Saturday, April 3, 2010

bab18

BAB 18
Beg sudah dibawa masuk ke dalam bonet kereta. Mereka yang lain turut berada diluar. Sarina serta Dan mahu bertolak pulang pada tengah hari itu. Mereka mahu menghantar Dan serta Sarina sehingga ke luar. Dan berdiri sebelah dipintu pemandu yang tertutup. Manakala, Sarina bersalam dengan ahli keluarganya. Kelakuan Sarina disoroti pandangan mata Dan yang memakai cermin mata hitam. Nampak segak benar!
“Dah sampai nanti jangan lupa telefon.” Pesan Puan Aisyah setelah Sarina bersalam dengannya. Sarina tersenyum selepas selesai bersalam dengan ibunya.
“Jangan lupa pula. Bukannya kami tak kenal kau tu. Cepat sangat lupa.” Pesan pula Siti Nurbaya. Mulutnya terherot.
“Kak. Jangan buat mulut macam tu. Macam itik kena palu.” Sempat lagi Sarina mengusik Siti Nurbaya.
“Peribahasa alaf baru ke ni? Wah! Pandai kau sekarang ni sejak...”
“Diamlah.” Sampuk Sarina sebelum Hidayah sempat berkata apa-apa.
“Mak su. Nanti beli coklat untuk kami tau.” Pesan Afsyan yang lebih tua dari Afsyah setelah menyalami Sarina.
“Amboi! Siap pesan lagi? Ikut perangai bapa kamu sebiji.” Dia bercekak pinggang.
“Sempat lagi nak mengutuk abang. Piat telinga baru tahu?” Amir membuat gaya seperti mahu menyiat telinga Sarina. Pantas Sarina mengelak. Dia ketawa kerana Amir tidak dapat piat telingannya.
“Makin berani sekarang sejak ada...”
“Sekali lagi. Diam!” Hidayah masih belum dapat menyempurnakan ayatnya.
“Biarlah dia habiskan ayat dia dulu. Sibuk nak menyampuk aje dia ni.” Sampuk Fawwaz. Mereka ingin tahu apa yang Hidayah berhasrat katakan.
“Dah siap?” suara Dan dari arah belakang mengejutkan Sarina. Tangannya mengurut-ngurut dada.
“Dah.” Ringkas jawapan Sarina.
“Mana pak cik Ariff?” tanya Dan setelah menyedari ketiadaan Encik Ariff.
Mereka yang lain juga turut tertanya. Tertoleh-toleh mereka sekeliling mencari jika Encik Ariff ada disekeliling mereka. Tiada!
“Kat sini.” Serta-merta mereka semua menoleh ke arah suara yang berbunyi. Encik Ariff ada dimuka pintu sedang memakai selipar. Kemudian, berlari-lari anak kepada mereka yang berada diluar pagar rumah.
“Ingatkan pergi mana tadi.” Gumam Puan Aisyah.
“Allah! Tak lari dari awaklah. Jangan risau. Ayang tetap dihati abang.” Sudah keluar ayat mengayatnya.
“Hmm...tengah hari macam ni dah jiwang siap dah.” Selamba Nadya menutur.
“Alah, bukan cik Kiah janda depan rumah tu. Tapi mak awak juga, kan ayang?” terjongket-jongket kening Encik Ariff. Muka Puan Aisyah sudah memerah.
“Ish! Dah tak betul gamaknya ayah kau ni.” jeling Puan Aisyah. Dan yang melihat terasa seronok bersama mereka. Senyuman terukir dibibirnya. Dia berharap Sarina dan dia akan kekal bahagia seperti mereka. Sebut pasal Sarina, Dan masih lagi dalam mogok. Belum lagi sampai tahap gencatan senjata.
“Okeylah, pak cik. Rasanya kami perlu bertolak sekarang. Nanti sampai ke rumah Aiman lewat pula. Takut sampai sana gelap pula.” Dia melihat jam ditangan. Mereka yang lain mengangguk setuju.
Dan bergerak ke arah Encik Ariff. Tangan disua untuk bersalam. Salamnya bersambut. Dan mencium tangan Encik Ariff. Encik Ariff mengatur senyuman dibibir. Dia terasa seronok dengan kehadiran Dan. Walaupun hanya seketika Dan berada disitu. Hatinya terasa gembira.
