Saturday, April 3, 2010

bab20

BAB 20
Hampir sejam Sarina memandu dari Sungai Petani ke Alor Star. Badannya terasa lenguh. Dia sampai di rumahnya apabila senja hampir melabuhkan tirainya dan akan berganti suasana malam yang kelam.
Dia bergerak keluar dari kereta. Kakinya melangkah bergaya ke pintu belakang pemandu dan membuka. Tangannya mencapai sebuah beg berwarna hijau lumut dan berjenama Crocodile. Pintu kembali ditutup setelah beg dibawa keluar. Terasa melekit badannya.
Pin! Pin!
Terkejut Sarina lalu berpaling. Sebuah kereta milik seseorang yang dia kenal, meluncur pergi. Dan tersengih ketika di dalam kereta yang dipandunya. Sarina tergamam. Ingatkan Dan sudah lama bertolak ke KL. Rupa-rupanya dia mengekori Sarina pulang ke rumah, dari Sungai Petani ke Alor Star.
“Biar betul.” Gumam Sarina perlahan dan masih tercegat disitu walaupun kereta yang dipandu Dan sudah lama hilang dari pandangan mata.
Hatinya tersentuh. Mahu saja dia menjerit. Entah kenapa dia mahu berbuat begitu. Rasa marah terhadap Dan mulai pudar. Diganti dengan rasa aneh yang menyelit perlahan-lahan dalam hatinya. Rasa aneh yang dia rasa ketika mereka berhubungan dahulu. Rasa itu kembali menyemat dalam dirinya. Dia terasa di awang-awangan. Terasa ringan saja badannya kala itu. Hatinya mulai rindu dengan lelaki itu. Dia mengeluh perlahan. Dia sayangkan lelaki itu. Tidak mahu kehilangannya. Pintu hatinya sudah diketuk. Sebenarnya sudah lama diketuk namun dia kaget untuk membuka semula.

Telefon berdering membuat Sarina tersentak dari tidurnya. Sebenarnya dia tidur tidur kera saja. Tidak benar-benar tidur. Dia tidak dapat melelapkan mata lagi malam itu.
“Waalaikumusalam.” Dia menjawab salam yang disuarakan Puan Aisyah di corong sebelah sana.
“Hah?! Sorry, Rina lupa. Tak ingat langsung. Letih sangat. Bukan tak nak bagi tahu kata dah sampai.” Matanya terbeliak. Badan sudah berdiri.
“Letih?Kamu ke yang bawa kereta? Bukan Dan ke yang bawa.” Sergah Puan Aisyah.
Sarina mengilai mendengarkan nama Dan. Berdegup laju jantungnya.
“Memanglah Dan yang bawa, tapi lepas dia ambil kereta di rumah Aiman, Rina pula yang bawa. Dia bawa kereta dialah.”
“Siapa Aiman? Dia ambil kat mana kereta dia?” bertalu-talu soalan.
“Aiman tu sepupu dia merangkap kawan sekelas Rina masa sekolah rendah dulu. Kereta dia kat rumah Aiman di Sungai Petani, jadi kami singgah situ dulu nak ambil kereta dia.” Membalas sopan. Dia mengeluh halus. Rindu pada lelaki itu.
“Kenapa mengeluh? Rindu kat Dan ke?” tanya Puan Aisyah nakal.
Sarina rasa sesak nafas. Bagaimana Puan Aisyah boleh tahu perasaannya? Pakai nenek kebayan versi windows vista ke? Ke ada cermin ajaib?
“Err...”
Tidak Sarina tahu untuk membalas apa. Sudahnya, dia hanya diam.
“Macam ibu tak tahu. Nak rahsia konon. Sudahlah! Nak berlakon. Plastik sungguh lakonan kau orang.” Sela Puan Aisyah.
“Ayah mana ibu? Dia orang semua dah balik ke?” topik cuba dia ubah.
“Ayah ada kat depan. Tengok bukulah dia tu. Semua dah balik kecuali Farisya. Masih cuti katanya jadi malas nak balik lagi.” Bukan Puan Aisyah tidak mengenali anaknya. Dia tahu Sarina cuba mengalih topik. Sarina terdiam. Tidak tahu hendak bicara apa. Selalunya dia yang memulakan apa-apa topik pun, tapi malam itu dia seperti tidak tahu hendak berbicara apa.
