Saturday, April 3, 2010

bab8

BAB 8
Dan ketawa terbahak-bahak. Dia berguling-guling diatas katil. Berair matanya. Diseka perlahan. Kemudian, menyambung kembali tawanya.
“Hi...sudahlah tu. Bukannya lawak sangat pun. Tapi...cerita betullah ni. Bukannya tipu,” Sarina bersuara setelah keadaan Dan sedikit tenang. Dan masih berdekit-dekit bahunya.
“Bukannya apa, cuma lawak aje. Kesian kawan tu. Elok dia nak mengorat awak, terus tak jadi. Pandai rupanya awak ya,” komen Dan setelah dia tenang. Dia bangun dari katil dan bergerak ke meja kerjanya. Tangannya ligat menekan papan kekunci. Dia menyambung talian menggunakan headset.
“Baru tahu saya ni pandai?”
“Tak. Dah lama tahu sebenarnya tapi malas nak heboh. Nanti ada pula yang seronok sendirian berhad,” Dan tertawa dengan kata-katanya sendiri.
“Alah, sebenarnya orang tu yang cemburu tengok kita pandai. Tak nak mengaku konon.”
“Rina! Awak tahu...” meleret suara Dan.
“Manalah saya nak tahu kalau awak tak bagi tahu,” sampuk Sarina.
“Saya nak bagi tahulah ni.”
“Habis tu yang cakap meleret-leret apahal? Dah nak cakap, cakap terus ajelah. Meleret-leret pula dia. Hah! Cakaplah apa awak nak cakap,” bebel Sarina. Dia mengigit straw yang entah dari mana dia dapat. Naik lunyai straw itu.
“Dah habis ke membebel?” selamba Dan menutur. Tangannya masih ligat bermain di atas papan kekunci.
“Dah!”
“Mak saya nak buka agensi mencari jodoh.”
“Apa kena mengena dengan saya pula?” berkerut dahi Sarina.
“Tahu tak siapa pelanggan pertama dia?” Dan masih mahu berteka-taki.
“Entah! Ayah awak ke? Ish!!! Dia ada tak? Karang tak pasal-pasal mak awak sepuk kepala Rina nanti.”
“Tak adalah. Saya dalam bilik. Dia ada kat bawah. Sayalah pelanggan pertama dia.”
Sarina terkejut sehingga dia bangun dari katil.
“Hah? Biar betul!” mata bulatnya sudah terjojol keluar. Aksi tersembul biji mata sudah bermula.
“Betul. Ingat awak saja ke yang nak dijodohkan? Saya pun kena tempias tahu tak? Ni awak punya pasallah ni,” tuduh Dan.
“Eh, apa pula saya? Mak awak yang nak jodohkan awak? Bukannya saya yang suruh dia jodohkan awak,” bela Sarina.
“Awak nak ke saya dijodohkan dengan orang lain?” duga Dan. Dia tersenyum meleret.
“Tak naklah,” perlahan saja suara Sarina. Pipi gebunya sudah kemerahan. Dan sudah menduga itu jawapan Sarina.
“Apa? Tak dengarlah?” Dan seronok mengusik Sarina.
“Hish! Pekak ke apa,” Sarina geram tetapi seronok. Mukanya sudah merah kerana malu. Agaknya kalau Dan ada didepan, pasti lebih merah. ‘Huh! Tenanglah hati oi. Jangan berdegup kuat sangat. Nasib baik mamat tu tak ada kat depan, kalau tak...’ getus hatinya.
“Mesti pipi dah merah tu, kan?” serkap Dan. Serkapnya mengena.
“Taklah. Eh, bila awak nak jumpa dengan kekasih pilihan mak awak tu? Anak siapa?” Sarina mengubah topik.
“Adalah. Mana boleh bagi tahu kat awak. Tak surpriselah macam tu.”
“Suprise konon. Lantak awaklah. Tak nak cerita sudah,” Sarina sedikit merajuk. Hatinya sedikit cemburu.
“Aik? Merajuk ke? Sudahlah merajuk tu. Dah tua bangka macam tu pun nak merajuk. Nenek kebayan pun kalah,” terus Dan ketawa.
Cemberut wajah Sarina.
“Ada juga yang nak kena belasah ni.” Dan menyeringai.
“Berani ke? Rina. Boleh saya tanya sesuatu?” serius sahaja suara Dan.
Hilang senyuman diwajah Sarina oleh keseriusan suara Dan. hatinya berdebar-debar.
“Tanya apa?”
“Awak...awak...” sengaja pula Dan meresahkan hati Sarina. Hati Sarina pula terasa seperti baru dipasangkan bom mainan.
“Awak apa? Suka sangat buat macam tu,” sergah Sarina.
“Awak tak berasa nak tidur lagi ke?”
“Cis! Itu aje? Punyalah meleret suara sampai ke Indon, nak tanya itu aje? Kenapa? Awak mengantuk ke?”
“Mengantuklah juga,” Dan menguap lalu ditekup mulutnya.
“Yalah. Pergilah tidur. Nanti bangun lewat pula esok. Saya pun nak pergi kerja juga esok. Hmm, good nite. Mimpi indah,” Sarina bersedia mahu memutuskan talian.
“Bye sayang. Mimpikan saya,” ucap Dan. Hati Sarina serasa mahu menari. Digigit bibirnya tanda seronok.
“Assalamualaikum,”
“Wa’alaikumussalam,” talian terputus.

