Saturday, April 3, 2010

bab17

BAB 17
Dan masih melancarkan mogok pagi esoknya. Dia berada diberanda rumah. Duduk diatas kerusi rotan yang Encik Ariff beli dari Perlis. Matanya menghala ke arah luar rumah namun fikirannya sudah ke Paris. Tidak berkelip mata. Sesekali tangannya diurut.
Dia melancarkan mogok setelah melihat Sarina melayani seseorang malam tadi. Dengan penuh mesra melayannya. Hatinya mula tangkap cemburu. Dia terkenang peristiwa malam tadi. Tidak senang duduk dia disebelah Encik Ariff. Akhirnya, dia pergi bermain dengan pasangan kembar, Afsyan dan Afsyah. Hatinya sedikit terhibur melihat gelagat kembar itu dan cuba tidak menghiraukan perasaan cemburu yang menapak dalam dirinya. Makin dia teringat ‘kejadian ngeri’ malam tadi, makin panas hatinya.
Ahli keluarga Sarina yang lain berada di dalam rumah. Berbual perihal malam tadi. Malam tadi, Sarina ada menghantarkan pesanan melalu SMS. Namun, tidak dia balas pesanan tersebut. Marah! Berkali-kali Sarina menghantar pesanan tetapi tidak jua dia membalasnya. Akhirnya Sarina menelefon setelah tidak puas hati apabila Dan tidak membalas SMSnya padahal dia tahu Dan belum tidur lagi. Untuk tidak menganggu tidur Encik Ariff dia tidak mengaktifkan telefon bimbit milik Dan. Kemudian, memalingkan badannya mengadap Encik Ariff. Namun, Encik Ariff mengadap ke arah yang bertentangan.
“Dan kenapa duduk diluar? Mari masuk dalam. Sarapan. Tadi abang Farhan ada beli nasi lemak kat depan taman. Marilah makan.” Sapaan Farhan mengejutkan Dan.
“Apa?! Oh, baiklah.” Dan bangun dari kerusi rotan itu dan berjalan membuntuti Farhan. Selepas itu, dia duduk disebelah kanan Farhan dan sebelah kiri Encik Ariff. Belakangnya dinding. Mereka semua duduk dalam keadaan bulatan.
Encik Ariff menghulurkan senyuman. Senyumannya berbalas. Encik Ariff menyuakan sudu kepada Dan. Tetapi ditolak. Dan mahu makan menggunakan tangan setelah melihat ahli keluarga yang lain makan menggunakan tangan. Encik Ariff tersenyum faham. Sangkanya Dan pasti tidak selesa makan menggunakan tangan.
“Nah!” Farhan menghulurkan pula bungkusan berisi nasi lemak.
“Terima kasih.” Tangannya mengambil bungkusan nasi lemak itu dari tangan Farhan. Mata Farhan beralih pada bungkusan nasi lemaknya.
Matanya kemudian, memandang seseorang yang merenungnya dari tadi. Sarina! Cepat-cepat dikalihkan pandangannya melihat nasi lemak. Rajuknya masih ada! Sarina masih setia merenungnya.
“Terima kasih Dan bagi baju kurung mak cik malam tadi. Sedap betul pakai! Cantik pula tu.” Seraya itu mata Dan memandang Puan Aisyah yang berada disebelah Sarina. Dan seperti tidak lalu makan. Suapannya perlahan saja. Makan hati.
“Sama-sama. Baju tu saya dengan Rina yang pilih.” Katanya setelah nasi dalam mulut sudah ditelan. Dan merendah diri.
“Pandai kamu pilih. Padan pula dengan kulit mak cik.” Komen Puan Aisyah. Tangannya menyuap nasi ke mulut.
“Kenapa? Kulit kamu putih ke yang padan dengan warna tu? Hitam aje saya tengok.” Usikkan Encik Ariff mengundang tawa mereka yang lain. Encik Ariff memandang isterinya kemudian memandang nasi di depan matanya sambil tersengih kerana seronok dapat mengena isterinya.
“Kata kat orang. Macamlah awak tu pun putih juga. Hitamnya sama dengan arang.” Balas Puan Aisyah sambil menjeling ke arah suaminya. Tangan masih setia menyuap nasi.
