Saturday, April 3, 2010

bab4

BAB 4
Deringan telefon bimbitnya mengejutkan Sarina dari lamunannya. Senyuman yang terhias dibibirnya malap sedikit demi sedikit. Dia memandang jam di dinding. 11.30 malam.
Kakinya mengatur langkah ke meja tulis. Sarina memandang sepi skrin telefonnya. Puan Aisyah! Sarina menekan punat hijau.
“Asalamualaikum. Ibu apa khabar?” Sarina memulakan bicara.
“Waalaikumusalam. Khabar baik. Kamu macam mana? Sihat?” Puan Aisyah bersuara.
“Of course lah. Ini anak Puan Aisyahlah. Mesti sihatlah. Ada apa hal ibu telefon ni? Ada masalah ke?” berkerut dahi Sarina memikirkan sebab Puan Aisyah menelefonnya kerana sudah hampir tengah malam Puan Aisyah telefonnya.
“Ibu sebenarnya nak tanya hal yang kamu cadang hari tu. Kamu serius ke nak buat baru rumah ibu ni?” Sarina tersenyum namun hanya dia yang tahu.
“Betullah ibu. Ibu tak percaya ke?”
“Bukan ibu tak percaya tapi nak tanya betul-betullah. Sebab rumah ni memang ibu dan ayah cadang nak bagi pada kamu. Habis tu bila kamu nak buat?”
“Yang tu Rina dah tanya dengan Abang Amir. Nanti dia akan beritahu dengan Rina macam mana. Nanti dia suruh team yang dia bekerja datang rumah. Lepas tu tengoklah macam mana Abang Amir kata macam mana. Niat Rina sebenarnya nak bagi ibu dengan ayah duduk situ.” Perjelas Sarina.
“Alah. Kami tak kisah pun. Kami ni dah tua Rina oi. Dah tak fikir lagi pasal tu. Kami sekarang lebih fikir pasal kubur. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Kau nak buat apa dengan rumah ni, kau buatlah. Mak benarkan. Lagipun, nanti jadi milik kau juga.”
Sarina tersenyum senang hati mendengar kata-kata Puan Aisyah. “Berapa bajet untuk rancangan kamu tu?” Puan Aisyah menyambung kembali.
“RM 60000. Sementara rumah tu tengah diubah suai, ibu dan ayah duduk rumah Rinalah ya?”
“Tak payah. Kan chalet kecil kat belakang rumah ni ada. Kami duduk ajelah situ sementara rumah tu tengah diubah suai.” Cadang Puan Aisyah.
“Boleh ke ibu? Chalet tu kecil,kan?”
“Rina. Yang nak duduk di rumah tu, cuma dua orang aje. Bukannya sepuluh orang pun.” Puan Aisyah pertahankan cadangannya. Sarina mengeluh.
“Baiklah. Kalau dah ibu kata macam tu, Rina terima ajelah. Ayah mana, ibu? Tak dengar suara dia pun. Selalunya, kalau Rina telefon, ada saja mulut yang bertanya itu ini.” Sarina perasan Encik Ariff yang tidak bersuara pada ketika itu.
“Ayah kau ada di dalam biliklah. Buat tahi mata. Raja tidurlah katakan. Hmm, tak ada apa-apa dah kot. Ibu nak pergi tidur ni. Mata dah mengantuk ni.”
“Okey. Nanti kirim salam pada ayah. Nanti balik Rina beli hadiah untuk ayah.”
“Nanti melompat macam kera dapat bungalah ayah kau. Anak kesayangan dia bawa hadiah. Baiklah. Selamat malam. Jangan tidur lewat sangat. Asalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.”
Talian diputuskan oleh Sarina setelah Puan Aisyah selesai mengucap salam. Sarina bergerak ke katil dan terus melelapkan mata. Mimpi yang indah terus melingkari Sarina.

Cuaca yang sejuk membuatkan Sarina terjaga. Dia memusing melihat jam di atas meja kecil sebelah katil. Sudah subuh. Dia segera bangun untuk menunaikan kewajipannya. Tuntutan yang wajib bagi umat Islam.
Usai menunaikan solat subuh, Sarina bersiap untuk turun ke bawah dan berjoging. Peristiwa kelmarin berlaku lagi. Sarina dan Dan berpandangan. Masing-masing berpakaian sukan. Terangkat kening Dan, manakal Sarina merenung Dan yang menampakkan tubuhnya.
“Nak joging juga ke?” suara Dan menyedarkan Sarina. Pantas Sarina mengangguk.
“Kita joging sama-samalah. Kalau awak sudi,” Dan mempelawa Sarinas.
“Kalau awak suka, apa salahnya.” Sarina mengangguk dan mereka berdua berjalan ke lif dan turun ke bawah.
