Saturday, April 3, 2010

bab7

BAB 7
Hampir terlepas pinggan ditangannya dek kerena terkejut. Telefonnya menjerit suruh dijawab. Segera dia meletakkan pinggan di atas meja dan berlalu ke ruang tamu. Ketika itu dia berada di Alor Star. Pada hari cuti beginilah dia akan masak dirumah.
‘Siapalah yang telefon ni? Buat aku terkejut aje,’ bebel hatinya. Dia memandang skrin lalu punat hijau ditekan.
“Ibu!” dia memanggil.
“Bertuah punya budak! Bagilah salam dulu,” desah Puan Aisyah. Sarina ketawa kecil.
“Assalamualaikum. Ibu apa khabar?”
“Khabar baik. Kamu baik?”
“Sihat, Alhamdulillah. Ibu buat apa sekarang? Ayah ada?” Sarina menghempas punggungnya di atas sofa berwarna ungu.
“Tak buat apa pun. Ayah kau ada tu hah tengah tengok bola. Kau bila nak balik sini pula?”
“Tak tahu lagilah. Ada apa, ibu?”
“Tak adalah. Ibu ada hal nak cakap dengan kau ni,” lambat-lambat Puan Aisyah mahu menuturkannya.
“Hal apa ibu? Penting ke?” berkerut dahi Sarina.
“Ibu nak jodohkan kau dengan anak Mak Leha tu, si Afil. Dia sekarang kat Alor Star. Nanti kau pergi jumpa dia ye?” gesa Puan Aisyah.
“Hah? Afil pulut hitam tu? Alah ibu. Rina malaslah nak fikir lagi pasal tu. Tak payahlah, ibu,” pujuknya.
“Ewahh!!! Penat ibu cari jodoh untuk Rina, dia pula yang tak mahu. Sudah nanti kau pergi jumpa dia. Kalau kau tak pergi, siaplah,” suara Puan Aisyah makin meninggi.
“Ibu! Rina tak naklah. Dia tak berapa kamcing sangatlah dengan Rina. Membosankan pula tu. Mamat seekor tu bukan reti nak mengorat,” selamba sahaja Sarina memberi komen. Dia menyeringai.
“Alah pergi ajelah jumpa dia. Nanti ibu SMS kan dia nombor kau. Jangan lupa pula,” Puan Aisyah bersuara agak tinggi. Geram juga dia dengan perangai Sarina yang agak degil.
“Ibu! Rina taknaklah. Dia tu...dia tu...” belum sempat Sarina menyempurnakan ayatnya, Puan Aisyah sudah menyampuk.
“Dia tu apa? Pergi jumpa dulu, kalau kau tak suka kau boleh tolak. Tapi pergi jumpa dulu. Okeylah, ibu nak letak dah ni. Nak masak, ayah kau dah kebulur tahap Indonesia dah tu. Jangan lupa, bye. Assalamualaikum,” cepat-cepat Puan Aisyah memutuskan panggilan supaya Sarina tidak sempat berkata apa-apa lagi.
Sarina terpinga-pinga. Dia memandang telefon sambil ternganga. ‘Nak kena jumpa si mamat gondol tu? Adula!!!’ bentak hatinya.
Dia termenung kosong. Tiba-tiba sahaja dia teringat sesuatu.
“Alamak!!! Lauk aku,” jeritnya lalu berlari ke dapur. Sudah terlambat. Ikannya sudah menjadi punggung kuali.
“Arghhh!!!” dia menjerit.

