
“Sembahyang apa?” tanya Sarina pelik.
“Zohorlah. Nak habis dah pun waktunya.” Ditunjuk jam ditangan. Menala Sarina melihat. “Kenapa tak gerak?” marah Sarina. Namun nadanya masih terkawal. Berkerut muka Dan.
“Dah tengok Rina tidur macam baby. Lena macam tak ada apa yang berlaku.” Bela Dan.
“Yalah, tapi geraklah Rina. Rina pun kena sembahyang juga. Ee, geram betul.” Tangan yang agak panjang disua ke belakang, mengambil sebiji beg yang berisi telekung.
“Manalah nak tahu.” Lontaran nada yang lemah dari Dan, membuatkan Sarina terhenti dan merenung Dan. Pandangan Dan dihala pada sebuah lori di depan mereka tetapi agak jauh.
“Eleh, eleh. Merajuklah tu.” Sarina ketawa mengejek. Dan masih mendiamkan diri. Pandangan masih dibuang pada lori yang tidak bergerak itu. Diatasnya, terdapat beberapa buah motosikal. Mahu diedarkan.
“Dan.” lembut suara Sarina menyapa gegendang telinga Dan. Bergetar juga jiwanya. Tapi dibuat seperti biasa. “Merajuk konon. Dahlah. Nak pergi sembahyang dulu. Nanti kita pergi makan ya.” Sedikit bereaksi memujuk. Mahu tergelak pun ada. Macam-macam perangai betul dengan Dan ni.
Pintu kereta dibuka lalu melolos keluar dari situ. Ingin segera menunaikan solat. Dan mengikuti langkah Sarina. Dipandang Sarina dari arah belakang. Dia tersenyum. Keras hati betul. Selamba saja tinggalkan Dan yang tengah ‘merajuk’. Bukannya nak pujuk. Dibiarkan saja. Buat dunno aje. Dan tergelak kecil sambil menggeleng.
Buat seketika Dan mengeluh. Penat juga memandu. Dari Kuala Lumpur ke Alor Star, kemudian dari Alor Star ke Sik. Penat betul! Padan muka! Sarina hendak bawa, dia pula yang tak bagi.
Dia tergelak mengenangkan dia hampir bergaduh dengan Sarina tadi.
“Macam-macam gaya betul awek aku ni.” Selamba Dan berkata.
Tidak lama kemudian, Sarina kembali. Dibetulkan tudung buat seketika semasa berjalan ke kereta. Pandangan Dan tertala pada Sarina. Direnung penuh kasih sayang. Hatinya sudah dimiliki. Tidak lain tidak bukan ialah Sarina. Telah lama hatinya dicuri.
Pintu kereta terbuka. Dan tersentak dari lamunannya. Dia cuba buat seperti biasa. Terjengul kepala Sarina. Hanya beg yang masuk ke dalam kereta. Diletakkan diatas kerusinya. Dan merenung. Pelik! Kenapa letak beg aje? Dia tak masuk pun.
“Tak nak turun makan ke?” tanya Sarina bagai tahu apa yang berlegar di dalam minda Dan. Baru Dan tahu.
“Lapar ke?” soal Dan. Sebenarnya dia pun lapar. Dari pagi tadi belum makan lagi. Sanggup tak makan semata-mata hendak berjumpa dengan kekasih hati lebih awal.
“Laparlah juga. Makan pagi tadi aje. Tengah hari mana ada makan sebab nak bersiap.” Balas Sarina perlahan.
“Siapa suruh tak makan.” Eleh, padahal dia dari pagi tadi lagi. Kutuk Dan sendiri.
“Dah nak bersiap. Dan juga yang kata, kalau Dan sampai terus bertolak.”
“Bertolak memanglah lambat.” Sarina faham sangat dengan maksud Dan. Dia tersengih.
“Hish, Rina cakap betul-betul dia buat main pula. Belasah kang baru tahu.” Siap dengan jelingan lagi.
Terus Dan tergelak. “Suka sungguh belasah orang. Nanti kalau Dan jadi suami dialah, macam manalah gamaknya. Agaknya hari-hari kena belasah.” Seloroh Dan. Sarina menjeling lagi.
“Nak pergi ke tak ni? Asyik main-main aje dari tadi.”
“Naklah. Jom. Dan pun lapar ni. Mana makan lagi dari tadi.” Terus dicapai dompetnya diatas dashboard. Berkerut dahi Sarina.
“Tak makan lagi dari tadi?” tanya Sarina tatkala Dan sudah keluar dari kereta. Kereta lalu dikunci. Dan merenung Sarina lalu tersenyum.
“Yalah. Nak jumpa dengan awek punya pasal,” masih dia tersenyum. Sarina menjeling, lagi. Suka menjeling sungguh dia ni.
“Jomlah. Kalau lama di sini, bakal merepek lagi banyaklah. Sudahlah yang lawak Hello Kitty punya. Bukan best pun.” Dan tergelak besar. Dipegang perutnya yang berotot.
“Dia yang merepek kata kat orang.” Balas Dan. Kini, mereka sedang berjalan menuju ke deretan restoran dan juga kedai runcit. Mereka melewati beberapa buah kedai. Ingin melihat apa yang ada dulu, kemudian, baru buat keputusan. Bandingkan harga dulu. Macam iklan pengguna bijaklah pula.
“Nak nasi lemak ke?” tanya Dan setelah mereka lalui dihadapan restoran yang menunjukkan nasi lemak dan beberapa jenis lauk lain. Masakan ala kampung. Tak kurang juga yang segera.
“Entahlah.”
“Hai, lapar tapi tak tahu nak makan apa?” tanya Dan pelik. Perut berjenama apa ni?
“Manalah nak tahu. Selalunya Rina sebat aje apa yang ada.”
“Nak makan masakan kampung ke?” soal Dan lagi. Tergeleng-geleng kepala Sarina tidak tahu.
‘Nak makan apa? Semuanya aku melantak aje. Takkanlah nak melantak depan Dan? Kalau dia tengok, reject terus aku kang....” desis hati Sarina. Perutnya sudah berkeroncong untuk Dan, tapi tak tahu nak makan apa.
Dan merenung sambil kening kiri terangkat. ‘Ni manusia ke apa ni? Tak tahu nak makan apa....’ bisik hati Dan pula.
Sarina kelihatan sedang meninjau lauk-pauk yang ada. Kelakuannya diperhatikan Dan. Lauk ayam masak merah. Mata Sarina tertacap pada lauk itu. Ditelan air liur. Nampak sedap saja. Dan memerhati Sarina. ‘Suka ayam masak merah ke, mak cik ni?’ getus hatinya.
“Ambil ajelah kalau nak. Takkan nak tengok aje?”
Sarina tersentak disergah begitu. Hampir dengan telinga dia pula tu. Rasa nak lempang-lempang saja si Dan. Tak guna betul! Main sergah-sergah tepi telinga saja. Dijegilkan biji matanya pada Dan.
Jejaka itu hanya tertawa kecil.
“Ya, akak. Nak apa?”
“Bagi nasi kosong satu.”
“Dua nasi kosong, ya.” Sampuk Dan. Lapar jugalah tu. Budak lelaki itu mengangguk lalu beredar. Sarina buat tidak tahu dengan Dan yang turut menyampuk. Dan juga turut menjenguk kepala, ingin melihat lauk yang ada.
Tidak lama kemudian, mereka beredar dari situ setelah membayar harga makanan dan minuman. Tempat duduk berhadapan restoran itu yang menjadi pilihan mereka.
Tika Sarina baru hendak menganga mulut, Dan bersuara. Dia terhenti.
“Tak nak baca bismillah dulu ke oi...” sindir Dan. Sarina sengih-sengih. Malulah tu! Ditekup mulut dengan tiga jari tengahnya. Dan tergelak terus. Macam singa tengah sakit perut dia tergelak.
“He..he..he..” hanya itu yang mampu Sarina keluarkan. Selebihnya hanya tersengih.
“Terlupa. Lagipun lapar sangat.” Jawab Sarina.
“Kalau ya pun bacalah bismillah dulu.” Pesan Dan. Sarina tersengih malu. Tidak sampai setengah jam mereka selesai mengadap nasi. Bukan setakat mengadap, siap ‘mentekedarah’ lagi. Jari lagi dijilat. Lapar punya pasal, jari sanggup dijilat sampai licin.
“Dah siap?” tanya Dan. Wajahnya ditegangkan. Sarina yang memandang sekeliling terus beralih arah pada Dan. “Dahlah. Tak nampak ke orang dah siap basuh tangan ni.” Bebel Sarina. Dan tersengih.
Sarina menjeling. “Suka sangat jeling. Korek biji mata kang baru tahu.” Ugut Dan.
“Koreklah kalau berani.” Sekarang dijegilkan mata pula. Siap dengan jelingan separuh maut. Mulut herot sudah. Dan rasa mahu ketawa besar tapi ditahan. Nanti orang kata macamlah dia seorang yang ada girlfriend.
“Betul ni? Dan kalau bab-bab korek mengorek ni, no hallah. Takut Rina aje yang lari tak cukup jalan raya.” Dan terasa nak main-main. Dia sedikit bangun. Bersedai mahu mengorek mata Sarina.
Sarina menyeringai. “Larh...tak nak pula. Tadi bukan main beria-ria lagi cabar orang. Menyerah kalah ke” Dan senyum pisang.
“Benci betul.” Terus Dan ketawa. Tapi, masih dibawah kawalan kementerian ‘empunya badan’.
“Tak berasa nak bertolak lagi ke?”
“Betul ke nak bertolak lagi? Jenuhla kita bertolak. Esok belum tentu sampai lagi.” Sindir Dan. Sarina salah ayat lagi. Sarina rasa macam nak gigit saja kepala Dan. Tapi, orang ramai bertempiaran lari pula nanti, melihat dia berjalan dengan hantu ‘kepala kena gigit dengan duyung cantik’. Pakat-pakat histeria pula nanti!
“Hish, cakap lama-lama dengan Dan boleh jadi gila dibuatnya. Jomlah. Nanti sampai malam, tak sempat pula nak buat benda lain. Kak Nadya dah resah rasanya. Baju dia ada dengan Rina.”
“Okey, okey. Tapi, dengan syarat.”
“Apa pula syaratnya? Nak buat benda ringkas macam tu pun nak kena bersyarat-syarat. Apa syaratnya?”
“Bagi Dan sebuah ciuman dulu.”
“Nak kena penumbuk?! Ada juga yang sampai sana nanti bengkak mata kang.” Sergah Sarina tapi perlahan. Dan sudah ketawa terbahak-bahak. Nasib baik kawasan rehat itu banyak orang. Jadi, tenggelamlah sedikit suara Dan dengan bunyi bising.
Tanpa berlengah terus Sarina bangun dan berjalan. Hentak kaki lagi. Tanda geram. Dan menggeleng-geleng kepala. Dia juga turut bangun akhirnya. Dia tidak cuba menyaingi Sarina. Dibiarkan Sarina berjalan dulu. Dia agak ketinggalan jauh dari Sarina hingga Sarina hilang dari pandangan. Sampai dikereta Dan tertanya. Ke mana Sarina pergi? Aik? Balik tumpang teksi ke? Ke tumpang UFO?
Dia buat keputusan untuk menunggu dulu. Sekejap saja dah lesap. Kerat kaki baru tahu. Hampir lima minit dia menunggu. Dia mula resah. Tapi, resahnya tidak lama sangat. Kelibat Sarina menuju ke kereta ditangkap mata Dan. Dia menghela nafas lega.
“Rina ke mana?” tanya Dan sebaik saja Sarina sampai ke kereta. Dahinya berkerut menahan geram.
“Ke tandas kejap.” Perlahan Sarina menjawab.
“Lain kali beritahulah pada Dan nak ke mana pun. Jangan buat orang risau.” Nadanya rendah. Tidak mahu Sarina marah atau merajuk.
“Maaflah Dan. Tak sempat nak bagitahu. Dah tak tahan.” Bela Sarina. Rasa bersalah menyapa hatinya. Kesian pula dia pada Dan yang risau tentang dia. Redup pandangan Sarina. Cuba menyejukkan hati Dan. Dan mengeluh. Hembusan nafasnya sejuk.

