Saturday, April 3, 2010

bab28

BAB 28
Hanis merenung resah dibawah pokok rambutan belakang rumah tok wannya. Tapak tangan menongkat dagu. Malam masih muda! Hai, masa bila malam pun ada tua dan muda? Ganjil!
Dia masih terkenang akan kata-kata dari Dan malam tadi. Dia masih memikirkan ayat-ayat yang mengetuk kepala hotaknya. Cinta hadir dalam jiwa! Saat dia terpandang Rosnida petang tadi, terus hatinya berkenan. Dia berharap Rosnida menerima cintanya walaupun dia tidak semanis Nabi Yusuf, tidak semulia Nabi Muhammad, dan tidak sehebat Nabi Sulaiman.
Tanah yang berpasir direnung kosong. Cermin mata sedikit turun dari takuknya. Dia mengeluh lagi. Sudah berkali-kali dia mengeluh namun tidak terusir jua gambaran wajah Rosnida. Apa yang perlu dia buat? Dia sudah terkena virus ‘B1N1’.
Jika difikirkan kembali, sudah lama dia membujang. Umur pula tidak muda lagi. Jadi, apa yang perlu dia tunggu lagi?
“Hanis! Apa yang kau buat disini? Orang tengah seronok dapat makan ayam bakar, kau pula berseorangan disini. Kau fikir apa? Gadis melayu terakhir ke yang kau fikir?” tanya Dan sedikit tinggi nadanya.
Hanis yang terleka, hampir terkentut!
“Apalah kau ni! Buat orang terperanjat saja.” Keluh Hanis.
“Oi, mamat! Come onlah. Jangan asyik mengeluh aje. Seribu kali kau mengeluh pun, belum tentu Rosnida tahu perasaan kau. Jadi jantanlah sikit. Pergi serbu bilik dia, cakap, kau cintakan dia, sayangkan dia. Baru dia terkejut monyet!”
Senget kepala Dan merenung Hanis yang matanya kuyu dan layu.
“Gila apa kau ni? Nak serbu bilik dia? Nak kena hambat dengan bapa dia dengan kapak besi? Hish! Tak nak aku. Tak pasal-pasal Rosnida jadi janda. Tak sanggup aku!” Kata Hanis yang sedikit berbaur lucu.
Dan tersenyum. “Tahu pun sayangkan Rosnida, takut pula kau, dia jadi janda. Habis tu yang tercegat kat sini kenapa? Aku nak esok pagi kau pergi rumah dia. Cakap dengan dia pasal hati kau. Jangan kau cerita apa saluran-saluran yang ada dalam hati kau sudah! Bila pula kau kahwin dengan dia ni hah?”
Hanis tersenyum. Dia sudah mampu untuk melukis senyuman di bibir.
“Tahu pun nak senyum! Tadi, macam orang tertinggal bas nak balik raya dikampung. Masam aje! Sudahlah! Hal ni kita fikir esok. Lagipun esok aku nak pergi rumah tok chik. Rumah tok chik dengan rumah dia dekat ajekan? Jom makan ayam bakar! Nanti kebulur pula anak mak yah ni.”
Hanis masih tersenyum namun tidak berganjak dari tempatnya.
“Yang masih tersenyum lagi tu kenapa? Jomlah makan! Nanti kurus melidi, tak nak pula Rosnida tu pada kau. Dia nak yang teddy bear. Sedap peluk sikit.” Makin lebar senyuman Hanis. Sengaja Dan membuat gaya memeluk teddy bear.
“Pantang sebut nama Rosnida! Senyum memanjang.” Dan menarik tangan Hanis. Akur dia dengan tarikan tangan Dan. Sudahnya, dia pula yang makan lebih berbanding Dan.

Hanis membetulkan jambulnya, yang tidak sesuai dipanggil jambul, entah untuk yang ke berapa kali. Serba tidak kena dia rasakan. Dan yang dibelakang melihat gelagat Hanis tergelak sampai hendak ‘terkucil’.
“Kau ni kenapa yang gelak sakan?”
Hanis menoleh memandang Dan yang berada diatas katil. Dia bangun lebih awal daripada biasa. Dia orang pertama yang mandi. Luar biasa betul pagi itu! Pelik juga mereka yang lain, melihat Hanis bangun awal.
