Saturday, April 3, 2010

bab34

BAB 34
Hafiz menghempas badannya diatas katil sambil merenung siling. Renungannya kosong saja. Tidak dia mampu berfikir. Dia terasa kosong. Otaknya tidak mampu berfikir dengan jelas. Dia terfikirkan peristiwa beberapa hari sebelum ini. Dia mengeluh. Hatinya tidak stabil a.k.a. jiwa kacau.
Ketukan dipintu menyentakkan dia. Di pandang pintu yang tergantung gambar In-Team bersama tanda tangan mereka. Tanda tangan itu diambil semasa In-Team datang ke sekolahnya membuat persembahan ketika hari kokurikulum.
“Masuklah. Pintu tak berkunci.” Jerit Hafiz agar orang diluar mendengar. Terjengul kepala Farish, abangnya. “Kau dah sembahyang Isyak?”
“Belum. Kenapa?” dia mengerut dahi.
“Mak suruh kau pergi ambil adik mengaji.”
“Abang pergilah ambil malam ni. Tak laratlah.” Dia menegakkan badannya. “Boleh, tapi adalah ongkosnya.” Tersengih Farish meminta upah, di muka pintu.
“Yalah. Belilah burger. Minat sangat burger dia ni. Duit ada atas laci tu. Jangan lebih-lebih pula ambil tu. Orang bukannya kaya sangat.”
Terjongket-jongket Farish melangkah macam pencuri. Lagaknya memang kelakar. Mulut sentiasa tersengih. Bahu Hafiz terhenjut sedikit, kerana ketawa.
“Orang nak save duit untuk kahwinlah katakan.” Sinis Farish bersuara.
“Yalah. Nak kahwin mestilah kena save. Lainlah abang tu. Mentang-mentang dah kahwin. Buat berlagak pula.”
“Eh, yang sabitkan aku sekali tu kenapa? Dahlah. Buang masa cakap dengan Fiz. Nak pergi tempah dulu, lepas tu baru ambil adik and then ambil pula burger. Fuh! Sedap! Tak nak ke?” tanya Farish tika di muka pintu.
“Tak naklah.” Sahutnya lemah.
“Ai?! Pelik kau malam ni. Datang bulan ke?” usik Farish.
“Hotak kau. Tak laratlah malam ni.” Hafiz berdalih.
“Yalah tu. Ingat abang tak tahu perangai kau kalau ada masalah. Dahlah, malas nak layan. Betul tak nak ni?” tanya Farish sekali lagi.
Hafiz hanya mencebik.
“Baiklah, kalau macam tu. Suka hati kaulah. Nanti kau yang lapar, bukan abang. Jangan merungut kalau lapar.” Farish terus hilang dari pandangan matanya.
Hafiz memejamkan mata sambil membaringkan badannya kembali. Perlahan dia menghela nafas. Kemudian, dia membuka kembali matanya. Telefon di dalam poket diseluk lalu mengeluarkannya.
Dia menekan-nekan pad kekunci, menulis sesuatu. Setelah siap, dia berkira-kira sama ada mahu menghantarnya kepada si penerima atau tidak. Kejap dipandang skrin telefon, kejap memandang siling yang memutih. Jari menggosok butang berwarna hijau. Hatinya dalam dilema, sama ada mahu menghantar.
Akhirnya, dia menekan butang hijau itu.

