Saturday, April 3, 2010

bab10

BAB 10
“Kenalkan ini Dan.” Pada ketika itu, Haneim sudah menunduk. Malas nak menatap wajah Dan. Terkenang dia peristiwa yang dulu.
“Hai.” Dan bersalam dengan semua lelaki yang ada disitu.
“Oh aku kenallah.” Sarina sedikit terketar-ketar dengan Farah Hanani yang bersuara tiba-tiba.
“Dialah yang jadi pengacara untuk apa nama rancangan tu?” Farah Hanani cuba mengingati sesuatu. Sarina melepas nafas lega. Dan memandang Sarina yang melepas nafas seperti orang yang kelegaan.
“Ayah saya lebih baik dari ayah kamu.”
“Hah! Betul.”
“Oh, kira artislah ni.” suara Azrul sedikit tinggi. Bangga kerama dapat berjumpa dengan selebriti.
“Taklah dikira artis sangat.” Dan merendah diri.
“Marilah duduk. Asyik bercakap aje dari tadi.” Pelawa Amin. Dengan sengaja Madiah yang duduk disebelah Sarina, menjarakkan kedudukan mereka agar Dan duduk disitu. Dan tersenyum seronok. Sarina pula menjegil biji matanya kepada Madiah. Madiah buat selamba badak saja.
“Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri.” Usik Amirul.
“Hoi, ini bukan rumahlah. Ini restoran la.” Azrul bersuara.
“Apa-apa ajelah. Buat macam restoran sendiri.” Ulang Amirul lagi sambil mulut terkumat-kamit mengata Azrul.
“Duduk di mana?” Amin bertanya. Nampaknya Dan menarik perhatian mereka hari itu berbanding topik-topik lain.
“Kuala Lumpur.” Jawab Sarina serta Dan serentak. Mereka yang lain tersengih suka.
“Hai, cakap pun serentak. Ada chemical ni.” Akma bersuara.
“Chemistry la.” Yang lain membetulkan Akma yang tersalah sebut.
“Yalah, yalah. Aku mana ingat lagi dah. Itu dah diluar syllabus hidup orang dewasa. Aiman lainlah, doktor.”
“Aik, Aiman tu bukan adik kau ke?” sindir Ariff sambil tersenyum sinis.
“Adik aku, tapi pak lain mak asing.” Selamba Akma menjawab.
“Weh, pergi panggil Aiman. Dia tak nak makan ke? Tahulah dah jumpa budak-budak.” Amin bersuara.
“Kejap aku pergi panggil.” Bangkit Azrul lalu ke biliknya.
“Macam mana boleh kenal dengan Rina?” siasat Amin.
“Yang kau tanya dia macam kau tu bapa si Rina kenapa? Dah buang tabiat? Ke teringin nak jadi bapa Rina.” Sergah Naim. Gamat dengan ketawa meja mereka. Dan ketawa.
“Sekali sekala aje aku nak jadi. Bukan selalu. Sibuk ajelah kau ni. Aku nak testing pun tak boleh. Nanti anak aku nak kahwin, kira okeylah aku punya soalan untuk siasatan sebab aku dah berlatih.” Lawak Amin memecah suasana lagi.
“Berbalik pada soalan tadi, macam mana ek? Curious juga aku.” Amin masih mahu mengerok rahsia mereka. Sarina sudah berasa tidak selesa. Mata masing-masing tertumpu pada mereka berdua.
“Ish tak payahlah kau orang tahu. Sibuk aje hal orang. Tapi macam mana kau boleh sampai ke sini? Jauh kau ikut Rina.” Farah Wahida menyelamatkan Sarina. dia memandang Farah. Ucapan terima kasih disalur melalui mata tetapi dalam pada masa yang sama dia mengajukan soalan. Sarin turut tertanya-tanya.
“Sebenarnya saya ada urusan kat sini. Tak tahu pula yang Rina ada kat sini. Kebetulan sama chalet. Terkejut juga tengok dia kat sini.”
Muncung mulut mereka semua mendengar cerita Dan.
“Makanlah. Nanti lapar pula. Nanti kau ikutlah kami berjalan nanti. Kau dah habis kerja ke?” Sufri berhenti makan seketika untuk mengetahui jawapan Dan.
