Saturday, April 3, 2010

bab3

BAB 3
Sarina masih berjaga walaupun waktu sudah hampir tengah malam. Dia berdiri di beranda biliknya. Memandang bulan yang terang. Hatinya rasa rindu zaman persekolahan dulu. Kalau boleh mahu diputar waktu ke zaman sekolah dulu. Terkenang waktu dia tertangkap ponteng kelas dengan Cikgu Hafiz. Dia kemudian didenda berjalan di setiap kelas sambil memakai tanda ‘Aku suka ponteng kelas’. Malunya tak dapat digambarkan.
Sejak itu, dia tidak berani ponteng kelas lagi. Malah, siap padam lagi perasaannya sebelum ini yang meminati Cikgu Hafiz. Kalau berjumpa dengan Cikgu itu, dia akan melarikan diri. Sarina tersengih terimbau kenangan lama.
Sejuk menusuk ke dalam tulangnya walaupun dia masih berpakaian yang tebal. Dia memeluk tubuhnya cuba untuk menghangatkan tubuhnya.

Sarina yang masih setia menunggu di warung Pak Manaf melihat jam ditangan. Sarina seperti menunggu kelibat seseorang. Matanya melilau mencari kelibat seseorang. Hatinya resah menunggu. ‘Kenapa belum sampai lagi ni?’ getus hatinya. Dia memakai baju T-shirt berwarna ungu dan berseluar Track suite pada ketika itu. Beg diletakkan disebelahnya.
Tidak berapa lama, dia ternampak kelibat seseorang yang dinantikan. Ina! Ina dari jauh berlari-lari anak supaya cepat sampai kepada Sarina. Sarina menjengilkan biji mata. Dia geram kerana terpaksa menunggu Shazrina hampir setengah jam. Tangan dicekak dipinggang.
“Sorry. Aku lambat.” Ina merapatkan tangan meminta maaf.
“Eh, kau tahu ke kau lambat? Aku ingat kau tak tahu.” sindir Sarina sambil menjeling.
“Tolonglah jangan jeling aku. Nanti malam aku mimpi kau jadi puntianak. Ngeri aku. Alah, tadi si Irfan. Bukannya kau tak tahu sepupu aku seorang tu. Gediknya mengalah perempuan.” Ina duduk bertentang dengan Sarina.
“Apa dia buat?” Sarina juga duduk.
“Suruh aku tolong masak untuk dia.” Termengah-mengah Ina menjelaskan hal sebenar.
“Habis tu, kau buat ke?” Sarina memanggil pelayan.
“Kenalah juga. Nanti dia mengadu pula dengan tok wan aku tu. Cucu kesayanganlah katakan,” Ina membuka buku. Pelayan datang ke arah mereka.
“Orderlah.”
“Kau belanja ye?” duga Ina.
“Bayar sendiri.”
“Kedekut. Bagi milo ais satu. Itu saja.” Pelayan itu pergi dari situ. Bunyi kereta menderam membingitkan telinga. Suasana bising dengan bunyi kereta yang lalu lalang disitu.
“Kenapa kau pilih tempat ni study? Tempat lain dah kena bom ke?”
Sarina tidak berkata apa-apa tetapi hanya tersenyum sahaja. Sarina memegang pen sambil merenung buku dihadapannya. Pelayan datang membawa minuman tetapi mereka masih setia memandang buku. Hampir sejam mereka mengulang kaji disitu. Sarina memusingkan tengkuknya untuk menghilangkan rasa lenguh yang mengigit lehernya.
