Saturday, April 3, 2010

bab2

BAB 2
Dan keluar dari bilik air dengan berkain tuala. Tubuhnya yang sasa dilap dengan tuala. Usai mengelap badan, dia memakai baju lalu duduk dibirai katil sambil merenung dinding kosong dihadapannya. Rambut yang belum disikat, dibiar tersisir.
‘Sungguh aku tak sangka akan berjumpa lagi. Entah kenapa aku merasa seronok ketika bersamanya. Rasa pada ketika dulu, kembali. Masih segar walaupun sudah 7 tahun berlalu. Dia masih tidak berubah. Tetap comel seperti dulu. Hatiku masih rawan. Hatiku tak pernah diserahkan pada sesiapa melainkan dia. Hatiku tetap berdebar kalau aku memandangnya. Apakah perasaan itu masih mekar?’ hati Dan berbicara sendirian.
Badannya dilentangkan atas katil. Siling yang memutih dipandangnya. “Sarina! Masihkah kau sayang padaku? Adakah kau sudah berjaya melupakanku sebelum kita bertemu?” soalan demi persoalan terbit dari bibir Dan. Dia memejamkan mata.

Matanya melilau mencari kelibat seseorang. Dia berharap orang itu membawa khabar berita yang menggembirakan hati. Dia yang berada di belakang bangunan sekolah resah menanti. Sebaik sahaja ternampak kelibat rakannya, terus diterkam.
“Macam mana? Dia dapat tak?” bulat matanya merenung Azrul.
“Ish. Tak tahu pula aku.” Sengaja ingin mengusik Dan. Dia tersengih-sengih kerana geli hati melihat gelagat Dan.
“Kau ni jangan main-main boleh tak? Aku tengah resah, gelisah, dan macam-macam sah lagilah. Dia dapat tak?”
“Of course ler! Usha kakilah!” kata Azrul dengan bangga. Hati Dan lega.
“Nak usha kaki kau buat apa? Takkan kau bagi dengan kaki kot?”
“Suka hati akulah.”
“Hai...cinta ini bukan cinta biasa.” Dan tersenyum menawan.
“Sahlah kau dah angau. Selamat datang ke penerbangan 2110 yang akan berlepas sekarang. Penerbangan ini akan landing di alam luar sedar atau as known as alam angau. Terima kasih kerana telah berjaya menempah penerbangan ini, jika anda tidak berjaya menempah penerbangan ini, maut akan datang menjemput anda. Harap anda syok dengan penerbangan ini. Hoi!!! Sedar sikit! Kau tu SPM pun tak lepas lagi tau. Sedar sikit.” Azrul membuat gaya seperti pilot sedang bercakap sambil menyergah Dan. Dan terkejut.
“Apa jerit-jerit ni? Macam perempuanlah kau ni menjerit.” Berkerut dahi Dan menahan geram. Keningnya yang nampak comel bercantum.
“Hei!!! Suka hati I la. Sibuk betul anak ikan ni. I peluk nanti, baru you tahu. Nyampah nyah. Huh! Jom balik kelas.”
Azrul membuat gaya lelaki lembut. Menggeletar badan Dan menandakan kegelian.
“Hei! Geli aku.” Mereka berdua beredar dari situ. Azrul masih berjalan gaya lelaki lembut. Dan yang nakal menampar punggung Azrul. Marah juga Azrul yang sengaja dilembutkan badannya. Dan ketawa terbahak-bahak.

Deringan telefon bimbitnya mengejutkan Dan dari lamunannya. Bingkas dia bangun menyahut panggilan itu. Punat berwarna hijau ditekan. Kedengaran suara Andy, pengurusnya.
“Dan. Kenapa tak turun lagi ni. Show akan mula sekejap lagi ni,” kata Andy dalam bahasa inggeris.
“Kejap, kejap. Nanti saya turun. Tengah bersiap ni.”
“Baiklah, jangan lambat. Dia orang dah tunggu ni.”
“Okey.”
Talian diputuskan, lalu Dan segera menyarung pakaiannya. Setelah siap berpakaian, dia turun ke bawah. Dia berjumpa dengan Andy setelah tiba dibawah.
“Maaf. Tertidur sekejap tadi.”
“Sekarang dah 4.40 petang. Kau lambat 10 minit.”
Dan senyap. Dia sedar itu kesilapannya. Dia bersiap-siap untuk memulakan kerjanya. Mikrofon kecil diselitkan di dalam bajunya. Dia pergi di padang yang dikeliling orang ramai untuk menyaksikkan perlawanan antara ayah-ayah yang bertanding. Dan mengacarakan program ‘Ayah Saya Lebih Baik Dari Ayah Kamu’.
Dia berada di tengah padang golf. Para ayah bersama anak mereka sedang bersiap sedia. Sementara, Dan menunggu isyarat dari pengarah program itu untuk memulakan rakaman pertandingan itu. Setelah isyarat diberikan, Dan memulakan kerjanya.
“Helo semua, berjumpa kita kembali dalam rancangan ‘Ayah Saya Lebih Baik Dari Ayah Kamu’. Baiklah, pada minggu ini, kita ada ‘ayah-ayah’ baru yang akanj bertanding. Jika salah seorang mereka menang, hadiah yang lumayan akan dibawa pulang dan anak mereka berpeluang menjerit ‘Ayah Saya Lebih Baik Dari Ayah Kamu’.” Dia berhenti seketika kemudian menyambung kembali.
“Hadirin sekalian. Pada minggu ini, kita berada di Malaysia tetapi masih tetap akan disiarkan di saluran Disney Channel. Sebelum kita meneruskan pertandingan ini, mari kita menemu ramah mereka terlebih dahulu. Peserta kita yang pertama adalah, Encik Amin Nazrin. Mari kita sama-sama saksikan...”
Dan meneruskan kerjanya sehingga selesai. Dia kemudiannya, naik ke bilik dan berehat seketika.