“Ah, lupa pula nak bagi. Nah!” Encik Ariff menyeluk poket seluarnya setelah usai bersalam dengan Dan. Selepas itu, tangannya yang berisi sesuatu diserahkan kepada Dan. Tangan Dan hulurkan. Hadiah dari Encik Ariff kemudian berada di dalam genggaman Dan. Hadiah itu berbalut plastik bercorak daun dan seekor beruang. Matanya terpaku pada hadiah itu. Kemudian beralih pada raut wajah tenang Encik Ariff.
“Sampai rumah nanti buka. Jangan buka sekarang.” Pesan Encik Ariff. Mereka yang lain senyap. Hanya kedengaran suara rengekkan anak Fawwaz dan Nadya didukungannya. Masing-masing mulut terkatup rapat tetapi telinga terpasang. Hati Sarina membuak-buak ingin tahu. Namun, pesan ayahnya sebentar tadi mematikan niatnya mahu menyuruh Dan membuka dalam kereta.
“Ayah bagi apa?” sampuk Farisya di celah-celah kesunyian itu.
Encik Ariff menjeling kepada anaknya seorang itu.
“Orang tanya, dia jawab dengan menjeling.” Terjuih mulut Farisya. Yang lain ketawa. Begitu juga dengan Sarina dan Dan yang masih lancar demonstrasi.
“Rahsia. Kalau tidak, takkanlah ayah nak balut dengan pembalut hadiah.” Sampuk Puan Aisyah. Gayanya seperti dia tahu.
“Ibu tahu ke?” masih sibuk Farisya ingin tahu.
“Tak tahu. Tapi buat-buat tahu.” Jawab Encik Ariff.
“Ceh! Ingatkan ibu tahu. Tidak nak korek rahsia tadi.” Cebik Farisya.
Mereka tergelak dengan gelagat Farisya.
“Sibuklah dia nak tahu.” Desah Hidayah. Farhan ada disisinya.
“Sudah! Sudah! Nanti bercekau pula kamu berdua.” Amir bersuara.
“Baiklah. Rasanya tak ada apa-apa dah kot?” pandang Dan pada Sarina yang berada disebelahnya sambil membawa masuk pemberian Encik Ariff ke dalam poket kirinya.
Sarina menggeleng. Bola mata Dan kemudian bergerak memandang mereka yang lain dan segera menyalami Amir, Farhan dan Fawwaz. Dan serta Sarina bergerak masuk ke dalam kereta Sarina yang dipandu Dan.
“Kami balik dulu. Asamualaikum.” Ucap Dan setelah kereta yang dipandunya melalui mereka yang lain. Kemudian, hon dibunyikan perlahan. Ahli keluarga Sarina melambaikan tangan sehingga Sarina serta Dan hilang dari pandangan mereka.
Dan meneruskan pemanduannya. Sedangkan Sarina gelisah. Mahu bicara dengan Dan tetapi mata Dan seolah-olah terkena dengan gam gajah hinggakan tidak menoleh ke kiri atau kanan. Sekejap mata Sarina memandang Dan, sekejap memandang dashboard.
“Nak air?” Sarina bersuara basi-basi.
“Baru aje bertolak. Takkan dah nak minum air.” Suaranya seperti tidak ada perasaan. Matanya masih tetap memandang jalan.
“Kenapa dengan awak ni? Marah dengan saya ke? Saya buat salah apa dengan awak?” akhirnya dilontar juga soalan yang berbuku dihatinya.
“Tak ada salah pun.” Pendek sahaja jawapannya.
“Habis kalau tak ada salah, kenapa tak balas mesej saya malam tadi? Kenapa tak jawab masa saya call? Kenapa tunjuk muka macam mati bini?” nada suara Sarina semakin meninggi. Matanya sedaya upaya tidak mahu berjegil.
“Kalau saya kata tak ada apa, tak ada apalah. Faham?” suara Dan juga makin tinggi.
Suara Dan yang meninggi membuatkan Sarina terkejut dan tergamam dengan tindakan tiba-tiba Dan. Matanya mulai hangat dan berair. Rasa bersalah mula menular dalam hati Dan apabila matanya menjengah air mata Sarina yang kian menurun dari kelopak mata. Dia memberhentikan kereta di gigi jalan. Kemudian, dipandang Sarina yang sudah menangis. Air matanya sudah menuruni dagu.
“Sorry, I didn’t mean it.” Dipandang Sarina dengan rasa bersalah yang amat. Setitik demi setitik hujan dipipi Sarina mulai turun. Mata Sarina digerak pandang ke arah lain. Hatinya sakit dengan nada suara Dan yang tinggi. Benci Sarina dengan nada tinggi!