“Pukul berapa awak kursus?” Dan memulakan perbualan setelah mereka sampai di kawasan padang di bawah.
“Pukul 9 nanti. Lupa nak tanya. Awak duduk sini berapa lama?”
“Sama macam awak.” Dan memulakan joging dan dituruti Sarina. Matanya masih memandang Sarina.
‘Alamak! Mati aku. Lama juga duduk dengan dia ni,’ keluh hati Sarina.
“Awak duduk mana sekarang?” Sarina cuba beramah mesra walaupun dia kekok sebenarnya.
“Sekarang saya duduk di Gombak. Awak nanti kalau senang pergilah rumah saya.”
“Tak mungkin.” Perlahan Sarina menuturnya tetapi masih didengari Dan.
“Kenapa pula?” berkerut dahi Dan.
“Nanti tak pasal-pasal kena tangkap basah. Tambah-tambah kalau dengan awak. Lagi ngeri.” Gurau Sarina melakukan aksi kengerian.
“Ewah...saya ni handsome apa? Awak pun cantik. Kira padanlah tu.”
“Amboi! Bukan main gatal lagi awak ye. Tahu tak apa, saya cantik. Padan ke dengan awak? Rasanya tak kot?”
“Mesti padan punyalah. Kalau tak, kita mesti tak couple dulu.”
Senyap terus Sarina. Dan memandang Sarina. Tiba-tiba dia ketawa berdekah-dekah.
“Awak ni suka buat lawak tau.”
‘Masa bila aku buat lawak pula. Mengigau apa mamat ni,’ detus hati Sarina.
“Cuba tengok. Kalau tak, budak sekolah kita dulu, tak katalah kita pasangan yang sesuai.”
“Hish, awak ni. Buat saya malu ajelah.”
“Lorh. Malu apanya. Awak nak tak lagi couple dengan saya?” duga Dan.
Terus Sarina berlari dengan pantas. Dan ketawa besar disitu. Namun, dia mengejar Sarina dari belakang. Dan menyedari bahawa dia terlalu cepat untuk mengorak langkah yang seterusnya. Mungkin Sarina masih belum bersedia. Dan berlari secara terbalik, sambil tersenyum ke arah Sarina. Bertambahlah kelajuan Sarina berlari.
“Tunggulah saya,” Dan menjerit. Sarina buat tidak tahu sahaja.

Sarina bersiap untuk pergi ke kursus yang perlu dihadirinya. Sebelum itu, dia ke bawah untuk bersarapan terlebih dahulu. Dia melihat sekeliling Terace Cafe itu. Dan tidak ada. Rasa kecewa menghambat hatinya. Sebenarnya dia masih mengharap kehadiran Dan namun dia tidak juga hadir. Masih melilau matanya mencari sewaktu makan.
Akhirnya, dia pasrah dan berlalu pergi ke bilik Kedah. Kursusnya berlangsung disitu. Dia melihat masih tidak banyak orang yang ada.
“Ni Rina. Betulkan?” satu suara berbunyi dibelakang Sarina. Dia menoleh.
“Eh, Inani. Betulkan?”
“Ya. Akulah ni. Apa khabar?” mereka berpelukan.
“Sihat. Seperti selalu. Kau buat apa kat sini?”
“Buat apa lagi? Kursuslah.”
Terjegil mata Inani.
“Betul ke? Aku pun kursus kat sinilah. Bolehlah kita duduk sebelah. Eh, buat apa terpacak kat sini. Jomlah cari tempat duduk.” Mereka ke satu sudut dan duduk disitu. Inani dan Sarina duduk bertentangan tetapi kerusi sebelah-menyebelah.
“Kau dah kahwin ke belum?” tanya Inani.
“Hei! Kenapalah kalau jumpa aje, mesti orang tanya aku dah kahwin ke belum.” Sarina geram.
“Mestilah. Umur macam kita ni patut dah kahwin. Tambah pula kau dulu bercinta bagai nak rak dengan si...”
“Jangan nak sebut nama dia.” Sarina memotong dan suaranya agak tinggi.
Berubah wajah Inani. Melihat perubahan Inani, Sarina berasa serba salah. Dia memegang tangan Inani.
“Sorry. Bukan maksud aku nak marah kau. Tapi bosanlah orang asyik tanya bila aku nak kahwin. Suka hati akulah nak kahwin bila.” Jelas Sarina.
Inani berasa simpati pada Sarina.
“Eh, kau tahu tak semalam aku terserempak dengan Aina dan Fadzil,” Sarina menukar topik agar suasana tidak terus suram. Inani terkejut.
“Betul ke? Kat mana? Dia orang dah kahwin ke belum?” serbu Inani dengan persoalan.