“Tak ada apalah. Cuma...lawak betul tengok kau. Menggelabah! Aku ingat kau ni cool sangat! Buat tak ada perasaan aje sebelum ni! Pagi ni...wah...hebat betul cinta Rosnida. Eh, itu baju siapa yang kau curi tu?”
Terlihat Dan pada baju berkolar warna maroon yang tersemat elok ditubuh Hanis. Baju itu dibawa masuk ke dalam seluar sekerat yang dibawah.
“Banyaklah kau, aku curi! Aku belilah! Dah lama sebenarnya aku beli baju ni, tapi tak pula terasa nak pakai.” Balas Hanis.
“Memanglah sekarang baru nak pakai. Dah ada yang bertamu dikalbu! Jadi kenalah pakai smart sikit.” Gerutu Dan. Dia menyarung jam di tangan.
“Tapi aku pelik sikitlah.” Luah Dan yang berbuku dihati.
“Apa yang kau rasa pelik?” Hanis berpaling dari mengadap cermin. Dia diam.
“Macam mana kau boleh jatuh cinta dengan cepat? Sekali tengok, dah jatuh cinta. Cepat betul hati kau berubah.”
“Hendak buat macam mana, dah aku jatuh cinta pada pandangan pertama. Lagipun, macam kau pernah cakap dulu, cinta sejati tak perlu ambil masa yang lama untuk kenal pasti. Diri kita sendiri akan tahu, apakah cinta itu cinta sejati?” mulut Hanis mengatur bicara yang berfalsafah.
Dan tercengang-cengang sambil menatap wajah Hanis. Hanis terjongket kening. Dipetik jarinya, lalu mengeluarkan bunyi, di depan mata Dan yang tidak berkelip-kelip. Dan tersentap.
“Biar betul! Ni ke sepupu aku yang macam hilang akal malam tadi? Ke kau orang lain yang rasuk dia? Cepat cakap, mana sepupu aku?! Cepat!” lantang Dan berbicara. Digoyang-goyang tubuh Hanis. Badan Hanis pula mengikut rentak goyang tangan Dan.
“Betullah ini aku Hanis! Yang buat badan aku macam buaian ni kenapa? Sedap kau aje nak goyang-goyangkan aku.” Bidas Hanis.
“Mahu aku tak pelik. Malam tadi macam kena sembelit muka kau. Hari ni macam menang loteri.”
“Kepala kau berjambul! Berdosa oi main loteri.”
“Itu aku tahulah! Ah, dahlah. Jom pergi rumah tok chik kemudian, aku temankan kau pergi rumah Rosnida. Takut pula kau melepas nanti, walaupun tak pernah dibuat orang, hari ini jatuh cinta, esok pergi luah perasaan.”
Setelah memberitahu pada Puan Aisyah ke mana mereka berdua pergi, selipar disarung di kaki lalu berjalan ke rumah tok chik.
“Asalamualaikum!” Dan memberi salam dengan lantang agar orang yang berada di dalam rumah mendengar. Hanis yang muka berbaur resah dan gelisah, berdiri disebelahnya.
Dan menggeleng melihat raut wajah Hanis. Muka macam kena acu pedang ditengkuk. Rasa hendak memuntahkan gelak pula yang dirasakan Dan.
“Waalaikumusalam. Eh, Dan! Oh, Hanis pun ada? Masuklah! Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri.” Tok chik mempelawa mereka. Selipar yang dipakai Dan dibuang dari kaki, manakala Hanis yang macam hendak pergi meeting dengan Datuk-Datuk membuka kasut bersarung dari kaki.
Mereka melangkah seiringan masuk. Tok chik yang berada dimuka pintu mendahului mereka.
“Kalau kami buat rumah tok chik macam rumah sendiri, teruk kami sepahkan. Kami mengganggu ke datang pagi-pagi ni?” Dan berbahasa bercampur seloroh. Agaknya Hanis sudah tertelan biji durian kerana langsung tidak bersuara. Dan menjeling melihat Hanis disebelah. Jasad sahaja disitu, tetapi hati di tempat lain.