“Tak payahlah nak pujuk! Saya ni bukan siapa-siapa pun pada awak. Nak pujuk buat apa? Buat habis air liur awak aje.” Rajuk Sarina. Terpaksalah Dan mendengar butir bicara Sarina yang sinis. Sendiri buat sendiri tanggung. Kuat suara Sarina.
“Rina. Janganlah macam tu...”
“Sudahlah. Malas saya nak layan awak. Buat sakit hati saja. Tidur lagi bagus. Tak menyakitkan hati.” Sarina masih tersendu-sedan menahan nangisnya. Badannya mengadap pintu dan tingkapnya. Dipejamkan matanya.
“Rina...” Perlahan suara Dan memanggil Sarina. Namun tidak mendapat layanan dari Sarina. Hanya dengusan Sarina kedengaran. Rajuknya sudah menular. Matanya masih dipejam.
Bibir Dan menghela keluhan yang berat. Biarlah Sarina sejuk dahulu, fikir Dan. Tidak lama selepas itu, kereta Sarina meluncur perlahan diatas jalan raya. Sepanjang perjalanan itu, dia dihantui rasa bersalah. Dia melepaskan keluhan yang berat. ‘Nanti-nanti sajalah pujuk dia,’ fikir Dan. Dia tahu bagaimana hendak memujuk Sarina.

Pada sebelah petang, mereka sampai ke rumah Aiman. Tika itu, Aiman baru bangun dari tidur kerana penat bekerja dua puluh empat jam dihospital. Mak dan abah Aiman keluar entah ke mana semasa mereka sampai.
“Masuklah dulu.” Jemput Aiman setelah melihat kehadiran Sarina serta Dan. Dibuka pintu yang bermangga.
“Amboi! Siap bermangga ah.” Perli Dan. Mulutnya terjuih ke depan. Sarina berada di belakangnya. Mangga berjaya dibuka!
“Hah mestilah! Nanti ada juga orang yang culik aku.” Selamba Aiman menuturkannya. Sarina serta Dan masuk ke dalam rumah Aiman.
Kata-kata Aiman mengundang tawa Dan. Ketawa besar punya!
“Kau ni. Tak menjawab tak sah.” Sarina pula bersuara.
“Bukannya kau tak kenal aku. Setiap soalan, ada jawapan.” Masih mahu menjawab.
Sarina mendengus kerana dia setakat ini belum berupaya mengalahkan kata-kata Aiman. Dan ketawa kecil.
“Mana mak lang?” Dan perasan ketiadaan mak Aiman. Selalunya, jika ada sesiapa yang datang pasti akan disambutnya mesra. Senyuman sentiasa menari dibibirnya. Senyum itu sedekah!
“Mak aku pergi mana entah dengan abah. Pergi pekan kot. Tadi mak aku kata nak buat masak lemak. Pergi beli barang untuk buat masak lemaklah gamaknya. Jemputlah duduk.”
Terus Sarina melabuhkan punggung. Dituruti oleh Dan. Aiman pergi ke dapur dan disoroti mata Dan setelah melabuhkan punggung.
“Kau nak pergi mana tu?”
“Pergi buat air kejap.” Jerit Aiman dari dapur. Tangannya sudah mencapai teh Rooibos di dalam almari yang terletak atas.
“Tak payahlah Aiman. Buat susah-susah aje. Kami datang bukannya nak datang pun.” Sampuk Sarina. Matanya memandang Dan kemudian dialih kerana Dan turut memandangnya. Rajuknya masih menapak dalam hatinya. Senyuman tipis menghiasi bibir Dan. Sarina pula mendesah apabila dipandang dengan cara yang seram.
“Alah, bukan susah pun. Ambil air, masukkan sepeket teh kemudian kacau. Siap!” sedulang air teh terhidang di depan mereka. Cepat sungguh Aiman buat!
Punggungnya dilabuhkan setelah dulang berisi air teh dihidang. Matanya memandang Sarina serta Dan yang melihat air teh macam tak makan seminggu. Kerutan didahinya terhias cantik. Menampakkan wajahnya yang comel!
“Tunggu apa lagi. Rembatlah!” suaranya kecil. Dia berdehem.
“Weh, kami ni tetamu. Tolong tuangkanlah.” Sambut Sarina.
“Kalau malas, cakap ajelah.” Bidas Aiman disambut tawa Dan yang ternganga luas. Geli hati dengan wajah Sarina yang cemberut sebenarnya. Masam kelat wajah Sarina kegeraman. Namun begitu, Aiman tetap menuangkan minuman ke dalam cawan. Cawan berisi air teh diletakkan di hadapan Sarin serta Dan.