bab42

BAB 42
“Mana Sarina ni?” tanya Ina pada entah siapa. Mungkin pada dirinya sendiri. Melilau matanya memandang keliling. Mencari kelibat Sarina. Malam tadi Sarina menelefonnya dan meminta berjumpa dengannya. Nasib baik hari itu dia cuti. Kalau tak jangan haraplah nak berjumpa.
Jam ditangan dibelek. Warna emas. Dihadiahkan oleh seseorang yang telah lama bertakhta dalam hatinya. Namun telah dirobek hatinya. Pada mulanya dia mahu membuang saja jam itu namun hatinya melarang. Entah mengapa hatinya melarang. Direnung jam yang bersalut sedikit permata sekelilingnya. Memang nampak elegan.
Dipandang keliling semula. Restoran Sang Burung nampak agak sesak dengan orang yang agaknya tengah menikmati jamuan tengah hari. Lunch time!
“Lambat betul minah ni. Nantilah kalau dia sampai, aku genyeh-genyeh kepala dia.” Bibirnya mengulum. Geram. Apa juga yang minah tu nak sampai tak menyempat-nyempat nak berjumpa. Padahal bercakap dalam telefon pun sama saja.
Kalut betul suara minah tu malam tadi supaya berjumpa dengannya disitu. Tapi, kelibat batang hidung pun tak muncul lagi.
“Hai.” Tegur seseorang dari belakang. Tapi, suara lelaki. Bukannya suara perempuan atau Sarina. Ina yang tidak sempat proses suara siapa yang bergema digegendang telinganya, menoleh.
Berubah riak wajahnya. Dipandang kembali ke depan lalu mengetap bibir. Tiba-tiba rasa marah yang marak menyala dalam hatinya. Di pejam mata. Cuba menghalau rasa marah.
“Ina.” Perlahan suara Hafiz memanggilnya. Matanya celik. Terpandang wajah sedih dan agak cengkung Hafiz. Nampak tidak bermaya wajah itu. Janggut liar tumbuh merata disekitar mukanya. Kesian juga Ina. Namun cepat cepat dihindar rasa itu.
“Apa yang awak nak?” tanya Ina. Kasar. Tersentap hati Hafiz. Tapi tidak disalahkan pada Ina. Sememangnya dia bersalah. Betul kata Adam. Sebenarnya dia cinta dan sayang pada Ina. Bukannya Sarina. Jika tidak masakan dia boleh rasa macam dah mati sejak putus hubungan dengan Ina. Terasa dunia lenyap baginya.
“Tolong Ina. Maafkan saya. Tolong maafkan saya. Saya dah sedar kesilapan saya. Saya minta maaf Ina. Tolong maafkan saya.” Rayu Hafiz dengan tulus. Mukanya menahan rasa perit.
“Maafkan awak? Setelah apa yang awak buat pada saya, awak ingat senang saya nak maafkan awak. Ingat senang ke? Bukan mudah nak rawat hati saya yang luka. Bukan mudah Hafiz.” Tekan Ina. Hafiz tertunduk seketika. Mata Ina pula sudah berkaca. Rasa sakit singgah dihatinya.
“Saya tahu Ina. Biarkan saya yang rawat luka awak. Tolong benarkan saya rawat luka awak.”
“Benarkan? Huh, setelah apa yang saya lalui, bukan mudah saya nak terima awak kembali. Sebenarnya, awak tak silap langsung. Tapi, saya yang silap. Silap kerana jatuh cinta pada awak. Dan yang paling saya kesal, adalah mengenali awak. Itulah kesilapan terbesar saya.” Ina seperti mahu beredar dari situ. Tapi, tidak bergerak juga punggungnya. Terasa terlekat dengan gam gajah atau singa.
“Saya tahu tak mudah untuk awak terima kembali, malah mungkin awak membenci saya sekarang ni. Tapi, benarkan saya mencintai awak kembali. Tolonglah Ina. Saya merayu pada awak. Saya sudah menerima pembalasan saya atas kesilapan saya melukakan hati awak. Saya merana. Saya hidup tidak senang. Sepanjang masa saya teringatkan awak. Sampaikan saya mengajar pun, tidak boleh tumpu. Ingatan saya hanya pada awak. Hanya awak, Ina. Tolonglah terima saya kembali.”
“Kenapa saya perlu terima awak kembali? Cakap? Kenapa saya perlu maafkan awak? Cakap?” jerit Ina. Beberapa pengunjung disitu memandang mereka. Tapi, tidak lama. Tidak mahu masuk campur pasangan yang lara hati itu.
“Sebab awak mencintai saya. Dan begitu juga saya. Saya mencintai awak Ina. Hanya awak yang bertakhta dalam hati saya. Hanya awak. Bukan orang lain.”
Ina terdiam dengan bicara Hafiz sebentar tadi. Sememangnya dia tidak tahu mahu berkata apa. Lidahnya kelu. Hatinya mengiakan apa yang Hafiz katakan tadi. Ya, dia masih mencintai Hafiz. Sudah ditanam benih-benih benci namun tidak subur. Layu semuanya.
“Saya mahu kembali pada awak Ina. Saya mahu mencintai awak kembali. Izinkan saya bertakhta dalam hati awak kembali. Saya merayu pada awak.” Rayu Hafiz lagi.
Ina lemah dengan rayuan Hafiz yang kedengaran tulus dan ikhlas itu. Dia diam tidak terkutik. Meja yang menjadi mangsa tatapan matanya. Mata kian bertakung dengan air jenih yang bercahaya. Hatinya menjerit mahu kembali. Tapi, setelah difikir kembali, apa yang dia akan dapat andai dia kembali pada Hafiz. Cinta? Benarkah? Didongak kepala memandang jejaka yang masih bertakhta dalam hatinya.
“Apa yang akan saya dapat jika saya kembali pada awak? Sakit dihati? Sudahlah Hafiz, awak balik sajalah. Buang masa awak saja. Baliklah. Saya tak nak tengok muka awak lagi.” sergah Ina. Matanya membulat merenung Hafiz yang suram saja riak wajahnya. Cengkung wajah jejaka itu. Diseka air jernih yang mengganggu penglihatannya.
Ina mahu berdiri lalu pergi dari situ namun terbantut. Panggilan dari Hafiz mematikan langkahnya. “Ina! Tunggu!”
Ina yang mengadap arah lain memejamkan mata. Mahu hentikan air mutiara yang mengalir. Dia tidak cukup kuat. Dia tidak kuat. Hatinya tidak kuat mahu berlawan dengan pujuk rayu Hafiz.
“Dengar dulu apa yang saya nak cakap.” Ina masih berdiri disitu. Orang sebelah meja mereka memandang perlakuan anak muda itu. Masing-masing senyap mendengar kata-kata yang bakalan keluar dari mulut Hafiz.
“Saya akui, saya sukakan Rina. Saya akui, yang saya selesa bersama Rina. Tapi, sebenarnya saya lebih sayangkan awak, saya cintakan awak. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Saya hilang arah tanpa awak. Tolonglah, Ina. Maafkan saya. Saya cintakan awak dan saya tahu yang awak juga cintakan saya. Oleh itu...”
Tiada lagi suara Hafiz yang menyapa telinga Ina. Hanya kedengaran derap kerusi yang ditolak dan tapak kaki yang mendekati Ina. Ina mengetap bibir sambil memejam mata. Hatinya berdebar-debar. Tidak tahu buat apa. Rasa nak lari dari situ tapi kakinya tidak bergerak. Bagai digam dengan silikon.
“Buka mata kamu Ina.” Arah Hafiz. Bagai dipukau, Ina membuka mata. Hafiz berada dihadapannya. T-Shirt hijau berlatarbelakangkan hijau daun pisang menyerlahkan ketampanannya. Dia tersenyum. Ina terpana. Makin kronik debar jantungnya.
Tiba-tiba Hafiz mengeluarkan sebuah kotak berwarna merah. Ina terpaku. Diam tidak berkata apa. Tercengang agaknya. Jari jemari Hafiz membuka kotak itu. Terserlah cincin yang disaluti emas dan seketul berlian yang berbentuk hati bergemerlapan. Mata milik orang sebelah mereka terbuka luas. Mulut ternganga. Jaga-jaga, nanti lalat masuk! Bodoh pula seminggu!
“Saya hendak mengambil awak sebagai isteri saya yang sah. Sudikah awak?” tanya Hafiz dengan nada romantik. Penonton sebentar tadi, mengumam sesuatu. Agaknya menyuruh Ina menerimanya. Ina pula diam terperanjat. Dia tidak bergerak dari tadi. Perasaan terkejut dan terperanjat menguasai dirinya.
“Ina.” Panggil Hafiz perlahan sambil tersenyum. Dia sendiri terperanjat dengan tindakannya. Apa yang merasuk dirinya pun tidak dia tahu.
Ina tersentak. Dia memandang Hafiz. Pandangannya seperti tidak percaya. Dialih matanya pada cincin itu pula. Bersinar-sinar cincin itu bagai meyuruh Ina mengambil lalu menyarung pada tangannya. Otaknya ligat memikirkan benda yang perlu dia lakukan.
“Betulkah apa yang awak buat ni?” akhirnya soalan itu yang terlontar dari bibir mulusnya. Hafiz mengangguk. Masih meniti senyuman dibibirnya.
“Betul sayang. Memang ini yang saya ingin lakukan. Sebenarnya sudah lama saya mahu buat tapi tidak berkesempatan.” Bibir Hafiz menjelaskan dengan ringkas. Ina seperti rasa mahu tersenyum. Terlupa dia sejenak dengan peristiwa yang berlaku.
Tiba-tiba hatinya bagai terbang diawan biru. Rasa bahagia menyelinap dalam hatinya secara terang dan nyata. Memang ini yang dia tunggukan dari Hafiz sejak dari dulu. Tapi, apakah dia ikhlas melakukan ini atau kerana terpaksa untuk menyejukkan hatinya?
“Saya ikhlas lakukan ini. Saya tidak mahu kehilangan awak lagi. Tolonglah terima, Ina.” Bagai dapat membaca isi hati Ina. Ina bungkam. Terkejut juga dia dengan kenyataan Hafiz itu.
Tangan Ina bergerak perlahan-lahan mengambil cincin itu dari kotak merah itu. Mulut Hafiz makin luas mengukir senyuman. Dia terasa bahagia tika Ina menyarung cincin itu dijarinya. ‘Jiran’ sebelah yang melihat tersenyum. Mereka turut berasa bahagia. Senyuman tidak habis-habis terukir dibibir mereka berdua. Hafiz terasa mahu menjerit. Menjerit bahagia. Menjerit kerana Ina masih mahu menerima dia. Akhirnya, kedua-dua mereka tersipu-sipu malu.
Tika itu, telefon Ina berdering. Tercari-cari telefon dalam beg tangan hitamnya. Direnung skrin telefon itu. Terpapar nama Rina. Ibu jarinya menekan punat hijau lalu telefon tekup ditelinga.
“Macam mana?” serbu Sarina.
“Waalaikumusalam. Bertuahnya punya kawan. Sanggup kau tipu aku?” jerkah Ina. Namun tidak berbekas dihati Sarina. Lagi, dia mengekek ketawa adalah. Ina pula terasa turut mahu ketawa. Senyuman dibibir ditahan. Hafiz merenung dengan gaya menggoda.
“Terpaksalah. Kalau tak jangan harap kau nak datang. Macam mana? Okey tak?” tanya macam tanya harga barang. Mahal ke murah? Apa punya kawanlah.
“Okey kepala otak kau. Siaplah kau kalau ada depan aku nanti. Kau di mana sekarang?” matanya membulat. Hafiz tersenyum sambil tangan menyeluk poket.
Sarina menyambung tawanya. “Ada dirumah akulah. Di Alor Star.”
“Bertuah punya kawan. Cakap nak berjumpa dengan aku tapi orang yang nak berjumpa dengan aku rupa-rupanya nun jauh disana. Eeee...geram betul aku. Nasib kau memang baik, tak ada depan aku. Kalau tak dah lama aku ganyang-ganyang kau. Lumat-lumat aku kerjakan. Buat belacan.”
“Hish, pekak apa minah ni. Aku tanya, okey tak?” sergah Sarina pula. Geram betul bila soalan yang ditanya tidak berjawab.
“Okey apanya?” hujung nadanya perlahan. Dipandang Hafiz yang tersenyum. Ina mengetap bibir malu.
“Alah, buat tak tahu pula. Kau dengan Hafiz macam mana sekarang?” macam tahu tahu saja dia dan Hafiz sudah baik. Malah, lebih baik dari baik.
“Okeylah.”
“Okeylah? Macam tu aje?”
“Habis tu kau nak macam mana lagi?” sergah Ina. Hafiz menggaru lengannya.
“Manalah nak tahu, yang lebih daripada biasa ke...” meleret suara Sarina. Ina sudah tersengih sampai ke telinga.
“Yalah kau. Nantilah aku cerita. Sibuk aje nak tahu hal orang.”
“Mestilah nak sibuk. Hal kawan aku. Okeylah. Jangan lupa pula. Siaplah kau kalau lupa. Aku pergi gendang-gendangkan rumah kau. Biar pekak terus.”
“Eleh, berani ke tu? Aku letak aje kucing depan rumah. Susah apa.” Ina sudah tergelak besar.
Sarina mendengus. Dia memang takut dengan kucing. Macamlah kucing tu nak makan dia. Makin galak Ina ketawa apabila mendengar Sarina mendengus.
“Benci betul aku.” Jerit Sarina.
“Padan muka. Dahlah. Nanti telefon balik.” Terus talian mereka terputus.

