Saturday, April 3, 2010

bab24

BAB 24
Malam sebelum hari raya Aidilfitri. Rumah keluarga Sarina penuh dengan sanak saudaranya belah ibunya. Belah ayahnya pula hanya berdekatan sahaja. Termasuk mak cik, pakcik, sepupu semua ada. Tahun itu giliran ayahnya pula menjadi tuan rumah untuk mereka berkumpul pada hari raya. Tatkala itu, masing-masing sibuk dengan kerja yang perlu dilakukan. Tangan mereka ligat menganyam ketupat. Termasuk Sarina.
Budak-budak yang belum diberi pentauliahan baligh, bermain bunga api yang dibawa pak anjang mereka, iaitu bapa saudara Sarina belah ibunya. Masing-masing terpancar keceriaan diwajah mereka kerana boleh bermain bunga api dan akan menyambut raya pada esok hari.
Dalam pada masa yang sama, Sarina masih boleh termenung semasa menganyam ketupat. Dia teringat akan Dan. Apa juga yang dilakukan oleh Dan? Sudah makan ke dia? Ke dah lena dibuai mimpi? Gelagatnya diperhatikan Anum dibelahnya. Ditolak lengan Sarina. Terlepas ketupat ditangan Sarina. Tersengguk dibuatnya. Mata mereka bersatu tatkala Sarina memandang Anum dibelahnya. Sarina terperanjat.
“Apahal kau termenung ni?” bisik Anum agar suaranya tidak sampai ke pendengaran mak cik-mak ciknya yang serupa antena speaker. Takut juga dia dengan mulut kecoh mak cik-mak cik mereka yang sangat ‘bising’.
“Mana ada.” Nafi Sarina. Anum memberi pandangan tidak percaya. Mata kirinya dikecilkan, serupa menggertak Sarina.
Namun, lidah Sarina yang terjelir menjadi jamahan mata Anum. Terjegil mata Anum. Pantas, tangannya mencubit lengan Sarina.
“Aduh! Sakitlah!” Sarina terjerit.
“Kamu ni kenapa Rina? Kenapa yang mengaduh ni? Ada yang tak kena ke?” jelas, jeritannya menjadi perhatian mak cik-mak ciknya.
Sarina terkedu, Anum pula menyembunyikan senyumannya. Mereka bersimpuh macam gadis melayu terawal.
“Err...tak ada apalah. Ada semut besar rasanya tadi. Semut gergasi.” Balas Sarina sambil menalakan matanya pada Anum yang mahu tersembul biji mata menahan ketawa.
“Semut? Tak pula aku nampak semut kat sini tadi. Baru datanglah kot.” Kata mak uda.
“Semut halimunan agaknya. Tak pun mata awak tu dah patut diletak dalam muzium.” Selamba mak tam menuturkannya. Tangan masih ligat menganyam ketupat sambil mata ditala kepada mak uda. Mereka yang mendengar, tergelak dengan apa yang diucapkan mak tam.
“Biasalah, mata aku kalau pakai eyemo pun, belum tentu bersinar bak mutiara lagi. Habuknya banyak lagi dari eyemo tu.” Jawab mak uda.
Gamat suasana di dapur dengan suara mereka. “Kau ada rindu siapa-siapa ke?”
Anum masih mahu mengorek. Dia berbisik ditelinga Sarina. Terasa sedikit geli di telinganya, apabila angin yang dihembus Anum itu menyapa telinga.
“Ish! Geli telinga aku tau, kau buat macam tu. Rindu siapa pula ni? Merepek ajelah.” Sarina menderam. Jantungnya pula makin laju.
“Hek eleh, macam aku tak tahu perangai kau ni. Cakaplah! Siapa yang kau teringatkan?” desak Anum. Matanya bercahaya ingin tahu. Sarina sudah resah. Habis ketupatnya tidak menjadi.
“Hah! Tengok! Ketupat kau pun dah tak menjadi. Menggelabah nampak. Mesti ada seseorang ni.” Anum menggasak lagi.
“Eh, mak su. Yang ni nak letak kat mana?” dalih Sarina dengan menunjuk dulang di hadapannya yang penuh dengan ketupat.
“Rina bawa pergi ke belakang. Bawa pergi pada pak su. Dia ada di belakang. Tahulah dia nak buat apa.” Seraya itu Sarina bangkit. Dia kemudian mengangkat dulang itu. Tika itu, beberapa biji ketupat jatuh. Dia memandang bawah.
“Tak apa aku tolong ambil.” Lalu, Anum mengambil dan menarik tangan Sarina pergi dari situ. Menonong mereka pergi.
“Ish budak budak ni! Buat kerja tu eloklah sikit.” Bebel mak teh apabila Sarina dan Anum melepasi dia.
‘Dia pun sibuklah,’ getus hati Sarina tika sampai ke muka pintu belakang. Selipar berwarna hitam dipakai. Begitu juga Anum. Jelingan dihadiahkan buat Anum.
“Pak su! Ini hah ketupat yang dah siap. Nak buat apa dengan ketupat yang dah siap ni?” Sarina meletakkan dulang itu di atas meja sebelah pak sunya duduk. Pak su menoleh memandang Sarina.
“Letak aje disitu dulu. Nanti tahulah kami nak buat apa. Air pun belum siap lagi.”
“Mana ayah?” tanya Sarina. Tidak pasti dia melontarkan soalan itu kepada siapa.
“Entah. Ada di depan agaknya.”
“Rina!” panggil seseorang dari arah belakang. Segera mereka bertiga menoleh. Satu susuk tubuh menarik perhatian mereka. Encik Ariff!