Sarina berjalan melalui dapur. Jalan itu yang diambilnya setelah keluar dari biliknya. Kelihatan Nurbaya membancuh air milo.
“Hai, kak. Buat apa tu?” tegurnya walaupun tahu Nurbaya buat apa. Menambah kemesraan.
“Tengah bancuh milo untuk abang Amir kaulah. Dia nak sambil buat kerja dia tu. Tak habis-habis dengan kerja melakar gambar dia tu.” Omel Nurbaya. Tangan masih ligat mengacau milo itu.
“Alah, biasalah kak. Kerja arkitek. Mana boleh tinggal.”
“Kerja, kerja juga. Tapi berehatlah kejap. Ni, balik rumah ibu pun masih lagi nak buat kerja. Bukannya tak boleh tinggal kejap. Cuti cuti macam ni pun nak buat kerja lgi. Baik tak payah cuti macam tu.” Bebel Nurbaya lagi. Cawan yang dipegang di biarkan buat seketika. Dia bergerak menuju ke peti ais.
“Dia nak cari duit untuk akaklah. Untuk akak pergi shopping. Pergi jalan-jalan satu Malaysia. Cuti-cuti Malaysia.” Sarina membela sambil menyelitkan sedikit humor, namun tidak di sambut Nurbaya. Akhirnya, Sarina seorang saja yang tergelak.
“Memanglah untuk cari buat akak dan anak-anak. Tapi berehatlah kejap. Bukannya buat kerja lagi masa-masa cuti ni. Akak pula yang penat tengok. Kadang-kadang tu masa tengah malam pun, buat kerja lagi. Sampaikan masa untuk akak dengan anak-anak pun tak ada. Sibuk sangat dengan kerja dia.”
Sarina hanya mendiamkan diri. Benar juga apa yang diperkatakan Nurbaya tadi. ‘Bagaimanalah aku kalau kahwin dengan Dan nanti? Dia pun sibukkah dengan kerjanya hingga mengabaikan aku dan anak-anak? Ish, mengarut saja,’ bisik hati. Kalau dia menambah lagi, mesti Nurbaya akan membebel lagi. Sudahlah, dia yang mendengar, bukan abangnya, Amir yang mendengar. Nurbaya mencapai cawan air milo panas lalu beredar dari situ dengan segera. Amir yang mahu ke dapur, hampir terberlaga bahu dengannya.
Namun dia buat tidak nampak sahaja. Amir mengangkat kening sebelah. Pelik melihat isterinya yang dinikahinya hampir tujuh tahun. Dia menyambung langkahnya ke dapur. Sarina hanya memandang dari tadi.
“Kenapa dengan akak tu? Jalan main hentam keromo aje. Main redah aje.” tanya Amir sambil merenggangkan tangannya.
“Abanglah.” Jawab Sarina ringkas.
“Abang? Kenapa pula abang?” tanya Amir ringkas. Dia merenung Sarina. Sarina membalas renungan Amir. Disandar badannya pada singki.
“Abang kerja kuat sangat.”
“Kuat kerja. Apa kena mengena pula ni? Cakap tu bagi jelas sikit hah.” Masih Amir tidak dapat menangkap.
“Akak rasa abang Cuma pentingkan kerja. Sampaikan masa cuti pun abang buat kerja lagi.”
“Lagi apa lagi?” tanya Amir. Dia mengangguk mengerti.
“Akak cakap, abang sampai abaikan dia dan anak-anak. Tu yang akak sedih sangat. Balik sini pun, abang buat kerja lagi. Baik tak payah cuti. Duduk aje di pejabat abang tu.” Sarina menambah sedikit.
Amir tidak berkata apa.
“Tapi, abang buat ni semua, untuk dia dengan anak-anak. Untuk kesenangan dia.” Amir membela dirinya.
“Yalah. Tapi bukan itu yang akak fikir.”
“Tapi...”
“Ya, Rina tahu, abang buat semua ni untuk kebahagiaan abang, kak Baya dan anak-anak. Dia tahu niat abang tu.” Sekarang Sarina membela Nurbaya. Sekejap tadi dia membela Amir. Kini, sudah beralih posisi. Lompat parti nampak!
“Habis tu kenapa dia merungut pula?” tanya Amir lagi.
“Sebab abang tak hiraukan dia.”
“Abang tak fahamlah.” Wajahnya serius.
Sarina mengeluh. Tidak pasal-pasal dia kena jadi tukang sampai dedikasi. Ini dah kes niaya! Dia memandang mata Amir. Mencari anak mata abangnya.
“Cara abang tu salah.” Dia berhenti seketika. Amir pula mendiam diri. Menunggu untuk Sarina menyambung kata.