bab41

BAB 41
Sarina pening memikirkan panggilan dari Hafiz malam tadi. Bagaimana dia mahu melakukan perkara sebegitu? Dia belum pernah buat macam tu? Otaknya ligat memikirkan rancangan yang entah bila bakal dilaksanakan.
Tangannya menongkat dagu. Matanya merenung skrin laptop. Gambarnya bersama Dan semasa di Langkawi yang berlatar belakangkan ditepi jeti pada waktu malam. Namun fikirannya tidak berada disitu. Dibetulkan tudungnya seketika. Kejap digaru kepala kejap mulutnya menghembus nafas kasar. Macam-macam reaksi dilakukannya.
“Apa yang perlu aku lakukan? Dia dah minta tolong. Takkanlah tak nak tolong. Lagipun dia cikgu aku. Hubungan mereka pun retak hampir kerana aku juga. Nak buat macam mana sekarang ni?” dia mengaju soalan itu pada dirinya sendiri. Dia mengeluh. Bibirnya mencebik.
“Kamu ni kenapa? Bercakap seorang diri. Ada yang merasuk ke?” sapa seseorang dari arah belakangnya. Sarina menoleh dengan tangkas dek kerana terkejut.
“Oh, Encik Hairul. Ingatkan siapa tadi. Buat saya terkejut saja. Tak ada apalah. Saja cakap seorang-seorang.” Terus ayat cintun terkeluar dari bibirnya.
Encik Hairul tertawa kecil mendengar. Sarina terjongket kening. Pelik! Apa hal pula Encik Hairul tiba-tiba gelak. Macamlah dia buat lawak. Hujung bibirnya sedikit menyerengot. Terkutik juga hatinya.
“Kamu ni. Ada-ada aje.”
“Ada apa-apa yang saya boleh bantu, Encik?” tanya Sarina. Selalunya kalau Encik Hairul memerlukan bantuannya, dia akan berjumpa dengan Sarina. Setiausahalah katakan. Mata Sarina memandang sampul yang Encik Hairul pegang.
“Saya nak kamu taip surat ni semula. Ada yang tak kena ejaannya. Nanti bila dah siap letak atas meja saya.”
“Baiklah.”
“Ah, lupa nak tanya. Kamu ada masalah apa tadi?” tanya Encik Hairul. Berkerut dahinya. Apa jua yang sedang dia fikirkan. Sarina yang tadi memandang sampul itu, terus mengubah pandangannya pada Encik Hairul yang berdiri.
“Oh, tak ada apa-apa sangat. Hal kawan saya aje. Putus cinta. Dia minta tolong saya.” Ringkas dia bercerita.
“Putus cinta? Kenapa? Minta tolong apa?”
‘Tanya banyak betul mamat seorang ni,’ getus hati Sarina.
“Entah saya pun tak clear sangat sebab putus tu. Dia minta tolong saya sambungkan mereka kembali.”
“Yang minta tolong tu lelaki ke perempuan?” soalnya lagi.
“Lelaki.” Jawabnya malas. Diurut-urut seketika lengannya yang berlapik dengan kot.
“Macam mana yang boleh terputus?”
‘Ai? Bos aku ni apahal? Interesting semacam aje,’ omel hati Sarina.
“Entahlah, Encik. Saya pun tak tanya pula.”
“Hmm. Tak apalah. Saya pergi dulu.”
“Encik nak ke mana?” jeritnya sedikit apabila Encik Hairul agak jauh darinya.
“Kenapa? Kamu nak ikut ke?” seraya Sarina mencebik. Lupa dia seketika yang Encik Hairul itu adalah bosnya. Encik Hairul yang melihat tergelak. “Saya pergi jumpa girlfriend.”
“Okey.” Jawab Sarina bagai tidak punya perasaan. Dari jauh Encik Hairul tergelak. Dia mengeluh semula, memikirkan hal Hafiz dan Ina. Kenapalah dia juga yang terlibat? Bencinya!
Tidak semena-mena dia teringat perbualannya bersama Hafiz.

“Rina kena tolong saya. Kali ni memang saya perlukan pertolongan Rina.” Serbu Hafiz sebaik saja terdengar suara Sarina memberi salam. Namun, tidak pula dia jawab.
“Kena tolong apa?” berkerut dahinya. Pen ditangan bermain-main diatas kertas kosong.
“Tolong pulihkan hubungan saya dengan Ina. Saya telah bersalah terhadap Ina. Bolehkan, tolong saya?” tanya Hafiz penuh simpati. Suaranya seperti ayam berak kapur.
Kesian pula Sarina mendengarnya. “Kenapa pula saya pula yang kena tolong?”
Hafiz mengeluh. “Kamu yang paling rapat dengan dia.” Kena juga jawapan itu pada Sarina. Dia terdiam. Gerak tangan masih bermain-main.
Mursyi dari tadi bersilih gantin pandangan dengan wajah Sarina yang muncung mulutnya dan kertas kerja diatas mejanya. Telinga juga dipasang. Sibuk saja mahu tahu.
“Apa yang cikgu nak saya tolong?” perlahan suaranya menyapa telinga Hafiz. Berbunga hatinya mendengar kata-kata yang amat diharapkan untuk terbit dari bibir Sarina. Dia sudah tidak tahu untuk berbuat apa lagi untuk kembali pada Ina. Fikirannya buntu. Jalan mati yang dia temui!
Kemudian, dia teringat pada Sarina. Pasti Sarina dapat menolongnya. Sarina jarang sekali menolak permintaan untuk menolong orang lain. Dia paling suka andai dapat meringankan bebankan orang lain.
“Tolong jumpakan saya dengan Ina!”
“Tahulah. Nak buat macam mana?”
“Saya tak tahu, Rina. Fikiran saya buntu sekarang ni. Saya dah tak tahu nak buat apa sekarang ni. Semuanya tak menjadi.” Sarina mengangguk sambil mengeluh.
“Apa yang cikgu buat pada Ina, sampai dia tak mahu jumpa cikgu?” tanya Sarina ingin tahu. Bukan cuba menjaga tepi kain orang, tapi perlu untuk dia tahu. Senang kerjanya untuk mempertemukan mereka berdua. Itulah, masa ada buat macam tak peduli saja, bila dah tidak ada, baru terhegeh-hegeh nak cari.
Hafiz mengeluh dulu sebelum mula bercerita. Sarina yang mendengar tergamam. Takkanlah sampai begitu sekali. Rasa macam telinganya tersilap dengar pun ada. Di garu-garu telinga walaupun tidak gatal.