“Duduklah. Alah...tak kisah pun. Seronok apa orang datang rumah, bawa berkat. Eh, nak kata pagi, taklah pagi sangat. Baru pukul sebelas. Kamu tunggu kejap. Tok chik nak pergi dapur kejap, nak buat air.”
Bingkas tok chik bangun.
“Tak payahlah tok chik. Buat susah saja.” Halang Dan.
“Tak susah pun. Buatkan air saja. Bukannya nak kena masak bergelen-gelen lauk. Kamu tunggu dulu.” Dia bingkas bangun tanpa mendengar tegahan dari Dan lagi.
Tok chik lenyap dari pandangan mereka. “Siapa datang nek?” suara seseorang berkumandang. Dan berpandangan dengan Hanis. Suara Rosnida! Hanis menelan air liur. Namun terasa payah dan pahit.
Tercuit hati Dan untuk ketawa. Takut pula Hanis buat muka asam limau, dibatalkan saja niatnya. “Hanis de...” terdengar tok chik menjawab.
Tanpa berlengah Rosnida terpacak dimuka pintu antara dapur dengan ruang tamu. Pandangannya bukan kepada Dan yang selalu dicari tapi pada orang disebelah Dan. Hanis pula tidak berkelip. Pandangan mereka bertaut. Dan menyembunyikan senyumannya dengan melakukan gaya mengusap dagu.
“Bila sampai?” entah pada siapa Rosnida melontarkan soalan. Matanya masih tertacap pada Hanis. Begitu juga orang yang ditatapnya. Agaknya soalan itu padam Hanis.Namun, tidak kelihatan Hanis mahu menjawab.
“Baru aje sampai.” Dan tolong jawab. Tangannya membuka balang yang berisi kuih itu. Diambil sebiji kemudian, sekaligus masukannya ke dalam mulut. Perlahan-lahan dia mengunyah sambil memandang sekeliling.
Rosnida tersentap dengan jawapan Dan yang agak kuat nadanya, pada pendengarannya. Dia termalu sendiri, walaupun Dan tidak berasa begitu terhadapnya.
“Sihat ke abang Dan?” tanya Rosnida yang masih berdiri disitu tanpa bergerak ke mana.
“Alhamdulillah. Sihatlah sekarang. Rosnida pula macam mana? Sihat?”
“Sihat. Lama tak jumpa abang Dan, buat apa sekarang?” Rosnida masih bertanya sekadar berbahasa walaupun dia tahu. Sengaja pura-pura bertanya.
Mata masih pada Hanis. Hanis pula tersipu. “Ada di KL. Nanti kalau pergi sana datanglah rumah.”
“Siapalah yang nak bawa Nida ni abang Dan oi...” keluhnya.
“Abang Hanis ada. Suruhlah dia bawa.” Dan menyiku lengan Hanis.
“Hah?! Apa?!” Dia terperanjat. Terbeliak matanya oleh sebab terperanjat memandang Dan.
Rosnida pula tersenyum lalu tertunduk. Dia menggigit kuku jari telunjuk. Hanis pula masih kaget dan mulut ternganga.
“Tadi aku suruh kau bawa Nida kalau dia nak pergi KL.”
“Oh! Boleh saja.” Jawab Hanis cuba buat seperti biasa.
“Betul ke?” bercahaya mata Rosnida.
“Err...boleh saja kalau Nida nak pergi.” Sahut Hanis. Bersemangat pula dia menjawab. Mukanya macam kera dapat girlfriend.
Tiba-tiba telefon bimbit Dan berdering. Rosnida dan Hanis menatap raut wajah Dan yang tenang. Kemudian menjadi excited apabila melihat skrin telefon.
“Asalamualaikum.” Salam diberi terlebih dulu tatkala telefon melekap ditelinganya.
“Walaikumusalam. Dan tak terasa ada lupa sesuatu ke?” tanya Sarina. Dan pula sekarang yang tersenyum. Dia menjadi perhatian mereka berdua.
“Terlupa barang apa?” kening terangkat.
“Baranglah!”
“Barang apa?” Dan masih tidak dapat menangkap.
“Adalah! Nak ambil tak?” tanya Sarina yang masih berahsia.
Rosnida dan Hanis berpandangan namun seketika sebelum melarikan pandangan masing-masing. Malu! Melihat Rosnida dengan Hanis yang seperti mahu berbicara, segera Dan keluar dari rumah. Dia berada di depan halaman rumah kampung tok chik.