“Dah. Baru aje habis petang tadi.”
“Okeylah macam tu. Esok ikutlah kami berjalan.” Pada ketika itu, Sarina sudah tidak selesa. Dan mengerling Sarina. Dia berasakan Sarina sangat comel malam ini, apabila mengenakan tubuhnya dengan baju kebaya.
Sarina yang menyedari Dan merenungnya tahap diluar realiti, berasa merah pipinya.
“Weh, makan tak ajak aku. Lapar dah ni tau?” Aiman muncul bersama Azrul. Aiman sedang mendukung anak kembar Amin. Mesra sungguh anak-anak Amin dengan Aiman. Ditambah pula Aiman suka melayan budak-budak.
Disaat Aiman duduk, dia terpandang Dan. Dia terkejut.
“Eh, Dan. Macam mana kau boleh terlepas kat sini?”
“Aku ada kursus. Lepas tu ternampak Sarina. Kebetulan chalet sekali.”
“Kau kenal ke Dan Aiman?” Shazrina atau Ina bersuara.
“Kenallah. Dia tu sepupu akulah. Lagipun Sarina sedang hangat berchenta dengan Dan.”
‘Alamak, kantoi,’ desis hati Sarina. Dia mencerlungkan matanya pada Aiman. Aiman buat selamba dengan melayan si kembar, Daniel dan Darwish.
“Hah?! Tak bagitahu pun tadi. Nak berahsialah ni?” sergah Naim. Melongo Sufri dan Yusof.
“Alah, sibuk ajelah nak tahu.” Kata Sarina.

Malam itu, Dan tidur dibilik Aiman kerana mereka memaksa. Kata mereka membuang duit saja kalau tidur seorang. Tambahan pula Aiman tidur seorang diri. Terpaksalah Dan akur dengan paksaan mereka. Sarina pula berasa tidak senang kerana rahsianya sudah diketahui. Sebolehnya dia mahu merahsiakannya sehingga mereka benar-benar ke jinjang pelamin. Dia juga takut andai keluarganya mengetahui terlebih dahulu dan bukan dari mulutnya sendiri.
Dia terpaksa menadah telinga dengan usikan rakan-rakannya yang lain. Kesemua mereka akhirnya masuk ke bilik setelah jam sudah menunjukkan hampir tengah malam. Sementara itu, Dan dan Aiman masih belum tidur lagi. Mereka masih bersembang.
“Kau serius ke dengan Rina?” Aiman mengadap Dan dengan mengiringkan badannya. Dan juga begitu. Katil mereka berasingan. Bantal berwarna biru laut serta bercorak daun pisang menjadi bahan pelukan Aiman. Selimut menyelimuti separuh tubuh Aiman dan Dan.
“Mestilah aku serius. Dah lama aku cari dia. Lepas ayah aku dan pak cik Ariff halang hubungan kami, aku jadi serba tak kena. Entah kenapa mereka tak setuju, padahal mak aku dan mak cik Aisyah tak kisah malah setuju lagi.”
“Untuk pengetahuan kau, mereka bergaduh.”
“Bergaduh? Hal apa?”
“Tak pula aku pasti sangat. Tapi yang aku dengar, dia orang bergaduh sebab sebab tanah.” Dia memandang Dan dengan wajah pintu.
“Macam mana pula jadi macam tu?” berkerut dahi Dan memikirkan kemungkinannya.
“Entahlah. Jangan tanya yang itu. Aku tak ambil pusing sangat.” Dia mengigit bibir bawah. Lagaknya seperti memikirkan sesuatu. Mereka senyap.
“Kau nak tahu cerita lawak tak?”
“Malas aku. Aku nak pergi tidur dulu. Bye,” Dan segera memejam mata.
“Cerita ni ada kena mengena dengan Rina.” Umpan Aiman.
Terus saja Dan membuka mata dan memandang Aiman.
“Cepat cerita!” Tiba-tiba sahaja dia menjadi minat.
“Sebenarnya dulu, sebelum kau dengan Rina ehem, aku sebenarnya minat kat dia.” Aiman malu-malu mahu menceritakan. Merah pipinya tetapi tidak nampak oleh Dan kerana keadaan gelap. Dia tersipu-sipu malu.