“Panjang umur. Baru sebut nama, dah datang.” Bicara pak su mengerutkan dahi Encik Ariff.
“Sebut nama siapa?” tanya Encik Ariff yang masih belum dapat menangkap lontaran kata pak su.
“Abang Ariff ler. Baru aje tadi Rina sebut nama abang, tup tup dah datang.”
“Kenapa Rina?”
“Tak ada apalah. Saja nak tahu ayah di mana.” Dia menggenggam tangan. Anum berdiri tidak terkutik dibelakang Sarina. Dipandang mata Encik Ariff yang membulat.
“Tak apalah. Rina pergi depan dulu.” Dia mahu bergerak ke arah Encik Ariff datang sebentar tadi.
“Dan tak datang ke?” Anum memandang pelik pada Encik Ariff. Siapa Dan? Soalan yang berlegar dalam kepalanya.
Pertanyaan Encik Ariff membantutkan langkah Sarina. Dia memusingkan tubuh dan hampir berlaga dengan Anum yang membuntuti dari belakang.
“Ish, kau ni terkejut aku tau.” Kata Anum geram.
“Ada aku suruh kau ikut aku? Dia tak datanglah ayah.” Dia meninggikan kepala sedikit dari kepala Anum agar dia boleh memandang Encik Ariff.
“Dia beraya di mana?” Encik Ariff bertanya lagi. Dia berharap sangat Dan datang, namun hatinya hampa setelah mendengar jawapan dari Sarina. Tika itu dia mengambil minuman sebelah pak su. Pak su melihat Encik Ariff kemudian Sarina.
“Di Kuala Lumpurlah. Rumah mak ayah dia di situ.” Anum memandang Sarina dengan pandangan gembira yang ditahan. Senyuman meniti dibibirnya. Kepalanya terangguk-angguk.
“Apa usha-usha?” bisik Sarina dengan pandangan geram. Anum sudah dapat meneka siapa yang Sarina fikirkan. Membulat mata Sarina.
“Dia tak nak datang sini ke raya esok?” Encik Ariff bertanya lagi. Dia mahu jawapan yang positif.
“Tak tahulah pula.” Jawab Sarina sambil memandang Encik Ariff dengan pandangan pelik. ‘Kenapa pula ayah tanya banyak pasal Dan? Dah berkenan ke?’ tanya Sarina dalam hati. Terjongket keningnya hairan.
“Telefon dia kata ayah suruh datang.” Arahan sudah terkeluar dari mulut Encik Ariff. Dia menghenyakkan punggung diatas kerusi ‘malas’ sebelah pak su.
Sarina mengetap bibir bawah. Terdetik hatinya mahu bertanya kenapa ayah sibuk sangat pasal Dan datang ke tidak, tapi melihatkan wajah Anum yang seperti menang loteri, dibatalkan saja niatnya itu.
Dia berpaling dan mengorak langkah menuju ke depan. Terus Anum mengekorinya.
“Kau teringatkan Dan ye? Agaknya macam manalah Dan tu? Panasaran aku.” Anum kembali bersuara. Anum tergelak lucu. Baginya sangat lucu dapat melihat wajah Sarina yang memerah dan dapat mempermainkan Sarina.
“Sibuk ajelah.” Desah Sarina. Makin kuat Anum gelak.
“Apa yang lucu sangat tu Anum yang gelak macam puntianak mengilai? Seronok sangat malam-malam ni.” Mak ngah bersuara setelah mendengar suara Anum apabila melintasi biliknya.
Tapi, suara itu mengganggu langkah mereka. “Tak ada apalah mak ngah.”
Anum bersuara lalu memandang tepi kemudian kembali memandang Sarina melepasi tingkap bilik mak ngah.
“Orang mana Dan tu?” tanya Anum setelah mereka dimuka pintu dan selipar yang dipakai telah dibuang.
“Kan aku dah cakap tadi. Orang KL.” Akhirnya Sarina mahu memberitahu. Kesian juga dia melihat Anum yang beria-ria mahu tahu.
“Kau jumpa dia di mana? Macam mana kau orang boleh bercinta? Orangnya macam mana? Kerja apa? Aku macam pernah dengar nama tu.” Bertubi-tubi soalan yang dikeluarkan mulut Anum. Sekarang mereka dibilik Sarina. Tombol pintu dipulas dan beberapa saat kemudian, mereka di dalam bilik Sarina dan Anum tidur buat tika itu.
“Satu satulah tanya pun. Kalau kaunter pertanyaan pun, dia suruh tanya satu satu tau?” balas Sarina setelah dia menghempaskan badannya diatas katil. Nadanya tinggi sikit.
Anum duduk dihujung kaki Sarina. Sarina memejamkan mata buat seketika. Kemudian celik kembali dan terus ditala matanya pada jam dinding dihujung kakinya. Pukul 10.30 malam.
“Aku jumpa masa aku kursus di Putrajaya.”
“Dia buat apa di situ? Kau pun buat apa disitu?” hairan juga dia, bagaimana Sarina boleh ‘terlepas’ ke situ.
“Kan aku dah cakap tadi, aku pergi kursus. Pekak ke apa minah ni? Kebetulan pula dia ada kerja di situ. Jadi, kami terserempaklah.” Dia mengeluh penat kerana dari pukul lapan tadi dia melakukan kerja dan tiada lagi rehat.
“Amboi, aku tanya pun marah. Telinga aku ni sound trouble sikit, tahu? Eh, cara kau cakap macam kau dah lama kenal dia. Kau dah lama kenal dia ke?” tangan Anum terawang-awang diudara, jari telunjuk terkeluar manakala yang lain digenggam.