“Yalah. Kat sini. Mereka dah kahwin. Sekarang bulan madu disini.”
“Kenapa aku tak jumpa mereka?” Inani berfikir sejenak.
“Woi! Kan aku dah kata, dia orang datang sini nak berbulan madulah. Faham fahamlah sikit.” Sarina tersenyum penuh makna.
“O...aku faham.” Muncung mulut Inani.
“Dia orang dulu bercinta bagai nak rak. Sanggup buat date belakang kelas lagi. Akhirnya, kahwin juga. Syukur, Alhamdulillah,” sambung Inani.
“Kau dah ke belum kahwin? Asyik tanya aku aje,” Sarina bertanya.
Inani tersipu-sipu. Kemudian, dia menunjukkan jarinya dan ada cincin berlian. Terbeliak mata Sarina. Lantas dia membelek cincin Inani.
“Bila kau kahwin? Tak panggil aku pun.”
“Aku belum kahwin lagilah. Baru bertunang.”
“Tahniah.”
Orang sudah banyak memenuhi ruang bilik itu. Tidak beberapa minit kemudian, penceramah sudah datang. Sarina terpandang adegan yang mencurigakan. Penceramah itu melihat dengan penuh perasaan terhadap Inani. Sarina memandang Inani pula. Inani menggeliat seperti kucing baru bangun tidur. Dia syak sesuatu. Dia mendekatkan wajah dengan Inani.
“Itu ke tunang kau?” Sarina serkap jarang.
“Yup.” Inani malu-malu. Sarina menolak perlahan bahu Inani.
“Boleh tahan. Nanti kau cerita lagi kat aku. Aku nak dengar dari A sampai Z.”
“Boleh aje.” Inani masih malu-malu. Sarina tersenyum bahagia untuk Inani.
Seminar itu berlalu dengan lancar. Tepat pukul 12 tengah hari, pihak penceramah membenarkan peserta seminar berehat dua jam. Sarina dan Inani jalan berdua ke Terace Cafe.
“Aku tengok, kau khusyuk sungguh dengar ceramah tadi,” perli Sarina. Inani yang memahami maksud Sarina, sengih panjang.
“Mana ada. Biasa ajelah,” tangkis Inani.
“Yalah tu. Aku tengok tak berkelip mata kau. Masih biasa lagi ke macam tu?”
Inani terdiam sambil sengihannya masih lagi dibibir. Sedang mereka berjalan dihadapan tangga sebelum Terace Cafe, bahu Sarina berlaga dengan seseorang.
“Sorry,” spontan Sarina berkata. Dia memandang wajah orang yang berlaga bahu dengannya.
“Dan! Awak rupa-rupanya? Ingatkan siapa tadi,” Sarina cuba berlagak selamba boleh walaupun hatinya berdebar bagai nak tercabut jantungnya. Tunggu masa nak luruh saja. Terus Sarina ceria semacam. Kembang hatinya. Tiba-tiba saja lagu ‘Kal Ho Naa Ho’ seperti berdendang ditelinga Sarina. Mata mereka terpaku. Inani yang melihat ternganga tidak faham. Dia mulai faham apabila mereka terpaku melihat masing-masing.
Dia tersenyum. Dia memetik jarinya dihadapan mereka. Tersentak kedua-duanya. Merah pipi Sarina manakala Dan berpura-pura mengibas baju yang kotor walaupun elok sahaja baju itu bagi menutup rasa malu. Matanya mengerling Sarina.
“Lama tak jumpa kau Dan. Apa khabar sekarang?” Inani pura-pura tak nampak walaupun, sebentar lagi dia merancang serangan besar-besaran terhadap Sarina.
“Sihat. Kau buat apa kat sini? Macam mana boleh bertenbung dengan ‘makhluk halus’ ni?”
“Saya bukan makhluk haluslah,” Sarina menderam lalu pergi dari situ. Geram hatinya tidak terkata. Masih ingat lagi Dan dengan gelaran yang diberikan kepada Sarina.
“Aku ada seminar. Seminar aku pula sekali dengan dia.” Inani menuding jari kepada Sarina yang berlalu pergi.
“Masih marah dia dengan gelaran tu,” sambung Inani.
“Nampaknya kenalah aku pujuk dia,” Dan senyum. Inani memandang Dan.
“Kau orang masih ada hubungan lagi ke? Kenapa kau senyum?” Inani curiga dengan senyuman Dan.
“Kami tak ada apa-apa lagi. Aku senyum sebab inilah masanya aku nak pikat dia balik.” Dia memandang Inani sambil terangkat kening. Otaknya penuh dengan rancangan. Inani mula faham apa yang berlaku.
“Kau jumpa dengan dia awal lagi ke?”
“Ha’ah.” Ringkas sahaja jawapan Dan. Inani mengangguk faham.