Selepas menunaikan solat maghrib, dia turun ke Terace Cafe untuk makan malam. Matanya memandang di satu sudut. Di sudut itu, ada seorang wanita comel yang memukau hati Dan. Wanita itu memakai baju kurung warna ungu yang nampak sepadan dengan warna kulitnya yang kuning langsat. ‘Cantiknya dia. Eh, macam berjanji pula ku dengan dia,’ getus hati Dan. Wanita itu tidak perasan Dan yang merenungnya. Tiba-tiba sahaja, Dan merasakan telinganya mendengar lagu ‘Wajah Kesayangan Hamba’.
“Selamat datang ke Terace Cafe. Makan malam seorang ke Encik.” Penyambut tetamu menyedarkan Dan yang leka memandang seseorang.
“Ya.”
“Sila ikut saya.”
“Tak apa. Saya boleh pergi sendiri. Terima kasih.” Dan berbahasa. Penyambut itu tersenyum dan mengangguk faham lalu pergi dari situ. Dan mengorak langkah mengambil makanan dan terus ke wanita yang masih leka dengan makanannya.
“Asalamualaikum. Boleh saya duduk sini, Sarina?” jelas kelihatan terkejut diriak wajah Sarina. Kemudian, wajahnya bercahaya.
“Duduklah,”
“Terima kasih,”
“Lapar?”
“Of course ler. Penat tau bekerja. Lepas makan dengan awak tadi, saya mana ada makan lagi.”
“Ala, kesiannya. Senang aje nak selesaikan masalah awak tu. Kahwin ajelah.”
“Saya tunggu awak.” Sarina terus diam. Tidak berani dia nak angkat muka. Sedikit merah wajahnya dan dapat dilihat Dan.
‘Ish, dia ni. Suka sangat mainkan hati aku. Sudahlah aku ni cepat berdebar kalau bersama dia,’ marah Sarina dalam hati.
Dan tersenyum suka. ‘Senangnya nak bagi dia ni malu. Masih tak ubah perangai yang ni.’ Bibik hati Dan.
“Malam ni awak buat apa?”
“Tak buat apa. Malam ni tak ada apa-apa agenda.” Balas Sarina sambil menguis-nguis nasi dalam pinggannya. Tidak berani bertentang mata dengan Dan yang suka merenung dia.
“Lupa nak tanya. Awak ke sini buat apa?”
“Ada kursus. 4 minggu. Mak ai, confirm boring.”
“Ada saya mesti tak boring.”
“Ewahh, perah santan betul dia ni. Hmm...seronok tengok awak mengacara tadi.”
“Hah?” Dan tidak faham.
“Alah, petang tadilah.”
“O...” muncung mulut Dan. Sarina yang melihatnya tertawa kecil.
“Kenapa ketawa?” sebelah kening Dan terangkat.
“Jangan buat muncung macam tu boleh tak. Nampak hodohlah. Macam ikan todak. Ikan todak spesis ganas yang serang Singapura dulu.” Sarina ketawa tiba-tiba.
“Yalahkan. Siapalah saya ni. Bukannya kacak pun.” Dan menunjuk riak sedih dan simpati.
“Tahu tak apa. Sedar juga awak.” Sarina ingin mengusiknya.
“Pandai awak nak mengusik saya.”
Dan ketawa kecil. Begitu juga Sarina.
“Eh, ni Sarina kan? Awak pula Dan?”
Satu suara mengganggu perbualan mereka. Sarina memandang seorang wanita dan disisinya ada seorang lelaki yang tersenyum. Wanita itu tersenyum memandang mereka.
“Ya, saya.” Dan dan Sarina berkata serentak.
“Takkan tak ingat?” ujar wanita itu lagi. Sarina dan Dan saling berpandangan. Mereka sedaya upaya mengerah minda masing-masing untuk berfikir.
“Masa sekolah menengah dulu. Dah tak ingat?” lelaki itu berkata.
“Baiklah, biar saya tolong ingatkan,” kata lelaki itu apabila melihat Sarina dan juga Dan yang masih bingung.
“Aku Aina dan muka yang macam kena telan Akordian ni, Fadzil.”
Terbeliak mata Sarina sebaik sahaja teringat akan mereka. Tersenyum Aina. Sarina menyentuh tangan Aina dan menarik supaya duduk disebelahnya. “Aduh, sakitlah. Kau ni ganas sangat macam dulu.” Aina merungut.