“Hoi, apa yang dimenungkan tu?” tanya Syie. Dari tadi dia memandang Sarina menongkat dagu termenung. Jarang dia berperangai begitu. Sekali dia termenung pasti berat.
Tangan di tegak atas meja Sarina. Mata Syie yang sedup memandang Sarina. Sarina tersentak. Diberi pandangan ‘baby’ pada Syie. Macam banduan tak bersalah.
Syie yang menyedari pandangan Sarina itu, tergelak dengan kuatnya. Rasa nak bergegar bangunan itu. Musyi yang rasa terganggu memandang dari ekor mata melalui cermin matanya. Ingin melihat apa yang berlaku. Nasib baik Encik Hairul tak ada. Kalau tak dah lama rasanya kena jerkah. “Hish, gelak tu bernadalah sikit. Ini macam puntianak sakit perut aje bunyi.” Lagi galak Syie gelak mendengar kata Sarina.
Tangan diperut menahan rasa senak. “Sudah sudahlah tu. Nanti tak pasal-pasal terkencing kat sini.” Syie baru saja hendak berhenti, namun terbantut setelah mendengar ayat Sarina lagi. Dia tergelak lagi!
“Macam manalah kawan tu tak berhenti gelak, dah Rina keluar ayat power punya. Sudahlah mak cik seorang ni senang gelak.” Omel Mursyi.
Sarina tergelak kecil. Faham dengan bicara Murysi. Sebenarnya memang sengaja dia buat begitu. Cuba melupakan seketika soalan yang Syie kemukakan tadi. Malas dia hendak bercerita hal orang. Cerita orang jangan dijaja. Mendatangkan keaiban pada orang itu, tidak kiralah hal kecil atau besar.
“Bukannya akak tak kenal saya, kan saya ni cepat gelak. Mudah sangat nak gelak.” Jawab Syie dalam sisa tawa. Dia berdehem-dehem. Suaranya sudah serak-serak basah.
“Itulah. Kan suara dak tak ada. Gelak sangat kuat kuat. Macam nak runtuh langit kalau dengar Syie gelak.” Bebel Mursyi. Sarina hanya lebih suka memerhati.
“Sebenarnya dari tadi lagi dah tak ada suara. Agaknya banyak sangat bercakap. Itulahkan, kalau banyak sangat bercakap susah juga. Kalau tak banyak bercakap pun susah juga. Nanti ada maklumat yang tak sampai. Kalau maklumat tak sampai, nanti tersilap information pula.”
“Banyak cakap oi.” Sergah Sarina. Terus Syie terdiam. Baru dia perasaan, dia terlebih bercakap tadi.
Senyuman meniti dibibir mereka bertiga. Tidak lama kemudian, pejabat itu bergema dengan tawa mereka. Terbahak-bahak mereka ketawa. Sarina menunduk sambil ketawa manakala Mursyi tersengguk-sengguk menahan tawa.
Beberapa minit selepas tawa mereka bergema, keadaan kembali hampir tenang. Masih ada sisa tawa yang kedengaran. “Tak jadi kerja kalau macam ni.” komen Sarina.
“Kau ada buat kerja ke? Aku tengok tadi termenung aje.” Sahut Syie.
Sarina geram betul. Pada dirinyalah. Dia terdiam.
“Apa yang kau menungkan tadi?” tanya Mursyi pula. Kali ini agak deras nadanya. Apa yang perlu dia katakan? Cerita hal sebenarnya? Tak payah! Sudahlah ada sangkut paut dengan dirinya. “Fikirkan hal kawan.” Jawapan paling selamat!
Dia pura-pura mengemas meja. Syie dan Mursyi memandangnya. Buat muka ‘believe it or not’. Sarina masih mampu mengawal raut wajahnya supaya kelihatan ber’warranty’.
“Siapa kawan kau? Aku kenal ke?” tanya Syie lagi. Sarina sudah menduga Syie akan bertanya soalan itu. Sibuk betul dia mahu tahu.
“Kau tak kenallah.” Terangguk-angguk kepala Syie. Malas dia hendak bertanya lagi. Bukannya kenal pun. Lainlah kalau dia kenal. Pasti dia akan bertanya lagi. Sarina tersenyum. Nasibnya baik Syie tak bertanya lagi. Kadang-kadang, Syie masih lagi bertanya lagi, walaupun dia tidak kenal.
“Kau dengan Dan macam mana sekarang?” tanya Syie lagi. Dia ni tak ada kerja ke? Dari tadi duduk di depan meja Sarina. Agaknya kerja dia sudah siap. Syie kalau buat kerja memang pantas. Cepat saja sudah siap.
“Macam mana pula? Okey aje aku rasa.”
“Okey? Tak ada apa apa ke? Kot kot ler dah naik taraf bintangnya.”
“Bintang apa pula ni? Hish, pening aku dengan bahasa kau. Simbolik sangat. Kalau pun nak bermetafora, tak payahlah sampai tahap tiga yang kritikal tu.” Selamba Sarina komen. Tangan masih mengemas meja yang berselerak dengan kertas-kertas yang belum tentu diguna lagi. Matanya menjeling pada Syie. Dia pula hanya tersengih.
“Ala buat buat tak faham pula. Ni aku nak terang pada kau sikit. Satu bintang adalah kenal gitu gitu aje. Dua bintang kalau kawan. Tiga bintang pula kalau kau dengan dia kawan karib. Empat bintang kalau jadi kekasih dan lima bintang kalau dah jadi bini.” Terang Syie sambil bermain-main dengan hujung jarinya.
Mulut Sarina terherot. Terpaku dia sejenak. Gerak langkah kerjanya terhenti. Kemudian, digeleng-gelengkan kepala. Mursyi sudah tersenyum. Syie tertanya-tanya.
“Untuk pengetahuan kau, berbintang-bintang dah. Cakap dekat aku, bintang apa kau nak? Bintang yang empat segi? Bujur? Bulat? Separuh bulat? Suku bulat? Cakap dekat aku. Aku boleh tolong kautkan dilangit dengan tongkat memancing.” Balas Sarina. Terjongket kening Syie. Biar betul minah ni? Dasyat nak mampus sampai berbintang-bintang.
Musyi sudah ketawa kecil namun ditahan agar mereka tidak mendengar. Lawak mendengar jawapan ‘bintang’ Sarina. Pelik betul dunia Sarina. Melaun punya dunia! Chaiyok!
“Amboi, perli aku nampak. Aku tarik telinga kang baru tahu.” Ugut Syie.
“Dah kau nak tahu sangat tahu. Sibuk ajelah hal orang. Ni kau tak ada kerja ke?” tanya Sarina, melihat senang lenang Syie.
Pantas Syie tepuk muka dengan tangan. “Alamat, surat yang bos suruh, aku belum buat. Okeylah, aku pergi dulu. Bye.”
Laju dia bergerak ke tempat duduknya yang tidak jauh sebenarnya dari meja Sarina. Sekejap saja sudah sampai. Mursyi dan Sarina menggelengkan kepala sambil tersenyum. Tahu sangat dengan perangai Syie. Bersembang sampai lupa tugasan yang perlu dibuat.

bab40

BAB 40
“Ina!”
“Takkanlah cepat betul kau dapat jawapannya.” Perli Adam.
“Bukan! Ina ada belakang aku. Aku rasa dia dengarlah apa yang aku katakan tadi.” Hafiz berbisik.
“Tak faham aku.” Adam masih blur. “Aku dalam kereta. Tingkap aku terbuka. Mesti dia dengar. Baiklah, terima kasih Am. Aku blah dulu.” Tanpa menunggu balasan dari Adam, terus talian diputuskan.
Dibuka pintu kereta lalu dengan pantas dia meloloskan diri dari kereta. Dipandang muka Ina yang sudah merah menahan rasa, marah, geram, sedih dan macam-macam lagi. Hatinya sebak.
Matanya sudah berkaca. “Ina!” perlahan suara Hafiz terkeluar. Dia juga kaget. Kaget dengan kehadiran Ina yang mendadak. Hafiz tahu yang Ina pasti sudah mendengar katanya sebentar tadi. Jika tidak, masakan mata Ina sudah memerah seperti mahu menangis. Tangannya menggenggam penumbuk.
“Ina!” Hafiz cuba meraih tangan Ina. Namun, ditepis dengan agak kasar. Matanya sudah berkaca.
“Sampai hati awak, Fiz. Sampai hati awak buat saya macam ni,” serak suara Ina.
“Ina. Dengar dulu penjelasan saya.”
“Penjelasan apa lagi?! Penjelasan apa lagi?!” jerkah Ina. Suaranya menjerkah tinggi. Nadanya bagai nak runtuh gunung.
Tapi, dia kecewa. Sangat kecewa! Orang yang dia cintai, tidak setia. Paling penting, tidak mencintai dirinya. Dia sangat kecewa. Seluruh jiwanya telah diserahkan pada Hafiz. Seluruh hidupnya, hanya mahu hidup bahagia bersama Hafiz. Namun, perkara itu tidak akan tercapai. Tiada rasa cinta Hafiz terhadapnya. Mana mungkin dia bahagia bersama Hafiz andai tiada rasa itu.
“Tunggu dulu Ina. Biar saya jelaskan.” Hafiz cuba memujuk Ina agar bertenang dan mendengar penjelasannya. Pandangannya redup.
“Jelaskan apa lagi Fiz?! Cakap! Jelaskan apa?!” jerkahan Ina mendiamkan Hafiz. Mulutnya terkatup rapat. Lantai menjadi mangsa renungan matanya.
“Cukuplah, Fiz. Cukuplah dengan mendengar kata-kata awak dan juga pesanan awak malam tadi. Saya dah begitu jelas.” Nadanya bertukar rentak perlahan. Air mata sudah berderai. Perlahan-lahan menuruni pipi gebunya yang agak tembam.
Hafiz mengangkat muka. “Apa maksud awak?”
Hafiz terasa ganjil. Malam tadi? Apa yang dia kata malam tadi? Mengapa Ina berkata begitu. Apa yang dia katakan semalam?
“Pesanan yang saya agak awak hendak hantar pada Rina.”
BUM! Terasa bongkah batu terhempap diatas kepala Hafiz. Matanya membulat. Jelas terkejut. Ina yang mendapatnya? Kenapa pula Ina yang mendapatnya? Bagaimana Ina mendapatnya? Hafiz tertanya-tanya. Bagai dapat membaca fikiran Hafiz, Ina menyambung kembali.
“Ya. Saya yang mendapatnya. Awak tersalah hantar pada saya. Awak hendak saya bacakan? Kejap ya...” menderam suaranya. Ina membuka beg tangan lalu mencari telefon bimbitnya. SMS yang Hafiz tersilap hantar itu, dia simpan.
Setelah beberapa saat berlalu, dia mendapat telefon bimbit miliknya, lalu membuka folder mesej. Lalu, dibaca mesej itu kuat-kuat.
“Rina. Seperti yang awak maklum, saya sudah berpunya, iaitu Ina. Apa yang bakal saya katakan ini, memang apa yang saya rasa. Sebenarnya, saya menyayangi awak. Hanya awak yang saya sayang. Bukannya orang lain, juga Ina. Saya tak tahu bila perasaan ini bermula. Sedar-sedar saja, sudah lama hati sata terpaut pada awak. Mesti awak terkejut dengan kata-kata saya. Terkejut? Memang saya terkejut. Malah, bukan lagi terkejut tapi terperanjat seperti kena renjatan elektrik.” Dengan geram Ina menjerkah lagi.
Giginya berlaga atas dan bawah. Menanda geram yang sangat. Matanya sudah membeliak merah. Marah! Perkataan marah bukan lagi sesuai buat Ina sekarang. Dia terasa dipermainkan. Terasa dipergunakan. Hancur luluh hatinya. Sekarang hatinya luka. Luka yang amat dalam. Sukar dia rasakan untuk sembuh. Sukar dia untuk menerima mesej yang Hafiz tersilap hantar malam tadi. Tapi, dia sudah dengar pengakuan dari mulut Hafiz sendiri tadi. Jadi mahu apa lagi dia ragu-ragu.
“Sebenarnya...sebenarnya...” Hafiz tergagap. Tidak tahu mahu berkata apa lagi. Dia sudah terkantoi. Sekarang dunianya terasa gelap. Rasa mahu putar kembali masa. Tapi mustahil dia boleh buat begitu. Dia tertunduk merenung lantai. Macam lantai itu boleh tolong dia.
“Sebenarnya apa? Cakap! Sebenarnya awak cintakan Rina, kan? Dari dulu lagikan?” asak Ina lagi. Direnung tepat anak mata Hafiz.
“Bukan macam itu...”
“Habis! Macam mana lagi? Macam mana lagi?” sampuk Ina. Suaranya kejap rendah kejap tinggi. Kadang tenggelam dalam tangisannya.
Hafiz, entah kali yang ke berapa, terdiam. Kembali merenung lantai. Tidak dia berani untuk bersemuka dengan Ina. Tidak dia berani untuk bertentang mata dengan Ina. Tidak sanggup melihat kepedihan hati Ina. Tidak sanggup melihat hati Ina yang terluka. Dia memang tidak sanggup.
“Kalau pun awak tak sayang saya, tak cinta saya, apa salahnya awak lepaskan saya dari dulu. Tidaklah saya mensia-siakan hidup saya kerana awak. Tidaklah saya menolak cinta orang lain yang lebih tulus mencintai saya. Rupanya saya tertipu selama ini. Disangka cinta awak benar benar tulus dan ikhlas tapi palsu belaka. Menyesal saya mengenali awak. Menyesal bercinta dengan awak. Sesungguhnya memang menyesal.”
Ina memusingkan badan untuk pergi dari situ. Hatinya sakit melihat wajah Hafiz. Tangkas tangan Hafiz mencapai lengan Ina namun Ina lebih pantas mengelak. Akhirnya, tangan Hafiz hanya mencapai angin lalu.
“Jangan awak berani jumpa saya lagi. Hubungan kita setakat ini saja!” kata putus dari Ina mengejutkan Hafiz. Jelas riak terperanjat diwajah Hafiz yang putih. Matanya membulat. Enggan percaya dengan apa yang dikatakan Ina. Tetapi, itulah yang telinganya tangkap. Bibirnya ternganga.
“Selamat tinggal.” Ucapan dari Ina mengesahkan perkataan yang keluar dari mulut Ina yang menderam. Segera Ina pergi dari situ.
“Ina!” jerit Hafiz memanggil Ina yang menapak laju pergi dari situ. Ina pula meneruskan langkahnya tanpa menoleh lagi. Dia menangis. Tangisannya berpanjangan bersama langkahnya yang semakin laju.
Dia tidak peduli lagi dengan panggilan Hafiz. Dia meneruskan langkahnya menuju entah ke mana. Hatinya sakit. Sakit sungguh! Benci dia dengan Hafiz.