“Jomlah. Aku dah lapar ni. Saja tunggu waktu dia rehat. Faham-fahamlah.”
“Kau masih sayang dia ke?” mereka mula bergerak.
“Secara jujurnya. Aku masih. Aku tak pernah lupakan dia.”
“Aku nasihatkan kau, jangan putus asa. Kau dengan dia nampak sepandan sangat.”
“Terima kasih,” perbualan mereka terhenti.
Sepanjang mereka bertiga makan disitu, tidak sepatah pun Sarina berkata. Masih marah dengan Dan. Hanya suara Inani dengan Sarina yang bersuara. Akhirnya, Dan meminta diri setelah dia menerima panggilan dari seseorang.
“Kau ni kenapa senyap aje?”
“Geram. Ada ke patut dia panggil aku makhluk halus? Bengang aku,” luah Sarina.
Inani hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan Sarina yang seperti kebudak-budakkan.
“Kau ni budak ke apa? Perangai macam dewasalah sikit. Umur dah 24 tahun tau. Kita sekarang ni bukan di sekolah menengah tau. Kalau di sekolah menengah bolehlah, marah-marah macam budak kecil dengan hal-hal yang kecil,” Sarina terpaksa mendengar ceramah dari Inani. Sarina menunduk. Sedikit suram wajah Sarina. Dia akui dengan kata-kata Inani. Mereka balik ke bilik masing-masing dan menunaikan solat serta mandi. Setelah itu, mereka turun ke bawah dan seminar diteruskan dengan rasa bersalah bertakhta dalam hati Sarina. ‘Aku patut minta maaf pada Dan,’ niat hatinya.

Sarina memakai baju kurung pada malam itu. Dia akan ke Jalan TAR bersama Inani. Telefon yang berada di atas katil berdering. Terus diambil dan dijawab oleh Sarina.
“Hoi, aku ada kat bawah dah ni. Bila nak turun ni? Aku tunggu kau.”
“Kalau ya pun, bagilah salam dulu. Bukannya kena bayar pun.”
“Opss...maaf.”
“Kau tunggu situ nanti aku turun.” Talian diputuskan lalu Sarina mengambil beg tangannya dan turun ke bawah. Dia pergi mendapatkan Inani yang tunggu di meja sebelah kaunter check-in.
“Macam ratu cantik bersiap. Aku rasa...”
“Sudah, sudah. Aku tak nak dengar ceramah kau malam-malam begini,” potong Sarina sebelum dia terpaksa dengar tazkirah malam.
“Yalah. Yalah. Ni nak naik kereta siapa?”
“Kereta akulah.”
“Okey. Aku tak kisah. Aku boleh rehat sebelah.” Habis saja bicara Inani, telefon bimbit Inani berbunyi, menandakan ada satu pesanan masuk. Dia tersenyum sambil diperhatikan oleh Sarina. Dia syak Encik Ishak yang menghantarnya.
“Tunang kau ke?” Sarina tersenyum.
“Taklah,” Inani senyum penuh rancangan.
“Jomlah,” tangan Sarina digenggam Inani lalu ditariknya pergi dari situ. Mereka bertolak pergi dari situ dengan kadar segera.
“Nasib baik tak ada seminar pada waktu malam. Kalau tak, naik lenguh otak dibuatnya,” Sarina memulakan perbualan.
“Betul. Kalau tak terperuklah kita dalam bilik tu. Naik bosan aku,” sambut Inani pula.
“Ya ke? Aku tengok kau yang paling excited dalam seminar tadi. Orang pujaan dihati ada didepan. Mana boleh bosan,” usik Sarina.
“Ha’ah, betul sangatlah tu. Ada juga yang kena belasah nanti. Dia orang pun nak pergi berjalan juga waktu malam. Pergi shopping untuk anak isteri, keluarga...”
“Dan kekasih hati,” Sarina masih mahu mengusik Inani.
“Ha’ah. Memang pun. Aku pun nak juga dia beli kat aku,” ucap Inani sambil jelingan diberikan kepada Sarina.
Sarina ketawa besar dengan kata-kata Inani. Akhirnya, Inani juga turut ikut ketawa.
“Yes. Akhirnya, dia mengaku juga.”
“Yalah. Dah suka sangat kacau aku. Mengaku ajelah. Senang. Prappp!!! Titik.”
“Wah, ayat kau siap ada muzik lagi. Prappp!!! Titik,” ejek Sarina.
“Baru tau? Itu baru perkembangan, belum klimaks lagi. Silap hari bulan, dengan kau sekali aku belasah. Biar padan muka. Suka sangat usik aku,” Sarina ketawa besar.
“Sudahlah. Naik bernanah telinga aku. Kau tak nak tahu ke macam mana aku boleh...”