“Okeylah. Ibu nak pergi dulu. Ayah kau dah minta kopi Radix dia. Tak sah kalau dia tak minum air kopi Radix dia tu. Naik kematu tangan buat kopi ayah kau tu. Dahlah banyak sangat songehnya. Rasa nak ketuk-ketuk mulut ayah kau dengan cawan, tapi minum habis juga.” Bebel Puan Aisyah.
Sarina tersengih. Cuba membayangkan kalau Puan Aisyah belasah Encik Ariff dengan cawan. Lepas itu, tumbuh pula benjol di kepala macam cendawan. Sarina tergelak memikirkan itu.
“Apa yang kamu gelakkan? Litar tak cukup ke dalam kepala kamu?” soal Puan Aisyah yang hairan dengan Sarina yang tiba-tiba ketawa.
“Tak ada apalah,” kata Sarina dalam tawa yang masih bersisa.
“Yalah tu. Okeylah. Ibu pergi dulu. Ayah kau dah memekik panggil ibu. Jangan tidur lewat. Asalamualaikum.” Talian terputus tanpa menunggu kata-kata jawab salam dari Sarina.
“Waalaikumusalam.” Meskipun Puan Aisyah tidak mendengar tetapi dia tetap menjawab. Dia meletakkan telefon disebelah. Kepala dilentok kembali. Mata dipejam namun tidak lama. Telefonnya kembali berdering. Tanpa melihat skrin telefon dia menjawab.
“Apa lagi ibu? Rina nak tidurlah. Kan ayah dah panggil tadi tu. Ada apa lagi?” jawabnya yang masih memejam mata.
“Saya mengganggu ke?” gusar juga dia andai Sarina sudah tidur tetapi terpaksa menjawab.
Terbuka luas terus mata Sarina. Hilang rasa mahu tidur. Badan kembali menegak.
“Dan?” tanya mahu kepastian. Hatinya tambah berdegup laju. Takut-takut suara Puan Aisyah sudah bertukar jadi jantan.
Dan tersenyum. Sedikit hatinya rasa bersalah kerana menggerakkan Sarina yang tidur. Niatnya mahu mendengar suara Sarina sebelum tidur. Rasa rindu pula dia.
“Ya. Siapa lagi? Ganggu sayang tidur ke?” mendengarkan perkataan sayang yang keluar dari mulut Dan, membuatkan jantung Sarina bergerak kencang. Rasa mahu pitam.
“Eh, taklah. Belum tidur lagi pun.” Balas Sarina lembut. Bergetar jiwa Dan mendengar suara lembut dari Sarina. Malam makin sejuk.
“Aik? Bukan tadi kata nak tidur ke?” usik Dan.
“Memang bukan pun,” selamba Sarina membalas. Dan tergelak. Kelakar dengan ayat selamba yang keluar dari mulut Sarina.
“Maaf.” Sepatah saja keluar dari mulut Dan sesudah ketawanya kurang.
Terjongket kening Sarina. “Kenapa pula minta maaf?”
“Pasal saya jerkah awak tadi. Tak sepatutnya saya jerkah awak tadi.”
Mulut Sarina tersenyum lebar.
“Saya tak kisah pun.”
“Tak kisah? Yang muka macam kena tembak dengan senapang gajah tu, kata tak marah?”
“Okeylah tu kalau muka macam kena tembak dengan senapang gajah. Awak belum tengok lagi gaya muka kena tembak dengan senapang Hello Kitty. Dasyat o...”
Makin galak Dan ketawa. Ada ada saja Sarina ini.
“Agaknya bila boleh saya tengok muka macam tu ya? Teringin nak tengok. Gaya muka awak yang macam kena sembelit, saya dah tengok.” Dan bergolek atas katil. Teruja!
“Bila masanya saya buat muka macam tu?” hujung bantal dipinta hingga berkedut sejuta. Hatinya mendesak ingin tahu. Matanya sudah membulat.
