Saturday, April 3, 2010

bab21

BAB 21
Bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan, akan tiba esok. Umat Islam di Malaysia sudah bersedia untuk menyambut penghulu segala bulan. Tidak kurang juga yang bersedia untuk menyambut hari raya walaupun lagi sebulan sebenarnya baru menyambut tapi bagi mereka apa salahnya buat persediaan awal kerana barang akan mula naik apabila lagi seminggu menyambut raya. Segalanya yang tidak sepatutnya naik akan naik. Mencari keuntungan. Cakap saja potong lima puluh peratus, tapi sebenarnya naik lima puluh peratus. Cekik darah betul!
Hari ini hari Ahad. Hujung minggu begini dia bercuti. Esok puasa. Rancangannya mahu keluar untuk beli barang stok masa sahur nanti. Juga untuk berbuka puasa nanti. Kepala yang berisi otak, memikirkan rencana pada hari itu.
“Ah, baik aku pergi mandi dulu. Badan pun sudah berbau sikit.” Bingkas Sarina bangkit dari sofa yang terletak di ruang tamu. Televisyen ditutup. Tidak ada program yang menarik.
Usai, dia mandi dan siap berbaju kurung, kaki melangkah menuruni anak tangga. Tangan mencapai kunci kereta di atas meja makan. Tidak lama kemudian, dia bergerak bersama kereta ke pusat bandar. Beberapa jam meronda dibandar, dia terasa letih. Barang penuh di tempat duduk belakang. Baju untuk hari raya untuk keluarganya juga dibeli. Untuk yang ‘teristimewa’ juga ada.
“Makan kat mana ya?” gumamnya sendiri. Bercakap pada dirinya sendiri.
“Ah, kat RFClah. Sedap kat situ. Lama pula tidak pergi.” Kereta membelok ke kiri menuju ke Shahab Perdana. Restoran RFC sekarang memang terkenal di Kedah. Makanannya yang halal untuk umat Islam memang patut di sambut oleh umat Islam. Dia terdengar ura-ura untuk membuka cawangan di Bangi dan di Mekah. Bravo! Ustaz Ismail. Anak melayu yang berjaya patut diteladani.
Tidak lama selepas itu, dia sampai ke destinasi. Dia masuk ke dalam RFC. Kedatangannya disambut oleh pelayan disitu dengan membuka pintu untuknya.
“Terima kasih.” Terangguk kepala Sarina menanda tanda hormat.
“Sama-sama.” Balas anak muda itu yang berpakaian serba oren. Topi dan baju warna oren. Seluar slack pula warna hitam. Orangnya nampak smart. Mereka berbalas senyuman.
“Makan sini atau bungkus?” sapa penjaga kaunter wanita yang sama pakaiannya dengan penyambut pintu tadi, setelah Sarina tiba dikaunter. Lama juga dia menunggu kerana barisan sangat panjang. Begitulah keadaan setiap hari. Sesak dengan orang yang datang membeli. Servis pula sangat mesra. Dengar kata setiap pekerja disitu perlu solat Dhuha setiap hari. Baguslah begitu!
“Makan sini. Bagi saya Chicken Delight A satu set. Popcorn besar satu. Mashed Potato besar satu. Ziz zag wedges besar satu.” Pesan Sarina. Banyak juga yang dia pesan. Mampu ke habiskan?
“Air?” tanya pelayan itu sambil mengetuk-ngetuk komputer dengan jari telunjuk yang kukunya pendek.
“Strawberi.” Sarina tersenyum. Tangan diletakkan diatas kaunter sambil menggengam kunci kereta serta rumah.
“Sila tunggu ya cik.” Sarina mengangguk sambnil mulut mengatur senyuman.
Tangkas wanita itu mengambil makanan yang dipesan. Tidak lama Sarina berada disitu. Kakinya mengatur menuju ke sebuah meja untuk enam orang ditepi tingkap. Fikirnya, jika berada disitu, dia dapat melihat pemandangan diluar.
Sos cili di depan mata diambil, lalu tangannya menuang diatas pinggan. Ayam yang kekuningan dicubit dan dicelup dengan sos. Lalu, am...
