Saturday, April 3, 2010

bab23

BAB 23
Kaki diletakkan diatas meja paras lutut di depannya. Anak matanya merenung tepat pada skrin TV. Asyik sungguh mata mak yong menatap TV, yang menyiarkan rancangan So You Think You Can Dance disaluran AXN. Kelincahan Katee menari tarian kontemporari, memukau matanya.
“Dasyat sungguh dia ni menari. Macam angsa.” Komen mak yong. Dia yang berpakaian agak seksi, dengan memakai kain batik dan berbaju singlet putih longgar, menjuihkan mulut.
Sedang mata mak yong tertacap pada skrin TV, pak yong datang sambil tangannya masih cuba memasukkan butang ke dalam lubang yang terdapat pada pergelangan tangannya. Dia berdiri di belakang mak yong yang duduk diatas sofa sambil kaki terjulur ke depan.
“Awak tak nak pergi surau ke? Kan ada terawih malam ni. Bersenang-lenang saya tengok.” Dari dalam bilik lagi dia cuba memasukkan butang ke dalam lubang, akhirnya berjaya juga. Usaha tangga kejayaan!
“Tak naklah. Awak pergilah tok lebai oi. Malas saya nak pergi.” Balas mak yong. Matanya masih merenung TV.
Tergeleng kepala pak yong yang melihat kelakuan mak yong. Isterinya cukup berat dalam hal-hal agama ni. Sembahyang kalau tidak disuruh, pasti ditinggalnya. Entah bagaimana dia boleh memilih isteri begitu.
“Ikut suka awaklah. Tengoklah TV tu sampai buta.” Mak yong sedikit panas dengan kata-kata yang terkeluar dari mulut pak yong.
“Eh, ada saya halang awak pergi masjid? Takkan? Jadi jangan nak kacau saya. Kalau awak nak pergi, pergilah! Kalau awak nak pergi mampus pun, apa saya kisah! Jangan kacau saya!” Kedengaran lantang mak yong bersuara.
Tersentap hati pak yong dengan kata-kata isterinya. Sebak hatinya memikirkan kata-kata yang keluar dari mulut isterinya sendiri. Andai kata-kata itu terkeluar dari mulut orang lain, tidaklah dia kisah sangat. Tapi, apabila keluar dari mulut isterinya sendiri, dia kisah.
Dia mengeluh. Akhirnya dia melangkah longlai ke muka pintu. Pintu ditarik, namun terhenti buat seketika. Pintu separuh ternganga. Tangannya masih memegang tombol pintu. Dia menoleh memandang mak yong yang menonton TV. Pak yong mengeluh lagi. Kemudian, pandangannya beralih pada muka pintu dan menarik pintu kembali lalu keluar dari rumahnya.
“Ikut suka akulah nak pergi ke tak! Yang dia sibuk tu kenapa?! Macam aku ni ada kacau dia nak pergi mana pun. Selama ini, aku tak pernah tanya pun, tak pernah ambil peduli pun, dia nak ke mana! Dia pergi memancing ke, dia pergi kedai kopi cik kiah janda tu ke, tak pula aku sibuk-sibuk nak tahu!”
Bebel mak yong sambil mata masih tertacap pada TV. Dia mendegus kasar. Telefon rumahnya berdering tatkala dia sedang menonton TV.
“Hi!!! Time time begini juga kau nak berbunyi. Kacau aku betul!”
Langkah kakinya menghentak geram, pergi menuju ke meja telefon. Gagang diangkat.
“Helo!” tinggi suara mak yong. Tersentak orang dihujung corong gagang. Datang bulan agaknya.
“Helo. Ni Azah kan?” tanya orang dihujung corong gagang. Mak yong terperanjat.
“Yalah. Takkan Datin tak kenal saya lagi?” gugup seketika suaranya. Dia berdehem selepas itu, bagi mengembalikan suaranya yang hilang separuh kerana terkejut dengan panggilan dari Datin Lin. Selalunya payah untuk Datin itu menelefon mak yong. Hairan juga mak yong dengan panggilan itu.
“Aku bukannya pernah telefon kau, tu yang aku tanya. Takut nanti tersalah rumah pula. Buat malu aje.” Datin Lin tergelak dengan kata-katanya sendiri. Mak yong cuak mendengarnya. Dia pun pura-puralah tergelak, untuk mengambil hati Datin Lin.
“Kenapa kau menjerit tadi?” tanya Datin Lin. Teringin juga dia tahu kenapa mak yong terjerit tadi. Seperti geram akan seseorang. Tidak dia tahu, dialah orang yang mak yong geramkan itu.
“Err...aaa...err....ada anak saudara datang. Bising sangat. Tak dengar apa Datin kata.” Fikirnya satu idea. Gugup juga dia.
“Betul ke? Aku tak dengar apa-apa pun.” Gasak Datin Lin lagi.
“Hish! Sibuk betul dia ni.” Gumam mak yong.
“Kau kata apa? Aku tak dengarlah.” Jerit Datin Lin, sangkanya line tidak elok.
“Eh, tak ada apa-apalah. Err...ada apa Datin call saya ni?” dalihnya.
“Aku nak tahu pasal rancangan hari tu.”
“Rancangan apa?” dikerah otaknya berfikir. Buat beberapa saat kemudian, dia teringat kembali. Baru sahaja mulutnya terbuka mahu berkata, Datin Lin sudah memotong.
“Rancangan nak buka kedai barang.”
“Yang tu ke...” meleret suara mak yong. Otaknya ligat berfikir sesuatu.
“Macam mana?” tanya Datin Lin, apabila tiada jawapan yang diharapkan dari mak yong.
“Saya ikut Datin aje. Kalau Datin on, saya on aje. Lagipun, bukan saya yang nak bayar sewa kedai tu. Datin yang bayarkan. Saya cuma tolong uruskan aje.” Sambut mak yong.
“Baiklah kalau begitu. Nanti aku telefon kau lagi. Betul kau nak uruskan ni?”
“Saya akan uruskan nanti Datin.” Tekan mak yong dengan kata-katanya, agar cita-citanya tercapai.
“Baiklah. Nanti aku uruskan hal tu. Bye.” Talian terputus. Mak yong membuat aksi yes selepas dia meletakkan gagang. Dia mahu menuju ke sofa di depan TV, mahu menyambung kembali apa yang terganggu.
Tatkala itu, dia ternampak sekeping foto yang menarik minatnya dicelah laci sebelah telefon. Dahinya terukir kerutan yang menampakkan garis-garis tua. Laci itu sedikit terbuka.
“Gambar apa tu?” kakinya bergerak hanya beberapa tapak sahaja untuk mendekati laci itu. Tangan mak yong menarik laci itu dengan penuh debaran ditangan. Selepas menarik laci itu, tergedik tangannya mahu mengambil gambar tersebut.
Jari-jemarinya menarik gambar itu dan dibawa ke depan matanya sedikit. Dia merasakan seperti pernah melihat foto itu. Kemudian, terbeliak biji matanya setelah mengingati sesuatu tentang isi foto itu. Kemudian, dia tersenyum seronok. Terlintas satu idea dalam kepalanya. Terangguk-angguk kepalanya memikirkan strategi yang seterusnya. Pada masa yang sesuai, dia akan melancarkan strateginya.

No comments:

Post a Comment