Tersentap Sarina. Raut wajahnya memerah dan dia terdiam tidak terkutik. Hening menyelubungi mereka.
“Sebenarnya kami ni kes cinta bertemu kembali.”
“Oh, aku faham! Patutlah cara cakap macam dah lama kenal. Dia kerja apa?” tanya Anum lagi.
“Kerja pengacara.” Ringkas jawapan yang diberikan.
“Pengacara? Aik?! Nama penuh?” pandangan dari muka pintu beralih pada raut wajah Sarina yang serius. Serius rindukan seseorang!
“Ahmad Dan Cortes.” Bergetar jantungnya tatkala menyebut nama itu. Terasa angin lembut menyapa wajahnya. Tidak dia sedar, senyuman terukir dibibirnya. Dalam pada masa yang sama, dia tidak menyebut Dan bin apa. Takut Anum tahu.
“Hah?! Senyum seorang-seorang.” Sergahan Anum mengejutkan Sarina. Mati senyuman Sarina tadi.
“Apa?” tanya Sarina tidak mengeri. Sekali gus, tidak jelas dengan kata-kata Anum sebentar tadi.
“Kaulah! Senyum seorang diri. Aku tak buat lawak pun. Nak kata mengigau kau belum tidur lagi. Sahlah, kau angau.”
“Kesiannya. Lambatnya kau tahu aku ni dah angau. Sebenarnya dah lama aku ni angau tau? Baru nampak sekarang? ish, ish, ish...”
“Ahmad Dan Cortes...hah?!” Anum buat aksi terkejut lagi.
“Hish! Kau ni! Jangan buat aku terkejut boleh tak? Nasib baik tak ada sakit jantung.” Lengan Anum menjadi sasaran tangan Sarina untuk menampar. Geram juga dia dengan Anum yang buatnya terkejut dan memusnahkan lamunannya. Dia juga berdebar menanti jawapan dari Anum. Harap-harap dia tidak tahu siapa Dan sebenarnya. Sesak dadanya.
“Sorrylah. Dan yang jadi pengacara untuk...”
“Yalah...untuk program tulah...” potong Sarina pura-pura bosan sebelum Anum sempat menghabiskan ayatnya. Suaranya dikawal agar kedengaran seperti kebosanan.
“Bestnya. Kau suruhlah dia datang. Boleh aku ambil gambar dengan dia. Syoknya.” Anum sudah angan-angan untuk bergambar dengan Dan. Gambar itu nanti akan dibawa ke tempat kerjanya dan ditunjuk kepada rakan sekerjanya yang lain. Biar mereka cemburu! Hati Sarina sedikit lega. Hembusan nafas lega dilepaskan.
“Takkanlah dia nak datang raya kat sini? Logiklah sikit. Kau ingat Sik-KL macam Bangi-Kajang ke?” deras suara Sarina. Namun terselit juga sedikit harapan.
“Manalah nak tahu, dia sanggup nak datang ke. Sebab awek dia di sini. Alah, orang tengah bercinta, semuanya boleh jadi. Yang tak logik pun, boleh jadi logik tau!” usik Anum. Derapan kaki di luar bilik membuatkan mereka senyap seketika.
Sarina mengeluh lembut. “Janganlah. Mau sakit sakan aku, kalau dibuatnya tiba-tiba dia datang.”
“Alah, rilekslah. Tak adanya dia nak datang masa masa raya ni. Dia pun nak beraya dengan keluarga dia tau?!”
Sarina terdiam. Kalau ikut kata Anum, ada juga benarnya. Tapi, kalau ikut perangai Dan, tiada siapa dapat menjangka.
“Kau nak suruh dia datang tak? Ayah kau suruh tadi kan?” soalan Anum menyesakkan dadanya. Sebenarnya, bukan Sarina tidak mahu Dan datang ke rumahnya, tapi dia belum bersedia untuk menjawab soalan yang bakal dikemuakan keluarganya nanti. Takut rahsia siapa Dan sebenarnya terbongkar. Takut juga dia nanti, andai Encik Ariff mengamuk.
“Entahlah.”
“Tapi aku takut juga nanti ayah kau marah.” Perlahan Anum menuturkannya. Tiada nada.
“Kenapa pula dia nak marah? Bukan ke dia yang suruh tadi?” tanya Sarina. dia berasa pelik dengan kenyataan yang dikeluarkan Anum.
“Kau ingat aku tak tahu siapa Dan? Anak pak cik Din kan?” separuh tinggi nada suara Anum. Pantas Sarina bangkit lalu menekup mulut Anum.
“Syhh!!! Perlahanlah sikit. Nanti ada orang dengar.”
“Ayah kau belum tahu?” tanya Anum. Matanya membulat tidak percaya.
Sarina menidakkannya dengan menggeleng kepala. Anum mengeluh.
“Tak apalah. Harap-harap ayah kau tak perasan dan orang lain pun tak tanya banyak.”
Sarina termenung. “Kau nak telefon dia tak?”
Sambung Anum sambil mata memandang Sarina yang dia diam tidak berkata apa.
“Entahlah. Tapi, kalau ayah tanya, nak jawab apa?” Sarina memandang Anum.
“Kau jawab ajelah yang mana kau rasa logik.” Pantas Anum menjawab.
Sarina terdiam. Kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Pantas dia mengambil di dalam beg tangannya yang Sarina letakkan pagi tadi di laci bawah sebelah katil. Mata Anum mengintip setiap pergerakkan Sarina.
Sarina melihat skrin telefonnya. Terpapar nama Dan yang menghantar mesej.