“Cara abang tu salah. Kalau abang buat macam tu, akak rasa abang hanya mementingkan kerja berbanding diri akak dengan anak-anak abang. Memang Rina tengok, abang sayangkan akak, tapi salah caranya. Abang menyayangi akak dengan memberi kebahagiaan melalui duit dan kemewahan. Tapi bukan dengan kasih sayang. Sebenarnya dari segi itu, akak rasa terabai.”
Amir senyap lagi. Dia masih memandang Sarina.
“Abang hanya mementingkan kerja. Siang malam, abang berkepit dengan kerja. Akak rindukan belaian kasih sayang dari abang. Bukan belaian dari duit dan kemewahan semata-mata. Itu yang abang tidak berikan. Itu yang akak rindukan. Tengoklah! Kerja abang tu, abang usung sampai ke rumah ibu. Macam mana tu? Bawa kerja balik rumah ibu?” Sarina menerangkan dengan lebih jelas dan emosi.
Amir terangguk. Mungkin dia sudah faham. Kemudian, tidak lama dia disitu. Kakinya mengorak langkah pergi dari dapur. Sarina tersenyum sambil menggeleng. Dia berjalan ke peti ais. Pintu peti ais dibuka lalu tangannya mencapai, botol minuman. Lalu dituang ke dalam gelas yang diambilnya tadi.
Diletak botol itu ke tepi, lalu air itu dia teguk perlahan-lahan. Terasa sejuk tekaknya setelah air itu masuk melalui tekaknya.
“Hah! Tak tidur lagi? Dah malam ni.” Sapa Puan Aisyah.
Sarina tersedak. Dia terbatuk-batuk. Terkejut dengan sapaan Puan Aisyah yang mengejut. Dia sapu air yang meleleh keluar dari hujug bibirnya dengan jari. Dipandang Puan Aisyah sambil mengusap dadanya.
“Minum tu elok-eloklah sikit.” Bebel Puan Aisyah. ‘Eh, dia yang buat terkejut. Aku pula yang kena membebel,’ getus hatinya. Dipandang redup ibunya. Puan Aisyah menarik kerusi lalu duduk. Dia menongkat dagu. Pandangan masih ditala pada Sarina yang telah duduk.
“Rina suka Dan?”
Sarina terkesima dengan soalan tiba-tiba dari Puan Aisyah. Dia memandang ibunya pelik.
“Rina suka Dan?” tanya Puan Aisyah sekali lagi. Sarina seolah terkunci mulutnya. Tidak mampu untuk berkata. Hatinya saja mengiakan tapi mulut senyap sunyi bangi. Dia mula kalut.
“Suka macam mana tu?” Sarina berlagak tenang. Dibetulkan tempat duduknya. Orang tengah resahlah katakan.
“Emmm...suka macam...cinta?”
Hah! Makin kalut Sarina! Tidak senang duduk, dia.
“Apa ibu merepek ni? Malam-malam macam ni dah merepek. Ayah mana?” rancangan realiti ‘ubah tajuk’ sudah bermula. Dipanjangkan lehernya, berpura-pura memandang ruang tamu. Melihat jika ayahnya ada disitu. Puan Aisyah tersenyum melihat tingkah anaknya. Resah semacam!
“Body language tell us more than a word.” Ucap Puan Aisyah selamba. Diteguk sedikit air dari dalam gelas. Kemudian, diletakkan kembali gelas itu diatas meja. Sarina menelan air liur.
“Apa ibu cakap ni? Tak fahamlah.” Dia pura-pura bingung. Masih mahu berdalih.
“Mana adalah.” Dia menafikannya. Tidak dia memandang Puan Aisyah.
“Tipu.”
“Betul.”
“Tipulah.”
“Betul.”
“Tipu.”
“Betul.”
“Rina sayangkan Dan?”
“Bet...” dia bungkam. Puan Aisyah sudah tersenyum lebar. Sarina bagai nak lari dari situ. Kalau kakinya sepantas Husin Bolt, sudah lama dia melarikan diri.
“Baik. We’ll see about that.” Bingkas Puan Aisyah bangkit dan berjalan menuju ke biliknya. Langkahnya disoroti mata hitam Sarina.
Punggung Sarina telah melekat disitu. Rasa malas hendak bangun. Hatinya tersenyum. Tanpa membuang masa lagi, dia bangun dan mengemas meja yang ditinggalkan Puan Aisyah sebentar tadi.
Dia berjalan ke pintu bilik dan tombol pintu dipulas lalu dia menerobos masuk. Dia duduk diatas kerusi. Matanya merenung skrin laptop yang kosong. Butang dihujung bahagian atas dibuka. Tidak lama, laptop itu terpasang. Tetingkap Yahoo! Messenger dibuka. Dia sign in.
Matanya menangkap ikon princessBK a.k.a Ina, aktif. Terus dia menggerakan tetikusnya ke arah ikon itu. Lalu dia double click pada ikon itu. Keluarlah satu tetingkap yang membolehkan dia berbual bersama Ina. Jarinya bermain diatas papan kekunci.