“Fiz, berapa lama kau nak macam ni? Dah sebulan benda tu berlalu.”
Suara Puan Ezah, mak Hafiz, menyapa telinga Hafiz. Namun tidak dia endah. Puan Ezah menayang muka risau. Sebulan perkara itu berlalu. Sebulan juga dia putus dengan Ina. Tidak Puan Ezah sangka dengan berita itu.
Dia terperanjat besar mendengar berita yang keluar dari mulut besan tak menjadinya itu. Mereka telah putus hubungan. Bercinta bagai nak rak, lepas tu putus. Pelik! Tika mereka berdua bergaduh di depan garaj rumahnya, dia dan yang lain tiada. Pergi ke rumah kenduri taman sebelah.
Dipandang wajah sungul Hafiz. Tidak terurus diri Hafiz. Balik dari sekolah terus masuk ke bilik. Tiada waktu bermesra dengan keluarga yang lain. Bila ditanya kenapa selalu berperangai begitu, katanya penat. Tapi mereka tahu yang Hafiz sebenarnya menanggung rindu pada Ina. Namun begitu, Hafiz masih menafikannya.
“Macam mana lagi, mak? Hafiz macam mana pula? Hafiz beginilah. Macam mana lagi.” Hafiz bersuara lemah namun dengan nada cuba menyakinkan Puan Ezah.
Puan Ezah mengeluh lemah. Dia risau dengan keadaan Hafiz. Tidak terurus! Rambut dibiar berserabut. Jambang tidak dicukur. Hati tuanya risau. Risau dengan perangai Hafiz yang begitu. Berbuih mulutnya menasihati Hafiz agar lupakan apa yang berlaku dan teruskan hidup.
“Begini kamu kata. Cuba kamu tengok rupa kamu dicermin. Macam orang mati bini. Teruk! Tak rupa macam orang.” Marah Puan Ezah.
Berkerut dahinya marah. Garis-garis tua dan marah kelihatan di dahinya. Wanita berusia 50 tahun itu memendam rasa. Rupa kulitnya walapun putih namun berasa risau melihat anaknya yang bagai dunia nak kiamat. Teruk betul rupanya!
“Biarlah mak.”
“Biar? Macam mana mak nak biar kalau rupa kamu yang macam kambing beranak kembar. Kelat aje memanjang. Kalau rupa kamu yang macam kera dapat hadiah tak apalah juga.”
Hafiz mendiamkan diri. Hanya itu yang dia tahu lakukan. Katil yang Hafiz sedikit berkeriuk setelah Puan Ezah menghenyak punggungnya disitu. Sebentar tadi dia berada dimuka pintu. Diselak sedikit kain batik yang dipakai agar sedikit selesa duduknya. Dipandang anaknya, Hafiz semula.
“Kamu kena hadapi kenyataan ini. Dah sebulan kamu putus tunang dengan dia. Berapa lama kamu nak begini? Berapa lama kamu nak bermuram durja? Yang dah lepas tu biarlah. Usah dipandang lagi. Kamu perlu buat sesuatu.” Nasihat Puan Ezah. Hafiz berasakan itu salahnya. Salahnya kerana memusnahkan hati Ina.
Baru dia sedar! Baru dia sedar yang sebenarnya dia mencintai Ina. Benar apa yang dikatakan Adam. Dia hanya menyuka dan berasa selesa dengan Sarina. Tapi, bukan cintakan Sarina. Hanya Ina yang bertakhta dalam hatinya. Dia silap! Dia silap membuat percaturan. Disangka hatinya milik Sarina, tapi Ina yang memiliki kunci hatinya. Dia memang silap!
Tapi sekarang bagaimana mahu memujuk hati Ina? Bagaimana mahu menerangkan rasanya pada Ina, andai panggilannya tidak dijawab? Bagaimana lagi dia mahu lakukan? Dia tidak punya cara lagi. Otaknya tidak dapat berfungsi dengan sebetulnya. Terasa terkalih saja otaknya. Hampir biul!
“Apa lagi yang Fiz boleh buat, mak? Semuanya dah berakhir. Tak ada apa lagi yang boleh Fiz buat mak. Semuanya dah terlambat.”
“Belum terlambat lagi, anakku. Semuanya belum terlambat. Masih ada masa lagi untuk itu. Kamu benar-benar sayangkan Ina?” Hafiz mengangguk lemah. Wajahnya masih seperti terkena sembelit.
Puan Ezah mengeluh perlahan. Deru nafasnya menyapa pipi Hafiz. “Kalau kamu sayangkan dia, kamu kena rebut kembali hatinya. Terangkan pada dia apa yang berlaku. Jangan kamu putus asa. Jika kamu berusaha sedikit, pasti dia akan jadi milik Fiz. Sebenarnya, dia masih sayangkan Fiz. Kalau tak masakan rupa sembelitnya macam Hafiz.” Seloroh Puan Ezah. Cuba menceriakan anaknya.
Taktiknya berkesan. Sedikit terukir senyuman dihujung bibirnya. Hatinya sedikit berbunga mendengar restu ibunya yang tidak secara langsung tetapi tersirat. “Tengoklah apa yang Fiz mampu buat.” Dia berkata begitu setelah melihat wajah Puan Ezah yang penuh yakin. Dia tidak mahu memberi harapan palsu pada Puan Ezah. Dia tahu Puan Ezah benar-benar mahukan Ina menjadi menantunya.
“Jangan tengok saja. Rugi kalau kamu melepas. Usaha bersungguh. Tiada yang mustahil. Faham?” deram Puan Ezah. Hafiz hanya mengangguk sambil mengeluh. Bibirnya mengukir senyuman. Dia akan berusaha memenangi hati Ina kembali. Seperti yang dia buat dulu.

Ina memegang telefon bimbit nokia Classic. Dia menatap skrin telefon itu. Kembali bergenang air matanya. Melihat gambarnya bersama Hafiz. Tika dulu bila dia dan Hafiz bersama. Sekarang? Tidak lagi!
Separuh jiwanya pergi. Sedih menyelubungi hatinya. Digenggam erat telefonnya. Matanya berderai dengan air mata. Perlahan-lahan air jernih itu menuruni pipinya yang tembam. Terasa retak seribu hatinya tatkala mendengar ucapan Hafiz sebulan lalu. Walupun sebulan sudah berlalu, tetapi ayat-ayat yang menghiris hatinya sering terngiang-ngiang ditelinganya.
“Kenapa? Kenapa Hafiz? Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku sampai kau buat begini? Apa salah aku sampai kau hancurkan hati aku?” tangisan demi tangisan makin terserlah apabila jiwanya mengingati kata-kata Hafiz.
“Apa dosa aku sampai kau musnahkan impian aku? Cakap! Apa dosa aku pada kau? Cakap! Aku nak tahu apa yang aku buat pada kau sampai kau hancurkan hati aku macam ni sekali,” digenggam erat telefon bimbit yang memapar gambarnya bersama Hafiz. Terasa seperti menggenggam leher Hafiz.
Jiwanya luluh dengan apa yang berlaku namun terselit jua kerinduan pada Hafiz jauh disudut hatinya. “Mengapa aku masih merindui dia setelah apa yang dia lakukan pada aku? Mengapa?” Ina bertanya seolah-olah Hafiz berada disitu. Seolah-olah Hafiz dari dalam gambar itu boleh bercakap dengannya.
“Kau memang tak guna!” jeritnya seraya mencampak telefon ke dinding dan berderai telefon itu.

bab39

BAB 39
Perlahan-lahan kereta milik Hafiz memarking di garaj rumahnya. Kereta dimatikan. Dia menyandar tubuh pada kerusi. Perlahan bibirnya menghela keluhan. Dipicit-picit kepalanya. Mata masih terpejam. Terasa letih dan sakit. Sakit hati. Memang sakit hati!
Perkara yang dilihat sekejap tadi, memang menyakitkan hati. Dengan sekuat hati, Hafiz menghentak stereng kereta. Bergegar kereta dan stereng itu. Kuatnya hentak...
“Macam mana boleh jadi begini?” dia melontar soalan namun tidak ketahui pada siapa. Pada dirinya, mungkin. Deringan telefon bimbit miliknya, memaksa dia membuka mata. Mata tertacap pada skrin telefon itu. Adam! Punat hijau ditekan.
“Ya. Ada apa?”
“Hai, macam marah aje aku telefon? Apa yang tak kena pula?” tanya sepupunya bernama Adam.
“Tak adalah. Aku tak ada mood sikit.” Rasa bersalah juga pada Adam kerana buat acuh tak acuh. “Tak ada mood? Selalunya waktu cuti macam ni, mood kau seronok sampai kalah musang yang jumpa ayam. Apa yang tak kena pula ni? Ada masalah dengan Ina ke?”
Baru dia teringat! Sepatutnya sekarang dia berjumpa dengan Ina. Dilihat jam ditangan. Lewat sejam! Mampus! Hafiz bakal diletupkan dengan C4. “Alamak!”
“Apa yang tak kena pula? Dari tadi lagi aku bertanya. Tapi tak jawab pula.” Sungut Adam.
“Aku terlupa temu janji dengan Ina.” Deras suaranya berbunyi.
“Aku dah agak dah. Mesti ada kena mengena dengan Ina.” Balas Adam selamba. “Tadi bukan sebab itulah. Ina mesti bengan dengan aku. Siaplah aku malam ni. kena bambulah.” Ditepuk dahinya. Kepala tersandar pada kerusi.
Pagi tadi, Ina menghantar pesanan agar berjumpa dengannya petang itu. Hafiz bertanya kenapa mahu berjumpa, tidak pula Ina membalas. Pelik juga dia rasa. Selepas berjumpa dengan Sarina tika di Alor Star, dia terus balik ke Sik. Oleh sebab, rasa sakit yang singgah dihatinya, dia terus terlupa akan temu janjinya dengan Ina.
“Padan muka kau. Macam mana boleh terlupa? Selalunya, kalau nak jumpa dengan Ina, berdesup kau hilang dengan cepat, pergi jumpa dengan Ina. Pelik bin ajaib ni. Apa yang tak kena? Apa yang kau fikirkan?”
Hafiz terdiam. Ada benar juga apa yang Adam katakan itu. Mulutnya terkunci rapat.
“Apa yang tak kena dengan kau ni? Senyap pula bila aku tanya. Tidur dah ke?” sindir Adam. Faham sangat dengan temannya itu yang memikirkan kata-katanya itu.
“Aku ada lagilah.” Lemah suaranya.
Sekarang giliran Adam mengeluh.
“Kau ni kenapa? Asyik mengeluh aje dari tadi. Kau ada masalah ke dengan Ina?” tanya Adam. Mahu mengorek hati temannya itu, yang gusar apa entah.
“Aku...aku...”
Adam menanti dengan penuh debaran.
“Tak tahulah Am. Hati aku sekarang ni berbolak balik.”
“Apa yang buat hati kau berbolak balik tu?” tanya Adam prihatin. Hafiz mengeluh lagi. Macam berat saja dari keluhannya itu.
“Entahlah. Aku rasa macam tawar hati pada Ina aje.”
“Kau suka orang lain, kan?” serkap Adam.
Hanya keluhan dari bibir Hafiz yang kedengaran. “Siapa yang kau suka tu?”
“Entahlah Am. Aku sendiri keliru dengan perasaan aku. Kadang-kadang aje ingatkan Rina tu.”
“Oh, namanya Rina. Aku kenal ke?”
“Tak. Anak murid aku dulu. Kawan Ina juga. Sekarang ni hati aku pening. Tak tahu perasaan sebenarnya. Hati aku jadi penat.”
“Biar aku tolong kau. Sebenarnya kau hanya suka Rina tu. Bukan kau cintakan dia. Ina orang yang kau cinta dan sayang. Memang hati kau rasa macam tawar. Tapi biasalah dalam perhubungan. Kau memaksa hati kau mengingati Rina. Sedangkan pada Ina, hati kau rela ingat pada dia. Hati kau sebenarnya keliru dengan pemaksaan kau. Kau paksa hati kau untuk ingat pada Rina dan kau berasa selesa bersama dengan Rina. Sebab itulah kau berasa, kau jatuh cinta pada dia.”
Hafiz setia mendengar bicara yang terbit dari mulut ‘dokter cinta’ itu. Pakar betul Adam dalam hal percintaan ini. Walaupun, dia masih lagi bujang trang tang tang. Gaya bercakap macam sudah ada bini seorang.
“Entahlah...” ucapnya berserta keluhan.
“Kau jangan asyik mengeluh aje. Cuba kau tenangkan diri kau, kemudian tanya diri kau. Siapa yang kau lebih sayang? Siapa yang kau lebih cinta? Kau pasti akan mendapat jawapannya. Tidak pun, kita punya Allah S.W.T. Kau buatlah istikharah. Minta petunjuk. Jangan asyik nak mengeluh saja.” Adam berkata dengan nada tinggi. Geram juga dia dengan perangai Hafiz yang hanya mengeluh.
Kali ini, Hafiz senyap. Dia seperti tersedar dari sesuatu. Matanya membulat.