Dan ketawa terbahak-bahak.
“Syuhhh!!! Diamlah sikit.”
“Mau aku tak gelak. Lagi ceritalah lagi.” Cerita itu menarik minat Dan sehingga dia bangun dari katil.
“Malulah pula aku nak cerita. Kau gelak lagi siap ya!”
Belum apa-apa lagi Dan sudah menyambung tawanya. Kali ini lebih galak lagi. Entah kenapa geli hati mendengar cerita dari Aiman. Manakala, Aiman dah malu sangat-sangat. Kalau boleh mahu saja dia campak Dan ke laut. Nanti meraung pula Sarina. Dia mengambil bantal dan mencampak pada Dan. Bantal itu mengenai tepat pada sasarannya.
“Okey, okey aku tak gelak. Tadi yang sepuas hati. Sekarang cerita.” Tawanya masih bersisa tetapi tidak segalak tadi.
“Lepas tu, aku dengar kau orang...double ehem. Masa tu aku merana tak ada ubat. Hanya masa yang aku perlukan.” Tiba-tiba Aiman menjadi jiwang. Mamat novel cinta!
“He!”
“Apa?”
“Geli aku.” Dan buat muka geli.
“Kenapa pula?” kening Aiman yang lebat bercantum.
“Kalau Rina berchenta dengan kau, confirm dia menguap.”
“Eh, apahal pula? Okey apa aku ni. Kacak pun kacak. Senyaplah sikit. Bilik dia orang kat sebelahlah.” Aiman puji diri sendiri.
“Bukan sebab tu dan jangan perah santan okey. Menguap dia sebab tiap-tiap hari dengar ayat jiwang karat kau tu.” Perli Dan.
“Ikut suka akulah.”
“Sekarang kau minat dia lagi ke?” sedikit serius suara Dan. Aiman perasan akan perubahan suara Dan. Aiman tersenyum.
“Tak dah. Aku dah minat orang. Dulu tu cinta monyet aje.”
“Hah? Kau bercinta dengan monyet?” Dan buat-buat terkejut. Sengaja di tinggikan suaranya.
“Susah betul kalau cakap dengan orang terlebih pandai ni. sudahlah aku nak tidur. Esok nak pergi berjalan pula. Seronok sih! Bukan selalu aku dapat mai sini. Payah sangat nak cuti.” Rungut Aiman.
“Yalah. Aku pun nak tidur. Wanita malang mana pula yang kau minat?”
“Adalah sibuk aje. Anak cikgu satu sekolah dengan mak aku. Pandai masak. Aku pernah rasa sekali masakan dia. Perh!!! Sedap siot.”
“Malang sungguh budak tu.”
“Bertuahlah dia dapat aku. Dia sakit aku aje leh rawatkan. Dahlah. Malas aku nak bertekak dengan kau. Aku nak tidur.”
“Yalah, yalah.”
Masing-masing sudah baring dan bersedia mahu melayari mimpi. Beberapa saat selepas itu, Dan yang masih teringatkan kata-kata Aiman tertawa lagi. Namun, tidak sekuat tadi.
“Dan!!!” sebiji bantal hingap dibelakang Dan.

Keesokan paginya, mereka bangun awal untuk ke destinasi seterusnya. Mereka mahu pergi ke Gunung Mat Cincang.
“Woi, tak apa ke kita pergi awal ni? Tak ke rasa awal?” Rahimi bersuara. Masing-masing sudah berada di depan chalet.
Rahimi menjadi tumpuan mata rakan-rakannya.
“Taklah. Biasalah ni.” Jawab Fatin.
“Mana Rina dengan Dan. Amboi, bukan main romantik lagi. Keluar dari bilik pun nak sekali ke?” tanya Inani. Dia memandang Akma dan mengangkat bahu.
“Bukanlah. Dan pergi ambil kereta dia.” Sampuk Aiman. Dia yang berada dalam van asyik menatap telefonnya. Menunggu balasan mesej dari yang tersayang.
“Dia nak ikut tak?” tanya Amirul.
Sebuah kereta sewa kemudiannya meluncur perlahan melintasi van dan kemudian berhenti. Dan kemudian keluar dari perut kereta dan memanggil Aiman.
