Saturday, April 3, 2010

bab9

BAB 9
Baju kurung berwarna hijau di bawa masuk ke dalam beg. Baju-baju lain juga dibawa masuk. Termasuklah ‘anak-anak’ kecilnya. Rancangnya mahu bermain pantai puas-puas. Tak dapat lama, sekejap pun jadilah. Deringan telefon membuatkan Sarina terhenti buat seketika. Punat hijau ditekan.
“Baju kau dah kemas ke belum? Ish!!! Bagi ibulah.” Terdengar Syie dan anaknya ‘bergaduh’. Terjerit-jerit anaknya. Kening Sarina bercantum tanda kehairanan.
“Dah. Kau buat apa tu? Mesti berebut benda, kan?” duga Sarina sambil menjerit sedikit agar Syie mendengarnya.
“Hala. Ni hah si Nia. Nak pakai ‘pelindung susu cap gantung’. Tengah main-main tarik dengan dialah ni.” jelas Syie termengah-mengah menarik alat ‘pelindung susu cap gantung’nya. Akhirnya, dia menang.
“Yiha!!! Aku tengah buat aksi the lompat-lompat minah gedik santai nih. Joinlah sekali.” Dia menjelirkan lidah pada anaknya yang menangis kerana telah kalah.
“Hish!!! Tak kuasa aku. Kau pergi pukul berapa weh?”
“Siap ni aku pergilah. Aku tak perlu risau sangat. Laki aku ada! Ada laki buat apa kalau tak tolong aku. Inilah masanya nak membuli. Bukan selalu. Sudah! Pergi cari papa. Tanya dia nak bawa baju mana?” perintah Syie. Nia yang berjalan menunduk terpaksa akur.
“Malas kawan dengan ibu,” gumamnya lalu berlari kepada papanya.
“Ikut suka. Kau pergi seorang aje ke?”
“Yalah. Nak pergi dengan siapa pula?”
“Kotlah pergi dengan abang sayang kau ke...”
“Mana adalah.” Pap!!! Teringat pada Dan terus! Dia duduk dibirai katil.
“Tak nak mengaku konon. Malas aku nak bertekak. Kat Langkawi nanti kita borong sakan ye. Jangan lupa bawa duit banyak-banyak.”
“Jenuh nanti nak sumbat dalam beg.”
“Beli ajelah beg baru. Sanakan murah.” Cadang Syie sambil tangannya ligat seterika baju kurungnya.
“Banyaklah kau.”
“Aku seorang aje. Mana boleh banyak, nanti pening laki aku nak pilih.”
“Suruh aje dia cari yang lain.”
“Buatlah kalau berani! Aku bukan takat kerat aje, nanti aku siap cantas lagi.” Dia cekak pinggang.
“Aku nak tanya kau ni...” sambung Syie.
“Kau ingat tak Zul si kerek hidung kembang tu?”
“Yang mana? Kejap aku cuba ingat.” Dilangut ke siling.
“Yang suka bagi kau coklat kiss kiss tulah. Kononnya coklat tu dia beli dari London, padahal kat depan rumah kau pun ada.”
“Dia? Aku ingatlah yang tu.” Syie dan Sarina terdiam kemudian mereka gelak bersama-sama.
“Poyo betullah mamat tu. Apahal pula dengan dia? Dia kacau kau ke?”
“Bukanlah. Hari tu dia minta nombor kau. Dia merayu minta kat aku. Aku serba salah. Lepas tu aku cakap kalau nak pergilah minta kat dia. Pandai pula mamat kiss kiss tu buat muka innocent.”
“Tak payah bagi nombor aku.” Terjegil biji mata Sarina.
“Aku tak bagilah tu.”
“Kau cakap dekat dia. Yang aku dah berpunya, dan nama dia Dan...opsss!!!” seraya itu Sarina menekup mulutnya. Dia terlepas cakap. Pecah rahsianya. Syie di hujung talian menjerit sakan sampaikan lakinya datang melihat apa yang berlaku. Takut pula isterinya itu mengandung empat bulan.
“Ha!!!! Kantoi! Tak nak mengaku dah berpunya. Orang mana weh? Kacak tak? Baik tak dia? Kerja apa? Aku kenal ke?” bertalu-talu soalan yang dilancarkan.
“Nantilah aku bagitahu. Okeylah, aku ada kerja ni. Nanti telefon balik. Bye. Asalamualaikum.”
Cepat-cepat Sarina menekan punat hijau sebelum sempat Syie berkata apa-apa. Seram sejuk badannya secara mendadak. Bulat matanya merenung telefon. ‘Cibai betul la...’