¬ *Salam. Sbuk ke?

Dia menanti balasan dari Ina. Sambil itu dia melihat kukunya. Panjang dah! Mata Sarina beralih pada skrin monitor.

#Taklah. Wazzup? Tak tidur lagi ke?

Sarina menggaru kepala yang gatal. Habis rambutnya yang ikal mayang, tidak terurus.

*Kalau dah tidur, aku tak aktiflah ym. Ngok betul! Saja aku nak buzz kau. Tgh boring bangat ni....dah tak tahu nak buat apa...aku nak crita kat kau ni...

Belum apa apa, Sarina tertekan butang Enter. Maka, mesej itu terhantarlah. Dia mendengus. “Aku belum habis tulis lagilah,” omelnya sendirian. Dia menaip sekali lagi. Namun, belum sempat dia menulis, Ina sudah membalas.

#Apa ngok-ngok? Hah! Nak crita ape? Cepat cerita. Aku dah tak sabar ni...psal sape?

Sarina tersenyum sumbing.

*Aku nak ceritalah ni. Tadi aku pergi dapur, and then, ibu aku ada disitu. Kemudian, kau tahu? Dia tnya soaln periksa tergempar. Punyalah kelu lidah aku nak jwb...

#Mak kau tnya ape? Ish, benci betul aku cakap sangkut-sangkut ni...

Sarina tergelak.

*Biasalah....psal Dan...dia tanya aku, aku ni suka Dan ke...
#Lepas tu? Apasal kau ni, asyik siaran tersangkut aje...nyampah betul aku...
*Lpas tu, aku tak tahu nak kata apa...menggeletar tangan aku...terkunci rapat mulut aku...lepas tu, boleh pula ibu aku tersenyum senyum, tersengih sengih...hi! meremang bulu aku...
#Bulu apa? ...hahaha

Sarina ketawa terbahak-bahak. Pantas, tangannya menekup mulut agar suara tawanya tidak sampai ke luar. Di pandang sekeliling. Tiada siapa.

*Ish, lucah betul kau ni...nasib baik tak ada depan aku, kalau tak dah lama kau makan penerajang aku...
#Ish,.. garang betul kau ni. Singa betina pun kalah tau...agaknya kalau letak kau di hutan, kaulah ratu timba...eh, ratu rimba....hehe...kau jauh dari akulah, aku berani buat macm tu...hehe
*Nasib baik...eh, belum masa lagi aku nak jdi singa betina...berbalik hal tadi...aku syak, ibu aku dah tahulah....
#Kenapa kau rasa macam tu??

Sarina mendongak. Dia berfikir sebentar.

*Cuba kau fikir...takkanlah ibu aku nak tnya pasl Dan tiba-tiba...?? Angin tak ada, ribut tak ada...tup tup..tanya pasal Dan...Tersedak aku dibuat ibu...nasib baik air yang aku minum tak tersembur keluar kena muka ibu...kalau tak...esok pagi jadi tajuk utma akhbarlah...Ibu bunuh anak kerana tersembur air...hehe....lawak tak...
#Betul juga...Aku pun rasa mesti ibu kau dah tahu..tpi aku tak rasa dia tahu siapa sebnrnya Dan...sebab mesti dia tnya pasal ayah Dan... Aku rsa ibu kau hanya tahu psal perasaan kau berdualah...alah..jangan risau sangatlah....tak lawak pun... :p
*Betul juga tu...aku pun rs macm tu...kau ni!!! Takkanlah ibu aku tu nak tny psal pak cik Din...nak cari mampus...buang tabiat ke apa...??? Alah, gelaklah...aku buat lawak ni...
#Betul betul betul....hehehe...aku pakai tulis aje... Aku tak nak gelak juga...

Sarina mengeluh. Pasti bergegar satu rumah, atau satu taman, kalau Puan Aisyah bertanyakan pak cik Din. Pasti membulat saja mata Encik Ariff. Tidak disangka isterinya sendiri, bertanyakan orang lain. Silap hari bulan, pitam Encik Ariff mendengar soalan yang terkeluar dari bibir isteri kesayangannya.

