Saturday, April 3, 2010

bab32

BAB 32
Hujan renyai-renyai membuatkan Sarina mengeluh. Alat kawalan dipegang. Jari jemari menekan-nekan punat yang berada diatas alat kawalan itu. Namun, tiada satu pun saluran yang tangkap lentoknya.
Kejap direnung luar pintu yang terbuka. Kejap memandang televisyen. Ingin melihat hujan yang turun. Terasa sejuk jika adanya hujan.
“Weh, ibu dengan ayah mana?” tanya Farisya dari belakang Sarina.
Sarina urut dada. Terperanjat! Dipanggil kembali semangat kus-kus yang hilang. Hendak saja dia baling Farisya yang tersengih, dengan batang penyapu mop. Dijeling pada kakak yang tua dua tahun darinya.
“Manalah Rina nak tahu. Agaknya pergi rumah mak cik Dayang. Tadi katanya nak tempah baju untuk hari kahwin kau nanti.” Perjelas Sarina, tetapi mata masih memandang televisyen.
Farisya terangguk sambil memuncung mulutnya. Dia duduk diatas sofa sebelah Sarina. “Barang untuk kenduri kau dah kahwin ke?” tanya Sarina. Dia menjeling sekejap pada Farisya sebelum beralih ke televisyen.
“Ada sikit lagi yang belum siap.” Ceria saja menjawab. Berseri-seri wajahnya.
Tiba-tiba telefonnya berdering. Segera Sarina mencapai telefon yang berada disebelahnya. Tanpa melihat skrin telefon, dia menekan butang hijau.
“Helo. Asalamualaikum. Siapa ni?”
“Ni akulah, Ina. Kau buat apa sekarang? Sibuk tak?” nadanya meninggi.
“Tengok tv aje. Tak sibuklah. Kenapa? Kau nak ajak aku keluar ke?” tanya Sarina tertarik. Dia menegakkan badannya.
“Memang pun. Nak ajak kau pergi pekan kejap.” Farisya yang terdengar, terus menjerit.
“Weh, aku nak ikut. Boleh tak? Boring betul kat rumah ni.” Sarina mencebik geram.
“Boleh aje. Jomlah. Boleh kita pergi jalan-jalan sekali. Aku dah lama tak pergi pekan.” Saran Ina.
Farisya sudah buat muka pertama kali dapat telefon bimbit. Sarina melirik pandangan pada jam di dinding. 11.00.
“Kau nak ambil atau kami pergi sendiri?” Farisya sudah menghilangkan diri. Naik ke atas. Tukar baju.
“Aku ambil kaulah. Dalam pukul 11.30 aku datang, okey?”
“Okey.”