Berombak dada Dan menahan amarah. Mahu saja disepak Alimun. ‘Berani betul dia! Memang dasar baby timun’ jerit hati Dan. Dia memandang Sarina yang tertinggung di sebelah Dan. Madiah berada disebelah Dan. Dia menenangkan Sarina yang sudah teresak-esak menangis. Amin bersedia untuk menghalang Dan dari menerkam dan belasah Alimun yang berada di depan mereka. Sesekali matanya memandang Sarina yang dipujuk oleh Madiah.
“Apasal mulut kau tu jahat sangat?” jerit Dan. Mereka ketika itu berada di belakang bangunan sekolah. Tetapi, waktu sekolah sudah lama tamat. Dan mahu berjumpa dengan Alimun setelah waktu sekolah tamat.
“Biarlah kalau mulut aku jahat sekalipun. Ada mulut aku kacau kau?” Alimun buat muka buaya yang kekenyangan.
“Memang ada mulut kau yang kacau aku. Mulut kau yang jahat tu, pergi beritahu hal kami pada pak cik Ariff apasal? Selama ni, ada kami kacau kau? Tak adakan? Yang kau dengki dengan kami kenapa? Dasar toyol!” maki Dan.
“Ini bukan lagi toyol Dan oi...dasar...” sampuk Amin.
“Tolol,” Dan potong bicara Amin.
“Sudahlah. Bukannya boleh buat apa lagi. Benda dah jadi. Bukannya boleh undur lagi. Sudahlah Dan. Mulai hari ini kita putus Dan. Hubungan kita berhenti setakat ini saja.”
Terus Sarina menarik tangan Madiah dan berlari pergi dari situ. Dan ingin menahan Sarina pergi tetapi dia masih terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Sarina. Dia terpempan. Alimun tersenyum suka.
Dan memusingkan badan dan bertentang dengan Alimun. Dia mengorak langkah mahu membelasah Alimun tetapi Amin menahannya.
“Sudahlah. Biarkan dia. Kalau kau buat dia, kau pun sama bodoh dengan dia,” nasihat Amin. Mata Dan sudah membulat. Dia seperti singa yang menyinga-nyinga. Berapi-api kemarahannya. Dia rasa tidak puas hati. Jika tidak Amin, sudah lama Alimun lebam biji mata.
Alimun sedikit bergerak ke belakang. Takut juga hatinya. Takut dibelasah Dan. Tangan Dan sudah mengumpal penumbuk.

Dan memandang telefon bimbitnya. Wajah Sarina menjadi latar belakang. Dan tersenyum. Dia hampir memiliki gadis itu semula. Dia mengeluh sebaik saja teringatkan peristiwa itu. Dia terlena entah bila sambil memandang wajah Sarina yang sering menjadi peneman dia tidur.