Mulutnya mengunyah dengan rasa enak bangat. Tidak dia sedar seseorang dari barisan di kaunter, melihat gelagatnya sejak tadi. Bibir lelaki itu tersenyum melihat gelagat Sarina yang macam budak-budak kecil. Menikmati hidangan dengan rasa syok!
Lelaki itu, sambil membawa dulang makanan, merenung dan bergerak menuju ke arah Sarina.
“Boleh saya duduk sini?” sapa lelaki itu dengan nada suara garau. Belakangnya terdapat tiga orang budak-budak yang berpakaian sekolah.
Sarina terdongak. Gerak tangannya mencubit ayam, terhenti. Dihadapan matanya ada seorang lelaki yang tidak muda, dan tiga orang budak-budak sekolah menanti jawapan darinya.
“Eh, cikgu! Duduklah. Tak ada siapa pun duduk disini. Mari duduk sebelah kakak.” Ajak Sarina kepada seorang budak sekolah perempuan yang malu-malu. Namun, kaki tetap melangkah pergi. Lagi dua orang budak lelaki duduk disebelah cikgu mereka, Hafiz.
“Terima kasih,” seraya itu dia meletakkan dulang makanan diatas meja yang Sarina duduk. Penuh meja, dengan makanan mereka. Ruang kapasiti makin kurang apabila anak muridnya turut duduk disitu.
“Cikgu dari mana?” Sarina bertanya basi-basi. Hafiz memulakan seleranya dengan Bismillah.
“Bawa budak-budak ni pergi pertandingan.”
“Pertandingan apa?” tanya Sarina. Mereka yang lain sepi tanpa kata kerana telah dirasuah dengan RFC.
“Pantun. Kalau kamu semua nak tahu, kakak ni, Sarina, johan pantun peringkat kebangsaan untuk sekolah kita.” Di unjuk jari kepada Sarina. Dia tersipu-sipu malu.
“Cuba akak pantun sikit.” Usik seorang budak lelaki, yang bernama Amran, lihat dari tag namannya.
Seisi meja itu bergema dengan tawa mereka. Sarina ketawa kecil.
“Manalah akak ni nak ingat lagi. Dia pun dah lama tinggalkan sekolah.” Sela budak bernama Idham. Dia merenung Sarina macam nak telan. Di mindanya bermain sesuatu. Senyuman penuh makna dilempar kepada Sarina. Dirinya terasa pelik dengan senyuman Idham.
Muka Idham yang seperti anak orang putih menggamit memori terhadap seseorang. Matanya biru laut, kening agak lebat, bibir monggel merah.
Kemudian, terlihat dia menunduk ke bawah meja. Jari bermain-main atas pad kekunci telefon bimbit. Perbuatannya disoroti mata Sarina.
“Kamu buat apa kat sini, Rina?”
“Saya datang beli barang dapur. Esokkan puasa. Barang dapur pun dah lama habis.”
“Hah?! Betullah. Esok puasa. Macam manalah saya boleh tak ingat.” Keluhnya seperti kesal.
“Macam manalah cikgu boleh lupa. Orang dok riuh sana sini, cikgu boleh terlupa? Apalah cikgu ni.” Komen Fatahiah Aziba. Dari tag namanya.
Masing-masing ketawa kecil. Kelakar melihat gelagat Fatahiah. Sarina tiba-tiba merindui zaman persekolahan. Zaman yang sukar dicari. Zaman yang tak akan kembali. Zaman yang penuh kenangan.
“Nak buat macam mana? Saya pun dah tak muda lagi. Selalulah lupa.” Suara Hafiz yang kuat sambil melawak mengejutkan Sarina yang kaku sekejap. Nasibnya baik kerana tidak seorang pun yang perasankan, dirinya yang terleka dengan teringatkan zaman sekolah.