“Of course ler,” sampuk Sarina.
“Yang aku boleh start berkenalan dengan dia tu, sebab Kak Chik la.”
“Kak Chik mana?”
“Alah, Kak Chik yang suka gelar orang dengan macam-macam gelaran tu.”
“Yang tu aku kenal sangat. Sambung.”
“Dia yang perkenalkan aku dengan Ishak. Masa tu, kenduri rumah sepupu Kak Chik. Lepas tu, Ishak ikut sekali dengan family Kak Chik. Dia suruh aku pergi panggil Ishak kat kereta. Ishak sedang pegang anak Kak Chik yang tidur. Aku pun pergilah panggil tanpa ada rasa syak apa-apa. Dua tiga hari lepas tu, ada orang call aku. Rupa-rupanya Kak Chik yang bagi nombor aku kat Ishak. Sebenarnya, dia suruh aku panggil Ishak masa tu sebab Ishak nak tengok orang yang Kak Chik cuba padankan. Dia terus setuju. Tu yang call aku lepas tu. Kak Chik tu pun pandai, dia suruh aku pergi panggil Ishak padahal suami Kak Chik dengan Kak Chik pergi makan dulu. Kurang asam betul! Disuruhnya Ishak pegang anak dia orang.”
“Pandai Kak Chik buat jerat. Kau dah buat solat istikharah ke?”
“Sudah.” Ringkas jawapan Inani.
“Jawapannya?”
“Ada jodoh. Dalam aku punya petunjuk, dia muncul,” ceria nada Inani.
“Bila kendurinya?”
“Belum tetap lagi. Bila nak sampai ni? Dah lenguh kaki aku tau. Dari tadi tak sampai-sampai lagi.”
“Kejap lagi sampailah,” balas Sarina. Tidak lama kemudian, mereka sampai ke destinasi yang dituju.
Sarina dan Inani berjalan kaki ke pasar malam disitu.
“Rina. Tunggu kejap kat sini. Aku nak pergi bank. Nanti aku datang balik,” kata Inani.
“Cepat sikit,” Sarina menungu di situ.
Dia melihat sekeliling. Begitu ramai orang yang datang. Macam-macam fesyen orang ada. Yang mat saleh, tak mat saleh, yang putih, yang gelap, semua ada. Tak kurang juga anak muda yang melepak ditepi jalan sambil memerhati orang yang lalu lalang disitu. Lelaki perempuan bercampur tanpa ada batasan. Kepala Sarina tergeleng-geleng. Gerai-gerai bersusun dilorong itu. Macam-macam gerai ada. Yang paling menarik hati Sarina adalah gerai tudung. Beraneka tudung yang ada. Siti nurhaliza, Rosalinda, Luna Maya, dan seanekanya ada. Dia memandang atas, melihat langit yang kelam. ‘Cantiknya. Subhanallah. Maha Pencipta Segalanya. Indah sungguh kurnian Mu,’ bisik hatinya.
“Asalamualaikum,” ucap satu suara. Terkejut Sarina yang sedang enak menikmati keindahan malam.
Terlihatnya Dan yang tersenyum. Sarina membalas senyuman menggoda itu. Gembira hatin Sarina bukan kepalang.
“Waalaikumusalam. Awak buat apa kat sini?”
“Saja jalan-jalan. Kan saya cuti lama. Awak datang dengan siapa?” Dan pura-pura tanya walaupun padahal dia sudah mengetahuinya.
“Saya datang dengan Inani. Dia pergi bank kejap. Look, Dan. Saya...”
“Eh, Dan pun ada disini? Bolehlah jalan dengan kami.” Pelawa Inani. Dia sudah kembali dari bank. ‘Hish, tak kena masalah mak cik ni datang,’ getus hati Sarina.
“Boleh juga. Apa yang awak nak kata tadi Rina?” Dan lebih memberi perhatian pada Sarina. Dia ternanti-nanti kata Sarina. Inani turut memandang Sarina. Sarina tiba-tiba berasa malu.
“Hmm. Tak ada apa-apalah. Jomlah pergi,” Sarina cuba mengalih topik.
“Jom,” Inani yang tidak syak apa-apa, berjalan dulu. Dan yang tidak puas hati, memandang Sarina bagai nak telan. Sarina serba salah. Dan mengekori belakang mereka.
“Jom pergi gerai tu,” Inani menarik tangan Sarina ke gerai yang menjual pelbagai koleksi tudung. Dan terus mengekori mereka.
Sarina kejap pandang tudung, kejap pandang Dan. Dia mahu berbicara dengan Dan. Satu idea terlintas di kepala Sarina. perlahan-lahan dia menjauhi Inani dan pergi ke arah Dan. Inani tidak perasan akan kelakuan Sarina kerana sudah rambang mata dengan koleksi tundung disitu.