“Bila kau sampai hari tu?” tanya Dan mahu menceriakan suasana.
“Sampai petanglah juga. Bukannya kau tak tahu Kuala Perlis dengan Sungai Petani. Macam mana duduk kat rumah Rina eh mak Rina.Ada kena buli? Tersyasyul pula. Bahaya kalau kau duduk rumah Rina. Ada juga yang menikah ‘segera’.”
Dan menghadiah senyuman. “Seronok. Tak adanya pak cik Ariff tu nak membuli aku. Lagi suka kat aku adalah.” Seloroh Dan. Jeling sahaja yang Sarina mampu buat tatkala itu.
“Ha’ah?” terangkat kening kiri Aiman ala-ala The Rock.
“Apa?” tanya Dan apabila melihat reaksi Aiman yang seperti memikir sesuatu.
“Tak sangka pula aku ada sepupu sepapat ikan sepat, yang suka SS.”
“Apa tu SS?” tanya Dan bingung. Muncung mulutnya. Keningnya bercantum. Sarina dan Aiman yang tahu makna SS sudah tergelak.
“Syok sendiri. Yang kau Rina, dari tadi asyik jeling Dan aje. Datang bulan ke? Ke terlebih bulan?” sekarang Aiman pula yang kena jeling.
“Aku pula kena jeling. Jangan kau. Nanti mata juling susah pula kalau suka sangat jeling. Jenuh Dan nak cari mata kau nak tengok.” Usik Aiman. Sedikit terukir senyuman dibibir Sarina.
“Kau mula kerja bila pula Dan?” kini perhatian Aiman beralih pada Dan.
“Aku kerja tak tetap waktu. Kalau dia orang panggil aku buat rakaman aku kena pergilah.”
“Wah! Rakaman? Macam artis menyanyilah pula. Suara kau sedap sangat ke?”
“Pandai kau. Macamlah suara kau tu sedap sangat mengata orang.” Bela Sarina.
“Membela nampak. Of course ler. Orang dah sayang. Redah longkang pun sanggup.”
“Mulut kau tak ada insuran ke?” herot mulut Sarina.
“Aku belum beli lagi. Kalau aku beli mungkin aku masuk Book Of Record sebab orang pertama beli insuran untuk mulut.” Lalut Aiman. Mukanya sengaja diseriuskan. Kedua-dua tangannya diletakkan diatas lengan sofa.
Tangan kanan Dan mengambil teh itu dan menghirupnya perlahan kerana teh itu panas. Sarina hanya memandang perbuatan itu. Dia tidak turut berbuat demikian.
“Hah! Kunci kereta kau ada. Kejap aku pergi ambil.” Aiman bangun dan berlalu pergi ke biliknya. Kunci berada di dalam biliknya tersangkut belakang pintu. Buat seketika dia kembali kepada Sarina serta Dan yang masih senyap. Mata meliar merata ke serata rumah Aiman yang ala-ala inggeris.
“Nah!” disuakan kunci hadapan muka Dan. Dia menyambut huluran itu.
“Sedap bawa kereta kau. Bawa laju pun aku tak sedar. Tiba-tiba 140k/j. Ah, sudah! Kena perlahan balik. Tak pasal-pasal kena saman nanti.” Bersemangat Aiman bercerita. Mata siap membulat lagi.
Dan memuncungkan mulut. Sarina buat muka tak bersalah.
“Kita tu memang sedap bawa. Kadang-kadang aku yang dah biasa bawa pun, tak sedar dah lebih had.” Ucap Dan sambil menyendeng pada lengan sofa.
“Eh, jomlah. Nanti sampai lewat pula.” Ajak Dan sambil mata terarah pada raut wajah Sarina setelah meletakkan minuman kembali. Pandangannya mereka bertaut. Aiman pura-pura tidak nampak, malah bermain dengan telefon bimbit miliknya.
Jelingan dihadiahkan buat Dan. Dibalas pula dengan senyuman tipis.
“Apa tengok-tengok? Ada hutang? Ke nak makan penumbuk?” entah datang dari mana keberanian dalam diri Sarina apabila dia dengan berani bertentang mata dengan Dan. Terdongak Aiman dengan suara deras Sarina. Tindakan beraninya sedikit mengejutkan Dan tetapi sengaja buat buat tidak terkejut.
“Jadilah tu. Naik tuli mata aku tengok.”