“Bukan ke cikgu pernah cakap. Tidak kiralah orang tua atau muda, ingatan kita mesti kuat, terutamanya untuk yang suka belajar. Ditambah pula, kita akan belajar sampai ke liang lahad. Orang tua yang bercucu pun masih boleh belajar, yang memerlukan ingatan yang kuat pun, masih boleh belajar sampai graduate. Takkan cikgu yang muda dari dia pun, tak boleh?” sekarang, Hafiz, kena membebel dengan Fatahiah. Terkedu juga dia dengan kata-kata yang terkeluar dari mulut Fatahiah.
“Ada gaya jadi ustazah ni.” Komen Sarina.
“Memang cita-cita saya pun.” Balas Fatahiah dengan senyuman yang meniti dibibir untuk dipergayakan kepada Sarina.
“Bagus. Akak percaya, Tihah akan jadi seorang ustazah yang baik dan pandai mengajar anak muris nanti. Percayalah!” Sarina memberi senyuman semangat untuk Fatahiah. Mereka yang lain, hanya memerhati.
“Terima kasih.”
“Sama-sama.”

Sarina tidak jadi pulang ke rumah apabila Hafiz mengajak pergi ke sekolah yang berlangsungnya pertandingan pantun tersebut.
Pada mulanya, Sarina enggan mengikut mereka. Namun, atas desakan anak-anak murid Hafiz, memaksanya pergi bersama. Pujukan demi pujukan dari Fatahiah, melembutkan hatinya untuk pergi bersama mereka. Tidak sampai hati untuk menghapuskan rasa beria-ria Fatahiah.
Sekarang mereka berada ditempat berlangsungnya pertandingan itu. Sarina melangkah sopan beriringan dengan Fatahiah. “Seronok tak Tihah berada di sekolah lama akak?” soalnya tika mereka menuju ke dewan. Hafiz serta dua orang pelajar lelaki lain berjalan dihadapan mendahului mereka.
Fatahiah memandang Sarina lembut. “Seronok. Cikgu-cikgu sporting betul. Cara dia orang mengajar, buat saya seronok untuk belajar. Guna kuiz, permainan dan macam-macam lagilah. Memang seronok.” Fatahiah menerang dengan penuh bersemangat. Tangan bermain-main di awangan.
“Cikgu masa yang lama ke?” tanya Sarina ingin tahu.
“Ada juga yang lama. Tapi, kebanyakkannya yang baru.” Mereka memasuki pintu dewan. Besar betul dewan itu. Sudah, nama pun dewan!
“Cikgu Asiah ada? Cikgu Azam? Cikgu Azizah? Cikgu Nik Nur Diana? Cikgu Noor Aini? Ustazah Sakinah? Semua-semua cikgu tu ada lagi?”
“Semua yang akak sebut, semua dah pindah.”
“Oh, yake?”
“Masa Tihah masuk dulu, dia orang kat situ beberapa bulan sahaja, kemudian, lesap ke sekolah lain.”
Kerusi dihadapan menjadi pilihan mereka kerana mudah untuk mendengar apa yang mereka katakan. Tambahan pula, mereka berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir.
Tidak lama kemudian, nama mereka bertiga dipanggil untuk naik ke atas pentas. Mereka akan bermula saingan untuk merebut gelaran juara peringkat kebangsaan. Kemudian, Hafiz bergerak ke baris belakang untuk duduk disebelah Sarina. Tersenyum Sarina hulurkan buat Hafiz. Sedikit tersentap Hafiz, dengan senyuman yang Sarina hulurkan. Jantungnya tiba-tiba berdegup pantas.
“Lepas ni buat apa?” Hafiz memulakan perbualan. Sarina mengalihkan pandangan kepada Hafiz.
“Lepas apa?” tidak Sarina tahu maksud soalan yang dilontarkan Hafiz.
“Lepas habis pertandingan ni, nak buat apa?” ulang Hafiz.
“Oh, balik rumahlah. Nak buat apa lagi? Esokkan dah nak puasa, jadi malam ni nak pergi masjidlah.” Jelas Sarina sambil mata memandang di atas pentas, melihat Fatahiah bersiap-siap untuk memulakan perlawanan.