bab38

BAB 38
Sarina merenung jam di dinding. Dia mengeluh. Perutnya bernada rock campur balada, kerana dia belum sempat bersarapan pagi tadi. Kalut benar dia pagi tadi kerana bangun lambat. Rasa nak sepak saja jam yang telah disetkan masanya tetapi tidak berfungsi. Tak boleh diharap! Harapkan pagar, pagar makan padi!
Mursyi yang melihat kelakuan Sarina bertanya. “Kamu ni kenapa, Rina? Ada yang tak kena ke?” kerutan di dahi menjadi sasaran mata Sarina.
“Tak ada apalah. Cuma perut dah berkeroncong ‘isilah nasi’.” Sarina berseloroh. Lagi setengah jam hendak waktu rehat. Naik mampus dia kalau menunggu masa rehat.
“Kamu tak sempat sarapan ke tadi?” tanya Mursyi lagi seperti tahu apa yang bersarang dalam hati rakan sekerjanya itu. Perlahan Sarina menggeleng. Bibirnya mencebik. Malas hendak beritahu. Nanti dikatakan mengada pula.
“Nah! Ini ada sikit kuih dalam plastik ni. Makanlah!” Tahu sangat dengan perangai Sarina tidak mahu menyusahkan orang lain dengan berbohong. Mursyi bangkit dari tempat duduknya. Kaki mengorak langkah menuju ke tempat Sarina. Tidak jauh. Dalam lima saat sudah sampai. Tidak termasuk bayaran tol a.k.a sapaan orang lain yang mahu bersembang dengan Mursyi.
“Eh, tak apa ke kak Mur?” tanya Sarina teragak-agak. Tidak tahu mahu terima atau tidak.
“Ambil ajelah. Akak pun dah makan sikit tadi. Dah kenyang pun.” Mursyi menyakinkan Sarina. Wanita yang bertudung oren serta berbaju oren juga tersenyum. Sarina tersenyum kelat. Masih ragu ragu untuk menerima.
Namun, setelah diunjuk beberapa kali plastik berisi kuih itu, dia menerima jua huluran Mursyi. Tambahan pula, perutnya sudah mengamuk Katrina. Tangan Sarina mengambil dengan perlahan. Tidak mahu nampak gelojoh. Dia mengunyah dengan perlahan.
Mursyi kembali ke tempatnya. “Rina, sila masuk.” Arah Encik Hairul melalui interkom. Terperanjat Sarina. Hampir termuntah kembali kuih itu. Dia merengus geram. Bengang dengan Encik Hairul yang tidak reti nak bagi salam.
“Ya, Tuan.” Jawabnya sambil meletak kembali kuih itu. Mursyi memandang Sarina lalu menghulurkan senyuman. Senyuman itu berbalas. Sarina bangkit. Tangannya menyambar buku diari disebelah interkom.
Dia mengetuk pintu pejabat Encik Hairul. Tombol pintu dipulas setelah mendengar arahan supaya masuk. Sarina memerhati Encik Hairul yang sedang menaip sesuatu pada laptopnya. Setelah Sarina berdiri elok dihadapannya, pandangan dihalakan pula pada Sarina.
“Saya nak kamu ikut saya ke, Tanjung Dawai. Kita ada mesyuarat disitu. Siap sedia dengan fail yang perlu dibawa.” Jarinya menaip semula di laptop.
“Tanjung Dawai? Bukan ke di Syarikat Permuda?” tanya Sarina pelik. Terjongket kening kirinya. Encik Hairul tersenyum. Dia tahu Sarina pelik. Sedangkan dia juga berasa pelik dengan permintaan tempat kliennya, apatah lagi Sarina. Tapi, apakan daya dia hendak menghalang. Boleh juga singgah di rumah ibu saudaranya disitu.
“Ya. Biasalah klien mahukan tempat tepi pantai. Nak kawasan alam semulajadi kata mereka. Ikut ajelah. Lagipun boleh juga makan-makan makanan laut disitu.”
“Pukul berapa Encik Hairul?” Sarina mencatatkan sesuatu ke dalam diari.
“Lepas waktu rehat.” Dia tersenyum.
“Baiklah. Ada apa-apa lagi Encik?” tanya Sarina lagi.
“Rasanya tak ada apa-apa lagi. Oh, lupa pula. Tolong carikan fail Syarikat Intropro. Rasanya saya ada beri pada Rina sebelum ni.” Gerak tangannya terhenti lalu memandang Sarina.
Sarina pula mendongak, memikirkan sesuatu. Kemudian, dipandang Encik Hairul berserta senyuman dibibir.
“Ada. Nanti saya cari.”
“Okey. Dah tak ada apa-apa lagi. Kamu boleh pergi buat kerja.” Sarina tanpa membuang masa. Terus bergerak keluar. Hendak sambung makan sebenarnya!

Sarina berjalan disebelah kedai alatulis. Dipandang sekilas. Tidak ramai yang ada. Mungkin kerana waktu tengah hari. Selalunya, ramai pelanggan dikedai itu.
Dia terus berjalan sehingga ke kedai makan yang berhampiran dengan pejabatnya. “Rina!” jerit seseorang dari arah belakang. Terus Sarina berhenti lalu menoleh.
Kelihatan Hafiz berlari-lari anak mendapatkannya. Sengihan dibibir menampakkan kecomelannya. Sarina membalas senyumannya. Dari jauh Hafiz memerhati Sarina. Lenggok badan Sarina sudah Hafiz kenal pasti dari jauh.
“Nak pergi mana ni?” soal Hafiz setelah berhenti berlari. Dia termengah-mengah. Naik turun dadanya menyedut udara. Cuba mengembalikan rentak dada seperti sediakala.
“Nak pergi makanlah. Pergi mana lagi.” Sarina menunjuk ke restoran yang berdekatan. Bibirnya mengukir senyuman. Hafiz terbatuk-batuk. Dia berdehem. Cuba mengembali suara yang ditelan resah.
“Cikgu dari mana ni?” tanya Sarina. Pelik! Bagaimana pula Hafiz boleh tersesat sampai ke situ. Keningnya kejap turun, kejap naik.
“Oh...saya..err...sa..ya...saja jalan-jalan sini. Kebetulan pula sekolah cuti.” Muncung mulut Sarina. Soalannya terjawab. Hafiz mengusap-ngusap tapak tangan. Seram sejuk. Mereka senyap. Hening suasana. Tidak tahu mahu berkata apa.
“Ina tak ikut ke?” idea itu terlintas difikiran Sarina. Usapan tangan Hafiz terhenti. Seperti dunia berhenti tatkala nama Ina singgah di telinga Hafiz.
“Tak. Dia ada kerja katanya. Nak kena buat proposal apa entah. Kesian dia. Kerja kuat sangat. Sampaikan masa untuk saya pun kadang-kadang tak ada.”
Sarina hanya tersenyum. “Dia memang kerja kuat. Ingat lagi masa di sekolah dulu. Kalau kerja cikgu bagi, mesti siapkan juga masa tu. Kalau tak sempat, dia sambung dirumah tapi kena siapkan hari itu juga. Malas nak tangguh kerja katanya.” Sahut Sarina cepat-cepat.
“Rina...”
“Rina!” sampuk seseorang dari arah bertentangan Hafiz sambil berlari sebelum dia sempat menghabiskan ayatnya. Segera Sarina menoleh. Dan! Bibirnya tersenyum. Sarina pula tergamam. Baru malam tadi bercakap dalam telefon, sudah muncul hari ini. Dasyat!
Hafiz pula ternganga. Sekejap saja Dan tiba. Sarina dan Hafiz masing-masing terdiam. Kelu lidah mereka. Terperanjat dengan kehadiran Dan yang mendadak. Masing-masing masih memandang Dan. Terasa seganlah Dan dengan renungan mereka berdua.
“Kenapa yang renung macam nak telan aje?” soalan itu diajukan pada Sarina. Serta-merta mereka berdua tersedar. Kembali ke alam realiti!
“Err...tak ada apa-apalah. Err...” Dan menanti ayat yang bakal keluar dari mulut Sarina. Hafiz yang berada disitu seperti tidak Dan sedari kehadirannya.
“Macam mana yang boleh sampai ke sini?” tanya Sarina teragak-agak. Patutukah dia bertanya soalan itu? Dia sendiri bingung.
“Oh...yang tu...” Dan termalu sendiri. Tidak tahu mahu menjawab apa. Lidahnya kelu. Tangannya menggenggam sesuatu. Erat genggamannya. Terus Sarina memandang tangan Dan yang tergenggam. Hati kecilnya tertanya-tanya barang yang digenggam Dan. Mata Hafiz turut memandang tangan Dan. Hatinya berasa tidak enak. Tidak sedap langsung!
“Apa yang Dan genggam tu?” terus Sarina bertanya setelah desakan hati berjaya menguasai dirinya. Kempunan betul dia nak tahu. Adakah special?
Bola mata Dan memandang pula tangannya yang menggenggam erat sesuatu. Genggamannya mulai longgar. Takut juga barang itu pecah atau apa-apa saja yang tidak diingini. Anda mampu mengubahnya! Ingatlah orang yang tersayang!
“Ini! Inilah sebabnya Dan datang.” Bicaranya tersangkut seketika. Mencari-cari ayat seterus agar lebih mantap!
“Apa sebabnya Dan?”