“Aiman. Jom ikut aku. Ada sesiapa lagi yang nak ikut?” pelawa Dan. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Kemudian, Dan terperasan akan kehadiran Haneim. Dia sedikit bungkam kemudian kembali tenang. Mereka berbalas senyuman. Aiman yang melihat reaksi Dan, perasan akan sesuatu. Dia tersenyum.
Aiman kemudian bercakap dengan pasangan kembar, anak Amin.
“Nak ikut uncle tak naik kereta?”
“Nak!” terlompat-lompat mereka meminta Aiman mendukung. Aiman yang sememangnya sukakan budak-budak terus mendukung.
“Hah! Kau jagalah dia orang. Aku dengan bini aku nak berjalan.” Kata Amin sambil memegang bahu isterinya.
Kemudiannya, Aiman berjalan ke kereta Dan. Pada ketika itu, Sarina baru keluar dari biliknya. Farah Wahida dan Akma berpandangan.
“Rina ikut Dan. Van dah penuh,” seraya itu Dan menoleh.
Sarina yang tidak tahu apa-apa tercengang-cengang.
“Betul. Van dah penuh,” mereka yang lain mengerti rancangan Farah dan Akma terus menyokong. Baru Sarina faham apa yang berlaku. Sedikit cemberut wajahnya.
“Naik ajelah dengan Dan tu hah! Aiman pun ada.” Suara Sufri memaksa Sarina melangkah ke kereta Dan. Aiman sudah berada di dalam kereta bersama anak-anak Amin.
Sarina terpaksa akur. Dia melangkah dengan penuh geram. ‘Sengajalah tu,’ deram hatinya.
Dia menjeling pada Dan yang tersengih. Aiman masih leka melayan anak-anak Amin. Kereta Dan serta van meluncur laju diatas jalan raya. Sarina di dalam kereta masih membisu. Aiman sekejap pandang depan, sekejap pandang anak-anak Amin.
Suara anak-anak Amin sahaja yang bergem di dalam kereta Dan.
“Marah ke?” Dan memulakan bicara. Penat otaknya mengatur ayat.
“Hah? Apa awak cakap?” Sarina yang otaknya ke lain, terkejut.
“Berangan lagilah tu.”
“Hai, takkan ‘awak-saya’ lagi kot? Sepatutnya dah ‘abang-sayang’. Tak apa. Depan aku okey aje. Aiman tak kisah.” Sampuk Aiman.
“Sibuk ajelah kau.” Deram Sarina. Dan yang mendengar Aiman berkata sengih sampai ke telinga.
“Ha;ah. Betul tu. Sepatutnya dah ‘abang-sayang’.” Dan juga mahu turut serta mengusik. Sebaik selesai berkata begitu, ketam darat Sarina sampai ke paha Dan.
“Adoi!!! Sakitlah” tangan Dan mengusap pahanya yang terasa pedih.
“Habislah kau Dan. Kalau tiap-tiap hari macam ni, jawabnya kau kena siapkan seluar besilah.” Terus melambak ketawa Sarina.
Dan yang masih pedih pahanya tidak dapat turut serta ketawa. Hal ini menarik perhatian Sarina untuk memandang Dan. Wajah Dan menunjukkan reaksi seperti nak menangis. Simpati mula menjalar dalam diri Sarina.
“Sakit ke?” perlahan sahaja suara Sarina.
Dan buat tidak tahu saja. Padahal dia merancang sesuatu. Dia meneruskan pemanduannya. Aiman yang tahu akan rancangan turut mahu serta.
“Kesian Dan, kau tahu tak. Kau ingat tak pedih kau ke cubit? Rasa macam kena hempap dengan telefon versi zaman logam.” Anak-anak Amin memandang luar.
Makin rasa bersalah bersarang dalam hati Sarina setelah Aiman berkata begitu. Dan rasa mahu ketawa apabila melihat riak wajah Sarina yang macam kena maki hamun dengan mamak stesen bas. Mamak yang tak cukup litar dalam kepala.
“Sakit ke?” ulang Sarina.
Dan buat tidak tahu.
