Saturday, April 3, 2010

bab22

BAB 22
Beberapa minit kemudian, Sarina tiba ke rumahnya. Dia masih terkejut dengan insiden yang berlaku. Dia masuk ke dalam bilik setelah mengangkat barang yang dibelinya tadi, diletakkan di dapur. Di hempas badan di atas katil.
Terlayar kembali adegan siang tadi. Macam mana boleh jadi begitu? Kenapa tiba-tiba Hafiz jadi seperti seorang yang sangat mengambil berat? Dulu semasa sekolah, sebelah mata tidak dipandang Sarina. Sekarang seperti ternampak kilauan permata.
Terus kepalanya tergeleng-geleng, cuba melupakan apa yang tertayang di kepalanya. Dia mengeluh halus. Di pejamkan mata, mencari ketenangan. Namun, tidak lama, azan maghrib sudah berkumandang. Dia sudah menunaikan solat asar di sekolah tadi. Selepas sahaja, pengumuman itu berkumandang di dalam dewan, dia segera meminta diri sebentar dari Hafiz ke surau.
Dia bingkas bangun untuk mengerjakan solat. Selepas berdoa, dan bermunajat, dia bangun dari sejadah, dan duduk dibirai katil. Teringat akan pertelingkahan ayahnya dan pak cik Din. Kenapa mereka bergaduh? Perkara apa yang buatkan mereka bergaduh? Masih adakah harapan untuk mereka bersatu? Susahkah dia dan Dan untuk hidup bersama nanti? Mampukah dia dan Dan, menghadapi cabaran yang membadai? Sarina mengeluh.
Tiba-tiba lagu Ku Percaya Ada Cinta berkumandang, menandakan ada mesej yang masuk. Pantas kakinya mengorak langkah menuju ke meja yang terletak disebelah kanan katilnya. Dicapai telefon itu, lalu menekan open. Tidak lama kemudian, skrin memaparkan mesej yang dihantar seseorang.

Salam. Dah tidur ke? Seronok bersiar-siar petang tadi?

Kerutan di dahi Sarina kian menjadi. Dia menekan butang bawah, dan terpapar nama penghantarnya, Dan! Bagaimana Dan tahu dia bersiar-siar petang tadi? Tidak juga dia ketahui. Jarinya bermain-main diatas papan kekunci, membalas mesej yang dihantar kepadanya.

Tahu mana saya pergi berjalan? Pasang spy ke?

Butang send ditekan. Sarina meletak telefon bimbitnya disisi. Dia menunggu balasan dari Dan. Mulutnya herot menunggu balasan dari Dan. Penantiannya tidak lama, Dan sudah membalas kembali.

Memang pun. Pergi dengan siapa?

Jari Sarina menari lagi.

Pergi mana? Pasang spy ya...nanti saya kerjakan spy awak tu...

Dia menghantarnya.

RFC...awak takkan beranilah buat spy saya...

Sarina kaget dan terkejut. Mana Dan tahu dia pergi RFC? Ditambah pula dengan pertanyaan ‘pergi dengan siapa’. Dadanya sedikit berdebar. Dia membalas.

Ingat saya takut ke dengan spy awak tu? Dia mengendap saya ke masa di RFC?

Mesej dihantar. Tidak sampai lima minit, mesej terbalas.

Awak mengakulah pergi RFC? Macam saya cakap, awak takkan berani buat spy sayalah. Awak suka budak-budak. Mana boleh buat dia orang...

‘Budak-budak’ itu? Siapa? Pertanyaan muncul dibenak fikirannya.

Budak-budak?

Dia termenung setelah menghantar mesej kepada Dan. Budak-budak? Setahunya ‘budak-budak’ yang bersamanya sepanjang hari itu hanya tiga orang. Fatahiah, Idham, dan Amran. Tak mungkinlah dia orang spy Dan. Bukannya mereka kenal Dan! Cikgu Hafiz? Lagi mustahil. Bunyi deringan telefon bimbit menyentak Sarina.

Tak ada apa-apalah. Bergurau saja. Tak pergi masjid ke?

Jari Sarina menekan.

Mestilah pergi. Mana boleh tak pergi. Acara wajib tu. Awak?

Mesej dihantar.

Lepas mesej dgn awak, baru saya nak pergi...lepas rindu dulu...tengah bersiap ni...tengah pakai seluar...

Bibir bawah diketap. Hatinya berbunga riang. Rasa hendak menari tango. Namun terselit juga rasa malu kerana ayat terakhir itu. Jarinya bermain lagi diatas pad kekunci.

Hish! Yang itu pun nak bagi tahu. Buat malu saja. Tengah pakai seluar pun nak bagi tahu...

Butang send ditekan. Beberapa saat kemudian, berbalas mesej yang dihantar.

Alah, nanti awak nak kena biasakan juga...berlatih siap-siap...

Sarina ketawa terbahak-bahak.

Mulalah tu perangai gatal tu...masa tu dah lain...sebab dah cop sirim halal...
Balas Dan.

Kalau begitu sekarang juga kita pergi menikah...

Sarina terlopong. Jarinya kaku.

Gila ke apa, awak ni? Masa bulan puasa ni, tak pernah dibuat orang menikah tau...nanti ada juga yang kena puasa dua bulan berturut-turut...

Kata Dan.

Tak apa...saya sanggup...

Terus merah pipi Sarina. Diketap lagi bibir bawah.

Hish! Sudahlah melalut tu...naik geli saya tau...

Tulis Dan.

Geli? Siapa pula yang geletek awak tu? Panjangnya tangan saya pergi geletek awak...plastik man...

Sarina tergelak. Merasakan lucu ayat Dan.

Sudahlah...saya nak pergi bersiap ni...nanti lambat pula pergi...

Eja Dan.

Alah, kalau bersiap awal pun awak tetap lambat...mekap saja dah dua jam...belum lagi pakai baju...lama juga tu...ambil empat hari juga nak siap tu...

Geram Sarina membaca ayat dari Dan.

Alah, macamlah saya minta awak tolong ambil saya...saya punya pasallah nak bersiap lama pun...sibuk aje..dahlah..nak pergi siap ni...awak juga yang kata saya bersiap lama...nanti lambat pula, tapi kali sebab awak kacau saya...

Balas Dan.

Yalah, yalah..nanti menangis pula...bye sayang...love you...

Riang hati Sarina.

Bye...pergi masjid tau..jangan melencong pula...tak mainlah, menangis...meraung terus, baru best...

Sarina bingkas bangun dari katil lalu bersiap untuk ke masjid. Tiap-tiap tahun akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat tarawih. Dia tidak pernah tinggal tarawih sepanjang dia tinggal di Alor Star.

No comments:

Post a Comment