“Nanti raya di mana?” didekatkan kepala supaya Sarina mendengar kerana dia berbisik. Sarina yang terkejut dengan tindakan Hafiz, menjarakkan sedikit kedudukannya.
“Belum puasa, dah tanya pasal raya? Advanced betul.” Hafiz ketawa kecil.
Sarina turut ketawa kecil. “Raya kat Sik lah. Nak raya kat mana lagi? Bukannya ada suami lagi, nak beraya rumah mak mentua.” Sambung Sarina.
“Manalah nak tahu tiba-tiba dah ada suami.”
“Ewahh! Ingat kita ni kena tangkap ikan kering ke apa? Tak mainlah nikah koboi.” Terjuih mulut Sarina. Hafiz melambakkan ketawanya. Namun perlahan, takut mengganggu orang lain yang menonton perlawanan pantun yang sudah bermula. Kelihatan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sik, sekolah lama Sarina, lebih mantap pantunnya. Terselit rasa bangga dalam dirinya. Ditambah pula, jawapan yang diberikan Fatahiah memang mantap. Pantun dari Fatahiah mendapat tepukan gemuruh dari penonton yang lain.
“Saya bergurau ajelah. Sekarang awak kerja apa?”
“Kerja sebagai setiausaha pegurus syarikat.”
“Best tak kerja tu?”
“Boleh tahanlah. Seronok juga.” Sarina membuat isyarat peace kepada Fatahiah. Senyuman dari Fatahiah yang menjadi balasan.
“Cikgu balik raya nanti kat mana?” soal Sarina pula.
“Saya balik kampunglah.” Berkerut dahi Hafiz. Sengaja dikerutkan dahinya.
“Memanglah balik kampung. Tapi kampung mana? Buat-buat tak tahu pula.” Marah-marah lawak.
“Kampunglah...” Hafiz masih mahu bermain-main. Seronok dapat mempermainkan Sarina. Kenapalah dia tak melihat Sarina dulu? Sekarang baru dia perasan akan kehadiran Sarina. Matanya ternampak kelibat seseorang yang menarik perhatiannya pada malam kenduri itu, Sarina. Namun, cepat-cepat diusir perasaannya, apabila mengenangkan dia sudah berpunya.
Hari ini, dia berjumpa lagi dengan Sarina. Hati riang entah tidak jua dia ketahui.
“Nak main-main lagi tu. Menyampah betul. Dahlah, malas nak layan.” Sarina pura-pura merajuk.
“Eleh! Merajuk konon. Buatlah muka macam tu, nanti kalau campak dalam laut, jerung pun tak lalu nak makan.” Usik Hafiz. Usikannya berjaya apabila Sarina perlahan-lahan mengukir senyuman di bibir.
“Dah jerung tu kenyang.” Balas Sarina. Masih belum mahu mengalah dengan Hafiz.
“Yalah tu.” Hafiz mengalah akhirnya. Sarina menjeling suka kerana menang. Walaupun, dia tahu Hafiz sengaja mengaku kalah.
“Kia hei?” tanya Hafiz dalam bahasa hindustan bermaksud apa.
“Murtad melayu ke apa cikgu aku ni?” bisiknya perlahan. Desiran bibir mengatur kata sebentar tadi, kedengaran di telinga Hafiz, namun tidak jelas butir-butir bicaranya.
“Awak cakap apa?” sergah Hafiz tiba-tiba.
“Hah?! Cakap apa?” tindakan spontan Sarina, membuatkan Hafiz terdiam. Mereka senyap. Hanya kedengaran tepukan dari para penonton yang sesak dalam dewan untuk menyaksikan pertandingan pantun disitu. Suasana hening antara mereka. mulut terkatup rapat. Tidak tahu mahu berkata apa lagi.
Hampir sejam perlawanan itu berlangsung, akhirnya mereka turun dari pentas. Fatahiah mendapatkan Sarina di tempat duduk penonton. Hafiz kembali ke tempat asalnya, di hadapan Sarina dan Fatahiah.
“Macam mana? Okey tak?” terus Fatahiah serbu dengan soalan semasa menghempaskan punggungnya di atas kerusi sebelah kiri Sarina. Dia mengeluh lega kerena sudah berakhir perlawanan itu. Tangan bersilang diatas paha.