“Putihlah dari awak tu. Saya hitam manis tau.” Encik Ariff memuji diri sendiri. Sejak dari mula lagi suka sangat mereka bertekak. Mengeratkan hubungan antara suami isteri.
“Perasan.” Hanya itu yang mampu Puan Aisyah berkata. Malas nak bertekak. Mereka yang lain sudah tersengih melihat suami isteri itu bertekak. Mereka sudah naik lali dengan perangai suami isteri itu. Walaupun begitu, pertelingkahan suami isteri itu tidak menggugat keseriusan Dan. Sarina terasa serba salah. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Makan Sarina jadi perlahan. Tidak selera apabila menatap wajah kelat Dan. Ditambah pula, Dan yang tidak lalu makan. Fikirannya runsing. Adakah Dan ternampak Sarina melayani Hafiz malam tadi? Adakah dia cemburu? Mahukah Dan mendengar penjelasan Sarina? Adakah Dan sudah membenci Sarina? Adakah Dan marah kerana Sarina tidak menceritakan hal sebenar terlebih dahulu? Semua itu berlegar-legar dibenak Sarina.
“Kenapa slow aje makan dik? Tadi nampak macam tak sabar nak makan nasi lemak? Sekarang dah tak lalu ke?” Tegur Siti Nurbaya. Dan mengangkat muka memandang Sarina yang bertentangan dengannya. Sarina terkedu dengan teguran Siti Nurbaya. Kini, dia menjadi perhatian mata-mata yang ada di dalam rumah itu. Termasuk Dan.
“Tak ada apa-apalah. Kenyang sikit.” Memberi alasan.
“Kenyang? Akak tak nampak pun kau makan tadi? Macam mana boleh kenyang? Kau makan hati ke?” sampuk pula Hidayah dengan riak wajah selamba sambil tangan masih menyuap nasi lemak. Tersentak Sarina. Bimbang juga dia andai Hidayah tahu perang dingin antara dia dan Dan. Tidak juga dia ketahui siapa yang memulakan perang dingin itu dan tidak tahu salah siapa.
Encik Ariff merenung Dan. Kemudian, merenung Sarina. Kemudian, Dan. Kemudian, Sarina. Akhirnya dia dapat menangkap apa yang berlaku. Sengihan dibibir ditangkap pandangan Fawwaz.
“Kenapa ayah sengih seorang-seorang?”
Sengihan Encik Ariff mati. Sekarang, dia jadi perhatian pula.
“Oh, tak ada apa-apa. Cuma, ayah tengok ada perang dingin yang sedang berlaku.”
Masing-masing tercengang. Tidak faham dengan ayat penyata Encik Ariff. Dan dan Sarina sudah termengkalan. Kaku. Terasa nasi tersekat dikerongkong mereka.
“Tak fahamlah. Apa yang ayah cuba katakan?” Farisya mahu mengupas dengan lebih mendalam. Tetiba saja ayah mereka keluar ayat power.
“Tak ada apa-apalah. Kau budak-budak lagi. Tak payah masuk campur. Ini hal orang yang dah matured.”
Berdekah-dekah mereka ketawa pada Farisya. Dia mencebikkan bibir tanda tidak puas hati. Macam budak-budak. Senyuman Sarina ternampak sedikit dibibir. Tiba-tiba lengannya ditolak. Dia tersentak. Anak matanya bergerak pandang ke kiri. Hidayah! Bibirnya muncung ke arah Dan. Sarina mengikut sahaja. Ternampak Dan mengatur sedikit senyuman.
Hatinya sedikit lega. Kemudian, tertoleh kepalanya memandang Hidayah. Baru dia perasan. Hidayah menyedari apa yang berlaku. Terbeliak mata Sarina. Hidayah sudah mahu melepaskan tawanya. Bila-bila masa saja boleh meletus.
Tidak lama kemudian, dia ketawa bersungguh-sungguh. Mereka yang lain terpinga-pinga melihat Hidayah yang ketawa secara tiba-tiba.
“Kamu ni kenapa ketawa tiba-tiba? Ada wayar tersangkut ke?” dengan nada mahu tahu Amir bersuara.
“Tak ada apa-apalah. Nak lepas tension.” Hidayah bersuara setelah dirinya agak tenang.

No comments:

Post a Comment