Saturday, April 3, 2010

bab36

BAB 36
Ina mengangkat tangan lalu meregang tangan. Dia keletihan setelah, beberapa jam asyik menatap kertas kerjanya yang perlu disiapkan dengan segera. Kerjanya sedikit terganggu dengan sapaan Sarina dalam Yahoo! Mesengger sebentar tadi. Kalau orang lain, sudah lama dia maki hamun kerana menganggunya membuat kerja. Tapi, apakan daya, Sarina yang menyapanya.
“Pergi bawah dululah. Buat air kopi. Baru segar sikit biji mata ni.” Bingkas dia bangkit dari kerusi lalu menapak keluar dari bilik tidurnya. Digenyeh-genyeh mata agar terbuka luas sedikit. Jalan yang dilalui terasa mengecil.
Dia melangkah seperti mengheret kaki. Matanya cuba dibeliakkan. Terasa hendak sepak saja matanya itu.
“Bukalah luas sikit.” Rungutnya sendirian. Terhuyung-hayang dia berjalan. Namun digagah juga. Dia baru saja melalui ruang tamu rumah ibunya. Dia tinggal bersama ibunya, Puan Syira. Ayahnya sudah pergi keluar untuk berburu. Memang minat ayahnya pergi berburu.
“Ina! Kau nak pergi mana tu?” sapa Puan Syira, sebaik saja melihat Ina yang berdiri di ruang tamu. Puan Syira terjaga dan berada diluar pintu biliknya yang terkatup. Dia ingin ke dapur. Tekaknya perlu dibasahkan, kerana dia dahaga.
Ina menoleh. Puan Syirah yang berbaju tidur biru, merenungnya. Matanya juga sudah nampak kantuk.
“Oh, ibu. Ingatkan siapa tadi. Buat Ina terkejut aje, ibu ni. Nak pergi dapur kejap. Nak buat kopi. Dah mengantuk tapi kerja tak siap lagi. Esok nak kena hantar proposal tu. Mengamuk pula bos Ina tu.” Jelasnya dalam keadaan mendesah.
“Kenapa tak siapkan sebelum ni?” tanya Puan Syira sambil berjalan menuju ke arah Ina yang berhenti. Kemudian, dia mendahului Ina, lalu diekori Ina.
“Sebelum ni dah siap. Tapi ada yang tak kena dengan belanjawan tu. Itu yang kena buat balik. Penat betul.” Jelas Ina.
“Sebelum ini, Ina ke yang buat?” tanya Puan Syira lagi. Mereka sampai ke dapur. Lampu di pasang. Kini, terang benderang dapur itu.
“Tak. Orang lain yang buat, tapi orang yang buat tu cuti mengandung. Jadi dia orang mintalah Ina yang buat atau perbetulkan yang mana salah. Memenatkan betul. Bukannya sikit salahnya, tapi banyak sangat. Apakebendalah orang tu buat sebelum ni.” Rungut Ina. Dia menghela nafas perlahan tapi kasar. Tangannya membuka laci atas, lalu mengambil kotak kopi Radix.
Puan Syira pula membuka peti ais. Matanya melilau mencari apa yang boleh diminum. ‘Ah, baik aku buat air siraplah. Ais ada lagi kat atas ni,’ desah hatinya.
“Ina dengan Hafiz macam mana?” sekarang beralih topik yang lain pula.
“Entahlah ibu. Susah nak cakap. Dia pun sibuk sekarang. Budak-budak dia kalut dengan SPM. Jadi sibuklah sikit. Nak cakap dengan dia pun susah sekarang. Kalau telefon, mesti ada dalam kelas tambahan.”
“Jadi bila dia nak masuk meminang?”
“Entahlah.” Hanya itu mampu dia katakan. Bibirnya mencebik. Air sedang dijerang. Dia mengeluh. Puan Syira memandangnya. Kesian pula melihat anaknya itu. Jika dilihat kembali, sejak kebelakangan ini, Hafiz seperti buat tidak endah saja dengan anaknya itu. Macam melarikan diri dari sesuatu. Terjongket kening kirinya memikirkan itu.
“Kamu berdua ni macam mana? Seorang ke timur, seorang ke barat. Pening ibu tau.”
“Nak buat macam mana ibu, dah dia sibuk. Buat penat aje Ina call dia tapi tak berjawab. Letih jari mendial.”
“Cuba kamu bercakap dengan dia. Buat temu janji lepas tu, duduk berbincang sama-sama. Bercinta bagai nak rak, tapi bertunang pun belum lagi.”
Ina senyap. Puan Syirah mengeluh perlahan. Diletak gelas berisi ais dan juga air diatas meja. Direnung tepat anak mata Ina. Resah pula Ina dengan renungan Puan Syira itu.
“Ibu nak kamu dengan dia berkahwin cepat. Ibu takut. Ibu takut perkara yang tak sepatutnya terjadi.”
“Maksud ibu?”
Puan Syira mengeluh lagi. “Payah betul kalau cakap berlapik ni. Budak-budak sekarang bukannya faham.”
Dia menarik nafas sekali kemudian menyambung bicara.
“Ibu takut sangat kamu tak tahan nafsu. Perkara macam tu bukannya boleh ditarik balik. Kalau dah terjual dah tak boleh nak buat apa dah. Takut benda macam tu terjadilah. Anak muda sekarang buat sesuatu perkara, dah tak fikir baik buruknya. Yang tahu hanya berseronok. Ibu takut sangat benda macam tu. Tengah pula, hangat bercinta. Hah! Segalanya rela ku serahkan.” Jelas dan terang jawapan yang Puan Syira hamburkan.