“Nak ambil bila? Sekarang ada dirumah tok chik. Dan tak boleh ambil sekarang.”
“Siapa suruh Dan ambil sekarang? Bagilah dia orang ni rehat sama dari asyik tengok muka Dan. Dan balik bila?” Sarina mahu mengatur pertemuan.
“Dia orang sukalah tengok Dan. Esok! Kenapa tanya?”
“Tak adalah. Nanti boleh Rina hantar di tepi jalan ke, masa Dan dalam perjalanan nak balik.” Saran Sarina. Fikirnya Dan pasti setuju.
Dan sempat berfikir. Dapat Sarina berjumpa dengan mak dan ayahnya. Lalu, diperkenalkan sebagai bakal menantu. ‘Hahaha...’ dia ketawa dalam hati.
“Boleh juga. Nak jumpa di mana?” tanya Dan bersetuju.
Sarina tersenyum. Tepat sangkaannya.
“Nanti di pekan Kulim. Lagipun Rina ada nak pergi rumah saudara disitu, bolehlah Dan ambil disitu. Jadi tak perlulah Dan datang sini.”
“Boleh juga. Bertolak pukul berapa?” tanya Dan lagi.
“Mungkin tengah hari. Dalam pukul sebelas.”
“Itu belum tengah hari lagilah. Masih dalam lingkungan pagi. Memandai aje tukar status.” Bebel Dan.
“Yalah, yalah. Rina salah. Dan seorang aje yang betul.” Jerkahnya tetapi langsung tidak berkesan pada hati Dan yang tidak makan saman malah siap boleh tergelak besar lagi.
“Hai, takkan merajuk dah?” sindir Dan. Bibirnya mengatur senyuman.
“Tak pun.” Sarina menderam.
“Ya ke? Suara macam nak telan Dan saja bunyinya.”
“Memang pun. Rasa macam nak pergi telan Dan aje. Geram! Amboi, salah sikit aje pun. Bukannya berdosa pun. Benci betul.”
Dan ketawa mendengar suara Sarina yang meletup macam bom nuklear. Meledak terus.
“Ala, busuk busuk tu. Marah nampak.”
“Apa busuk busuk? Orang dah mandi tau. Siap pakai shampoo lagi. Setengah jam dalam bilik air tu, mandi. Segala-galanya cuci habis! Tidak ada lagi kotoran di badan.” Tiba-tiba berubah suara seperti penyampai iklan. Dan ketawa besar. Dia tertunduk ke belakang sedikit keran gelak besarnya.
“Dan tu aje yang busuknya. Bau busuk sampai ke sini. Kuat giler bau busuk ke mari.” Giliran Sarina mengusik.
“Ewahh! Dan pun dah mandi la. Ingat Rina seorang aje yang boleh mandi lam macam tu. Ooo...Rina mandi lama ya? Pecah satu rahsia. Mesti orang lain siap maki-maki Rina sebab mandi lama sangat.”
“Rahsia konon. Tak adanya jadi rahsia. Dah natural perempuan siap lambat. Tak adalah dia orang maki-maki, sebab ada lagi yang lama.” Suaranya deras, kemudian perlahan.
“Siapa pula yang lambat tu? Memang pun! Perempuan memang lambat. Lembap semacam aje.” Komen Dan. Sengaja mahu cari gaduh. Berdesing telinga Sarina mendengarnya.
“Eleh! Orang laki lagi lambat. Orang suruh pergi beli barang dapur pun, terhegeh-hegeh!” suara macam budak-budak.
Terkena batang hidung Dan. Sarina tahu sangat dengan perangai Dan yang memang liat hendak pergi beli barang dapur. Kadang-kadang, kalau Puan Lily suruh, tup tup lesap. Larikan diri!
“Alah yang tu lain...” Dan tiada jawapan untuk membalas.
“Dan kat rumah tok chik buat apa?” tanya Sarina walaupun belum bertemu langsung dengan tok chik.
“Melawat dialah. Kan raya ni?”
“Rina tahulah hari raya, tapi pergi dengan siapa? Buat apa kat sana tu?” siasat Sarina. Terjongket kening kiri Dan, berasa pelik dengan soalan Sarina. Macam cemburu saja bunyinya.