“Okey. Bagus. Akak tengok, Tihah jawab dengan tepat. Rima di belakang dan tengah sama. Cantik betul. Akak yakin, kamu akan menang.” Ucap Sarina. Senyuman meniti dibibirnya.
Senyuman Sarina berbalas, namun agak kelat. Mungkin kerana debaran menunggu keputusannya. Sementara menunggu keputusan, mereka dijamukan dengan persembahan sketsa, yang langsung tidak menarik perhatian Sarina. Dia termenung sendirian. Fatahiah membetulkan blazernya. Terlayar peristiwa lama.

Sarina membetulkan tudungnya berkali-kali. Walaupun tudung yang dipakai Sarina sudah tersemat elok, tetapi tidak padanya.
Dia mahu berjumpa dengan Ina, menemani pergi ke rumah sepupu Ina kerana ada kenduri kesyukuran.
“Rina!” jerit Ina yang menyerbu masuk ke dalam bilik Sarina yang berwarna peach.
Ina tercungap-cungap. Sesak naik turun nafas dadanya. Kelihatan dia seperti baru saja tamatkan larian 100 meter. Tudung yang dipakai kelihatan sedikit senget, mungkin kerana lariannya sebentar tadi. Keluarga Sarina tidak ada tika itu. Mungkin keluar.
“Kau ni ada apa yang berlari macam kena kejar dengan dracula? Habis tudung yang comel tu. Senget-menget.” Sarina ketawa kecil tapi tidak Ina.
“Nah!” disua surat yang tersemat dalam genggamannya semasa larian. Utuh gengagamannya. Sarina menyambutnya. Berkerut dahinya.
Sarina memandang Ina. “Surat apa ni?”
“Baca dulu.”
“Okey.” Ligat tangannya membuka sampul itu yang terlukis hati di depan.
Tidak lama kemudian, Sarina sudah membaca surat itu. Tangannya kaku. Tidak memberi sebarang reaksi. Matanya bercahaya. Bercahaya kerana air hangat mula membentuk kolam di tepi kelopak matanya. Setitik demi setitik air mata itu jatuh menuruni pipinya. Masing-masing terdiam. Surat itu terlepas dari pegangan Sarina dan perlahan-lahan dengan daya graviti, jatuh ke lantai. Ina kaget melihat mata Sarina yang berair. Dia juga kaku melihat Sarina.
“Surat tu kata apa Rina?” Ina bersuara perlahan. Dia turut merasa sebak meliahat keadaan Sarina.
Dikalih wajahnya perlahan-lahan, memandang Ina. Air matanya sudah sampai ke dagu.
“Ina...tolong aku Ina..aku tak tahan...aku tak tahan Ina...bantu aku Ina...” tangannya dihulur kepada Ina. Hulurannya bersambut. Lantas Ina memeluk rakannya yang sedang sebak menanggung rasa sedih dan bercelaru fikirannya. Sarina memeluk Ina dengan kuat. Tersedu-sedan dia dibahu Ina. Hampir basah bajunya.
“Dia nak tinggalkan aku, Ina...dia nak pergi, Ina...tolong aku, Ina...dia tak sayangkan aku, Ina...dia tak sayangkan aku, Ina...” diketuk lemah belakang Ina. Air matany berderai dengan lebat. Tatkala itu, Ina memeluk rakannya dengan kuat bagi menghilangkan rasa sedih itu. Tatkala itu, Ina memeluk Sarina kerana mahu rakannya itu tahu dia ada tika Sarina bersedih.
Dia juga sebak memikirkan nasib rakannya itu. “Sabarlah...sabarlah...kau kena kuat...aku tahu kau sedih, tapi...bersabarlah. Mungkin ada hikmahnya...” dia juga sudah termengkalan dengan tagisan Sarina. Suara Ina sudah menjadi serak-serak basah kerana sedih bertakhta dihati tatkala itu. Air matanya juga sudah menuruni pipi.