Asalamualaikum. Buat apa sekarang? Dah tidur ke?

Mata Sarina membaca mesej yang dihantar Dan. Terjenguk-jenguk kepala Anum pada skrin telefon Sarina, untuk melihat isi kandungan mesej tersebut. Dia berpura-pura memandang tempat lain, apabila Sarina memandangnya dari ekor mata. Jarinya menekan pad kekunci untuk membalas mesej Dan.

Waalaikumusalam. Tak buat apa pun. Tengah baring atas katil. Awak pula buat apa? Dah makan?

Mesej dihantar kemudian memandang Anum yang cepat-cepat melarikan pandangannya ke arah lain.
“Ingat aku tak nampak kau buat apa. Nak mengintiplah tu.” Sarina menjeling.
“Mana ada.’ Nafi Anum.
Baru sahaja Sarina mahu membuka mulut, telefonnya berdering lagi.

Samalah. Tengah baring juga tapi diatas sofa ruang tamu. Nak makan apanya malam-malam macam ni? Nanti gemuk pula saya. Lainlah awak.

Sarina menyeringai. Anum pula masih terhendap-hendap melihat mesej Sarina.

Saya kuruslah. Mana ada gemuk. Kalau awak angkat pun, macam angkat tulang ikan. Alah, kalau awak gemuk pun, masih ada orang nak lagi.