Dan membelek telefonnya. Untuk memastikan jika ada orang menelefonnya. Tiada. Di sorok kembali di dalam poketnya. Bola matanya bergerak ke sekeliling. Melihat jika orang yang ibunya mahu berjumpa sudah hadir.

“Wahai anakku yang baik. Dengarlah kata mak kamu ini. Pergilah berjumpa dengan Haneim Maslinda tu. Mak mahu kau mengorat dia sikit,” kata Puan Lily Luna sambil memetik jari. Mulutnya sedikit terjuih.
“Dia mula dah,” Dan bermain-main dengan telinga. Cemberut sahaja wajah Dan.
“Alah, biasalah. Mak memang macam ni. pergilah berjumpa dengan dia. Mengorat dia sikit. Sikit saja. Tak banyak.”
“Sikit aje? Bagilah green light mengorat banyak-banyak. Tak best lah mengorat sikit-sikit,” Dan permainkan Puan Lily Luna.
Puan Lily Luna cekak pinggang. Rambutnya sedikit terselak ke belakang. Gagang telefon erat pegangannya.
“Main-main ye?”
“Jangan marah. Nanti ayah cari yang lain. Kenapa pula Dan kena jumpa dengan dia? Dah tu, nak kena mengorat pula. Macamlah dia tu nak kat Dan,” Dan masih punya alasan. Sebolehnya dia mahu mengelak.
“Mak dah tanya dengan dia. Dia kata OK.” Puan Lily Luna membuat tanda isyarat OK. Hanya suaminya saja yang melihat. Encik Ahmad tersenyum melihat gelagat isterinya yang sedikit tiga suku. Surat khabar di tangannya lebih menarik perhatian.
Dan tidak punya alasan lain untuk mengelak. Buat seketika dia mahu menjerit bahawa dia sudah punya suri idaman. Jeritan itu tersekat dikerongkong.
“Yalah, yalah, tapi dengan syarat.”
“Apa syaratnya wahai permata zhulian?”
“Dan boleh pilih siapa yang Dan nak. Tak boleh paksa-paksa.”
Sedikit senget mulut Puan Lily Luna. Dia sedikit mengeluh.
“Okey. Tapi pergi jumpa dia ya?”
“Okey. Dan ada kerja nak buatlah mak. Dan kena pergi sekarang,” Encik Hasbulah sudah mencari Dan.
“Yalah. Balik nanti nak makan apa? Mak masak.”
“Ni mesti nak ambil hati Dan. baiklah, nak makan apa ya? Hah! Daging masak pedas.” Dia memetik jari.
“Okey. Nanti balik. Jangan tak balik pula. Bukannya mak tak tahu kau tu. Kejap pergi rumah kawanlah, itulah, inilah. Nanti mak tuang kuah masak pedas kau tu.” Sedikit tinggi suara Puan Lily Luna. Dan menggeleng.
“Yalah. Dan pergi dulu. Bye. Assalaualaikum.” Talian terputus.