Ina memarkirkan kereta kelisa miliknya di depan Restoran Pi Mas. Orang agak ramai. Di satu sudut, ‘pak polisi’ sedang fruhh...fruhh...hembus asap rokok. Asap keluar keluar dari mulut, hidung dan telinga. Wow! Dasyat.
“Penjenayah tengah rehat ke?” tanya Sarina. Apa punya bodoh soalan. Farisya dan Ina berpandangan.
“Aku agak tengah off. Bawa anak bini pergi melancong.” Sela Farisya. Lawak bodoh betul. Adik dengan kakak, sama saja.
“Kepala hotak kau. Polis pun ada juga rehatnya.” Ina meninggikan suara. Mereka masih berdiri di luar kereta. “Tunggu apa lagi? Jomlah.” Ajak Ina.
Terangguk-angguk burung belatuk lagi dua ekor itu. Mengekor saja ke mana Ina melangkah. Macam tiada perasaan saja gaya berjalan.
“Duduk sinilah.” Lontaran padu suara dari Ina mengejutkan lagi dua ekor burung belatuk yang hampir berlaga dengan Ina yang berhenti tiba-tiba.
“Berhenti macam jumpa duit sejuta. Yalah. Duduk sini.” Omel Farisya sendirian.
Mereka melabuhkan punggung lalu meletakkan beg tangan diatas meja. Pelayan wanita yang memakai apron hitam, datang bersama buku serta pen ditangan.
Setelah selesai memesan menu, mereka mengeluh serentak. Interesting! “Bila dia nak datang?” tanya Farisya. Dia tidak sabar. Macam dia pula yang bertemu janji.
“Kejap lagi agaknya.” Balas Ina. Tangan membuka beg tangan. Telefon bimbit diambil lalu jari menari atas pad kekunci. Menekan-nekan macam terdesak sangat. Mulut sama herot dengan jarinya.
“Sabarlah. Macamlah dia yang nak jumpa dengan akak.” Marah Sarina. Jelingan dihadiahkan kepada Farisya. Seperti biasa, dia buat muka tak ada perasaan.
“Jangan gaduh. Nanti aku suruh pak long tu sediakan gelanggang nanti. Kalau nak sangat, kau orang bergusti atas gelanggang tu.” Bebel Ina. Kacau konsentrasi dia hendak menulis mesej. Tangan diunjuk pada ‘pak polisi’ tadi. Tersengih tayang gigi mereka berdua. Kena marah!
“Membebel. Macam manalah dia boleh ‘terberkenan’ dengan kau? Pelik aku.” Sarina bersuara. Buku lima mengetuk meja. Menimbulkan rentaknya.
“Macam Dan berkenan dengan kau.” selamba Ina berkata sambil menjeling tajam. Herot mulutnya.
Farisya jongket kening! Hujung mulut belah kiri terangkat. Sarina sudah resah. ‘Aku stepler juga mulut dia ni,’ gerutu hati Sarina. Farisya sudah sengih ‘menang peraduan ratu hodoh’.
Dia tahu sudah siapa Ina maksudkan. “Dan?” suara Farisya menerkan telinga Ina.
“Ha’ah. Alah, laki mat saleh celup tulah. Takkan kau tak kenal dia?” tanya Ina. Makin panjang sengihan Farisya. Sarina sudah mahu rasa hendak sepak Ina.
Kedatangan pelayan tadi membawa makanan yang mereka pesan. “Tak nak tunggu orang tu ke?” tanya Sarina yang bertentangan dengan Ina. Farisya disebelahnya.
Makanan belum mereka sentuh.
“Ikut kaulah.” Jawab Ina.
“Kita tunggulah. Dia di mana sekarang?”
“Dah ada kat area sini.” Ceria nada Ina menjawab.
“Aku kenal ke?” tanya Sarina. Farisya hanya menadah telinga.
“Kau mesti terkejutlah. Tengok aje nanti.” Tangannya bersilang, tanda seronok.
“Eh, kau tahu mana aku ada kat sini?” dari tadi mahu bertanya, baru sekarang berpeluang untuk bertanya. “Aku nampak kau di kedai Era Wawasan kelmarin. Banyak barang yang kau angkat dari kedai tu, barang apa?”
“Biasalah. Aku nak makan daging masak pedas. Jadi, aku suruhlah mak aku. Dia pula kenakan syarat.”
“Kau kena beli bahan-bahannya?” teka Ina. Sarina mengangguk. Farisya menyedut air sirap bandung dengan straw. Dahaga agaknya.
“Hah?! Kau nak kahwin pula?” disergah Farisya pula.
“Oh, mak kau! Ish, buat aku terperanjat aje. Bagilah salam dulu.” Omel Farisya. Ina hanya tergelak kecil.
“Aku, lagi sebulan nak kahwin. Nanti datanglah ye? Kad nanti aku bagi. Terlupa pula nak bagi pada kau.” disedut lagi air bandung itu. Suku dari gelas itu sudah hilang.
“Insyaallah. Kalau tak ada apa-apa aku datang. Jangan lupa bagi beg tau.” Pesan Ina dengan rasa tidak malu. Farisya sudah ketawa.
“Boleh aje. Tapi kena datanglah, perabiskan lauk kenduri. Kalau tak datang, tak adalah beg.” Sampuk Sarina.
“Mana aci. Kalau aku ada kerja, terpaksalah tak pergi.” Rengek Ina. Matanya berkelip-kelip memandang Sarina serta Farisya. Mereka sudah ketawa.
“Yalah, yalah.”

No comments:

Post a Comment