Suara Aiman yang tinggi menyentakkan mereka. Sarina melarikan pandangan. Dan juga. Seraya itu Dan berdiri. Sarina dan Aiman memandang Dan yang berdiri tiba-tiba. Kemudian, memandang Sarina.
“Jom balik! Nanti lewat pula sampai rumah.” Tipis senyumannya.
‘Ikut suka akulah nak balik bila. Macamlah dia yang nak hantarkan aku. Aku boleh balik sendirilah. Tak guna minyak kereta kau satu sen pun,’ gerutu Sarina dalam hati.
“Awak baliklah dulu.”
“Gila ke apa?” nada Dan tinggi. Tersentak Sarina dengan perkataan yang Dan gunakan. Sarina tidak faham kenapa Dan berkata itu.
“Nanti kalau kena tangkap, macam mana?” jelas Dan dengan niatnya yang sebenar berkata sedemikian. Masuk akal Sarina juga akhirnya.
“Betul tu. Kau sanggup ke nak kahwin dengan aku?” tanya Aiman sambil buat muka teruja hendak tahu jawapan Sarina walaupun dia tahu jawapannya.
“Yalah, yalah.” Sejurus itu Sarina bangun lalu tangan kiri mengambil beg tangan yang terletak antara Dan serta Sarina. Kemudian, memandang Aiman yang turut berdiri.
“Kami pergi dululah.” Wakil Dan terhadap dirinya dan Sarina.
“Tak nak jumpa mak aku dulu ke? Kalau dia tau kau datang sini, mesti marah kau tak jumpa dia. Tambah-tambah bawa...” meleret saja suara Aiman yang penuh makna, memandang Sarina. Terukir senyuman dibibirnya. Dan sudah tersengih seperti kerang busuk. Seronok gatal. Lantas Sarina memukul Aiman dengan beg tangannya.
“Aduh! Aku melawak ajelah. Sakitlah! Garang sangat. Habislah kau nanti Dan. Kes bulilah nanti jadinya.” Dan sudah ketawa terbahak-bahak.
“Dah gatal sangat mulut. Jealous, sebab dia tak ada lagi.” Terjuih mulut Sarina.
“He! Siapa kata aku tak ada berpunya?”
“Aku!”
“Baik sikit ah. Aku dah berpunya tau. Lagi comel dari kau tau. Bak bidadari dari kayangan tau.” Matanya menjeling. Menyerlahkan ketampanannya.
“Jangan bidadarai sudah.” Mata Sarina juga turut membulat. Sangat comel apabila dia melakukan seperti itu. Dan terasa seronok melihat raut wajah Sarina yang kegarangan. Comel! Sebab itu dia suka tengok Sarina marah-marah. Bukan selalu!
“Jomlah.” Ajak Dan.
“Jomlah, jomlah dari tadi. Tapi tak pergi pergi lagi pun aku tengok.” Sindir Aiman sambil tersenyum sinis. Baginya mereka sudah berada di dalam dua alam. Alam maya dan alam realiti!
“Ha! Yalah, kami nak pergilah ni.” Dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Disambut Aiman penuh mesra. Aiman kemudian tayang gigi.
“Nanti kalau senang datanglah lagi, walaupun 15 tahun sekali datang.” Pelawa Aiman tetapi dalam pada masa yang sama turut menyindir. Cukup susah Dan hendak datang ke rumahnya.
“Aku sibuklah. Bukannya aku tak nak datang. Ini pun sebab kebetulan aje. Kalau tak, lambat lagilah aku boleh datang memandangkan kau lambat lagi nak menikah.” Bela Dan yang faham dengan kata-kata Aiman.
“Aku melawak ajelah. Itu pun ambil serius. Aku tunggu kau sebenarnya. Buat sekali senang. Save bajet.” Sambut Aiman. Dan ketawa kecil. Sarina masih diam seribu bahasa.
“Baiklah, aku pergi dulu.” Sekarang Dan serta Sarina berjalan menuju ke pintu yang terletak disebelah sofa yang mereka duduk. Kasut mereka pakai.
Dan membuka pintu kereta dan sekarang berada di dalam. Aiman menunggu di muka pintu, tangannya memegang pintu yang bergeriji manakal Sarina pula sudah memandu keretanya.
Pon!!! Hon dibunyi tanda Dan sudah mahu bertolak. Seraya itu, Aiman mengangkat tangan sambil mulut tersenyum dan mengangguk kepala. Dan bertolak keluar dari garaj rumah Aiman dan hilang dari pandangan mata Aiman.

No comments:

Post a Comment