“Dah siap ke Rina?” pertanyaan Encik Hairul membuatkan Sarina tersentak. Tangan disorok bawah meja.
“Hah?! Apa Encik Hairul?” Sarina memandang Encik Hairul yang pelik. Tiba-tiba saja Sarina berubah jadi tidak peka. Terjongket kening Encik Hairul. Sarina malu-malu. Kepala tertunduk bawah. Tidak sanggup menatap wajah Encik Hairul.
“Kamu ni kenapa? Ada yang tak kena ke? Yang kamu dari tadi saya tengok, asyik membelek tangan kamu, kenapa?” Encik Hairul bersuara mengusik. Sarina sudah tidak keruan. Ditoleh kiri, salah. Ditoleh kanan, salah. Serba tidak kena dibuatnya.
“Err..tak ada apalah Encik Hairul. Cuma...hah...tak ada apalah.” Dia sedaya boleh mengukir senyuman yang meyakinkan. Namun terasa tidak bergula. Pahit saja!
Encik Hairul buat pandangan tidak percaya 100%. Sengaja dia buat begitu. Oleh sebab, Encik Hairul buat pandangan diskaun 40%, hanya tinggal 60%, maka Sarina mula terasa berpeluh walaupun tiada kelihatan peluh memercik.
“Betul ke ni?” tanya Encik Hairul sekali lagi. Suaranya ditekankan.
“Betul!” tekan pula Sarina.
“Okeylah, kalau dah kamu cakap macam tu. Dah siap ke nak pergi?” tanya Encik Hairul sambil memandang Sarina yang tertunduk, dari ekor mata.
Sarina mengangkat muka. Mursyi yang baru melabuhkan punggung melihat adegan bos dan pekerja disitu. Free show!
“Pergi mana?” Sarina hairan. Sekarang Encik Hairul juga turut pelik! Dia sedikit tersentak. Kemudian, Sarina tersedar sesuatu. Dia terus mengangguk.
“Dah, Encik.” Bicara Sarina gugup. Dia segera berdiri dan mengapit beberapa fail yang perlu dibawa. Encik Hairul masih dengan pandangan peliknya. Sarina sedaya upaya berlagak seperti biasa. Encik Hairul berjalan terlebih dahulu. Sarina membuntuti dari belakang. Kedua-dua mereka masuk ke dalam lif lalu punat G ditekan. Sarina hanya senyap. Begitu juga Encik Hairul. Suasana hening menyelubungi mereka. Mata Sarina sedaya mungkin membawa pandangannya lari dari bertentang mata dengan Encik Hairul. Orang disebelahnya merenung Sarina dari tadi. Mengkaji gerak geri Sarina yang aneh.
Kejap dibetulkan baju, kejap dibetulkan tudung walaupun sudah kemas. Tetapi, rasa resah dan serba tidak kena telah ‘sampuk’ dalam diri Sarina.
Tidak lama kemudian, pintu lif terbuka. Cepat-cepat Sarina meloloskan diri. Dia sebenarnya tidak selesa dengan pandangan yang dihulurkan Encik Hairul. Macam baru nampak buah durian!
“Masuklah. Takkan nak berdiri diluar saja aje?” sergah Encik Hairul apabila Sarina hanya merenung tingkap kereta Innova milik Encik Hairul.
Sarina tersentak. Dia mendongak kepala merenung Encik Hairul yang memerhatinya dari dalan kereta. Segera Sarina buka pintu kereta lalu melabuhkan punggung diatas kerusi sebelah Encik Hairuk. Pintu kereta ditutup lalu kereta bergerak meninggalkan tapak parking.
“Kamu ni kenapa? Dari tadi asyik merenung tangan kamu aje. Ada yang tak kena ke?” lembut Encik Hairul bertanya. Prihatin benar dia dengan kelakuan Sarina.
Sarina terperanjat. Lagi! Asyik terperanjat saja dari tadi. Tak letih ke? Cepat-cepat Sarina menyorok tangannya. Berlagak selamba. Dipandang semula ke jalan.
“Tak ada apa-apalah.” Balas Sarina. Encik Hairul pandang sekilas. Gayanya seperti bukan seorang bos, tetapi seorang kekasih yang mengajak seorang gadis pergi berdating. Sebelah tangan saja memegang stereng. Sebelah lagi memegang brek tangan.
“Saya tak percayalah. Siapa yang bagi sebenarnya cincin tu? Istimewa ke?” tanya Encik Hairul lagi. Kali ini dimuncungkan ke arah tangan kanan Sarina yang dibawa menyorok. Sarina bungkam.
Hendak tak hendak, dia perlu tunjuk juga. Cincin berlian yang berbentuk petak ditunjuk pada Encik Hairul. Dia pula tergamam. Kemudian, segera dia menyedarkan diri. Silap hari bulan terjun longkanglah mereka.
“Siapa yang bagi?” Sarina sudah malu-malu. Sedikit kecewa riak wajah Encik Hairul. Dia dari dulu lagi sebenarnya ada hati pada Sarina. Tapi dia takut untuk meluahkan. Bimbang andai Sarina menolak. Akhirnya, dia memendam rasa saja.
“Err...” malu pula Sarina hendak menjawab. Dia tidak tahu hendak ‘melabel’ Dan apa. Kekasih? Tunang? Teman lelaki? Pening kepalanya.
“Kekasih ya?” teka Encik Hairul. Suaranya dinadakan seperti bahagia untuk Sarina. Hakikatnya tidak! Senyuman yang dihulurkan juga palsu. Dia makan hati.
“Ya...” meleret suara Sarina. Tidak dia tahu wajah Encik Hairul yang berubah. Moodnya juga sudah ber’hangin’. Senyumannya mati. Sarina bahagia tanpa ketahui ada hati yang luka. ‘Padan muka kau! Penakut sangat nak luahkan perasaan! Kan dah melepas!’ kutuk hati Encik Hairul.
Pedal minyak ditekan kuat. Makin lajulah kereta itu. Sarina sudah berdebar mengenangkan Encik Hairul memandu dengan laju. “Encik Hairul! Kenapa pandu laju sangat ni?” tanya Sarina dengan agak kuat nadanya.
Encik Hairul yang tersedar terus perlahankan kenderaannya. Dia tersedar dari rasa kecewa yang menghambatnya. Pedal minyak ditarik perlahan hingga kenderaan bergerak perlahan.
“Sorry. Terganggu sikit tadi. Ada hal yang menganggu fikiran.” Balas Encik Hairul tanpa senyuman. Sarina memandang pelik Encik Hairul dari ekor mata. Kenapa pula tiba-tiba Encik Hairul berubah laku? Ada kena mengena dengan cincin dijari Sarina ke?
Sarina senyap mendengar penjelasan Encik Hairul. Malas hendak berkata kembali. “Macam mana orangnya?” tanya Encik Hairul pura-pura ingin tahu. Senyuman dihulurkan. Tetapi kelat dirasakan. Palsu belaka!
Sarina mula mengatur senyuman. Bahagia! “Boleh tahanlah.”
“Boleh tahan? Tak percayalah. Mesti kacak orangnya. Baru padan dengan awak.” Bidas Encik Hairul pula. Makin lebar senyuman Sarina.
‘Huh! Aku lagi kacak tau,’ Encik Hairul memuji diri sendiri. Dia membayangkan dirinya diatas pelamin dengan Sarina. Baru padan! Dia tersenyum sendirian.
“Okeylah. Nak kata kacak sangat tu, taklah.” Sarina rendah diri.
‘Memang pun. Aku aje yang kacak sangat,’ Encik Hairul puji diri sendiri. Lagi!
“Kenal bila lagi? Macam mana boleh kenal?” siasat Encik Hairul lagi. Dia masih tersenyum. Suka benar membayangkan dia diatas pelamin bersama Sarina. Bagai pinang tak dibelah langsung!
“Kenal masa disekolah. Dah lama kenal. Lepas tu kami putus, kemudian berjumpa balik.” Ringkas cerita Sarina. Dia malas hendak cerita panjang-panjang.
Muncung mulut Encik Hairul terpegun dengan kisah ‘menyayat’ hati itu atau lebih tepat lagi, ‘menyiat’ hati.
“Macam mana yang boleh terputus tu?” sibuk betul dia mahu tahu. Sarina mengeluh.
“Panjang ceritanya...”
“Pendekkan.” Sampuk Encik Hairul. Dia tayang gigi. Diusap perlahan rambutnya yang agak panjang. Berlagak persis seorang model menjalani penggambaran syampu rambut.
“Payahlah kalau dipendekkan. Nanti tak menariklah ceritanya. Eleh, macamlah Encik Hairul tak ada kisah cinta sebelum ni. Mesti ramai peminat. Encik Hairulkan kacak.” Kembang hati Encik Hairul mendengar pujian dari Sarina. Dia mengetap bibir kerana seronok.
“Ada tu ada. Tapi kalau cerita, rasanya awak boleh terlena dulu. Membosankan! Tak menarik langsung.”
“Takkanlah sampai begitu sekali?”
“Betul.” Sarina tidak percaya. Masakan orang yang segak, berkerjaya dan kaya ini tidak punya kisah cinta yang menarik. Pasti ada yang berjaya menarik hati Encik Hairul. Takkanlah Encik Hairul ini dah di dunia ‘terbalik’. Tidak pula dia melihat Encik Hairul berkelakuan pelik dengan yang spesis dengannya.
“Saya tak percayalah.”
“Tak percaya sudah!” tekan Encik Hairul.
‘Mana mungkin aku cintakan orang lain kalau hati aku dah dicuri! Dicuri oleh kau, Sarina!’ bisik hati Encik Hairul. Dikerling Sarina yang memandang cincinya lagi, dari ekor mata. Sakit hatinya tiba-tiba terasa.
“Awak suka yang macam mana?” tanya Encik Hairul setelah suasana hening menyelubungi mereka.
“Apa maksud Encik Hairul?”
Encik Hairul terdiam seketika. Dia mahu mengatur ayat. “Maksud saya, orang lelaki yang bagaimana Rina suka.” Sekarang Encik Hairul memanggil nama Sarina. Sarina terasa ada kelainan dengan cara Encik Hairul menyebut namanya. Terasa penuh dengan kasih sayang. Namun, cepat-cepat diusir perasaan itu. Sekarang hatinya milik Dan.
“Entahlah.” Jawab Sarina selamba. Acuk tak acuh saja jawapannya.
“Entah? Takkanlah?” terjongket kening Encik Hairul. Pelik!
“Rasanya...”
“Rasanya? Biar betul awak ni? Halo! Mengigau ke apa?” tangan digoyang-goyang depan mata Sarina.
Sarina ketawa. “Saya tak mengigaulah. Entahlah. Rasanya saya suka yang kelakar, baik hati, tak tinggal sembahyang. Mungkinlah...” Mulutnya herot sebelah. Macam orang kena tampar!
‘Semua ciri tu, aku ada...’ bisik hati Encik Hairul. Dia tersenyum sendirian. Namun, tidak Sarina sedar. Dia memandang luar tingkap. Deretan kedai menggamit rasa rindu pada Dan. Tangannya memegang dan mengusap perlahan cincin itu. Meskipun, cincin itu bukan cincin tunang, tapi sangat bererti.
“Semua ciri tu saya ada.” Tiba-tiba terlontar kata itu dari mulut Encik Hairul. Sarina terperanjat. Encik Hairul tergamam. Tidak sangka bibirnya menutur ayat itu akhirnya. Dengan berani! Bravo!
Kemudian, Sarina ketawa. Bagi menghilangkan rasa terkejut dan malu. Encik Hairul pula turut ikut ketawa agar kurang rasa malu. Namun, tawanya kekok saja bunyinya.
“Luculah Encik Hairul ni,” komen Sarina selamba. Dia masih dengan gelaknya yang bersisa tanpa curiga apa-apa. Encik Hairul pula yang terasa segan. Duduknya terasa tidak kena. Malu beb!
Macam mana boleh terkeluar ayat budak sekolah rendah. Jiwa kacau betul!
“Eh, bila nak sampai ni? Saya dah terasa lapar ni, bila teringat perkataan seafood.” Tukar topik! Malas nak berbicara lama-lama hal itu.
“Kejap lagi sampailah. Hai, makan tengah hari tadi tak kenyang lagi ke?”
“Alah, itu masakan kampung. Ini seafood. Berbezalah. Nak makan di mana ni Encik?”
“Restoran Warisan Pak Kob.”
“Pernah dengarlah nama tu. Dengar kata, makanannya sedap.”
“Makanan memang sedap. Saya pernah sekali makan disitu. Pemandangan pun cantik. Tepi laut.” Dia sudah terbayang restoran itu.
“Ini yang buat saya tak sabar ni. Janganlah cerita. Dah menggelegak perut saya ni.” Sambut Sarina mengusap-ngusap perut.
Encik Hairul tergelak melihat aksi Sarina. Bahagia dia seketika. Tiba-tiba Sarina teringatkan peristiwa tengah hari tadi. Babak yang menggetar jiwa. Membuatkan dia bahagia. Seperti berada di awang-awangan. Macam berada diatas awan.