“Dan.” Sarina memanggil Dan yang memandang ke arah lain. Pantas Dan memandang Sarina. Tepat ke arah anak mata Sarina. tertunduk Sarina dengan renungan itu.
“Saya sebenarnya nak minta maaf pasal tengah hari tadi. Saya memang tak patut marah awak sebab hal kecil saja. Saya...” Sarina ingin meneruskan ayat yang dia cuba simpul dari petang tadi, tetapi dipotong oleh Dan.
“Tak apa, saya tak kisah. Tapi...” Dan melambatkan kata-katanya.
“Tapi apa?” Sarina tidak sabar.
“Tapi dengan syarat.” Dan bermain-main dengan Sarina.
“Hah? Syarat apa pula? Nak maafkan kesalahan kecil pun kena syarat ke?” keluh Sarina.
“Syaratnya agak banyak. Kira apa saya, salah kecil ke, besar ke,” Dan senyum dalam hati namun diseriuskan wajahnya.
“Banyak? Mati saya,” Dan ketawa kecil.
“Hah? Mati? Saya tengok hidup lagi,” gurau Dan. Inani masih leka dengan tudungnya. Tidak sedar dia akan ketiadaan Sarina disisinya. Orang makin ramai dipasar itu. Memaksa Dan mendekati Sarina kerana ada orang yang terlanggarnya. Terbau wangian Dan oleh hidung Sarina. Tergoda juga hatinya. Namun, cepat-cepat dia beristifar.
“Apa syaratnya?” akur Sarina dengan syarat yang mahu Dan tetapkan. Dan tersenyum seronok sambil terangkat-angkat kening. ‘Tu adalah syarat yang bakal menjerat aku,’ desah hati Sarina.
“Apa syaratnya nanti, saya akan fikirkan. Nanti saya beritahu. Buat masa sekarang kita shopping dulu!” kata Dan sambil tangan diayun ke atas.
“Rina sini kejap. Tolong aku pilih tudung yang sesuai dengan baju ni,” Inani menunjuk baju berwarna ungu yang dibawanya.
Sarina menoleh. Kakinya melangkah ke arah Inani yang setia memandangnya. Dan hanya mengekori dari belakang.
“Mari sini aku tengok,” Sarina mengambil baju yang dipegang Inani. Dilihatnya dengan teliti. Lagak seperti seorang pereka fesyen yang sedang menyesuaikan baju.
“Aku rasa sesuai. Tapi aku rasa yang tu lagi sesuai,” Sarina menunjuk satu tudung yang agak jauh dari tempat mereka berdiri. Masing-masing tertoleh ke belakang.
“Ha’ahlah akak. Saya rasa yang tu lagi sesuai. Baju ni warna yang agak terang, sesuailah dengan tudung yang warnanya lembut,” kata jurujual itu bersetuju dengan cadangan Sarina sambil tangannya mengambil tudung yang tergantung disitu. Kemudian, diserahkan kepada Inani.
“Hmm...betul juga idea kau tu. Saya ambil yang nilah,” Inani menyerah tudung itu kepada jurujual tersebut untuk dibungkus.
“Nampaknya kau boleh jadi perunding fesyen,” kata Inani kepada Sarina sambil tangannya ligat mencari dompet di dalam beg tangan. Akhirnya, dia jumpa juga. Jurujual itu datang bersama dengan beg plastik. Inani suakan wang kepada jurujual itu.
“Tak payahlah. Dah ada orang bayarkan,” Inani terkejut. Begitu juga dengan Sarina. Mereka saling berpandangan. Dan hanya diam.
“Siapa?” tanya Inani kepada jurujual itu.
Jurujual itu tidak menjawabnya tetapi menuding jari ke arah bertentangan. Mereka bertiga menoleh. Encik Ishak! Serta-merta Inani tersenyum. Sarina tersenyum sinis ke arah Inani. Dan pula hanya melihat adegan itu kerana tidak memahami apa yang berlaku. Encik Ishak berjalan merapati mereka.
“Tap apalah. Saya belanja,” ucapnya perlahan. Dia memandang Dan yang berada disebelahnya. Ternyata Dan lebih tinggi dari Encik Ishak. Dia bersalaman dengan Dan.
“Saya Ishak. Tunang Inani,” Encik Ishak perkenalkan dirinya.
“Saya Dan. Kawan lama mereka,” Dan senyum sambil perkenalkan dirinya juga. Matanya melirik ke arah Sarina. Dia ingin menjelaskan hubungan mereka. Sarina yang dapat membaca apa yang Dan ingin lakukan menjegilkan biji matanya. Kelakuan mereka menarik perhatian Encik Ishak, namun dipendamkan dalam hati saja.