Ketika itu Ina masih khusyuk dengan bukunya. Sarina terpandang seseorang yang dia kenali berada tidak jauh dari situ. Dan! Dia memakai baju sama warnanya dengan Sarina. Sarina memandang Dan dengan khusyuk. Ina yang perasan dengan Sarina tidak memandang bukunya mengangkat kepala memandang Sarina. Kelihatan Sarina tidak berkelip mata memandang sesuatu. Ina turut memandang ke arah Sarina pandang. Dia mencari-cari sesiapa yang dia kenal. ‘Dan! Patutlah tak berkelip dia pandang sana. Aik? Suka Dan ke?’ getus hati Ina. Senyuman sinis menghiasi bibir Ina.
“Kau suka dia ke?” Ina bersuara secara tiba-tiba.
“Hah? Apa? Suka? Siapa?” Sarina terkejut. Kacau bilau fikirannya.
“Dan.” Meleret suara Ina.
“Hish! Kau ni! Merepeklah. Takkanlah aku suka kat mat saleh celup coklat putih tu.” Bagi menutup rasa malu, Sarina berpura-pura memandang bukunya. Ina tersengih seperti kerang busuk.
“Alah, mengaku ajelah. Siap bagi gelaran lagi. Takkan tak minat kot.” Desah Ina.
“Eh, sudah! Nak study ke nak merapu ni?” Sarina cuba menukar topik.
“Tanya aku pula. Kau tu yang nak study ke nak renung Dan tu?”
Sarina menyeringai. Ina ketawa.
“Letihlah. Jom pergi jalan, nak?” Ina menggeliat keletihan.
“Boleh juga. Kau nak pergi mana?”
“Mana-mana ajelah. Asalkan dapat rehatkan otak kejap.” Barang dibawa masuk ke dalam beg. Sekejap sahaja meja mereka tidak ada buku di atasnya. Mereka menapak pergi dari warung itu setelah harga minuman dibayar.
“Macam mana mak kau?” Ina bertanya semasa mereka berjalan.
“Entahlah. Aku pun tak tahu nak cakap. Dia masih rasa sedih sebab adik-adik dia buat macam tu. Abah aku pun tak tahu nak cakap apa sebab dia tak ada hak dalam urusan harta tu. Tapi, abah aku dah cakap, jangan jual tanah tu. Kalau ikutkan tanah tu harganya 3 juta tapi pak cik dan mak cik aku tu bodoh sangat nak jual. Peguam tu dah siap pesan lagi jangan jual. Tapi biasalahkan bila dah nampak duit, semuanya buta. Last sekali, dapat jual 300 ribu aje. Padan muka.” Bersemangat Sarina bercerita. Ina setia mendengar.
“Bila dah ada duit semua hilang terbang melayang.” Sambung Ina.
“Betul.”
“Habis tu macam mana sekarang?”
“Macam mana lagi? Mak aku terpaksalah sain surat jual beli tu. Dia sebenarnya berat nak lepaskan sebab itulah satu-satunya harta pusaka yang bernilai.”
“Bukannya senang nak beli tanah sekarang. Sekarang banyak tanah yang dibeli untuk pembangunan.” Sampuk Ina.
“Dahlah. Malas aku nak cerita pasal tu. Buat sakit hati aje.”
Mereka terdiam. Bunyi kereta menderam dan orang terpekik-pekik menjual di tepi jalan sahaja yang kedengaran. Masing-masing tidak bersuara.
“Rina!” tiba-tiba ada satu suara menjerit memanggil nama Sarina. Dia mencari arah suara itu. Mak Su Yam melambai-lambai tangan ke arah Sarina dari arah seberang jalan. Sarina membalas lambaian itu.
“Jom! Itu Mak Su Yam belah ayah aku.” Sarina menarik tangan Ina menyeberang tangan. Sarina bersalam dengan Mak Su Yam dan dituruti Ina.
“Mak Su buat apa disini?” Sarina bertanya sambil membelai rambut sepupunya yang masih kecil.
“Saja jalan-jalan shopping. Pak Su kau ada kursus kat sini. Mak Su ikutlah dia. Bosan kalau duduk rumah. Jom ikut Mak Su shopping, nak?” pelawa Mak Su Yam. Sarina memandang Ina. Ina mengangguk kepala.