Fadzil bersalam dengan Dan lalu duduk di sebelah Dan. Nampaknya Dan masih belum ingat kembali lagi.
“Kau orang buat apa kat sini? Bila lagi datang?” Fadzil bertanya sambil kain diletak atas pahanya.
“Aku ada kursus. Dan pula ada kerja kat sini. Kau orang pula, buat apa kat sini?”
“Bulan madu.” Jawab Aina selamba. Tersedak Sarina. Dia memandang kengerian kepada Aina.
“Betul ke ni? Kau kahwin dengan cekodok basi ni?” Sarina menuding jari kepada Fadzil. Dan tersenyum tetapi tidak bersuara. Aina ketawa bagai tiada apa-apa yang melekat dihatinya. Dia tahu Sarina hanya melawak.
“Woi. Aku masih kacak lagi tau.” Tutur Fadzil selamba.
“Yalah tu. Oh tidak! Macam mana boleh terjadi?”
“Sebab muka macam cekodok basi tulah, aku kahwin dengan dia. Kami baru aje kahwin sebulan lepas. Ni baru nak ‘fantasia bulan madu’. Dulu banyak sangat kerja. Aku tak dapat cuti. Dia pun tak dapat cuti.” Makanan disuap perlahan ke mulut. Aina memandang Fadzil penuh perasaan sambil tersenyum malu.
“Hoi! Tolonglah”
“Apa?” Aina memandang Sarina.
“Geli aku tengok kau orang macam baru malam tadi kahwin. Yerkk!!! Geli ketiak aku tau.”
“Kenapa? Ada orang main-main dengan bulu ketiak kau ke?” Aina buat muka tin sardin. Sarina ketawa berdekah-dekah namun digelengkan kepala.
“Sampai hati kau orang tak ajak aku pergi kenduri kahwin kau berdua. Ni yang nak merajuk ni.” Sarina menunjuk wajah merajuk. Dan dan Fadzil nampak lebih tertarik pada makanan mereka berbanding perbualan Aina dan Sarina.
“Aku tak ada nombor kaulah. Kau tak kahwin lagi ke?”
“Belum.”
Aina mendekatkan diri dengan Sarina. “Tunggu ‘mamat’ depan kau ni ke?” sarina tertunduk malu. Aina tersenyum seronok. Dan tidak dengar apa yang mereka bicarakan. Sarina memandang Dan yang leka dengan makanannya. Aina yang ternampak perbuatan Sarina, menyiku tangannya. Sarina menjegil matanya.
“Dan kau ingat tak masa sekolah dulu. Masa kau dan Rina kantoi dengan aku yang kau orang bercinta. Aku terjumpa surat kau yang nak bagi pada Rina.” Aina mengalih perhatian pada Dan.
“Hah!” tiba-tiba Dan terjerit tetapi hanya didengari mereka. Aina tersedak, begitu juga Fadzil. Lain pula dengan Sarina yang seboleh mungkin menyembunyikan mukanya.
“Apa kau ni Dan? Buat orang terkejut aje. Lain kali bagilah salam dulu sebelum nak buat aksi ala-ala orang terjumpa minyak gamat pun.” Aina menyedut minuman dihadapannya.
“Sorrylah. Sekarang baru aku teringat. Kau yang jumpa surat yang aku bagi pada Rina. Yang aku kantoi dengan kau. Lepas tu, kau ugut aku nak bagitahu pada Cikgu Mail, kalau aku tak tolong kenalkan kau dengan Fadzil.” Mata Dan terbeliak keseronokan.
“O...cuba nak ngorat Abang dulu ye.” Fadzil perli Aina. Aina menunduk malu sambil bermain-main dengan garpu di tangannya.
“Alah kau ni Dan. Riuh betullah. Biarlah benda ni jadi rahsia kita. Tak Siti Nurhaliza betullah kau ni. Biarlah rahsia.” Aina menutup muka dengan kain.
Dan ketawa seronok mengusik. Sarina tersenyum perli pada Aina.
“Sekarang barulah aku ingat.”
“Benda macam tu juga yang kau ingat tentang aku ye.”
“Of course ler.” Terangkat kening Dan.

No comments:

Post a Comment