Saturday, April 3, 2010

bab16

BAB 16
Encik Ariff yang tidur membelakangi Dan memikirkan sesuatu sehinggakan berkerut dahinya. Perasaannya menjadi tidak enak. Bibirnya menguap lalu tangkas saja menekup dengan tangan. Mengelakkan iblis dari masuk. Jika masuk, senanglah untuk mereka memperdaya.
Percakapan malam tadi masih terngiang-ngiang ditelinganya. Masih berbunyi ditelinganya. Masih bergema ditelinganya.

“Hah?! Kamu dah makan ke belum Yong? Baru sampai? Mana suami kau si Razi? Aku tak nampak pun? Dia masuk dalam ke?” Encik Ariff soal siasat macam polis pencen. Puan Azilah a.k.a. mak yong yang berpakaian nyonya melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Encik Ariff. Dadanya berombak naik turun.
“Bagilah yong tarik nafas dulu. Ini main serbu macamlah yong ni penjenayah musin pertama CSI. Abang Razi ada dalam rumah. Baru sampai. Belum makan lagi. Letih tau tak?” ditarik nafas panjang kemudian lepas.
“Letih? Kau ni datang sini berlari ke? Termengah-mengah. Naik turun dada kau macam berlari. Pelik cara kau bernafas ni? Dahlah datang lambat. Rumah dekat aje tapi datang lewat. Lain macam aje,” jelingan usik Encik Ariff menyapa mak yong. Beberapa orang yang memasang telinga berdekit-dekit ketawa. Nasib baik nasi dalam mulut tak tersembur keluar.
“Hish! Otak kuning. Menyampah yong. Ni nak tanya ni.”
“Nak tanya apa pula? Tanyalah? Sekarang kau pula jadi polis pencen.”
“Siapa tu?” jarinya menunjuk pada Dan yang sedang melayan pasangan kembar iaitu anak kepada Amir dan Siti Nurbaya. Pandangan Encik Ariff juga terarah ke situ. Dia ternampak kelibat Dan petang tadi. Fikirannya mencari-cari dimana dia pernah berjumpa dengan Dan. Kemudian, dia teringat Sarina dan Dan pernah berjumpa dengannya di Kuala Lumpur. Untuk mahukan lebih kepastian, dia bertanya pada Encik Ariff dan segera mahu memasukkan jarum.
“Dan. Kawan si Rina. Baru balik bercuti. Kebetulan pula Dan pergi ke sana atas urusan kerja dengan Rina yang pergi reunion kelas. Jadi dia ajaklah Dan datang ke mari. Ada apa hal kamu bertanya ni?” sekarang raut wajah mak yong jadi sasaran mata Encik Ariff.
Terjuih mulut mak yong sambil mengangguk sedikit.
“Bukan apa. Hari tu yong ada terserempak dengan dia orang berdating kat KL...”
“Hish! Orang lain kot. Mata kamu bukannya elok sangat. Buruk!” Sangkal Encik Ariff. Perasaannya menjadi tidak enak dengan nada yang dituturkan mak yong.
“Betul! Saya siap pergi tegur mereka lagi. Rina cakap kawan.”
“Hah?! Betullah kawan. Dia perkenalkan pada aku pun kawan juga.” Sangkal Encik Ariff lagi mahu mengusir perasaan yang tidak enak yang menjamu dihatinya.
“Kawan apa kalau sampai bawa balik ke rumah? Cuba cakap tengok.” Sergah mak yong tetapi perlahan.
“Kawan baik.” Jawab Encik Ariff.
“Kawan baik konon. Tidak takkanlah sampai ke Langkawi mengekor Rina. Kalau dah suka tu ke seberang laut pun rela. Tak mungkin tiba-tiba ada hal di Langkawi sekali dengan Rina. Dah terbukti balik pun sekali.” Hasut mak yong.
“Alah kebetulan aje tu.” Encik Ariff masih mahu membela lagi. Mukanya mula menjadi serius tiba-tiba. Entah mengapa dia tidak suka orang memburuk-burukkan Dan.
“Kebetulan apa? Kalau nak ajak kawan, kenapa tak ajak kawan yang lain? Kenapa ajak Dan saja?” bertubi-tubi soalan dilemparkan.
Encik Ariff senyap. Kemudian, mendadak dia bangun dan pergi dari situ. Mak yong terperanjat dengan Encik Ariff yang tiba-tiba berdiri dan berlalu dari situ.
Mak yong tersenyum.

Bunyian cengkerik mengejutkan Encik Ariff dari lamunannya. Dia mengeluh panjang dan berat. Dia memusingkan badannya dan menatap raut wajah anak muda yang sedang lena dibuai mimpi. Tenang saja wajahnya tika tidur. Encik Ariff berasa dia sudah lama mengenali Dan. Dia tidak menyangka akan jatuh sayang dengan begitu cepat kepada Dan. Dia rasa seperti pernah melihat Dan. Dan yang tenang semasa tidur tidak menyedari Encik Ariff asyik merenungnya. Malam itu mereka tidur diruang tamu bersama beberapa orang lelaki yang lain. Orang perempuan tidur di dalam bilik.
Matanya asyik sungguh menatap wajah Dan. Hatinya resah memikirkan apa yang diperkatakan mak yong malam tadi. Dia tidak suka perkata itu!

No comments:

Post a Comment