“Aku tak kuat Ina...aku tak kuat...aku tak ku...kuat...Ina...peluk aku Ina...aku tak lemah...” sedunya makin menjadi. Basah bahu Ina dek air mata yang mengalir dari mata Sarina.
“Sabarlah mungkin ini ujian buat kau...kau kena banyak bersabar..kau kuat..kau kuat...aku tahu kau kuat...dan...dan...aku percaya kau kuat...malah lebih kuat dari aku...aku tak akan tinggalkan kau...percayalah...aku tak akan tinggalkan kau...kita harungi suka duka bersama-sama...kalau kau sedih...aku pun sedih juga...kalau kau seronok...aku pun seronok juga...” bisik Ina di telinga Sarina yang masih bersedih. Air mata masih menjauhi kelopak mata Sarina. Sudah berpuluh-puluh titis air mata sudah dia jatuhkan.
“Aku sayangkan dia..aku..aku sayangkan dia...aku tak...tak sanggup...nak terima berita ni..Ina...aku sayangkan dia....sampai hati dia tinggalkan aku sendirian...sampai hati dia....”
“Syhh...aku tak percaya dia tak sayangkan kau...aku tak percaya...aku tahu...aku tahu...dari pandangan matanya pada kau...aku tahu..aku cukup kenal dengan pandangan tu...dia sayangkan kau..”
“Tapi kenapa dia buat macam ni? Kenapa? Aku mahu tahu, kenapa dia buat macam ni? Kenapa?” jerit Sarina tanpa dapat ditahan lagi. Hatinya sedih bukan kepalang lagi. Dia ingin tahu kenapa lelaki itu buat dia macam tu. Kenapa? Ina yang mendengar, cuba menyabarkan Sarina dengan menepuk belakang badan Sarina. Sesekali kepalanya terangguk-angguk.
“Ada sebabnya..ada sebabnya...dan sebabnya, aku percaya dia sayangkan kau...”
“Kalau dia sayang aku, kenapa dia buat macam ni? Kenapa?” suara Sarina makin meninggi di iringan dengan tagisan bersama deraian air mata yang laju menuruni.
“Dia sayangkan kau...sebab tu di buat macam ni...dia tak mahu kau terluka...kau faham tak? Dia tak mahu kau terluka...sebab itu dia lakukan ini...dia sayangkan kau...”
Sarina tidak berkata apa-apa. Tidak tahu cara hendak membidas jawapan yang dikemukakan Ina. Dia tidak tahu. Tapi yang dia tahu...hatinya sakit...hatinya derita...
Secara mendadak, dia melepaskan pelukan Ina. Diseka sedikit air mata dengan hujung lengan baju kurungnya.
“Dia ada dirumah tak? Aku nak jumpa dia. Nak tuntut penjelasan.” Suaranya berubah. Matanya membulat.
“Tak pula aku tahu. Surat itu pun ada orang yang bagi pada aku.”
“Jom!” Sarina tiba-tiba berdiri sambil menggengam tangan Ina.
“Pergi mana?” tanya Ina yang jelas, raut wajahnya terkejut dengan tindakan drastik Sarina.
Sarina memandang Ina. “Pergi rumah dia.”
“Kau berani ke?”
“Aku peduli apa! Aku tak kira, aku nak pergi juga. Jom!” tanpa menunggu jawapan dari Ina, diheret rakannya itu mengikutnya. Hampir tersungkur Ina dibuatnya. Kasut sandal berwarna peach, dipakai kalut-kalut. Sudah tidak kira, andai tersilap pasangkan kasut. Rasa hatinya mengatasi lebih dari yang lain.
Sarina berlari, manakala Ina juga yang belum hilang letih berlari sebentar tadi, terpaksa juga berlari.
“Tunggulah aku.” Jerit Ina yang ketinggalan tidak jauh dari Sarina yang laju melangkah larinya.
Tidak lama itu, Sarina dan Ina sampai ke sebuah rumah yang tidak jauh dari rumah Sarina. Rumah kampung dua tingkat itu, menjadi tatapan mata Sarina. Dinding warna merah darah itu menjadi hidangan matanya. Tangga yang berliku itu menjadi hiasan matanya.
