Saturday, April 3, 2010

bab30

BAB 30
“Dah siap ke?” tanya Encik Kamaruddin yang terjengul dimuka pintu. Dan yang membelakangi Encik Kamaruddin, menoleh memandang lembut ayahnya.
“Kejap. Ada sikit lagi.”
“Cepat sikit.” Arah Encik Kamaruddin. Dan hanya mengangguk lalu meneruskan kerjanya. Encik Kamaruddin keluar, Hanis pula yang masuk. Dia akan balik pada esok hari.
“Nah! Barang yang kau minta.” Hanis menyua satu bungkusan berbalut dengan plastik hitam. Tidak jelas barang apa.
“Thanks.” Ucap Dan lalu menyambut bungkusan yang diserah Hanis. Bungkusan itu dibawa masuk ke dalam begnya.
“Lepas ni kau nak buat apa?” tanya Dan.
“Buat apa?” Hanis kurang jelas.
“Rosnida.” Perjelasan Dan pendek.
“Nak buat macam mana? Aku tak fahamlah.”
Dan berhenti memasukkan barangnya dan memandang Hanis yang sebentar tadi melabuhkan punggung sebelah beg Dan. Tangan ditongkat ke belakang. Mata masih tertacap pada Dan.
“Kelmarin, aku suruh kau luahkan perasaan tapi kau tak buat. Lepas ni kau nak buat apa pula, bagi dia tahu perasaan kau pada dia? Faham?” gerutu Dan.
Hanis senyap seketika. “Entahlah.”
“Entah? Helo? Bukan ke sepupu aku ni dulu, banyak peminat? Sampai sanggup datang bagi surat sendiri. Sampaikan ada yang suruh adik kau kirim salam pada kau, bagi pihak dia. Takkanlah orang macam Rosnida tu, kau tak boleh buat macam kau buat pada orang lain?” Teringat cerita mak Hanis yang beritahu padanya.
“Itu, dia orang yang perasan sendiri. Aku tak tahu menahu langsung, apa yang aku buat sampai dia orang macam tu sekali.” Terang Hanis. Terselit juga rasa bangga dalam dirinya.
“Ya ke? Bukan ke kau yang ‘mengayat’ mereka?” tanya Dan lagi.
“Mana ada. Tak ada masa aku nak ‘mengayat’ mereka. Wasting my age. Lainlah kalau orang tu, Rosnida. Yang tu aku sanggup ‘mengayat’.” Hanis buat muka sombong.
Dan mencebik. Geram melihat gelagat Hanis yang suka buat muka sombong.
“Berlagak! Aku cerita sikit, dah berlagak.” Komen Dan selamba.
Hanis ketawa terbahak-bahak. Seronok mendengar komen Dan yang selamba badak.
“Aku bergurau ajelah. Entahlah! Aku pun tak tahu nak buat apa. Kelmarin nak luah, tapi tersekat dikerongkong.”
“Memang nazak kau ni! Nak luah rasa hati pun, dah macam tu. Aku tak boleh bayang kalau masa nak nikah. Banyak kali ulanglah jawabnya.”
“Masa itu dah lain. Berlatih banyak kalilah.” Bidas Hanis. Dan kembali menyambung kerjanya. Tidak lama selepas melakukan kerjanya, dia sudah berada diluar. Menunggu bersama keluarganya yang lain. Mereka duduk bersila diruang tamu. Hampir kesemuanya berada disitu. Anak-anak abang Yusaini dan Intan Baizura, ada diluar. Bermain dengan bapa saudaranya yang masih kecil, termasuk geng samseng-samseng.
“Lambatnya kau bersiap. Macam anak dara.” Omel pak ngah Hassan.
Dan tidak membalas, tetapi hanya tersenyum. Kalau dia membalas, pasti lagi teruk dia akan kena. Jadi, lebih baik andai dia mendiamkan diri saja sambil tersenyum. Jalan paling selamat!
“Jomlah. Semua dah siapkan?” soal Encik Kamaruddin. Dia memandang isteri dan anak-anaknya.