“Apa sebabnya Dan?”
Dan sudah menayang senyuman menggodanya. Sarina resah dan tergoda. Hafiz tidak tenang. Mukanya sudah terasa kebas.
Dan melutut kaki kanan. Tiga orang yang lalu disitu sudah berhenti dan memandang babak ‘cintan-cintun’ itu. Langkah semuanya terhenti. Anak yang menangis di pangkuan seorang lelaki terus senyap.
Sarina tergamam. Tidak tahu Dan mahu lakukan apa. Dia hanya memandang Dan. Mereka yang disitu menanti dengan penuh debaran. Mata sudah tidak berkelip. Tidak mahu terlepas apa-apa. Rugi!
Sebuah kotak yang berwarna merah dibuka. Cincin berlian kelihatan! Cantik! Bentuknya petak. “Wow!” itu yang diucapkan orang yang melihat cincin itu. Sarina tergamam. Rahang bawahnya terjatuh bagai diikat dengan batu berlian itu.
“Apa semua ni Dan?” tanya Sarina gugup.
Dan tersenyum. “Sudikah Rina menerima Dan sebagai suami Rina?”
Adakah ini lamaran? Dari Dan kepada Sarina? Tentulah!
Sarina tergamam. Dirinya sudah tidak tahu mahu bicara apa. Matanya tidak berkelip memandang Dan. Hafiz seperti terhenti gerak jantungnya. Lagi tiga orang manusia biasa ditepi yang memandang babak itu, tersenyum. Sedikit pun tidak rasa mahu beralih dari situ.
Mata Dan bercahaya. Sarina masih dengan rahangnya terjatuh. Mimpi malam tadi menjadi realiti. Cuma part yang Dan muncul saja. Yang lamaran itu, tak ada pun! Hanya rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang passed away.
“Dan...Rina..tak tahu nak cakap apa...” bicara Sarina lembut. Dan tersenyum. Hafiz bungkam. Dia sudah habis! Tamat! Titik! Jalan mati!
“Cakap ya atau tidak. Itu saja yang Dan perlukan.” Dan masih tersenyum.
Sarina tahu! Dia tidak akan berkata apa-apa tapi dia akan...
Cincin tercabut dari kotaknya. Sarina menyarung sendiri cincin itu dijari manisnya. Tatkala itu, mereka yang lain tersenyum meleret kecuali Hafiz yang kecewa. Penonton juga terasa bahagianya.
“Agak agak berapa karat tu?” tanya lelaki yang menjadi penonton itu kepada seorang wanita, yang mungkin isterinya. Wanita itu mengangkat bahu. Tanda tidak tahu.
“Tak mainlah yang berkarat oi!!! Buang duit aje kalau beli yang berkarat.” Sahut seseorang. Buat lawak! Terus bergema dilorong itu dengan gelak tawa.
Dan melebar senyuman. Tahu sudah jawapan Sarina. Dia bangkit semula. Ingin saja dia pegang tangan Sarina, namun tidak dia akan lakukan sekarang. Nanti dapat juga dia pegang. Cuma tunggu saja waktunya.
“Romantiknya...” jerit seseorang dari arah penonton itu. Baru Sarina serta Dan sedar yang mereka menjadi tontonan umum atau U. Pipi sudah memerah. Sarina tersipu-sipu. Dan malu-malu. Hafiz kecewa bangat!
“Saya pergi dululah. Ada kerja sikit. Tahniah! Nanti jemputlah saya.” ucapnya tidak ikhlas. Dia sudah kalah. Dan terasa lapang sikit dadanya.
Hafiz menghulurkan tangan untuk bersalam. Salamnya bersambut. Dan tersenyum bahagia. “Tentulah.” Itu saja jawapan Dan. Bahagia sungguh sampai itu saja yang dia terfikir dikepala. Kelat senyuman Hafiz.
Hafiz melangkah pergi dari situ dengan segera. Laju kakinya mengatur langkah. Mahu segera beredar dari situ.
“Macam mana?” tanya Dan. Tangan seluk poket. Terasa lain pula dia sekarang. Sarina sudah kelu. Lidahnya terasa bertulang tiba-tiba. Keras semacam.
“Macam mana apa?” buat buat tidak faham.
“Rasa Rinalah. Perasaan Rina.”
“Ish, malulah nak cakap. Orang dahlah tengah lapar ni.” Penonton sudah pergi. Anak tadi menyambung kembali ‘ratapan anak tiri’nya.
“Okeylah. Dan belanja. Lagipun, Dan pun belum makan lagi ni.”
“Okey.”

“Rina?” sergahan Encik Hairul menyentakkan Sarina. Segera dia kembali ke alam realiti yang berada di dalam kereta bersama Encik Hairul.
Dipandang Encik Hairul yang memandangnya sekilas. Mereka hampir tiba ke Tanjung Dawai. “Ya?”
“Saya cakap seorang rupa-rupanya.” Omel Encik Hairul selamba. Sarina pula berada di dunia lain.
“Apa yang Encik cakap tadi?” tanya Sarina macam budak bodoh. Encik Hairul tergeleng-geleng. “Tak ada apa-apalah.” Dia teruskan dengan pemanduannya.
Sarina kembali memandang jalan. Fikirannya sekarang memikirkan tengah hari tadi. Bagaimana Dan begitu yakin Sarinlah jodohnya? Sarina terfikir, mimpi malam tadi. Ya! Dia melakukan solat istikharah. Tidak dia sangka dia akan melakukannya. Jarang sekali dia melakukan solat istikharah.
Malam tadi, dia lakukan dengan penuh keihklasan. Entah apa yang merasuknya melakukan solat istikharah malam tadi selepas berbual dengan Dan. Pagi itu pula, Dan muncul dengan cincin yang kini tersarung kemas ditangannya.
Malam tadi dia termimpikan Dan muncul. Dan muncul dalam mimpinya! Agak sukar untuk dia percaya. Memang jawapan itu yang dia harapkan. Akhirnya, jawapan itu yang muncul. Melegakan hatinya.
Pagi itu, Dan muncul. Adakah satu kebetulan? Atau memang dirancang? Pening juga dia. Tapi, yang Sarina pasti, inilah ketentuan Allah. Dia bersyukur andai Dan jodohnya. Bersyukur sangat. Hatinya memang sayangkan Dan. Tidak dinafikan lagi.
Tapi mahukah ayahnya menerima Dan? Mahukah ayah Dan menerima Sarina? Setelah segala-galanya terbongkar. Adakah perhubungan mereka akan dihalang?
Sarina mengeluh. Encik Hairul yang mendengar keluhan Sarina, menoleh. Apa pula yang tidak kena? Kejap tadi bercahaya wajahnya, kemudian, suram pula. Apa pula yang tidak kena?

bab37

BAB 37
Keesokan harinya, Dan bangun bersama semangat yang memuncak. Dia tersenyum sepanjang hari. Sampaikan semasa dia turun bersarapan tadi, masih tersenyum. Pelik Puan Lily dan Encik Kamaruddin melihatnya.
“Kamu ni kenapa Dan? Senyum-senyum dari tadi. Ada apa apa ke yang kami tak tahu?”
Dan hanya menggeleng, gaya membalas jawapan kepada Encik Kamaruddin. Makannya pula berselera. Ditambah berkali-kali. Sebelum ini, hanya tambah dua kali saja, tapi kali ini, empat kali!
Tidak terjangkau fikirannya. Hati Dan berbunga riang, apabila teringatkan mimpinya malam tadi. Bercahaya saja mata Dan. Terjongket kening Puan Lily lalu memandang Encik Kamaruddin. Dibalas dengan mengangkat bahu, tanda tidak tahu.
“Kamu ni kenapa yang pagi-pagi lagi dah tersengih macam orang baru dapat bini malam tadi.” Puan Lily bertanya sebaik saja meletakkan pinggan berisi nasi goreng dihadapan suaminya.
‘Memang pun! Baru aje dapat bini malam tadi,’ jerit hatinya. Namun tidak diluahkan Dan, bimbang Puan Lily terkejut kera pula nanti. Suapan demi suapan, disuap bersama bahagia yang mendatang.
“Hari ni Dan tak balik rumah kot. Pergi rumah kawan.” Ucapnya bersama senyuman masih meniti dibibir.
“Di mana rumah kawan kamu tu? Lelaki ke perempuan.”
“Mestilah perempuan. Tu yang pagi-pagi lagi dah senyum.” Sampuk Encik Kamaruddin. Dan senyap saja. Memjawab pun tidak. Dia meneruskan sarapan.
“Orang tanya, dia buat tak tahu saja.” Masih lagi suara Puan Lily ditahap boleh dikawal.
“Di Kedah.” Tidak pula dia jawab soalan yang kedua. Puan Lily memandang Dan dari ekor mata. Rasa curiga juga.
“Rumah Rina ya?” pertanyaan yang lembut dari Puan Lily membuatkan Dan tersedak. Segera Encik Kamaruddin menghulurkan air suam kepada Dan. Segera dia menyambut. Tekaknya terasa pedih.
“Dah agak dah. Ibu bapa dia bagi ke kamu pergi rumah dia? Nak pergi sana buat apa?” tanya Puan Lily lagi. Encik Kamaruddin hanya bertindak sebagai pendengar. Dia cukup malas hendak masuk campur. Biar saja isterinya bertanya.
“Err...err...hah! Ada bahan yang Dan perlukan dari dia.” Jawab Dan gagap.
‘Bahan apa pula? Tak pernah-pernah aku minta bahan dari sayangku, Rina. Ah, gasaklah!’ hatinya bersuara. Hatinya mengekek-ngekek gelak. Kalau Puan Lily tahu dia buat begitu, mampus dia dikerjakan.
“Yalah tu. Kalau rindukan si Rina tu cakap ajelah. Tak payah nak menipu, pergi ambil bahanlah, itulah, inilah...” bebel Puan Lily. Tahu sangat yang bersarang dalam hati anaknya yang bongsu itu.
Dan termengkalan. Dia tertangkap. Encik Kamaruddin hanya tersenyum dari sebalik surat khabarnya. Suka benar kalau isterinya membebel. Terasa seperti isterinya itu menyanyi lagu.
Dan memandang geram surat khabar itu lebih tepat memandang menembusi surat khabar itu, memandang Encik Kamaruddin yang hanya senyap.
“Dan pergi dulu.” Cepat-cepat dia mahu beredar dari situ. Malas hendak mendengar Puan Lily membebel. Alamatnya, sejam selepas itulah, baru habis.
“Hah! Orang tak habis membebel lagi ni. Orang tanya, suka ke dengan Rina tu, ooo...tak menjawab. Ha, padan muka. Berlagak sombong lagi. Bila rindu, sanggup pergi jauh semata-mata nak jumpa Rina...” Puan Lily terus terusan membebel walaupun Dan sudah berada di dalam kereta. Hanya peminat setianya, iaitu Encik Kamaruddin saja yang mendengar. Dan mengundurkan keretanya dari garaj kereta lalu meluncur laju diatas jalan raya.
Dia mahu segera sampai ke Kedah. Mahu segera berjumpa dengan Sarina. Hatinya yakin, dia sudah milik Sarina. Sarina sudah memiliki hati dia.
Malam tadi, dia melakukan sesuatu yang jarang dia lakukan dan malam tadi dia melakukannya dengan rela hati. Tidak pula dia sangka, hatinya mendesak melakukan itu. Dia buat solat istikharah. Dia sendiri terperanjat. Selepas berbual dengan Sarina, dia terus mengambil wuduk lalu melakukan solat istikharah. Hatinya mendesak melakukan itu.
Setelah dia bangkit, dari lenanya. Jawapan yang dia berharap sangat muncul. Kedatangan Sarina berulang kali, memberikan jawapan. Apa pun yang berlaku, dia akan pertahankan Sarina serta cinta mereka. Itu janjinya.
“Helo! Andy! Aku ambil EL hari ni.” Sebelah tangan menggenggam stereng, manakala sebelah lagi menggenggam telefon bimbit.
Dan menunggu sebentar. Menunggu tindak balas dari pengurusnya, Andy.
“Okey. Terima kasih.” Terus dia memutuskan talian. Pandangan menumpu dijalan semula.
Laju saja dia membawa kereta tanpa dia sedari. Setelah menyedari meter keretanya telah melebihi had kelajuan, dia memperlahankan keretanya. Bimbang juga andai tidak sempat berjumpa dengan Sarina, dan melakukan perkara yang sudah dirancang tadi, dia sudah kembali ke daerah batu dua. Dia belum mahu lagi. Kahwin pun belum lagi!