Ina terkedu. Sampai juga maklumat itu ke otaknya. Merona merahnya bila terbayang benda itu. Cepat-cepat dia menggeleng kepala agar bayangan itu terhapus. Pipinya memerah. Puan Syira sedari itu. Dia tersenyum suka. Geli hati melihat kelakuan Ina. Mahu juga dia ketawa tetapi takut juga makin merah pipi Ina. Kesianlah pula!
“Ibu...” Ina menderam. Deru nafasnya tidak menentu. Malu pun ada!
“Betul apa yang ibu cakap ni. Ingat tak masa nikah kak chik kamu dulu tu?”
Berkerut dahi Ina cuba mengingati kembali. Kemudian, hilang kerutan diwajahnya. “Apa kena mengena pula dengan nikah kak chik dulu?”
Puan Syira menarik segaris senyuman yang manis tidak bergula. “Betul kamu tak ingat?” tanya Puan Syira lagi.
Ina cepat-cepat menggeleng. Kemudian, dia tersenyum.
“Ooo...yang masa kak chik nikah dulu. Yang pakat-pakat buat date malam tu?” tanya Ina yang bingung. Puan Syira tepuk dahi. Tidak menyangka anaknya sedikit bebal. Dia menggeleng.
“Ina! Masa kak chik menikah dulukan ada lagi satu pasangan yang menikah sekali dengan mereka.”
Ina mendongak. Kemudian, baru senyum terukir dibibir. Terjuih mulutnya. Sedepa!
“Oh, yang tu. Kenapa tak cakap?”
“Cakap dahlah ni. Tapi Ina yang bebal sangat. Hah! Apa yang kamu ingat?”
“Alah, yang pasangan menikah lagi satu tu, yang dah ada...” Ina membuat gaya separuh bulatan dari atas ke bawah di perutnya.
“Ha! Yang tulah. Hi! Lambat pikap betullah budak ni. Macam itulah yang ibu bimbangkan sangat. Tak tahan dengan gelora nafsu.”
“Ibu jangan risaulah. Ina takkan buat macam tu.” Ina tersenyum meyakikan Puan Syira. Puan Syira membalas dengan memandang dari ekor mata. Tidak percaya!
“Kamu cakap macam tu, lagi ibu bimbang.”
“Ibu tak payah bimbanglah. Ina pandai jaga diri.”
Puan Syira tahu Ina seorang yang pandai menjaga diri. Fikirkanya kembali, kalau Ina hendak buat perkara itu, sudah lama dia lakukan perkara itu. Dia tahu Ina pandai bawa diri, tetapi sikap berjaga-jaga atau curiga perlu juga sedikit sebanyak tanam dalam diri setiap ibu bapa. Ibu bapa yang terlalu percayakan anaklah yang selalunya terjadi perkara sebegitu.
Dia perlu berjaga-jaga juga. Perkara itu bukannya boleh kita duga. Kalau berdua-duaan, ada saja ‘makhluk Tuhan paling kuat menghasut’ ada. Memang selalu juga Puan Syira perhatikan gelagat Hafiz yang boleh dipercayai dan juga bukan jenis ‘itu’, namun dia perlu berhati-hati dan sentiasa mengingati pada Ina.
“Alah, ibu tak perlu risau. Okeylah, Ina nak naik atas dulu. Nanti tak siap siap juga kerja Ina tu nanti, kalau asyik bersembang dengan ibu.” Ina terus berlalu membawa cawan berisi kopi Radix ke bilik, tanpa menunggu jawapan dari Puan Syira.
Dia meletak kopinya disebelah laptop. Direnung laptop yang terpasang dan kertas kerjanya masih separuh yang di semak. Ada lagi separuh yang belum disemak. Belanjawan nampaknya melebihi dari bajet yang mereka tetapkan.
Dia mengeluh lemah. Kopi Radix diteguk perlahan agar tidak terlalu gelojoh. Sudahlah panas. Rasa nak terbakar tekaknya. Radix diletak kembali.
Jari bermain-main diatas papan kekunci laptop. Kerjanya perlu disiap malam itu juga. Matanya sedikit terbuka luas, setelah ‘pekena’ Radix power punya. Celik terus!
Tika dia sedang asyik membuat kerja. Deringan telefon bimbitnya membuatkan dia, terpaku sejenak. Dia membuat keputusan untuk menyudahkan kerjanya terlebih dahulu. Nanti-nanti saja dia melihat mesej tersebut. Dia memandang laptop semula lalu memulakan kerjanya.
Setelah pukul empat, barulah dia sudah menyiapkan kerja. Diregang tangan yang lenguh, lalu memicit pula kepalanya yang terasa berat. Tanpa berlengah dia menutup laptopnya untuk pergi tidur. Dia merebahkan badannya diatas katil lalu menarik selimut menutupi tubuh. Tidak semena-mena dia bangkit semula. Mata tercelik. Dia selekohkan kepala menatap sebelah laptop. Telefon bimbitnya masih disitu. Bingkas dia bangun dan mencapai telefon.
Dia membaca mesej yang telah dihantar. Dia tergamam. Dia terpaku. Bening matanya berkaca. Tidak dia sangka! Tidak dia sangka! Benar! Tidak dia sangka! Air matanya mula bercucuran jatuh. Lebat sungguh! Terasa kelam matanya. Dia rebah perlahan-lahan tubuhnya. Deraian air mata membasahi pipinya. Hatinya hancur berderai.
Perlahan-lahan dia menutup kelopak mata. Mencari ketenangan dalam tidur. Akhirnya, dia terlena disitu sambil menggengam erat telefon. Tidurnya membawa hati yang sakit bagai ditusuk sembilu. Rasa kecewa yang sarat, dibawa dalam lenanya.

No comments:

Post a Comment