Sarina kembali memandang depan. Cuba buang rasa bersalah. Buat beberapa saat kemudian, sedikit demi sedikit tawa Dan pecah. Sarina membulatkan mata.
“O...main-mainkan saya ye...nah ambik awak...” Sarina menggeletek Dan. Tergeliat-geliut Dan yang sememangnya memang mudah sangat kegelian.
“Janganlah...awak..saya gelilah...hahaha....”
“Padan muka. Siapa suruh main-mainkan saya? Nah, rasakan penangannya. Geletek versi luar syllabus. Tahap kelakar tak ingat.”
“Awak...saya...tengah pandulah...nanti jadi...”
“Apa? Jadi apa? Biarlah, siapa suruh main-mainkan saya lagi? Lain kali nak buat tak lagi?” sampuk Sarina. Tangannya masih ligat menggeletek.
“Okey...okey...saya tak buat dah.”
“Tak buat atau tau buat?” Sarina sudah berhenti dari menggeletek. Dan menarik nafas panjang. Sarina menjeling bahagia kepada Dan. Aiman yang melihat tersenyum bahagia. Anak-anak Amin juga tertarik dengan bunyi bising yang tiba-tiba, namun kembali memandang jalan.
“Menjeling-menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang...” Aiman menyanyi.
“Hish!!! Pak cik. Jangan menyanyilah. Nanti hujan tak mau turun.” Selamba Atirah menutur. Sarina serta Dan melepaskan tawa masing-masing. Aiman terkedu sambil memandang mereka.
“Aku baru aje nak kata macam tu, dah ada orang tolong sampaikan,” Sarina berkata.
“Pandailah Atirah. Mana tahu suara pak cik tak sedap? Sedap apa suara pak cik?”
“Kami lebih rela dengar suara katak.” Atirah membalas kembali.
“Betul! Betul! Betul!” sokong Afirah, si adik.
Lagi bertambah longgokan tawa Dan serta Sarina.
“Ooo...kata kat pak cik ye. Nantilah,” Aiman menggeletek mereka. Terkekeh-kekeh mereka ketawa.
“Pak cik! Tak mau! Tak mau! Nanti kami bagi tau ayah nanti,” ugut Afirah.
“Pandai kau orang ye. Bagi tahulah! Macam pak cik peduli.” Mereka masih mengekek ketawa walaupun Aiman sudah berhenti menggeletek. Bersisa tawa mereka. Orang di depan mereka juga tersenyum bahagia. Malah, saling berpandangan. Sarina melarikan pandangannya melihat tepi kerana tak tahan dengan renungan Dan. Bergetar jiwanya.

“Kenapa ayah tak bagi?” tanya gadis itu sambil tersedu-sedu. Air mutiara jernih menuruni pipinya perlahan. Dia terduduk di lantai. Lengan baju kurungnya sudah basah kerana asyik menyeka pipinya yang basah dek air mata.
Encik Ariff berombak dadanya. Menahan marah. Dia menyayangi anak bongsunya itu. Sebolehnya di mahu Sarina bahagia. Tapi, apakan daya dia menaruh rasa dendam terhadap kawan karibnya, pada suatu ketika dahulu.
“Ada sebabnya ayah tak bagi.” Perlahan suara Encik Ariff menuturkannya.
“Tapi apa?” Sarina masih mahukan jawapan yang sebenarnya.
Puan Aisyah tidak berani berkata apa-apa. Dia hanya melihat anak gadisnya menangis. Puan Aisyah berada di sebelah Encik Ariff.
“Ada sebabnya. Sebab yang kau tak perlu tahu. Belum masanya lagi.” Encik Ariff masih memandang tempat yang sama.
“Dah berapa lama kau menjalin hubungan dengan Dan? Cakap!” sedikit tinggi suara Encik Ariff.
“Abang. Perlahanlah sikit suara awak tu. Nanti anak-anak yang lain dengar.” Puan Aisyah memberi nasihat. Dia khuatir andai anak-anaknya yang lain terganggu untuk mengulang kaji.
“Tapi apa sebabnya ayah. Rina juga ada hak nak tahu apa sebabnya ayah halang hubungan kami.” Sarina mendesak.