Butang hantar ditekan. Anum kembali buat-buat tidak nampak. Sebenarnya nak tergelak juga dia baca mesej Sarina-Dan. Awak? Saya? Panggillah abang-sayang ke. Baru sedap sikit. Tidak ada kelas langsung.
“Kau kutuk aku eh?” tanya Sarina sambil menggenggam erat telefonnya. Dia bagai tahu-tahu saja Anum mengutuk dalam hati.
“Taklah. Kenapa genggam telefon tu kuat sangat. Tak lari pun telefon tu.”
“Memang tak lari, tapi takut ada yang bawa lari.” Balas Sarina. Anum terdiam. Dia tahu, Sarina maksudkan dia. Baru saja dia merancang hendak buat begitu, Sarina serang terlebih dahulu. Nasib, nasib...
Tika Anum menggeleng kepala, satu mesej sampai. Sarina menekan butang buka. Tidak lama selepas itu, satu mesej telah dipaparkan.

Siapalah yang nakkan saya ni..dahlah tak handsome...

Sarina tersenyum sediri. Buat ayat pasrahlah pula. Tak handsome konon. Kening Anum terjongket tatkala matanya menjamah bibir Sarina yang mengukir senyuman.

Adalah...yang nak pada awak...

Terus saja jarinya menekan butang hantar. “Kenapa yang tersenyum seorang ni?”
“Tak ada apa.” Jawab Sarina. Buat beberapa saat, keadaan hening, namun dikacau bunyi telefon bimbit Sarina. Tetapi kali ini, lain bunyinya. Sarina menatap skrin telefonnya. Panggilan dari Dan. Dia teragak-agak mahu menjawab. Kejap dipandang telefon, kemudian Anum yang memandangnya dari ekor mata.
Dia mahu menjawab tapi Anum ada disitu. Anum yang bagai faham dengan keadaan itu, bertindak keluar dari bilik. “Tak apalah. Aku keluar dulu.” Dia mahu memberi ruang kepada Sarina. Langkah yang diaturnya, disoroti mata Sarina.
Sebaik saja pintu terkatup rapat, terus ibu jari Sarina menekan butang hijau.
“Siapa yang nak pada saya?” terus Dan terjah dengan soalan tanpa memberi salam. Bibirnya mengatur senyuman. Dia bagai tahu jawapan yang bakal keluar dari mulut Sarina.
“Waalaikumusalam. Agak-agak...” Sarina menyindir sambil ketawa sinis. Dia masih mahu bermain tarik tali.
Dan menepuk dahi sambil memejam mata. Dia terkena.
“Hehe...asalamualaikum. Alah, cakap sajalah. Tak sabar nak tahu ni.” Desak Dan.
Sarina ketawa besar. Memang pendesak betul! “Larh, dia gelak pula dah. Orang suruh cakap, dia gelak. Ada wayar yang tersalah pateri ke?” Dan bersuara lagi.
“Memang pun. Awaklah penyebabnya.” Ujar Sarina pantas. Kepla tercogong ke kanan, mahu meletokkan kepalanya diatas bantal.
“Eh, apa pula salah saya. Itu wayar awak, bukan saya punya.” Balas Dan sengih geram.
“Tapi awaklah puncanya tau. Saya minat pada awak sampai wayar tersalah pateri.” Ujar Sarina selamba sambil sengih suka.
Dan bungkam. Tidak tahu mahu berkata apa. Dia tergamam. Lidahnya kelu.
Kemudian, dia tersenyum sampai ke telinga dia menarik kulitnya. Tegang tahap gila!
“Sanggup ke awak nak bersama dengan orang yang handsome macam saya ni? Sudahlah hitam.” Dan bersuara pura-pura sedih. Gembira hati tidak kepalang.
“Hitam? Tolonglah. Awak tu aje yang perasan hitam. Sebenarnya, putih. Mengaku hitam konon. Alah, yang penting hati, bukannya kerana paras rupa. Tapi kalau dah dapat yang berupa macam awak ni kira bonuslah.”
Kembang hati Dan. Jarinya memintal hujung bantal hingga berkedut. Kemudian, digigit hujung bantal itu. Basah hujung bantal itu dengan air liurnya. Seronoklah katakan. Sedap hingga menjilat hujung bantal!
“Betul ke saya ni berhati?” tanya Dan seperti orang bodoh. Muka Sarina berkerut. “Kalau awak tak ada hati, maknanya awak ni hantulah. Ish, ngeri saya malam-malam bercakap dengan hantu.” Sarina buat lawak. Segaris senyuman tertarik dibibirnya.
“Buat lawak pula...”
“Tahu tak apa.” Sampuk Sarina.