Mereka mengangguk serentak. Lalu, tanpa berlengah, Encik Kamaruddin bangun. Serta merta, mereka yang lain turut bangun. Dan bersalam dengan Hanis yang berada disebelahnya. Beberapa minit selepas itu, kesemuanya Dan sudah salam, kecuali keluarganya sendirilah. Hendak buat apa bersalam, kalau semuanya menuju jalan yang sama.
Mereka keluar dari rumah itu. Ketika Dan keluar dari rumah tok wannya, dia diterpa anak saudaranya. Yusry. “Pak su! Nak ikut pak su, boleh tak?”
Anak muda itu, memandang macam kucing pada Dan.
“Boleh. Apa salahnya? Tapi dah bagi tahu ayah ke belum?” tanya Dan lagi. Bimbang nanti Yusaini tercari-cari anaknya.
“Belum. Kejap Yus bagi tahu.” Dia berlari mendapatkan ayahnya yang berada di dalam kereta, sedang menghidupkan kereta.
“Bawa masuk beg ni dalam kereta Dan.” Encik Ariff mengarah pada Dan. Dan melihat beg yang selonggok di depannya. Dia mengangkat dua beg sekaligus. Kiri dan kanan.
Tika dia memasukkan beg ke dalam kereta, Yusry kembali menerpanya. Dia memeluk Dan dari arah tepi lalu mendongak memandang Dan yang tinggi darinya.
“Ayah bagi.”
“Dah salam dengan pak cik-pak cik? Dengan atuk sekali?”
“Alamak! Belum. Nanti mesti dia orang marah Yus. Kena bagi hadiahlah nampaknya.” Dan ketawa mendengar kanak-kanak itu berbicara. Seronok bermain dengan anak saudaranya yang itu.
“Sekarang pergi salam dengan mereka.” Laju sahaja, kanak-kanak itu pergi dan menghilangkan diri.
Sedang kakinya baru hendak melangkah mengambil beg yang satu lagi. Telefonnya berdering, minta dijawab. Terjerit-jerit telefonnya. Langkahnya terhenti. Dia menyeluk poket kanannya, lalu mengambil telefonnya. Dipandang skrin. Ceria saja wajahnya.
“Ya, ada apa yang boleh saya bantu?” sengaja suaranya dijadikan seperti operator.
“Waalaikumusalam. Apa yang awak boleh bantu?” Sarina menyindir.
Dan tepuk dahi. Selalu lupa beri salam kalau hendak berbual dengan Sarina. Beberapa mata memandang Dan. Terjongket kening mereka. Dan yang menyedari perkara itu, buat biasa saja. Muka disengajakan serius.
“Alah, lupalah. Nak buat macam mana? Kalau bercakap dengan Rina, mesti Dan lupa terus benda lain.”
Sarina mengetap bibir dalam senyuman.
“Dia mula dah.”
“Mula apa?” tanya Dan.
“Kegatalan Dan.” Ringkas jawapannya.
Dan ketawa terbahak-bahak tanpa dapat ditahan lagi. Sebelum ini, memanjang saja senyuman sampai ke telinga. Sentiasa meniti dibibir.
“Cepatlah angkat oi! Nanti-nantilah cakap lagi. Esok masih ada.”
“Kalau tak kiamat!” bidas Dan.
“Yalah tu.” Hanya itu yang mampu Hanis ungkapkan.
Dan masih mengangkat beg walaupun, dia berbicara dengan Sarina. Tapi hanya sebuah yang Dan mampu angkat.
“Bertolak pukul berapa?” tanya Sarina.
“Dah nak bertolak sekarang. Janganlah macam tu. I tahulah you rindukan I. I pun rindukan you.” Sengaja Dan menguatkan suaranya.
Agar mereka disitu mendengar. Mereka yang mendengar tersenyum. Tidak Sarina tahu, Dan menguatkan suaranya. Sangkanya, Dan berada jauh dari situ agar mereka tidak terdengar perbualannya bersama Sarina.