Sarina berulang kali melihat jam. Jari mengetuk meja hingga menimbulkan rentak yang tersendiri. Afil sudah terlewat setengah jam. Kafe Bistro menjadi pilihan Sarina. dia memandang sekeliling, jika terlihat kelibat Afil. Namun kehampaan.
Tidak berapa lama kemudian, kelibat Afil muncul. Dia berpakaian formal. Nampak segak. Sarina cuba untuk tidak menghiraukan kesegakkan Afil. Sarina menghulurkan senyuman apabila Afil sudah memberikan senyuman dari jauh. Senyuman yang teragak-agak. Afil menarik kerusi. Dia duduk kemudiannya.
“Hai,” Afil cuba bermesra. Senyumannya sedikit kelat.
“Hai,” kedua-duanya kemudian tersenyum. Kelihatan seperti kedua-dua mereka tiada apa perkara yang perlu dibincang.
“Maaf sebab lambat tadi. Ada hal tadi,” Afil memulakan perbualan.
“Tak apa. Awak apa khabar sekarang?” Sarina cuba beramah mesra.
“Baik, baik. Awak pula macam mana?”
“Okeylah setakat ni. Awak kerja apa sekarang?”
“Doktor. Awak?”
Mereka senyap apabila seorang pelayan datang dan meminta pesanan.
“Hmm...boleh la,” jawab Sarina ringkas sebaik sahaja pelayan itu berlalu.
“Boleh la, boleh la. Tapi kerja apa?” desak Afil. Suapan demi suapan masuk ke mulut Afil. Berselera benar dia. Umpama tidak makan setahun. Sarina pula seolah tidak berselera.
“Bekerja di sebuah syarikat,” Sarina menjawab dengan penuh kebosanan. Dikuis-kuis makanan dalam pinggan.
Tidak lama kemudian pelayan yang memesan makanan mereka sebentar tadi datang membawa makanan mereka. Sarina tersenyum.
Ketika mereka berbual, seorang pelayan datang membawa dulang berisi minuman. Tidak disangka oleh mereka, kaki pelayan itu tersadung pada kaki Afil. Minuman itu tertumpah pada baju Afil. Sarina menekup mulut kerana terkejut berbaur sedikit gembira. Baginya, mungkin Afil akan meminta diri lebih awal dan tidak perlulah dia mengadap muka Afil lagi. Sarina memandang wajah Afil yang sedang berdiri. Menyinga Afil. Pelayan itu kalut. Berkerut dahi Afil dan matanya terbeliak. Orang ramai mula menyuluh mata ke arah mereka.
“Maaf, maaf...” kalut pelayan itu meminta maaf sambil cuba mengelap baju Afil yang asalnya berwarna krim telah bertukar ke warna merah. Warnanya cukup jelas. Sarina sedikit berenjut bahu menahan tawa.
“Apa maaf maaf? Baju saya ni mahal tahu tak? Guna gaji awak pun belum tentu dapat bayar lagi. Ini baju mahal tahu,” terkeluar perangai Afil yang sebenarnya. Suara Afil meninggi. Banyak mata memandang sandiwara disitu. Ada yang tersenyum sinis mendengar kata-kata Afil.
Sedikit berubah wajah pelayan itu kerana Afil menghinanya namun dia tahan jua. Sarina terkejut melihat Afil. ‘Kalau ya pun dia buat salah, janganlah hina dia. Setiap manusia melakukan kesilapan,’ tutur hati Sarina. Tika itu, hatinya sudah berasa meluat.
“Mana pengurus awak? Saya nak jumpa dia, sekarang! Biar awak kena pecat. Macam mana dia orang boleh ambil orang bodoh macam awak bekerja. Bodoh nak buat kerja!” Afil terus-terusan menghina. Suaranya masih tinggi. Sarina bangkit. Afil dan pelayan itu memandang Sarina.
“Sudahlah tu. Bukannya dia sengaja. Biarlah,” Sarina berasa kesian pada pelayan itu lalu cuba menenangkan Afil.
Wajah Afil yang sebelum ini sedikit tegang beransur kendur. Terlupa dia seketika dengan kehadiran Sarina. Rasa baran menguasai diri Afil. Habis rancangannya untuk berlakon baik di depan Sarina. Pelayan itu memandang Sarina. Bibirnya menguntum senyuman terima kasih. Pelayan itu memandang wajah Afil dan tertunduk apabila menyedari Afil memandang tajam ke arahnya.
“Hari ini awak bernasib baik sebab ada dia. Kalau tak dah lama saya suruh pengurus berhentikan awak. Sekarang pergi,” sedikit perlahan suara Afil. Lantas, tanpa membuang masa lagi, pelayan itu pergi dari situ.
Afil dan Sarina menghempas punggung di atas kerusi. Hempasan punggung Afil sedikit kasar. Orang disekeliling kembali melakukan aktiviti mereka. Sarina terus-terusan memandang Afil. Afil yang menyedari sedikit serba salah.
“Awak tahu tak masa awak marah tadi, syaitan seronok hasut awak?” sedikit persoalan dari Sarina menyentak hati Afil. Dia terbungkam. Tertunduk dia.
“Syaitan seronok aje sekeliling awak. Agaknya sekarang syaitan tengah buat tarian salsa sebab seronok hasut awak. Cubalah control sikit marah awak tu. Bukannya budak tu sengaja tadi,” Sarina membebel. Afil pula diam tidak berkata apa-apa. Makanan mereka hanya suku disentuh.
“Sorry,” hanya itu yang dilontarkan Afil.
“Hmm...saya balik dululah. Baju pun dah tak lawa,” Afil masih merungut dan berdiri. Senyuman Afil sedikit kelat.
“Baiklah. Nanti sajalah kita berjumpa,” Afil terus beredar sambil mengibas-ngibas bajunya. Sarina hanya memandang tubuh Afil yang sedikit gempal berlalu pergi. Setelah Afil tidak kelihatan, Sarina memandang sekeliling mencari seseorang.
Beberapa saat kemudian, pelayan yang jatuhkan minuman di atas Afil muncul sambil tersenyum. Dia berdiri di hadapan Sarina.
“Macam mana lakonan saya? Okey?”
“Boleh tahan. Boleh jadi pelakon ni. Aaron Aziz pun mesti menangis tengok,” puji Sarina. Pelayan itu menunduk kepala tanda terima kasih. Sarina kemudian membelek isi beg tangannya. Kelihatan seperti mencari sesuatu.
“Terima kasih,” kata Sarina sambil menghulur wang kertas berjumlah RM50.
“Sama-sama. Err...boleh saya tanya sesuatu?”
“Tanyalah,” Sarina menanti-nanti.
“Kenapa akak buat macam tu?”
“Oh, itu. Saya tak suka dia tu,” ringkas jawapan Sarina.
Terangguk-angguk kepala pelayan itu. Sarina memandang tag nama pada pelayan itu. Nazim.
“Baiklah, terima kasih ya kak,” Nazim terus berlalu dari situ dan melakukan kerjanya. Sarina menganggukkan kepala. Dia bangun dan berlalu dari situ. Hatinya berbunga riang. Akan dia cerita pada Dan. Sarina yang memakai baju kurung merah tersenyum apabila teringat peristiwa tadi.

No comments:

Post a Comment