“Tok wan kebayan betul la. Bukannya nak tolong aku.” Rungut Sarina.
Dia seorang diri mengangkat barang yang perlu dibawa ke Langkawi. Hari keluarga apanya? Dia seorang yang kena angkat barang sukaneka nanti. Sumpah menyumpah dia didalam hati. Terkemut-kemut dia menarik beg yang penuh dengan barang. Mereka yang lain terus berjalan menuju ke bilik.
“Oi!!! Marilah angkat barang ni. Ingat aku ni kuli ke apa? Toyol musim sejuk betul.”
Mereka yang berjalan dulu menoleh ke van. Sarina bersusah payah sampai berkerur wajahnya.
“Nak membuli aku apa?” jerit Sarina. Masing-masing tertawa dengan telatah Sarina. Dia melepaskan keluhan yang berat setelah beg itu dibawa dengan selamat ke lobi chalet.
“Mentang-mentang ni reunion kelas bersama keluarga terchenta pakat-pakat buli. Ini tidak adil.”
“Ala! Bukan selalu buli kau. Kekadang aje. Itu pun bising seantero chalet.” Komen Akma.
“Ada jugak kang yang makan nasi campur kasut tumit tinggi.”
“Jangan Akma. Nanti kau makan kasut dia. Tercekik nanti siapa yang susah. Kau tengok ajelah kasut dia tu. Mau 5 inci aku rasa.” Amirul bersuara. Amin dan Naim gelak paras laut.
“Jomlah pergi ambil. Ada juga yang mogok baling kasut. Takut aku.”
“Jomlah.” Amin, Amirul serta Naim berjalan ke arah Sarina manakala yang lain jalan lenggang kangkung pergi ke bilik masing-masing.
“Tahu pun nak tolong. Yang tadi bukan main berjalan tak ingat dunia. Seronok dengan isterilah katakan. Lupa habis barang.” Bebel Sarina.
“Ewahh!! Mak cik, banyak pula cakap dia. Aku tinggal terkontang kanting kat sini baru tau.” Ugut Amin.
“Alah bukan kau tak tahu Min. Minah seorang ni mulut, kalah todak.”
“Yalah aku senyap. Tapi, apa kena mengena todak dengan mulut aku?”
“Mulut panjang.” Tutur Amirul selamba sambil buat muka poyo.
“Oh! Spesis itik rupanya.” Balas Sarina selamba.
Terbahak-bahak Naim ketawa.
“Sudahlah. Lagi lama merepek kat sini, bila masanya beg ni nak masuk bilik.” Seraya itu mereka mengangkat beg dan membawa masuk ke bilik masing-masing.
Malam itu mereka makan beramai-ramai. Riuh rendah chalet yang mereka duduki.
“Kau buat apa sekarang?” tanya Sufri kepada Ariff.
“Sekarang dalam proses buat anak.” Hidayah menyiku lengan Ariff. Terkekek mereka ketawa.
“Woi, sabar-sabarlah sikit. Tahulah baru kahwin, fantasia bulan madu pun belum habis.”
“Orang dah tak sabar.” Sambut yang lain. Makin riuh dibuatnya. Sarina tidak berkata apa-apa. Dia hanya tersenyum suka.
“Lainlah kita ni, dah beranak pinak.” Badrul bersuara.
“Aku tanya pasal kerjalah. Bukannya pasal ‘tu’. Buat malu aje.”
“Hai, masih dreaming lagi ke oi?” perli Sarina.
“Aku rasa. Bukan senang nak mengorat si belonlah katakan.”
“Ewahh!!! Sedap aje mulut mengutuk aku. Masih slim lagi tau.”
“Slim apa? Baju yang dulu pun dah sedat serupa orang tertelan paus.” Bie mengusik.
“Hish! Diamlah kau. Biar ini jadi rahsia kita.” Ditampar bahu Bie.
“Aduh! Hei, ada juga yang balik ke bilik berlebam biji mata ni.”
“Kau kuat ke Bie? Aku tengok cekeding semacam je. Macam hantu jerangkung. Nipis sangat. Larat ke kau nak lawan dengan si belon?” usikan Zulhamizan membuatkan meja mereka bising.
“Meh sini aku tumbuk kau sedas. Baru tahu.” Bie sudah bersedia dengan menyising baju.
“Hai cek mek molek...” tiba-tiba Ashaful bersuara.
“Hah?! Sudah! Kau jangan Ashaful. Malam ni ada juga yang kena bawa pergi jumpa bomoh. Tetiba aje menyanyi lagu tu. Kena sampuk ke apa?” Hazeri bersuara sambil tangan menyambar ayam di depannya. Dia berebut ayam dengan Madiah.