“Bukan macam itulah maksud saya. Maksud saya, hati saya ni baik ke?” Dan bersuara serius. Ah, sudah! Serius pula dia. Berderau juga muka Sarina hendak menjawab. Takut tersalah ayat. Dibuatnya tersalah ayat, merajuk empat hari empat malam nanti.
“Bolehlah.” Jawab Sarina tidak jujur dan tanpa nada. Mendatar saja.
Dan ketawa besar macam sudah sepuluh hari tidak ketawa. Disimpan untuk hari ini agaknya.
“Apa punya jawapan ni? Tak pernah dengar pun. Tak ada dalam skema jawapan ni. Salah, salah.” sambut Dan setelah tawanya reda sedikit.
“Helo! Awak ingat ni periksa ke apa?” herot mulut Sarina.
“Memanglah. Awak ambil periksa, sekarang tau?” jawab Dan tenang.
“Mana aci. Saya tak studi lagi.” Rengek Sarina. Dia mencebik.
“Aci tak aci. Kena juga. Ini periksa mengejut. Macam tak pernah. Soalan seterusnya...”
“Tak nak, tak nak, tak nak.” Sarina bersuara keanak-anakan. Dan mengeluh seronok.
“Yalah, yalah. Peperiksaan dibatalkan. Akan ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan.” Dan bersuara seperti seorang pembaca pengumuman.
“Yeii..” Sarina tercedik-cedik atas katil. Bila pula dia bangun? Selepas dia tercedik-cedik itu, dia terhenti mengenangkan perilakunya. Dia senyap. Begitu juga Dan yang terangkat kening sebelah. Sarina mengetap bibir bawah.
Sesaat...dua saat...tiga saat...tawa mereka pecah. Tidak mampu dapat ditahan lagi. Segalanya terburai jua. Berair mata Sarina serta Dan. Kemudian, tangan masing-masing dibawa ke mata untuk menyeka air mata yang bertakung dikelopak mata setelah keadaan agak tenang.
“Macam budak-budak!” ucap Dan perlahan dalam sisa tawa.
“Awaklah yang buat saya macam budak-budak.” Sarina menjawab.
“Apa pula saya? Awaklah.”
“Awaklah.”
“Awaklah.”
Tiba-tiba...
“Anum! Apa yang tertonggek tonggek tu? Yang pergi telekup telinga dipintu tu buat apa? Curi-curi dengar ke?” kedengaran mak lang menjerit lantang dari luar. Anum yang sedari tadi mencuri-curi dengar, terperanjat beruk. Hampir gugur jantung dia dek jeritan mak lang ditepi telinganya.
Diurut-urut dadanya, mengembali semangat yang terbang melayang. Sarina memandang pintu. Matanya dikecilkan. Anum memang hendak kena dengan dia.
“Dan kejap ya.” Dilarikan sebentar telefon dari telinganya. Jeritan Dan bertanya kenapa tidak lagi dengar. Dia berjalan ke arah pintu dan dibuka cepat-cepat. Ingin melihat siapa lagi yang terlibat dalam kes ini.
Anum menunjuk riak muka terperanjat sambil tertonggek dan cepat-cepat duduk disebelah Aidi hingga Aidi rasa nak terjatuh oleh tolakan Anum, manakala mak lang dibelakang cuba melarikan diri kerana dia sama sebenarnya turut terlibat, sepupu sepapatnya yang muda dan tua darinya, lintang pukang mencari tempat duduk dan pura-pura baca surat khabar yang terbalik. Tidak mereka sedari yang tempat mereka duduk itu, berdekatan dengan pintu bilik Sarina.
Nampak sangat mereka tergesa-gesa mencari tempat duduk setelah pintu dibuka secara mengejut oleh Sarina. Kalut juga mereka. “Pakat-pakat curi dengar ya?” sergah Sarina sambil bercekak pinggang. Dan disebelah sana terangkat kening sebelah hairan mendengar suara Sarina yang agak tinggi.
“Eh taklah.”
“Mana ada.”
“No way.”
“Taklah.”
“Takkanlah kami nak buat macam tu.”
“Tak baik buat macam tu.” Itu antara jawapan yang diberikan mereka dalam keadaan yang tak terurus dan kelam kabut. Serentak pula mereka menjawab. Masing-masing buat muka menahan ketawa. Berusaha bersungguh-sungguh menahan ketawa dari terburai.
“Habis tu yang baca surat khabar terbalik tu kenapa? Berasa otak tu pandai sangat dah ke yang baca terbalik?” sergah Sarina lagi sambil memandang ke arah sepupunya, Aidi, disebelah pintu biliknya.