*Agak agak kau, dia orang suka tak pada Dan??? Aku takut juga kalau dia orang tak dapt menerima Dan, lepas tahu pasal Dan...
#Aku rasa mesti terimalah, walupun tahu siapa sebenarnya Dan tu... Ayah kau tu dah jatuh hati pda Dan sejak dia datang rumah kau masa kenduri kesyukuran dulu...kalau tak, masakan dia mencari Dan masa raya dulu...kau tak ingat?? Kan kau sendiri yang crita pada aku bulan lepas...
*Itu lain... Masa itu dia belum tahu siapa Dan...takut juga aku bila fikir pasal ayah aku, kalau dia tahu...mahu perang dingin kali kedua, aku rasa...
#Alah, kau ni janganlah negatif sangat...cuba fikir positif...jangan ikutkan hati yang risau tu sangat... Buat masa sekarang, kau relaks dulu... Sebenarnya, ayah kau suka Dan, aku rasa... Mestilah... Perangai ayah kau dengan Dan lebih kurang sama aje... pasti dia suka orang yang sama perangai dngan dia... Satu kepala...

Kali ini, hembusan nafas halus keluar dari bibir mongel Sarina. Walaupun sedikit sebanyak kata-kata Ina itu ada juga benarnya, dia masih tidak tenang memikirkan perkara itu andai Encik Ariff tahu hal sebenarnya. Tidak sanggup memikirkan perkara itu. Mengamukkah nanti Encik Ariff? Atau suka? Yang pasti, dia tidak akan mendapat jawapannya sekarang.

*Entahlah...aku pun pening fikir benda tu...
#Kau tak payah fikirlah sekarang... buat masa sekarang kau fikir pasal aku dulu...hehe... kau rasa macam mana aku dengan cikgu Hafiz???

Sarina menguntum senyuman. Jarinya bermain lagi.

*Memang sesuai...wah... aku musykillah... macam mana kau boleh berkenalan dengan dia tu...? nak juga aku tahu...
#Adik dia punya psallah ni.... Adik dia tu kenal adik aku...memanglah kami berjumpa masa kem pengakap di sekolah adik aku... tapi aku ingat takat tu aje perknln kami... tup tup... dia call aku, terperanjat beruk aku... aku tanyalah dia, mana dapat no aku...dia cakaplah, adik aku bagi no kat adik dia, and then dia passkan pada cikgu Hafiz...
*Kau sayang dia?? 
#Of course ler.. rindu giler ni... rasa macam nak pergi serang rumah dia aje...kalau tak kerana rasa malu... dah lama aku pergi peluk dia...Rina... aku nak jumpa dia ar...
*Kau, jangan...
#Aku tahulah.. nanti tak pasal pasal mak dia reject aku. Elok-elok nak terima, terus cancel... buat niaya aku aje...hahaha...aku tau dia sayang aku, and i love him so much, rindu gla2 dah ni...

Sarina ketawa. Dia menggeleng kepala.

*Tu dah datanglah penyakit gatal dia tu... kalau kau tak dapat peluk dia, kau peluk aku dah la...
#Huh! Peluk kau nak buat apa, laki aku pun belum rasmi lagi...
*Hai? Belum apa apa dah panggil laki sendiri...memang gatal...
#Nak buat macam mana...aku rindu sangat ni... rindu dah mengatasi malu aku...wah, bermadah pula...
*Kau memang suka bermadah.. tahu sangat perangai kau... Okeylah aku nak outr dulu... nak pergi solat... aku belum solat isyak lagi ni..bye... salam...
#Salam...

Terus Sarina sign out tanpa menunggu lebih lama. Dia menutup laptopnya. Dia menyandar tubuh pada kerusi bergoyang. Dia mengeluh perlahan. Mata dipejam. Cuba menenangkan hati yang gundah. ‘Semoga Ina mendapat jodoh yang berkekalan dengan Hafiz. Mereka memang pasangan yang secocok. Ina seorang comel dan pipi tembunnya, sangat sesuai dengan pipi Hafiz yang agak berotot. Apa kene mengena pula dengan pipi mereka tu? Adula!’ getus hatinya.

No comments:

Post a Comment