Saturday, April 3, 2010

bab5

BAB 5
Sedang Dan dan Sarina bergurau senda di kedai itu, ada mata yang memandang kemesraan mereka. Gelak tawa mereka menjadi tarikan mata tersebut. Dia sudah lama perhatikan gerak geri mereka. Sakit hatinya melihat anak-anak Encik Ariff gembira. Dia tidak senang hati. Dia bangun dari situ untuk pergi menyapa Sarina.
“Ni Rinakan?” dia buat-buat baru terserempak dengan Sarina.
“Eh, mak yong. Buat apa kat sini?” jelas kelihatan wajah Sarina yang terkejut. Dan hanya memerhati.
“Sajalah, jalan-jalan. Rina pula buat apa kat sini?” pura-pura prihatin.
“Ada kursus. Malam ni tak ada kursus, jadi Rina datanglah ke sini dengan kawan. Entah pergi mana pula dia tu, berjalan dengan tunang dia,” jelas Sarina tanpa mengetahui niat Mak Yong.
“Tak nak kenalkan ke?” mata Mak Yong tertumpu pada Dan. Dia hanya senyum pada Mak Yong. Dijelingnya Dan.
“Err..ni Dan,” Sarina perkenalkan dengan ringkas. Sebolehnya dia tidak mahu perkenalkan Dan atas status apa. Dia belum bersedia lagi.
“Mana pak yong?” Sarina perasan akan tidak kehadiran Encik Razi.
“Ada. Pergi mana entah. Tak apalah. Mak Yong pergi dulu,” segera dia berlalu dari situ. Pemergiannya disoroti mata Dan dan Sarina. Maklumat yang ingin diketahui, sudah dia dapat. Pelbagai agenda sudah dia rancang.
“Siapa tu?” Dan bertanya.
“Adik abah,” jawab Sarina ringkas. Malas dia mahu berbicara panjang.
“Macam sombong aje tengok gaya,” komen Dan.
“Yang tu memang sombong. Perasan kaya. Padahal suami dia aje yang kaya. Dahlah tak payah cerita pasal dia.”
“Yalah. Esok awak kursus pukul berapa pulak?” Dan mengubah topik perbualan.
Belum sempat Sarina menjawab, telefon bimbitnya sudah berbunyi. Dicari dalam beg dan tertera nama Inani di skrinnya. Terdengar suara Inani sebaik sahaja dia menekan punat hijau.
“Jom balik. Aku tunggu kat kereta ni. Okey bye,” belum sempat Sarina bertanya dia sudah putuskan talian. Suaranya seperti ada masalah. Sarina serta Dan keluar dari situ dan menuju ke kereta Sarina. Kelihatan Inani dan Encik Ishak bersembang dengan ramah. Dan dan Sarina saling berpandangan.
“Hah!!! Ingat pula jalan ke kereta. Ingatkan dah tak ingat,” perli Inani sebaik sahaja terlihat mereka jalan berdua-duaan. Encik Ishak yang berada disisinya hanya tersenyum melihat.
Sarina dan Dan berpandangan sesama sendiri.
“Kau orang pergi mana?”
“Shopping la. Tak nampak ni? Kau pergi mana? Tak shopping ke?” Inani menunjuk tangannya yang penuh dengan beg plastik yang berisi barang. Dia berasa pelik dengan Sarina yang hanya melenggang. Dan juga begitu.
“Kami pergi makan ajelah. Dah muak dengan makanan hotel tu. Bukannya aku pernah makan,” komen Sarina. Dan mengangguk setuju.
“Banyak kau beli. Untuk atuk, nenek, abah, mak, adik, sepupu sepapat semua adalah ni?” sindir Dan. Banyak beg plastik yang diusung oleh Inani. Sampaikan Encik Ishak pun kena tolong pegang.
“Tau tak apa. Habis jiran sebelah aku tolong belikan,” balas Inani selamba. Encik Ishak yang melihat hanya tersenyum suka. Dia sudah maklum dengan perangai Inani yang gila-gila.
“Untuk orang gaji tak beli sekali ke? Penuh hah sampai cik abang kena tolong pegang. Belum kahwin lagi dah buli. Dah kes buli. Ni baru bertunang,” Dan masih belum mahu mengalah.