“Ala. Apa susahnya, Hazeri oi. Bacalah apa-apa, lepas tu ludahlah dua tiga kali. Hah! Legalah dia nanti.” Sambut Amin.
“Tak pun, bagi aje penampar dua tiga kali, aku gerenti beres.” Sarina sambung. Pinggannya sudah penuh dengan lauk.
“Apa yang beres? Maksud kau, beres seberesnya?”
“Ha’ah”
“Nanti dapatlah kita makan free kat rumah mak dia. Tujuh malam berturut. Tak payahlah bini aku masak lagi.” Fadzil memandang Aina.
“Anak-anak kau orang mana?” Amin bersuara kepada Amin dan Nani, isterinya. Hanya mereka dan Inani yang mempunyai anak.
“Ada yang jadi tukang layan semua.” Nani bersuara.
“Siapa?” Sarina bertanya.
“Aiman.”
“Hantu budak yang seorang tu.” Naim berkata sambil tangannya menyuap nasi ke mulut.
“Tak apalah. Asalkan dia bahagia sudah. Rajin pula dia melayan budak-budak tu. Pakat-pakat dengar kata dia pula tu. Kalau dengan kami, siap kena bagi amaran baru nak ikut. Tak makan saman betul.” Nani menyampuk.
“Ni boleh ke kita makan ni? Aku rasa banyak sangat. Dengan ikan siakap masak sweet sourlah, ketam goreng tepunglah, udang masak tom yam. Fuh!!! Semuanya membangkitkan selera tapi larat ke nak habis?” mata Yusof memandang makanan dihadapannya. Malam itu mereka menjamu selera ala seafood.
“Kalau tak habis, pakat-pakat bawa balik ke biliklah. Simpan untuk esok.” Cadang Sarina. Sedang Sarina enak menjamu selera, telefonnya berbunyi. Dia tidak mendengarinya.
“Handset siapa yang berbunyi tu? Tak dengar ke? Ralit dengan makanan.” Fatin bersuara dan matanya memandang Sarina yang leka dengan makanannya.
“Buang masa aje kau cakap macam tu, Atien. Rina. Telefon kau berdondang sayang tu. Jawablah. Kot-kot bakal laki kau ke.” Kata Inani.
Sarina cepat-cepat menyeluk poketnya. Ikutkan hati malas dia hendak menjawab, namun atas desakan rakan-rakannya dia menjawab.
“Lambatnya angkat. Tengah berseronok dengan kawan-kawan ke? Sedap makanan.” Suara dicorong menyentak hati atau tangkai jantung Sarina.
“Hah? Mana tahu?” segera dia bangkit dan memandang sekeliling. Rahang bawanya terjatuh. Terkejut!Inani yang perasan akan kelakuan Sarina juga turut mencari.
Mata Sarina tertacap pada satu tubuh yang bersandar di tiang bilik chalet. Dan tersenyum. Inani yang sudah perasan akan kehadiran Dan tersenyum dan menyentuh bahu Farah Wahida. Farah Wahida yang terkejut hampir tersedak.
“Apalah kau ni? Bagilah aku makan dengan tenang dulu. Potong stim betul.” Omelnya.
“Kau tengoklah Rina tu.” Arah Inani. Farah Wahida hanya mengikut arahan itu.
Farah yang perasan dengan kehadiran kenalan Sarina memandang Inani. Inani tersenyum. Farah Wahida sudah dapat menangkap maksud Inani. Dia memandang Sarina.
“Rina! Kau panggillah dia. Boleh join sekali.” Mereka yang lain mendengar ayat Farah terus memandang Sarina dan memandang arah Sarina pandang. Semuanya sedar akan kehadiran Dan. Tetapi tidak semua mengenali Dan. Hanya sesetengah yang mengetahui kisah percintaan mereka sahaja yang tahu.
“Ha’ah. Panggillah dia datang. Boleh kami berkenalan sekali.” Usul Sufri dengan penuh bermakna.
Sarina yang masih bercakap dengan Dan dalam dilema. Diketap bibir bawahnya. Kemudian, dia memutuskan talian dan memanggil Dan.
“Jomlah, join kita orang.” Pelawa Sarina.
“Eh, tak payahlah. Nanti ganggu. Pergilah sana.” Tolak Dan.
“Jomlah. Dia orang ajak sekali. Jangan risaulah, semua kawan-kawan Rina.”
“Okeylah. Tapi nak duduk sebelah Rina.”
“Mengada-ngada betul. Duduk ajelah mana yang kosong.”
“Yalah.”
Mereka jalan beriringan.

No comments:

Post a Comment