“Eeeiii...geli. Yerkk! Dahlah! Rina nak tahu yang tu aje. Yang lebih-lebih tu, kenapa?” marah Sarina walaupun dia suka sebenarnya. Sengaja tunjuk jual mahal sikit.
“Alah, janganlah merajuk, nanti I belikan hadiah untuk you. I sayangkan youlah. Tak ada orang lain dalam hidup I. Hanya you seorang.” Sengaja Dan melembutkan suaranya begitu supaya sedikit romantik. Dalam hati, dia ketawa besar punya!
Seronok juga melihat wajah ibunya yang merenung tajam ke arahnya. Encik Kamaruddin pula hanya tersenyum. Hanis menyembunyikan senyumannya dengan berpura-pura membelek telefon.
Sudahnya, mereka yang lain mahu ketawa.
“Eeeiii...dahlah tu. Meremang bulu roma tau? Virus gatal datang baliklah tu. Apa jugalah yang Dan merepek ni.”
Dan ketawa lagi. Hatinya girang tidak terkata. Sukar digambarkan dengan kata-kata.
“Okeylah. Bye, sayang. Muahh! Muahh! Muahh!” dicium telefon itu berkali-kali. Dan memang sengaja berbuat begitu. Ingin melihat reaksi Puan Lily.
“Mengada!” talian terputus. Dan menyimpan kembali telefon di dalam poketnya.
“Kalau dah gatal sangat bagi aje menikah cepat-cepat!”
Mereka yang berada disitu ketawa terbahak-bahak mendengar gerutu Puan Lily sambil terbeliak mata memandang Dan. Dan hanya tersengih seperti kerang terberak. ‘Nikah cepat-cepat? Boleh aje. Sekarang pun boleh,’ getus hatinya.

“Asalamualaikum. Di mana?” tanya Dan. Telefon melekap ditelinga. Sebelahnya, Encik Kamaruddin melihat Dan yang berbual di telefon.
“Walaikumusalam. Ada di depan Shell.” Balas Sarina. Keningnya berkerut.
“Okey. Tunggu situ. Nanti Dan datang.” Talian terputus. Segera Dan memegang stereng dan pedal minyak ditekan. Perlahan-lahan kereta meluncur diatas jalan raya. Puan Lily yang duduk di belakang bersama Yusry hanya senyap. Yusry pula, sedang asyik memandang luar tingkap.
“Siapa yang nak jumpa dengan kau, Dan?” tanya Encik Kamaruddin ingin tahu membuak-buak dalam diri.
“Kawan,” jawabnya masih berahsia. Pandangan masih memerhati jalan. Tangan kejap memusing ke kiri, kejap ke kanan.
“Lelaki ke perempuan?” siasat Encik Kamaruddin lagi. Dikerling Dan yang memandu.
“Err...perempuan.” Perlahan suaranya berbunyi. Gugup!
“Yang kamu, jawab macam nak tak nak tu kenapa? Dia makwe kamu ke?” terus sahaja ke straight to the point. Dan terkedu. Dia masih dengan pemanduannya.
Tidak lama dengan pemanduannya, dia sampai ke stesen minyak yang Sarina tunggu. Terlihat kereta Sarina tersadai di tepi jalan. Anum berada disebelahnya. Sarina yang terpandangkan raut wajah Dan, terus mengambil bungkusan yang hendak diberikan kepada Dan lalu keluar dari kereta. Dia berjalan menyeberang jalan menuju ke kereta Dan.
Dia tersenyum pada Dan. Senyumannya berbalas. Mata Encik Kamaruddin dan Puan Lily menyoroti langkah jalan Sarina. Dia sedikit gelabah mengenangkan renungan Encik Kamaruddin dan Puan Lily. Mereka seperti pernah melihat Sarina. Tapi tidak mereka ingat di mana. Diperah otak, namun tidak jua menemui jawapannya.
Dan membuka tingkap ketika Sarina sampai. Sarina menghulurkan senyuman buat Encik Kamaruddin serta Puan Lily dan Yusry yang turut memerhati Sarina.