“Alah biarlah. Dia sayang aku, kenalah tolong . Takkan dia nak tengok aku terhuyung hayang bawa barang ni? Kalau kau, aku rasa tak kot,” bidas Inani. Masing-masing masih belum mahu mengalah.
Sarina dan Encik Ishak hanya melihat gelagat Dan dan Inani yang bertekak. Terasa seronok melihat mereka bertekak.
“Baik sikit. Aku suami mithali tau. Bukan mee Itali ye,” Dan tidak mahu mengalah.
“Yalah tul. Boleh percaya ke?” deras suara Inani dan sinis.
“Boleh,” Dan menjawab.
“Sudahlah. Asyik bertekak aje kau orang berdua ni. Asal berjumpa, adalah hal yang nak digaduhkan. Dari sekolah dulu sampailah sekarang,” bebel Sarina.
Encik Ishak hanya menjadi pemerhati dari tadi. Inani menjelir lidah kepada Dan. Dan pula membalas. Sarina yang melihat, hanya menggelengkan kepala.
“Malam dah lewat ni, saya balik dululah. Esok ada ceramah. Jangan balik lewat sangat tau. Rina tengok-tengokkan Inani ni, kalau ada yang tak kena bagi tahu saya. kalau dia nakal, report pada saya,” pesan Encik Ishak sambil membawa masuk barang ke dalam kereta setelah Sarina membuka keretanya.
“Yes bos,” Dan pula yang menjawab. Orang lain yang disuruh, orang lain yang menjawab. Inani menjeling.
“Sibuk ajelah,” Inani bersuara. Encik Ishak hanya senyum sambil memandang Inani. Inani pula tersipu-sipu malu apabila menyedari Encik Ishak merenungnya.
“Baiklah. Saya minta diri dulu,” Encik Ishak meminta diri dan bersalam dengan Dan. Kemudian dia berjalan pergi dan hilang dibalik orang ramai dan kelam malam.
“Tak berasa nak balik lagi ke oi?” perli Inani. Dan buat muka tin sardin.
“Tak,” selamba dia menjawab.
“Dahlah. Pergi balik! Aku dengan Rina nak balik. Mata dah tak larat nak angkat ni ,” halau Inani. Terbongkok-bongkok dia membawa barang ditangannya masuk ke dalam kereta.
“Aku tahulah. Macamlah aku ni burung hantu, tak tidur malam. Okeylah, saya balik dulu Rina dan si putih lembap,” cepat-cepat Dan berlalu dari situ.
“Ewah!!! Suka hati aje kata orang. Yang dia tu...eh, mana dia?” Inani tersedar Dan sudah tidak ada disitu sebaik sahaja dia berpusing.
“Dia dah pergi,” jawab Sarina ringkas dan bergerak masuk ke dalam kereta. Seketika kemudian, mereka bertolak ke Putrajaya. Tidak banyak hal yang mereka bicarakan. Inani sudah penat membeli belah dengan tunangnya. Sarina pula masih seronok. Mereka sampai agak lewat malam itu. Mereka berpisah di lobi hotel itu.

Mak Yong berjalan menuju ke meja telefon. Berdecing-decing bunyi barang kemas yang dipakai. Macam Mami. Dia mengangkat gagang telefon. Tangan Mak Yong mendial nombor kemudiannya. Seketika terdengar bunyi disebelah sana. Tidak lama kemudian, terdengar ada orang yang menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum, Sya. Apa khabar?”
“Walaikumusalam. Khabar baik. Kau pula macam mana? Sihat? Ada apa hal kau telefon ni?” pelik hati Puan Aisyah kerana tiba-tiba sahaja adik iparnya menelefon.
“Sajalah. Aku telefon pun tak boleh ke?” cebik mulutnya.
“Tak adalah. Pelik juga aku tiba-tiba saja kau telefon. Hah! Ada apa hal kau telefon? Aku tanya dari tadi, tapi tak terjawab pun,” Puan Aisyah masih dengan hairannya.
Mak Yong tersenyum dengan pertanyaan Puan Aisyah. Dia sudah mengagak apa yang bakal terjadi. Dia tersenyum riang.

No comments:

Post a Comment