“Hoi!!! Sempat lagi dia berangan. Rina kita dah sampai! Pekak ke apa budak ni?” sergah Aiman. Dan memandang Sarina pelik. Sedikit terangkat sebelah keningnya ala-ala The Rock.
Sarina yang telah kembali ke dunia nyata terkejut.
“Hah?! Apa?” terpinga-pinga dia.
“Kita dah sampailah. Sempat lagi kau berangan. Dan punyalah panggil berkali-kali, tapi tak dengar juga. Dan tinggal tak ambil kuali ketuk kepala kau aje lagi. Agaknya kalau boleh, mesti ambil periuk belanga terus. Senang sikit. Lepas kau rasa dunia ana yang punya.” Perli dengan panjang lebar oleh Aiman.
Dan berenjut-enjut bahu menahan tawa. Diketap bibirnya. Sarina bungkam dan kaget. Seterusnya, muka beku.
“Sudahlah oi! Cukup-cukuplah berangan. Tak nak turun ke?” Aiman masih bising. Sangat kepoh Aiman.
“Hah?! Oh, nak turunlah ni. Banyak cakaplah kau ni Aiman. Cik abang aku pun tak berleter tau.” Dia keluar dari kereta kerana hanya dia seorang sahaja yang berada dalam kereta. Dan terbeliak suka. Dan dan Aiman berpandangan sambil tersenyum.
Kemudian, baru Sarina tersedar apa yang telah dia cakap sebentar tadi. Merah pipinya menahan malu. ‘Macam mana boleh terlepas ni? Aduh!’ bisik hatinya.
Sedaya upaya dia menunjukkan muka selamba. Mata Dan masih mengekori Sarina. Begitu juga Aiman. Masing-masing terkunci mulut. Sarina buat-buat tidak nampak pandangan pelik Dan.
“Woi! Tunggu apa lagi tu? Cepatlah. Nanti tertinggal pula.” Jerit Ashaful.
Semuanya sudah menunggu mereka di depan kaunter tiket. Kelihatan tangan Amin memegang tiket.

Dung!!! Kereta kabel yang mereka naiki, sedikit tersentak apabila melepas tiang. Sarina yang sememangnya gayat bertindak spontan memegang lengan Dan yang berada disebelahnya. Tatkala itu, mata Dan bertemu dengan mata Sarina. Mereka yang terpaku.
“Ehem! Ehem! Batas-batas ubi,” tiba-tiba saja Syie menyanyi lagu yang tidak berirama. Syie dan Madiah cuba berlagak serius, padahal mahu tersenyum. Kalau ikutkan hati mereka mahu melompat. Tapi takut juga kereta kabel ini piung!!! Melayang.
Sarina yang tersedar terus melepaskan tangan Dan. Bebola matanya terus memandang ke arah lain. Dan juga begitu.
“Eh, eh. Ada rusalah.” Sarina cuba mengubah isu.
“Dari tadi lagi kami nampak rusa. Kau aje yang tak nampak. Tengok rusa jantan yang lainlah katakan.” Bidas Madiah. Terkedu Sarina. Mulutnya terkunci rapat. Seolah-olah ada gam cap gajah duduk disitu.
“Awak kerja apa, Mad?” Dan cuba mengubah suasana.
“Agak-agak?”
“Tukang kutip sampah tepi jalan.” Balas Sarina kegeraman.
“Ya, Allah! Betullah Rina. Sangat pandai. Sepuluh markah untuk anda.” Madiah menunjukkan mimik muka yang mengundang tawa Syie.
“Bila pula kita masuk pertandingan ni? Mentang-mentanglah ada pengacara pertandingan kat sini.” Masih bersisa Syie.
Dan tersenyum riang. Senyuman yang ikhlas.
“Ikhlas betul kau gelak Syie.” Tambah Sarina.
“Aku? Bukan kau tak tahu. Aku gelak memang ikhlas. Kalau gelak tak ikhlas, nak kiamatlah tu.”
“Tak pernah pula aku dengar tanda-tanda nak kiamat yang tu. Mazhab mana kau pakai ni?” perli Madiah.
“Ceh! Cekadak nyawa-nyawa ikan betul kau ni.” Marah Syie. Marah lawak.