Haneim memetik jari di depan Dan yang masih leka bermimpi di tengah hari. Dia tersentak.
“Oh! Bila sampai? Silakan duduk,” Dan bermanis bicara. Haneim yang memakai blaus berwarna ungu duduk di hadapan Dan. Rambutnya sedikit terkuak ke belakang. Rambut hitamnya dan paras ketiak menyerlahkan kecantikkan.
“Mari kita pesan makanan.” Dan mengambil menu disebelah kirinya. Begitu juga Haneim.
“Awak kerja apa?”
“Designer.” Ringkas jawapan Haneim.
“Designer untuk apa?” mata masih ralit dengan menu.
“Multimedia project. Untuk bina laman web ke? Hah! Ini kad saya,” Haneim menyerahkan kadnya yang entah bila masa dia mengambilnya dari dalam tas tangan. Dan memandang Haneim yang tersengih.
“Lajunya ambil kad. Ini kad saya. Chupp!!! Ada depan mata. Ni mesti dah bersedia dari rumah lagi.”
“Tak sebenarnya dari office.” Jawab Haneim bendul.
Mulut Dan sedikit gatal mahu ketawa. Dia memandang menu kembali.
‘No sense of humour,’ kritik Dan dalam hati.
Haneim kelihatan sedikit kalut. Tangannya asyik menyelak rambut ke belakang. Rasa tidak selesa dengan rambutnya.
Pelayan lelaki yang memakai baju warna merah dan bertopi putih datang dan mengambil pesanan. Mereka masih senyap. Haneim sedikit tidak selesa. Kerap kali matanya memandang keliling. Cuba buat tidak tahu dengan sikap Dan yang acuh tak acuh. Dan memandang jam tangan. Baru lima minit mereka bersama, sudah terasa kebosanannya. Sekejap Haneim menghembus rambutnya, sekejap mengeluh.
“Mak Pah apa khabar?” Dan bersuara bagi menghilangkan kebosanan.
“Khabar baik. Ah, dia kirim salam. Lama tak jumpa kak Intan. Apa khabar dia sekarang?” tiba-tiba topik Intan Baizura yang menjadi perbualan.
“Dia sihat.”
“Dia kat mana sekarang? Saya ingat lagi masa kecil-kecil, dia suka sungguh main rambut saya. Ada satu hari tu, dia pegang gunting dan tiba-tiba dia tergunting rambut saya. Saya pun apa lagi...”
Dan menguap.
“...menangislah. Zaman budak-budaklah katakan. Lepas tu, dia pergi ambil gam. Saya ingatkan dia nak buat apa dengan gam tu. Rupa-rupanya dia gam rambut saya balik. Aisyeh man! Masa tu berdoublelah saya menangis.”
Sekarang Dan double menguap.
“Lawak betul masa tu.” Haneim tergelak dengan kata-katanya sendiri. ‘Masuk lif tekan sendiri,’ desis hati Dan.
“Lawak betul cerita awak...hehehe...” Dan pura-pura ketawa. Sedikit canggung tawanya. Haneim pula gelak bagai nak rak.
Sedang Haneim masih dengan dunia tawanya, pelayan lelaki tadi membawa dulang berisi makanan mereka.
“Jadilah dengan ketawa tu. Nanti ada pula yang tertelan lalat hidup-hidup sebab luas sangat mulut ternganga. Mari makan.”
Sedikit demi sedikit Haneim hilang tawanya. Dia menjamu selera bila dia sudah agak tenang dari tawa kudanya. Dan yang punya terlebih akal, makan dengan pelahap sekali. Haneim yang melihatnya agak cuak. Habis mulut Dan dengan sos makanannya. Bibirnya comot dengan kuah. Pendek kata atau panjang kata, makan dengan gelojoh.
Habis makanan dalam pinggan Haneim juga disebatnya. Haneim berasa meluat dengan perlakuan Dan. Haneim kaget dan terkejut serta terpinga-pinga.
“Tunggu apa lagi? Makanlah.” Dengan keadaan mulut dengan yang penuh dengan makanan itu juga, Dan masih mahu bercakap. Bersembur keluar makanan dari mulut Dan. Sedikit terkena baju Haneim. Dan berhenti melihat wajah Haneim yang berkerut. Kemudian, matanya tertacap pada baju Haneim yang comot.
“Opsss...sorry.” Kata Dan sambil tersengih namun rasa bersalah tidak menguasai perasaannya. Dia tidak ambil pusing sangat. Perhatiannya lebih pada makannya.
Selesai sahaja makan, Dan terbelahak dengan kuat dan menarik perhatian beberapa individu disitu. Mereka berbisik sesama sendiri.
Pada tika itu, Haneim sudah tidak lalu makan. Dirinya rasa loya. Dan menyeluk dompetnya ingin membayar harga makanan mereka. Buat beberapa saat, dia menyeluk sebelah yang lain pula. Kemudian, seluk dibelakang pula. ‘Apa pula mamat ni, kali ni?’ desis hati Haneim.
“Haneim. Boleh tolong bayar? Saya ada urusan ni. Saya pergi dulu. Bye.” Dan berdalih dan menapak keluar dari Restoran Honey meninggalkan Haneim yang terpinga-pinga. Haneim mendengus sambil menghentak perlahan sudunya.
Dan yang berada di dalam kereta tersenyum. “Yahooo!!!!”

No comments:

Post a Comment