“Joinlah kami shopping,” pelawa Dan. Sebolehnya dia mahu Inani pergi meninggalkan dia dan Sarina. Apabila Inani merasakan dia dan Encik Ishak menganggu mereka, dia berharap Inani akan mengajak Encik Ishak pergi dari situ.
“Tak apa ke?”
Sarina yang tidak perasan akan rancangan Dan, bersetuju tanpa memikirkannya. Sarina menyangkakan dia akan terlepas dari Dan. “Boleh aje.” Sarina menganggap Encik Ishak akan berjalan dengan Dan, maka tidak bolehlah Dan nak berbicara dengannya dan merapatinya.
Dalam hati Dan, dia bersorak girang. Inani keliru dengan permainan yang dimainkan oleh Dan dan Sarina. Encik Ishak hanya tersenyum. Mereka berempat keluar dari gerai itu.
Sangkaan Sarina meleset sama sekali. Rupa-rupanya Encik Ishak berpasangan dengan Inani. Terpaksalah dia berjalan dengan Dan. Hati Dan melonjak girang. Masam sahaja wajah Sarina. ‘Kenapalah aku kena jalan dengan mat saleh celup coklat putih ni,’ bentak hati Sarina. Dipintal-pintal hujung beg tangannya kegeraman. Encik Ishak dan Inani yang berada di depan berbisik tetapi tidak didengari oleh Dan dan Sarina. Tiba-tiba sahaja Inani berpusing mengadap Dan juga Sarina yang berada dibelakang mereka.
Langkah mereka terhenti. “Kau orang berdua berjalanlah dua orang kami. Kami nak pergi kejap. Ada hal penting sikit,” sejurus itu dia berpusing tetapi suara Sarina menahannya.
“Aku nak ikut.”
“Tak payahlah. Dia orang perlukan privasi. Nak jadi pasu bunga ke?” bisik Dan perlahan.
“Kau orang pergilah. Aku dengan Rina okey aje. Pergilah,” pintas Dan sebelum Inani sempat berkata-kata. Inani tersenyum dan berlalu pergi dengan Encik Ishak. Sarina dan Dan kaku disitu.
“Jom kita pergi kedai tu. Laparlah. Tak makan malam lagi ni. Temankan I,” rengek Dan seperti anak kecil.
“Pergilah sendiri!” bentak Sarina. Di palingkan wajahnya dari Dan. Sementara, Dan pula terkekeh-kekeh ketawa seronok dapat permainkan Sarina. ‘Hish, gatal betullah dia ni. Ber “I” pulak. Masa bila tukar nama,’ getus hati Sarina.
“Ala. Jomlah. Please! Lapar sangat ni. I belanja? Dari tadi lagi tak makan tau,” rengek Dan. Simpati mula menjamah hati Sarina.
“Yalah! Yalah!”
“Ha! Macam ni yang buat Dan sayang Rina,” Dan seronok.
“Yalah tu. Dahlah jom.”
Mereka melangkah pergi ke kedai yang Dan cadangkan. Mereka duduk di ruang sebelah luar. Pemandangan disitu boleh menampakkan orang yang lalu lalang.
“Nak apa?”
“Sky jus jadilah,” Sarina masih memberontak.
“Aik? Marah lagi,” usik Dan. Sarina hanya menjeling. Dan merenungnya. Naik gelisah Sarina.
“Hish, jangan tengok orang macam tu boleh tak. Lemaslah,” luah Sarina. Kata-kata itu tidak berbekas dihati Dan. Malah, makin seronok hati Dan kerana dapat melihat wajah comel Sarina ketika marah. Bukan selalu dia dapat melihatnya.
“Makan tak nak ke?”
“Tak nak,” suara Sarina kasar. Dan hanya tersenyum.
“Orang nak belanja ni. Betul tak nak?”
Sarina mengangguk dengan pantas dan penuh yakin.
“Okey then,” Dan bangun dan ke kaunter pesanan. Tidak berapa minit, dia kembali dengan dulang yang berisi minuman dan makanan.
“Ni untuk Dan air sirap limau. Ni untuk Rina. Jus oren.”
Sarina tersentak. Rupa-rupanya Dan masih ingat minuman kegemaran Sarina. Hatinya sedikit tersentuh.
“Terima kasih,” sedikit lembut suara Sarina. Dan memandang pelik. Namun dia buat seperti biasa sahaja.
Dan kemudiannya memulakan mukadimah makannya dengan membaca bismillah. Mereka sepi tanpa kata. “Kenapa awak benci saya?” Dan bersuara mengejut. Sarina tersentak dengan soalan yang diajukan. Terdiam Sarina. Tidak tahu mahu kata apa.