Dia terduduk disitu. Air matanya mengalir lagi. Berderai lagi air matanya. Rumah itu kosong. Kosong sekosongnya! Tidak berpenghuni. Dia sudah terlambat. Dia sudah terlambat untuk mengejar. Ina yang berdiri dibelakang Sarina hanya mampu memandang sebak rakannya itu. Perlahan-lahan tangannya menyentuh bahu Sarina, memberi semangat.
“Arghh!!!” lelaki itu sudah pergi...

“Akak kenapa menangis?” pertanyaan Fatahiah mengejutkan Sarina. Idham yang berada di depan Sarina menoleh. Nasib baik Idham saja yang menoleh. Kalau Hafiz turut menoleh, pasti dia akan termalu sendiri.
Mata Sarina dan Idham bertembung. Kemudian, tangan Sarina menyeka cepat-cepat air mata yang sedikit turun dari kelopak matanya. Dia cuba untuk tersenyum walaupun kelat yang dirasakannya. Idham masih memandangnya.
“Tak ada apalah. Mata masuk habuk.” Di tenyeh-tenyeh mata, agar kelihatan seperti masuk habuk yang betul.
“Alah, lakonan plastik aje tu. Guna trick lama. Mata masuk habuk.” Komen selamba Fatahiah.
Komennya yang selamba itu mencuit hati Sarina. Dia ketawa kecil. Buat seketika, mereka senyap. Sarina memandang keliling. Rupa-rupanya mereka hendak mengumumkan pemenang. Kepalanya tertoleh memandang Fatahiah. Kelihatan Fatahiah sedang menghembus nafas, cuba menenangkan dirinya, yang debaran dihati sedang bermukim.
Siapa sangka, ternyata peristiwa hari ini menjadi kenangan. Akhirnya, terbongkar jua pemenangnya. Kemenangan berpihak pada sekolah lama Sarina. Mereka menjerit seronok namun tenggelam dengan tepukan gemuruh yang bergema dalam dewan itu. Sarina mengucapkan tahniah kepada mereka.
Hafiz pula tersenyum meleret sehingga, berada diluar dewan pun masih tersenyum. Sarina tersenyum. Pintu kereta dibuka, namun belum lagi kakinya mahu bergerak masuk kerana Hafiz berada disitu untuk menghantar pemergian Sarina. Anak-anak muridnya berada diluar kereta yang mereka naiki sambil membelek hadiah yang mereka peroleh.
“Terima kasihlah sebab sudi datang.”
“Saya tak kisah pun cikgu. Lagipun, saya tak buat apa-apa pun kalau duduk di rumah. Nasib baik jumpa cikgu, boleh juga saya join sekali.” Ucap Sarina sambil menyeka peluh yang mendiami di dahinya. Hari sudah petang.
“Biar saya lap.” Terus tangan Hafiz mengelap dahi Sarina yang memercik peluh. Sapu tanganya yang sudah dibawa keluar menjamah peluh yang memercik didahi Sarina. Sarina terkedu dan kaku dengan tindakan terburu-buru Hafiz. Entah apa yang merasuk Hafiz hingga memaksa dia berbuat demikian. Mata mereka bertentang.
Sarina terlopong. Tidak lama kemudian, dia tersedar, spontan tangan kanan Sarina menolak kasar gerakan tangan Hafiz bersama sapu tangan yang menari di dahi Sarina. Hafiz yang baru tersedar dengan tindakannya, tergamam. Mereka sepi. Suasana hening.
“Err...maaf.” Hafiz tertunduk kesal. Sepuluh hujung jarinya memintal sapu tangan yang dipegangnya.
“Err..tak apalah. Baiklah, saya pergi dulu. Ucap tahniah pada dia orang.” Terburu-buru Sarina masuk ke dalam kereta. Lalu, dihidupkan keretanya dan tidak lama dia disitu, meluncur pergi meninggalkan Hafiz yang tercengang-cengang.
“Arghh!!!” jerit Hafiz.

No comments:

Post a Comment