Sarina menyalami Puan Lily. Salamannya bersambut. Puan Lily terasa seronok melihat, masih ada anak gadis yang menghormati orang tua. Sejuk hatinya. Dia tersenyum memanjang. Yusry menyalami Sarina. Encik Kamaruddin pula menghulurkan senyuman.
“Mak cik, pak cik apa khabar?” Sarina bersuara. Dia masih tersenyum. Pendapatnya, mereka tidak mengenalinya lagi.
“Baik. Kamu sihat?” Jawab serta bertanya mereka serentak sambil mengangguk.
“Sihat sentiasa. Kalau tak sihat pun, kena jawab sihat juga.” Puan Lily dan Encik Kamaruddin tergelak kecil.
“Apa yang Rina nak bagi tadi?” tanya Dan tanpa berlengah. Pandangan dihalakan pada Sarina.
“Nah! Ni ada sedikit buah tangan untuk pak cik dengan mak cik.” Pantas Sarina menyerahkan bungkusan itu kepada Dan. Tangan Dan menyambut bungkusan itu. Lalu, diletakkan tempat antara pemandu dan sebelah pemandu.
“Terima kasih.” Perlahan Puan Lily bersuara. Sarina mengangguk sambil tersenyum.
“Kamu dari mana ni?” tanya Puan Lily. Mahu melihat setakat mana kemesraan Sarina.
“Err...” Sarina gugup.
“Dari rumah. Nak pergi rumah saudara di sini. Ada di taman apa entah. Saya pun tak ingat. Tu yang bawa sepupu seorang lagi tu. Dia tahulah rumah saudara kami tu.” Sambung Sarina pantas sambil menuding jari kepada Anum yang melihat mereka dari dalam kereta.
Puan Lily angguk kepala. ‘Boleh tahan mesranya,’ bisik hatinya.
“Nanti bila-bila datanglah rumah.” Pelawa Sarina.
Dan terbeliak. Sarina memang cari nahas. Dibuatnya Puan Lily tanya di mana rumah Sarina, tidak ke haru?
“Rumah di mana?” tepat sangkaan Dan. Sarina kaku. Tidak tahu mahu menjawab apa. Dia sudah tersasul.
“Err...” Sarina gugup lagi. Dia memandang Dan meminta pertolongan melalui pandangan mata.
“Rumah dia bukan kat sini. Rumah siapa yang Rina nak pergi?” Dan cuba menolong Sarina yang terkelu. Pelawaan yang menjerat diri.
“Rumah sepupu mak. Lama kami tak pergi jumpa dia, jadi raya ni terfikir juga nak pergi rumah dia. Tu yang buat trip ke rumah dia.”
“Trip? Mana yang lain?” tanya Encik Kamaruddin pula. Tidak dia melihat kereta lain yang mengekori Sarina.
“Dalam perjalanan. Kami bertolak awal sikit, sebab nak bagi benda nilah.” Jawab Sarina dengan nada lembut. Encik Kamaruddin senyum suka. Sempat lagi tayang gigi.
“Oh, yake? Nanti kirim salam dengan mak ayah.” Pesan Puan Lily. Hatinya suka sudah dengan Sarina. Suka dengan keramahannya. Suka dengan kelembutan suaranya.
“Baiklah.”
“Ah, lupa pula pak cik nak tanya. Kamu nama apa?” tanya Encik Kamaruddin lagi.
Sarina tersenyum. “Sarina. Pak cik panggil saja Rina.”
Puan Lily mencatat nama itu dalam kepalanya. Terlekat terus. Encik Kamaruddin hanya mengangguk.
“Rina.” Sebut Encik Kamaruddin perlahan. Seperti sedang menghayati nama itu.
Sarina masih boleh tersenyum.
“Okeylah, saya pergi dululah. Nanti lambat pula pak cik dengan mak cik sampai rumah. Saya pergi dulu. Asalamualaikum.”
“Waalaikumusalam. Pandu baik-baik.” Pesan Puan Lily. Dan melihat Puan Lily melalui cermin belakang. Dan tersenyum senang. Sarina sempat menghulur senyuman sambil mengangguk sebelum menyeberang jalan menuju ke keretanya.

No comments:

Post a Comment