“Masa awak kena denda dengan cikgu Salina berdiri kat luar kelas eh tak, duduk di kaki lima kelas sebab tak buat kerja sekolah.” Otaknya terlayar peristiwa lama masa sekolah dulu.
Sarina tercengang-cengang. Tidak lama kemudian, rahang bawah terjatuh dan dia spontan terjerit. Sudahnya Dan ketawa terbahak-bahak. Tanpa disangka...
BUB!!!
Dan terjatuh dari katil. Gema bunyi itu terdengar sampai ke Alor Star.
“Bunyi apa tu?”
“Tak ada apa-apa.” Dia berdiri dan menggeliat seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
“Awak kat mana?”
“Kat bilik.” Pantas Dan menjawab tanpa mengesyaki apa-apa dengan soalan Sarina. Lepas itu tepuk dahi. Sekarang Sarina pula yang ketawa besar.
“Awak jatuh katil! Padan muka, kutuk orang lagi.” Kata Sarina dalam sisa tawa.
“Berbalik hal tadi, mana awak nampak saya kena denda?” sambung Sarina.
“Saya masa tu nak pergi ke bilik kuliah kemudian ternampak cek mek molek tersadai ditepi kaki lima. Saya pun apa lagi, ketawa tak ingat dunialah.” Dia menghempas badan diatas katil.
“Eii...bencinya. Suka gelak kat orang.” Diketap bibir bawah.
“Jangan marah nanti kena beli. Ala bergurau ajelah. Konklusinya, masa itulah saya nampak ada orang tu buat muka sembelit.” Lalu ketawa terbahak-bahak.
Sarina sudah menggenggam selimut dengan kuat kerana geram dengan Dan. Degus Sarina. Ketawa Dan sudah luput. Mereka senyap. Suasana hening.
“Kenapa awak marah saya tadi?” soal Sarina setelah mereka agak kaku. Terdetik juga hatinya ingin tahu kenapa Dan memarahinya siang tadi. Jauh disudut hati, dia agak peristiwa dia melayan cikgu Hafiz.
“Siapa yang awak layan semalam?” tepat apa yang Sarina duga.
“Siapa?” masih mahu berpura-pura tidak tahu.
“Alah yang awak tolong ambilkan nasi tulah. Mesra nampak.” Kedengaran nada suara Dan seperti cemburu apabila dia menekan perkataan ‘mesra’. ‘Cemburu ke...’ getus hati Sarina.
“Oh, yang tu ke...” sengaja Sarina meleretkan suara kerana mahu melihat apa yang akan Dan lakukan. Pastinya Dan cemburu. Dada Dan sedikit berombak.
“Siapa dia? Cakap ajelah. Saya tak marah pun kalau awak ada kekasih.” Dan menderam. Macam marah saja suara Dan. Saat itu, rasa mahu ketawa yang bertapak dalam hati Sarina. Dia menahan dari ketawa. Kalau terlepas, rosak rancangannya.
“Dia...dia...”
“Dia apa? Cakaplah.” Suara Dan masih dikawal sedaya upaya agar tidak tinggi nadanya. Jika tidak susah juga dia mahu memujuk Sarina yang merajuk.
“Dia cikgu masa sekolah dululah dan orang yang ibu mahukan jadi menantu.”
Dan menghela nafas lega. Namun seketika saja. Kembali resah tika terdengar perkataan yang terakhir.
“Tapi saya menolak.” Sambung Sarina.
“Fuhh! Lega.” Dihembus nafas dengan kasar melalui mulut.
Terangkat kening Sarina.
“Kenapa pula lega?”
“Kalau tidak meranalah saya.” Jawapan ringkas namun mahu dikorek Sarina.
“Kenapa pula awak nak merana?”