“Masa bila saya benci awak?” Sarina cuba menangkis dakwaan Dan. Dia agak gugup. Cuba disedut minuman itu bagi menghilangkan rasa gugupnya. Dan masih tetap dengan makanannya. Soalan dibalas dengan soalan.
“Yalah. Cara awak layan saya,” Dan masih meneruskan dengan makanannya.
Sarina hanya terdiam.
“Macam tak suka saya datang. Awak buat acuh tak acuh dengan saya. Saya ada buat salah dengan awak ke? Awak marah dengan saya ke?” pertanyaan demi pertanyaan dilontarkan tetapi Sarina hanya bermain-main dengan hujung straw dan terdiam. Dan memandang Sarina apabila Sarina masih berdiam diri. Dia mengeluh. Dia berhenti makan. Nasi yang tinggal separuh dibiarkan seketika. Matanya tepat memandang ke anak mata Sarina.
“Jawablah Rina. Jangan buat saya panasaran. Saya dah tak larat dengan keadaan awak yang bisu saja. Macam nilah keadaan awak bila kita cuba dipisahkan. Saya seorang saja yang bersungguh-sungguh pertahankan hubungan kita. Saya bermati-matian bertekak dengan ayah saya dan ayah awak tapi awak...awak hanya bisu. Saya macam orang bodoh asyik pertahankan hubungan ni sedangkan awak macam hidup segan, mati tak mahu. Awak hanya tercegat kat situ. Macam saya seorang saja yang nak hubungan kita berjaya. Tolonglah, Rina. Awak tidak suka saya ke? Kalau awak tak suka, saya boleh terima tapi awak hanya senyap. Saya mahukan jawapan Rina,” luah Dan. Akhirnya, dia meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Dia memandang Sarina yang sepi. Kemudian, Sarina memandang anak mata Dan dengan tepat.
“Saya...saya...saya takut Dan,”
“Apa yang awak takutkan Rina? Cuba cakap dengan saya,” Dan cuba bercakap dengan selembut mungkin.
“Saya takut semua orang tak restui hubungan kita. Saya takut kehilangan apa yang saya sayang. Saya takut hubungan kita tidak menjadi akhirnya. Saya tak nak dikecewakan. Sebenarnya, saya takut dikecewakan. Saya takut kehilangan awak dan saya takut kehilangan keluarga saya,” setitik demi setitik terburai air mutiara Sarina. Namun, tidak disedari orang lain. Sarina mengelap air matanya dengan sapu tangan.
“Sebenarnya awak akan kehilangan saya kalau awak tak bersungguh-sungguh malah, awak akan hilang keluarga awak kalau awak tidak berjuang. Tak perlulah awak berasa takut. Saya ada disisi awak. Jangan takut,” pujuk Dan. Sarina masih cuba menghilangkan kesan air matanya.
“Sudahlah. Nanti tak pasal-pasal ada sungai mengalir nanti,” Dan cuba merengangkan keadaan. Sarina ketawa kecil sambil tangan masih mengelap matanya yang beranak sungai.
“Saya nak awak jujur,” Dan bersuara. Sarina hanya mengangguk.
“Awak sayangkan saya tak?” Dan menanti. Sarina tersipu-sipu malu. Perlahan-lahan dia mengangguk.
“Yes,” Dan jerit agak kuat dan menarik perhatian beberapa orang yang makan disitu. Masing-masing menggeleng sambil tersenyum. Menduga mereka pasangan yang bercinta.
Merona kemerahan pipi Sarina. Dia kemudiannya tidak tentu arah. Dan pula serba tidak kena dibuatnya oleh sebab terlampau seronok. Dipegang sudu tetapi berasa tidak kena. Dipegang straw untuk minum tetapi kemudian berasa sudah kenyang. Akhirnya, dia meletak sudu dan memandang Sarina. Sarina yang sememangnya sudah tidak serba kena menjadi lebih serba tidak kena.
“Awak kena berjanji dengan saya satu perkara,” tiba-tiba Dan menjadi serius.
“Berjanji apa?” hati Sarina tertanya.
“Berjanji akan bersama dengan saya walau apa pun yang terjadi. Berjanji kita akan bersama menempuh dugaan yang datang. Berjanji?”
Sarina mengangguk. Dan tersenyum bahagia. Dia sudah dapat apa yang dia mahukan. Sarina melihat pinggan Dan. Nasi masih lagi tinggal separuh.
“Kalau ye pun, habiskanlah makanan awak tu dulu. Tak baik membazir. Tahulah hati awak tu bahagia tapi habiskan makanan awak tu,” pesan Sarina. Dan menurut perintah.
Tiba-tiba sahaja seleranya datang bagai tornado yang kelaparan. Sarina yang melihat ketawa. Lucu dengan gelagat Dan.

No comments:

Post a Comment