Saturday, April 3, 2010

bab29

BAB 29
“Siapa yang call kau tadi?” tegur Hanis sebaik saja Dan melabuhkan punggung. Tok chik serta Rosnida ada disitu, memandang Dan, menanti jawapan darinya.
“Bagilah aku duduk dulu. Kalut betul nak tahu.” Bidas Dan. Dia melepaskan keluhan lega. Lega dapat duduk. Semasa berbual dengan Sarina langsung tidak rasa lenguhnya, tapi setelah talian terputus baru dia sedar. Berbual dengan kekasih hatilah katakan.
Sedar-sedar saja dia sudah berada agak jauh dari rumah tok chik. Dalam diam, kakinya turut berjalan sama naik dengan mulut yang bertutur. Habis pokok bunga tok chik yang berada di tepi rumah, dicantasnya menggunakan tangan. Hampir botak pokok orang tua itu!
“Hah?! Cepat cakap!” paksa Hanis. Tok chik dan Rosnida hanya menguntum senyuman.
“Hish! Sibuk ajelah nak tahu. Ada juga yang balik nanti, berjalan tempang.”
“Berani buatlah.” Hanis tunjuk berani. Agaknya tunjuk berani depan Rosnida. Buat muka berani.
“Eleh, depan Rosnida bolehlah tunjuk macho.” Kutuk Dan. Merah juga muka Hanis. Malu! Rosnida pula hanya tertunduk suka! Senyuman meniti dibibirnya.
“Banyaklah kau.” Hanya itu mampu Hanis katakan. Dia menjeling memandang Rosnida yang turut menjeling apabila mereka bertentang mata.
“Minumlah tu, Dan. Mesti penatkan, bercakap dengan makwe.” Usik tok chik tapi ada juga berbaur perli.
Dan terkedu. Sangkanya tok chik tidak tahu dan hanya senyap tidak bertanya lagi apabila dia menyatakan kawan.
“Alah, kamu ingat tok chik tak tahu? Cara kamu bercakap pun dah tahu. Tengok kamu pergi ketip pokok bunga aku tu, dah tahulah. Botak dah agaknya pokok aku tu, kamu kerjakan. Aku tengok, mula-mula kamu ada hujung sana, kemudian tetiba aje hujung sana pula. Dasyat betul! Kalau nak tahu, itulah simptom orang tengah hangat bercinta.”
Termengkalan terus Dan. Terperanjat juga dia. Hanis pula tersenyum suka. ‘Mengata aku lagi,’ gerutu hati Hanis.
“Bercakap dari pengalaman ye tok chik?” usik Dan pula. Tidak mahu mengalah dengan orang tua itu.
“Memanglah. Dah aku makan garam awal lagi dari kau orang. Tapi aku dulu, guna surat ajelah. Bukannya guna telefon macam kau orang sekarang. Bacalah aku, surat yang dia kirimkan. Baca sambil berjalan. Tahu-tahu, sebelah kaki dah ada dalam longkang. Dari berada atas darat, tiba-tiba aje dah ada dalam air.”
Dan ketawa terbahak-bahak mendengar cerita tok chik. Dapat dia bayangkan sebelah kaki berada dalam longkang sambil membaca surat. Hanis dan Rosnida juga turut tergelak.
“Aduh! Macam-macamlah tok chik ni. Achik Lim tak balik ke?”
“Balik. Tapi kejap aje. Katanya ada kerja. Itulah orang yang duduk dibandar. Nak dapat cuti pun payah. Bukannya selalu datang, sekali sekala cutilah lama sikit. Ini, kerja aje memanjang. Kerja yang lebih penting gamaknya.” Bebel tok chik. Terkesan juga dia dengan tingkah laku anaknya yang jarang balik. Nadanya kecewa.
“Nak buat macam mana, dah dia banyak kerja tok.” Sela Rosnida. Diurut tangan tok chik agar bertenang.
“Itulah kamu...sikit sikit nak buat macam mana, sikit sikit nak buat macam mana. Minta ajelah cuti. Bukannya susah pun. Kenapa? Dia seorang aje yang ada kerja? Dia seorang aje ke yang bekerja di syarikat tempat dia bekerja tu?” luah tok chik. Dan serta Hanis hanya mendiamkan diri.
Mereka berpandangan satu sama lain. Pada fikiran mereka, ada juga yang betul dengan kata tok chik itu. Sedih hati tua itu.
“Tok chik! Kami nak minta diri dulu. Kami nak pergi tempat lain pula ni.” Hanis bersuara.
“Lah...nak balik dah? Kejap aje kau orang duduk sini.” Suaranya kembali seperti biasa.
“Ada tempat lain lagi yang kami nak singgah. Ini pun kami curi curi keluar kejap.” Dan membalas sambil mengetap bibir. Tok chik terangguk faham.
“Minumlah dulu sebelum balik tu.” Jemput Rosnida. Matanya masih tetap memandang Hanis.
Dan serta Hanis mengangguk lalu mencapai cawan lalu meneguknya. Akhirnya habis jua air teh itu.
“Kami pergi dulu. Asalamualaikum.” Mereka berjalan keluar dari rumah itu setelah bersalam dengan tok chik.

No comments:

Post a Comment