“Tukang kutip sampah? Kena denda dengan pihak mahkamah ke? Denda special edition di Malaysia ke?” kata-kata Dan melambakkan tawa mereka yang di dalam kereta kabel.
“Pandailah kau. Aku kerja sebagai pereka fesyen tau. Kalau kau nak kahwin nanti boleh aku jadi designer untuk kau orang.”
“Free of charge.” Sambung Dan.
“Hmm...dua tiga hari lepas tu masuk surat khabar. ‘Pereka fesyen bankrap’. Jadi tajuk utama pula tu.”
Sarina dan yang lain ketawa terbahak-bahak.
“Seronok tak kerja pengacara?” Syie mula menemu ramah Dan.
“Seronok jugalah. Dapat berjalan-jalan. Percuma pula tu.”
“Hah, kalau macam tu aku nak paksa laki aku jadi pengacara jugalah. Boleh aku berjalan-jalan. Wah, bahagianya hidup!” Syie teruja dengan gaya-gaya sekali. Dia mula membayangkan berjalan ke luar negara.
Sarina dan Madiah berpandangan. Kemudian, tercetus tawa mereka. Dan juga turut tertawa tetapi perlahan saja. Sakit perut Sarina kerana banyak ketawa.
“Kau nak suruh laki kau jadi pengacara? Huh! Boleh ke? Nak bercakap dengan kami pun setahun sekali. Macam rayalah pula. Setahun sekali.” Perli Madiah.
“Yalah, yalah. Laki aku tu pendiam. Mana boleh jadi pengacara yang mulut pot pet pot pet tu. Aku nak berangan sekejap pun tak boleh.” Syie pura-pura merajuk.
“Kau jangan buat lawaklah. Sakit perut aku tau.” Sampuk Sarina.
Hampir setengah jam baru mereka sampai ke puncak. Naik lenguh badan mereka. Yang gayat, tidak berani pandang ke bawah.
Dan mengekori Sarina ke mana saja dia pergi. Sarina berjalan dengan Madiah dan Syie.
“Yang awak ni kenapa asyik ikut saja saya aje?” dia bercakap dengan Dan yang berada di belakang mereka.
“Nak buat macam mana, ada magnet kutub utara kat sini.” Selamba Dan menuturnya dan merenung Sarina yang malu-malu. Sarina pula yang termalu.
“Alah, magnet kutub utara ni pun! Garang sangat kenapa. Biarlah si kutub selatan tu nak ikut. Dah tertarik. Nak buat macam mana? Suka sangat guna syllabus luar buku teks.” sambut Syie.
“Nak aiskrim?” tiba-tiba Dan bertanya.
Langkah tiga orang mereka terhenti dan memandang belakang.
“Tanya siapa?” serentak mereka berkata.
“Tanya kamu semualah.” Berkerut dahi Dan dengan reaksi mereka.
“Aku nak oren.” Sambut Madiah.
“Aku nak vanila.” Sambut Syie.
“Saya nak coklat.” Sambut Sarina. Masing-masing gaya seperti memesan di kedai mamak.
“Coklat dan strawberi. Macam Siti Nurhaliza.” Madiah bersuara.
“Ish! Suka sangat merepeklah dia ni! Aku tolak ke bawah nanti baru tau.” Ugut Sarina dan menakut-nakutkan Madiah dengan berlakon menolak Madiah ke bawah.
Dan berlalu pergi dari situ dan ke cafe disitu.
“Janganlah. Aku jatuh nanti, merana pakwe aku tau.”
“Suruh aje dia cari yang lain.” Jawab Syie sambil mengusap-usap tangannya.
“Berani buatlah. Aku kerat lapan belas nanti.” Madiah memberi amaran.
“Berani ke tu? Aku tengok depan Syahril bukan main lembik lagi kau. Dari ranting tiba-tiba berubah jadi lintah. ” Sindir Syie.
Madiah menjeling geram kepada Syie.
“Asalkan jangan lintah darat sudah!”

Sarina menunggu Dan, manakala Syie dan Madiah entah ke mana telah menghilang. Dia memandang laut yang hanya sedikit yang nampak. Selebihnya dilindungi awan yang memutih. Dia terasa damai disitu.