“Woi, surat khabar kau terbaliklah.” Bisik sepupunya yang sama umur, Fahmi, disebelah Aidi.
Terbuntang mata Aidi sebaik saja melihat surat khabar yang dipegangnya terbalik. Mata mereka yang lain tertumpu pada Aidi yang sudah memerah pipinya. Segera dia menterbalikkan semula surat khabar itu.
“Kalau ada lagi yang mengintip jagalah.” Ugut Sarina walaupun dia tahu ugutannya tidak pernah makan saman. Masing-masing terangguk-angguk serentak.
Sarina berjalan masuk ke dalam bilik semula dan pintu ditutup rapat. Punggung dihenyak kembali diatas katil. Berkeriuk katilnya berbunyi. Telefon dibawa kembali ke telinga.
“Ada apa hal tadi?” tutur Dan terlebih dahulu tatkala Sarina membuka mulut mahu bersuara. Macam tahu-tahu saja Sarina sudah ada di dalam bilik dan selesai ‘mengerjakan’ mereka diluar.
“Biasalah. Ada orang curi-curi dengar.” Tinggi nada Sarina apabila ayat terakhir itu dia sebut. Sengaja dia berbuat begitu. Mereka diluar tersengih seperti kerang busuk mendengar Sarina sindir mereka.
“Siapa?” tanya Dan ingin tahu.
“Sepupu sepapat sayalah. Takkanlah pula jiran sebelah.”
“Manalah nak tahu, tetiba jiran sebelah curi-curi dengar.” Dan berkata sambil meregangkan lehernya yang sedikit lenguh.
“Tak adanya. Dia orang pun dah hanyut dalam mimpi. Agaknya dah terlentang dalam bilik. Aksi kuak lentang, kuak kupu-kupu semua ada. Tinggal kuak rama-rama aje, belum ada lagi.” Sarina mula merapu. Tangan terawang-awang diudara.
“Eh, nanti!”
“Apa?” Sarina tertanya-tanya.
“Sepupu awak?” Dan ingin penjelasan lanjut.
“Yalah sepupu saya. Siapa lagi?”
“Mereka buat apa di rumah awak?” soal Dan sambil merenung kosong kipas diatas. Berkerut dahinya.
“Datang berayalah. Esokkan raya.” Jawab Sarina yang masih belum jelas dengan soalan Dan.
“Malam malam macam ni?” tangan diletak atas dahi. Kerutan didahi belum pudar.
“Tahun ni giliran rumah saya pula yang jadi tuan rumah. Jadi banyaklah sepupu yang menyibuk ni datang.” Belum habis lagi nampaknya sindiran Sarina. Terkedu mereka diluar, kemudian, berdekit-dekit menahan ketawa.
“Dan! Apa yang kau buat diruang tamu tu? Tak tidur lagi ke?” jerit Puan Lily apabila mendengar suara Dan seperti bercakap dengan seseorang. Dia yang hanya kelihatan kepala dimuka pintu, terkebil-kebil memandang Dan yang bingkas bangun. Terperanjat Dan dibuatnya. Tiba-tiba saja bersuara. Sudahlah malam hari!
“Tak ada apalah mak. Saja baring-baring disini. Mak pergilah tidur.” Sarina yang mendengar suara Dan seperti bercakap dengan seseorang, terlukis kerutan didahinya.
“Yalah. Nanti jangan lupa pula tutup lampu. Nanti membazir elektrik.”
“Okey.” Terus Puan Lily masuk ke dalam bilik. Kedengarn bunyi pintu ditutup. Dan kembali baring disofa.
“Helo?”
“Mak ya?” soal Sarina. Bibir menguntum senyuman.
“Hai! Sejak bila dah tukat status jadi menantu dia ni?” usik Dan.
Sarina terkedu. “Yalah, yalah. Saya ni bukan pilihan orang tu. Dia nak yang fesyenable. Bukan macam minah kerek seperti saya ni. Mana sama dengan taste orang tu yang nak cantik.” Rajuk Sarina. Terjuih mulutnya. Jelingan diberi tapi entah kepada siapa.
Dan tergelak besar. Dumm!!! Dia jatuh sofa.
“Aduhh!” Dan mengaduh. Sikunya sakit tidak tertahan.
“Padan muka! Kata orang lagi. Biar jatuh banyak kali sikit.”
“Aduhh!” Dan mengaduh lagi dengan penuh perasaan kerana sikunya terasa berdenyut sakit.
“Dan?” panggil Sarina.
Senyap.
“Dan?”
Senyap lagi.
“Dan! Janganlah main-main.” Hati Sarina tidak tenang. Terasa bersalah juga kerana mengata Dan walhal Dan sakit terjatuh.
“Dan! Tolonglah jangan buat macam ni.”
Tiada tindak balas.