“Meranalah saya andai kehilangan awak. Saya tak nak kehilangan awak macam dulu. Cukuplah hanya sekali saya kehilangan awak. Sakit hati saya, masa kehilangan awak dulu. Cukuplah hanya sekali saya sakit hati masa dulu. Saya tak nak lagi sakit hati dengan kehilangan awak. Saya mahu awak hidup bersama awak. Saya tak nak hidup dengan orang lain. Saya hanya mahu hidup bersama awak. Saya tak sanggup lagi kehilangan jantung hati saya. Awak telah memiliki hati saya. Awaklah yang kunci hati saya agar tak diserah pada orang lain. Awak yang pegang kunci hati saya. Saya tak berupaya menyerahkan hati saya pada orang lain. Awak telah rampas hati saya masa dulu. Kini awak yang memiliki hati saya. Awaklah tuan hati saya. Saya tak sanggup tahan hati yang merana, derita dan layu dengan kehilangan awak. Saya tak mahu pisang berbuah dua kali.” Romantik ucapan Dan. Sarina termengkalan.
Tersentuh hati Sarina. rasa mahu menangis. Dia senyap tidak terkata apa. Suasana yang hening menjadikan Sarina makin sebak. Hatinya sayu mendengar ucapan Dan. Berkaca matanya. Berkali-kali dia pejam celik matanya agar tidak tertumpah air matanya.
“Kalau tak nak pisang berbuah dua kali, tebas ajelah pokok pisang tu.” Guraunya namun tidak disambut Dan. Orang tengah sentimental rock parang, dia boleh pula buat lawak. Sebenarnya, Dan mahu ketawa tapi ditahan kerana tidak mahu suasana sentimental rock parang itu terganggu.
Sarina menghela nafas kecil.
“Awak tak perlu risau. Saya tak akan pilih orang lain. Untuk pengetahuan awak, hati saya juga sudah diserahkan pada awak. Saya dah tak miliki hati saya lagi. Awak yang ambil.” Sekarang Dan pula yang rasa sebak.
“Awak sayangkan saya?” soal Dan dengan perlahan dan nada romantik.
“Sayang sangat.”
Dan tersenyum lebar. Tak boleh dia tahan lagi. Mahu sentiasa senyum.
“Saya nak tanya awak ni.” Sarina bersuara.
“Tanyalah, sayang.” Bergetar jiwa Sarina dengan perkataan itu.
“Kenapa awak ikut saya pulang tadi?” sebenarnya dari tadi dia mahu bertanya, tapi tidak terlontar jua soalan itu.
“Saya mahu awak pulang dengan selamat.” Jawapan itu membuat Sarina sekali lagi termengkalan. Rasa mahu menangis.
“Awak ni suka sangat buat saya sedih tau.” Dipejam celik agar air mutiara jernih itu tidak menuruni pipinya. Hangat matanya.
“Larh! Awak menangis ke? Kenapa menangis?”
“Tak eh. Saja saya nak menangis. Kenapa tak boleh?” sergah Sarina geram.
Dan ketawa.
BUB!
“Awak ni kenapa? Jatuh lagi ke?” tanya Sarina.
“Nak buat macam mana, dah saya nak terjatuh. Bukannya boleh di tahan.” Jawab Dan sambil berdiri dan duduk kembali diatas katil buat kali kedua.
“Lain kali baringlah tengah-tengah sikit. Itulah! Gelak tak ingat dunia. Ikhlas sangat gelak tu.” Tawanya masih bersisa angkara Dan yang terjatuh.
“Ikut suka sayalah nak baring mana pun.”
“Hah! Ikut suka awaklah kalau dah macam tu. Nanti kalau jatuh sekali lagi, padan muka. Saya dah pesan jangan baring di tepi katil.” Gumam Sarina geram dengan Dan yang tidak mahu dengar kata.
“Yalah sayang. Abang ikut sayang kata.” Sengih Dan.
“Masa bila berabang-sayang ni? Mulalah penyakit gatal dia tu.”
“Sejak sekarang. Alah, gatal dengan kekasih sendiri. Bukannya kekasih orang lain pun.” Mahu menyakat Sarina.
“Hish! Dahlah tu. Okeylah, Rina nak tidur ni. Dah mengantuk sangat. Esok nak pergi kerja.” Mulutnya sudah menguap. Lantas tangan menekup.
“Okeylah, sayang. Selamat malam. Mimpikan Dan.”
“Eii...mesti mimpi seram.” Dan ketawa.
“Yalah tu. Asalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.”

1 comment:

  1. hehe adegan gayut ni wat tingat kisah lama.. Romantik! Nice story..

    ReplyDelete