“Nah.” Sua Dan kepada Sarina. Suara Dan mengejutkan Sarina.
“Terkejut saya.”
Dan seperti biasa hanya tersengih. Sarina menikmati aiskrimnya dengan penuh nikmat. Seperti aiskrim itu lebih sedap dari segala-galanya. Ditambah pula Dan yang memberinya. Tiba-tiba aiskrim Sarina terkena lengannya.
Dan yang melihat terus mengambil tuala kecilnya di dalam poket dan mengelap lengan Sarina. Dia tergamam dengan tindakan spontan Dan.
“Romantiknya.” Kedengaran suara Akma dan Shazrina dari arah belakang. Mereka seperti orang yang mabuk cinta.
Merona kemerahan pipi Sarina. Dan pula kaget.
“Hish! Mengacau ajelah kau orang ni. Dah jom.” Aiman menghalau Akma dan Shazrina pergi. “Shuhh!!! Pergi! Meow! Shuhh!!! Shuhh!!!”
“Kau ingat kami kucing ke?” Akma berkata.
“Memang pun...” Akma dan Aiman bertekak. Shazrina hanya memandang sambil tergelak dengan gelagat Aiman dan Akma. Dua beradik palsu!
“Macam mana keluarga?” Dan memulakan bicara setelah ditinggalkan oleh Akma, Shazrina dan Aiman. Akhirnya, dapat juga dia berbicara dengan Sarina. Sebelum ini ada saja orang yang akan mengekori mereka atau lebih tepat jadi ‘tiang lampu’.
“Alhamdullilah, sihat. Pak cik Mad dengan mak cik Lily macam mana? Sihat?”
“Sihat.”
Mereka senyap pula.
“Ah, lupa pula. Nanti lepas balik ni ada kenduri kesyukuran kat rumah. Jemputlah datang. Awak kerja tak hari tu?”
“Tak ada. Balik nanti saya ikut awaklah. Kenduri untuk apa?”
“Kenduri rumah dah siap ubah suai.”
“Nanti along, angah dengan acik ada ke?”
“Ada. Semua balik.”
“Rasa takutlah pula nak pergi.”
“Kenapa pula?” kening Sarina bercantum kehairanan.
“Semuanya balik.”
“Alah, tak adanya dia orang nak belasah awak. Paling kurang pun patah tulang aje.” Sempat lagi Sarina mengusik. Dan ketawa.
“Tak apa. Saya tak kisah. Kan awak ada. Nanti awak bolehlah jaga saya. Tolong suapkan saya makan, tolong bagi saya minum, tolong mandikan saya...”
“Ewahh! Pak cik oi mana boleh buat macam tu. Belum kahwin. Green light belum ada lagi. Nak kena ketuk dengan mangkuk tandas ayah saya buatlah.” Terus dicubit lengan Dan. Tetapi lengan Dan yang berketul dan berbalut dengan baju itu tidak terasa sakitnya. Malah terasa sedap lagi adalah.
“Maknanya kalau dah kahwin boleh buat semua tu?”
Sarina terkedu.
“Hish! Cepat sangat berangan. Masuk meminang pun belum. Dah fikir pasal kahwin.” Tempik Sarina setelah dirinya tenang.
“Kalau macam tu esok juga saya suruh mak ayah saya pergi meminang.” Balas Dan.
“Awak jangan nak cari pasal. Tunggulah dulu. Bukannya awak tak tahu kisah kita dulu.” Hati Sarina tiba-tiba terasa suram.
Keadaan senyap kembali. Kedua-dua mereka muram saja wajah.
“Awak tahu sebab mereka bergaduh?” tanya Sarina.
“Yang saya tahu bergaduh pasal tanah.”
“Tanah?”
“Itulah yang Aiman bagitahu.”
“Mana dia tahu?” Sarina tertanya.
“Entah. Tak pula saya tanya. Takkanlah sebab tanah mereka bergaduh. Dulunya mereka rapat sangat. Dari kecil lagi mereka berkawan. Kawan karib. Kat mana ada ayah awak, kat situlah ayah saya pun ada.” Luah Dan kesal kerana hal tanah saja sudah terputus hubungan yang sekian lama terbina. Terbina sejak kecil lagi.

No comments:

Post a Comment