“Boleh juga. Nak pergi mana?”
Kedai seberang sana. Nak beli kasut.”
Mereka pergi ke kedai yang dituju. Kedainya agak tersorok tetapi akan menyedari apabila sudah berdekatan dengannya. Sarina, Ina dan Mak Su Yam masuk ke dalam kedai kasut itu. Ina turut mencari kasut yang sesuai dengan kaki Mak Su Yam.
“Ina! Rina! Kalau ada yang kamu berkenan, ambillah. Mak Su belanja. Cepat bukan senang Mak Su nak belanja.” Mak Su Yam bersuara sambil dia mencuba kasut yang dihulurkan Ina. Mak Su Yam berkata begitu apabila melihat Ina tidak berkelip memandang sepasang kasut yang cantik.
Sarina dan Ina saling berpandangan sambil tersenyum. Terus diserbu setiap kasut yang ada dan mencubanya. Mak Su Yam tersengih melihat kelakuan mereka. Sedang Sarina mencuba kasut yang dia berkenan dengan membongkokkan badan, bahunya tersentuh dengan seseorang. Dia hampir tersungkur. Ada tangan yang menyambut lengannya. Sarina terus memberi tindak balas dengan memegang tangan orang yang menyambutnya.
Dia segera melihat orang yang menyambutnya. Terpaku matanya. Terkejut pun ada. Sedetik berlalu. Tiba-tiba sahaja dia terasa ada orang menyanyi lagu ‘Ku Milikmu’. ‘Siapa pula yang menyanyi tu? Macam sedap sangat,’ bisik hati Sarina.
Sedetik kemudian, dia tersedar. Tangkas dia melepaskan tangan yang dia genggam. Sarina berdiri tegak. Dibetulkan bajunya yang tidak kotor. Dia tersipu-sipu malu.
“Sorry,” ucap Dan.
“Tak apa. Bukan salah awak.”
“Eh, taklah. Salah saya. Bukan salah awak.” Dan cuba mencantas.
“Eh, taklah. Salah saya. Bukan salah awak.” Balas Sarina.
Ina yang melihat berasa pelik. ‘Apa kena dia orang ni? Nak mengaku salah sendiri pun tak mahu,’ kata hati Ina.
“Eh, taklah. Salah saya. Bukan salah awak.” Mereka masih mengatur ayat itu.
“Woi! Salah dua-dua. Yang kau pergi tonggek kat situ apahal. Yang kau pun jalan laju-laju siapa suruh. Hantu kejar ke?” Ina bersuara setelah naik bulu dia, melihat mereka asyik mengulang ayat itu sahaja.
Sarina dan Dan saling berpandangan dan tersenyum. “Tak apalah. Saya pergi dulu. Tata. Eh, bye!” Sarina beraksi seperti kucing gedik. Naik tuli mata Ina melihat.
“Bye.” Dan berkata lalu pergi dari situ. Namun kejap dia pandang depan, kejap dia pandang belakang melihat Sarina. Sarina juga turut terkena penyakit ‘pandang-pandang, jeling-jeling’. ‘Kacaknya dia,’ hati Sarina berbisik. Ina menarik tangan Sarina yang masih berjalan seperti siput. Lembap!
“Kau dah pilih kasut ke belum?” sergah Ina.
“Hah? Apa kau cakap?” terkejut Sarina yang masih dalam ‘dilema’.
Ina menepuk dahi. “Aku tanya bila kita nak puasa. Seronok sikit tak boleh buat maksiat mata.” Sindir Ina tetapi tidak diambil peduli oleh Sarina.
Ina mengeluh. “Letihlah cakap dengan pokok krismas ni. Kau dah pilih kasut ke belum?”
“Oh! Belum lagi. Tolong aku pilih.” Sarina masih tersenyum.
“Ya Allah! Tolonglah sedarkan kawan aku ini dari mimpi ngerinya. Jomlah aku tolong kau pilih.” Ina menarik tangan Sarina yang masih dalam ‘dilema’.

No comments:

Post a Comment