“Aik? Cemburu ke? Pergi dengan Hanis. Rina kenal rasa Hanis tu? Sebenarnya teman dia datang nak luahkan perasaan. Lagipun, lama tak tengok tok chik. Nak melawat kelmarin, dah pergi rumah Rina, jadi tak sempatlah. Sampai sini pula malam. Jadi esok-esok saja melawat dia.” Terang Dan dengan panjang lebar penjelasannya.
Sarina sedikit lega.
“Hanis tu memang kenal. Dia nak luahkan perasaan? Pada siapa?” sibuk Sarina mahu tahu.
“Yup, luahkan perasaan yang baru dia dapat kelmarin. Pada Rosnida. Sepupu Dan juga, tapi sepupu jauh. Tapi ada jugalah kena-mengena dengan Dan.”
“Dan tak kacau dia orang ke dekat dengan dia orang ni? Pelik! Takkan baru jumpa kelmarin dah jatuh hati?”
“Taklah. Dan ada diluar rumah ni. Bagi dia orang sedikit privasi. Nak sangat privasi. Memang pelik! Tanpa kuasa Tuhan, siapa tahu! Itulah! Baru kelmarin jumpa dah jatuh hati. Cepat sangat! Alah, macam kitalah dululah.”
“Dan! Mari masuk minum. Buat apa berdiri diluar tu?” tok chik menjerit dari dalam rumah sebaik saja Dan menghabis ayatnya, sambil mengecilkan matanya yang sudah tidak elok, untuk melihat Dan dengan jelas.
Dan memusingkan tubuhnya. Keliharan tok chik, Rosnida dan Hanis memandangnya.
“Kejap tok chik. Nanti Dan masuk. Ada orang telefon ni.” Tanpa menunggu lebih lama dia melekap kembali telefon pada telinganya.
“Helo?” mahu memastikan Sarina berada dihujung corong.
“Ya. Masih ada dalam talian.”
“Hah?! Biar betul! Macam mana Rina boleh sumbat badan Rina dalam talian telefon. Muat ke?” usik Dan.
“Muatlah! Rina kurus apa. Bukan macam Dan tu. Besar punya!”
“Besar, besar pun tengoklah body! Ketul-ketul banyak!” Dan memuji diri sendiri sambil melakukan aksi bina badan.
“Perasan! Cakap dengan siapa yang terjerit-jerit tadi?” tanya Sarina.
“Cakap dengan tok chiklah. Dia panggil masuk minum.”
“Habis tu, kenapa tak masuk lagi? Terjerit-jerit orang tua tu panggil masuk, dia buat derk aje. Nanti tercabut pula anak tekak orang tua tu. Siapa nak ganti? Dan? Hish, boleh harap ke?”
Dan tergelak mendengar ayat yang Sarina tutur. Dia tergeleng-geleng. Macam-macam idea betul, Sarina.
“Sanggup Dan dermakan, andai perkara itu terjadi.” Romantik nadanya. Tersentuh sedikit hati Sarina.
Dia senyap.
“Hai, kena ayat romantik sikit, dah senyap?”
“Tak adalah. Saja nak senyap...”
“Hai, Dan!” seseorang bersuara dari arah belakang Sarina. Dan mengetap bibir. Tertanya-tanya siapa yang bersuara.
“Siapa tu?” tanya Dan.
“Siapa lagi suara yang macam katak kodok batuk, kalau tak kak Hidayah.”
“Berani Rina kata akak katak kodok?” terdengar suara Hidayah dicorong sana yang terjerit. Dan tersenyum. Membayangkan gelagat Hidayah.
“Dia buat apa tu?”
“Menyibukkan diri. Okeylah. Nak pergi dulu ni.”
“Pergi mana?” tanya Dan. Masih terasa sayang untuk berhenti berbual dengan Sarina.
“Beranilah ni. Kalau tak berani, tak panggilah.” Selamba Sarina membidas kepada Hidayah.
Dan tergelak kecil. “Nak pergi berjalan-jalan. Berayalah! Buat apa lagi.” Sambung Sarina.
“Yalah. Bye sayang.”
“Gatal!”

No comments:

Post a Comment