“Dan! Saya sayang awak. Janganlah macam ni. Tolonglah jawab.” Air mata Sarina mahu menitik. Takut juga dia andai Dan tidak mahu bercakap dengan dia lagi kerana merajuk.
Sakit yang mengunjungi siku Dan, serta merta hilang dibawa angin malam yang dingin. Dia kaku tidak bergerak. Adakah dia tersilap dengar?
“Awak kata apa tadi?” tanya Dan mahu kepastian. Bimbang juga dia andai, pendengarannya rosak.
Sarina senyap. Senyuman malu terukir lagi dibibirnya. Kali ini lebih lagi.
“Tiada siaran ulangan ya.” Sarina termalu sendiri.
“Eleh ingat saya tak dengar ke tadi? Saya dengarlah.”
“Kalau dah dengar, kenapa minta ulang lagi?” pipi Sarina sudah bertukar warna. Pink! Sebiji macam geisha.
“Saja. Nak dengar lagi. Kalau boleh, nak bawa masuk dalam mimpi rakaman suara tu.” Senyuman meniti dibibir mereka berdua.
“Awak sayang saya?” tanya Dan buat kali yang ke berapa entah. Sarina menarik nafas untuk menenangkan dirinya yang terasa jantungnya bagai nak tercabut.
Sarina senyap.
“Tak apalah kalau macam tu..” Dan merajuk.
“Nanti! Mestilah saya sayang awak.” Tinggi nadanya. Kemudian, baru dia terperasan nadanya yang tinggi. Harap-harap orang luar tidak mendengar.
Dan seronok tidak terkata. “Okeylah. Saya nak tidur dah ni. Esok nak raya kan? Nanti bangun lambat pula nak pergi sembahyang raya.”
“Okey. Bye. Asalamualaikum.” Respon Sarina.
“Waalaikumusalam. Mimpi indah ya.”
Talian terputus. “Rina!”
“Ya ibu!” diletak telefon dibawah katil. Matanya memandang jam di dinding. 12.00 tengah malam. Lamanya bersembang!
“Mari ke dapur kejap.” Dia bangun lalu bergerak ke muka pintu. Tombol pintu dibuka. Matanya memandang setiap seorang yang berada di ruang TV itu. Mereka semua juga memandangnya.
Ditutup kembali pintu bilik. Dia berjalan menuju ke dapur. Tidak sampai lima tapak...
“Awak sayang saya?” Syafik bersuara sambil memandang Omar. Tangan mereka digenggam bersama. Nada suara dibuat-buat romantik, mengejek percakapan Sarina sebentar tadi. Pandngan mereka bertaut. Mereka mengadap antara satu sama lain. Segera Sarina berpaling mengadap mereka berdua dan pandangannya menjadi kecil.
“Of courselah saya sayang awak. Muah, muah, muah, muah....” terjuih mulut mereka seperti mahu bercium. Terbeliak mata Sarina melihat gelagat mereka. Sepupu Sarina yang lain sudah ketawa terbahak-bahak. Tangan mereka memegang perut kerana terasa senak apabila melihat gelagat Syafik dan Omar. Ketawa bergema diruang TV itu.
Sarina kemudian dengan gaya brutal, dia berjalan ke arah mereka dan leher mereka menjadi mangsa cengkaman maut dari Sarina. Sengaja mereka membeliakkan biji mata, apabila tangan Sarina mencengkam leher mereka.
“Siapa suruh curi-curi dengar? Hi!!! Geramnya aku. Rasa nak bunuh aje.”
“Sabar..sa..sabar...ka...lau..aku...ma...mati...nanti masuk penjara...” tersangkut-sangkut suara Syafik kerana lehernya dicengkam tangan Sarina. Dia menggoncang-goncang kepala mereka dengan kuat. Terkulai kepala Syafik.
“Biarkan. Janji aku puas.” Sarina menayang gigi tanda geram.
Mimik mukanya macam puntianak yang geram ada orang yang mengendapnya mandi.
“Rina!” Puan Aisyah sudah menjerit dari dapur.
“Ya ibu! Kejap! Rina tengah seronok membunuh ni!” jerit Sarina kembali. Mereka yang lain hanya menonton dan ketawa terbahak-bahak termasuklah Anum.
“Dahlah tu. Ibu kau panggil tu.” Syafik bersuara perlahan.
“Okey. Aku berhenti sekarang tapi baik kau lari sebelum aku datang sini balik dan kau jadi sate panggang.” Dilepas cengkaman tanganya dari leher Syafik.
“Memanglah sate kena panggang. Tak pula aku pernah dengar, sate kena rebus.” Syafik bersuara kembali apabila Sarina agak jauh darinya. Sarina menoleh dan memberikan jelingan maut!

No comments:

Post a Comment