Saturday, April 3, 2010

bab6

BAB 6
Sarina masih termenung dibirai katil. Direnung siling yang kosong. Tidak apa corak disitu. Kosong dan putih! Dialih badannya sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Hatinya merindui seseorang. Seseorang yang berada jauh darinya. Laptop diatas meja terpasang tetapi tidak ada aktiviti disitu. Gelagatnya seperti menunggu seseorang.
Beberapa bulan telah berlalu. Hanya beberapam orang sahaja yang mengetahui hubungan mereka. Sekarang Sarina berada di Sik, Kedah. Rumah ibu dan ayahnya. Manakala, Dan berada di Kuala Lumpur. Masing-masing menanggung rindu. Sarina ternanti-nanti mesej dari Dan. Sudah beberapa kali dia mengeluh.
Tiba-tiba Sarina bingkas bangun dari katil dan berjalan menuju ke almarinya. Dia membuka lalu membawa keluar sebuah kotak yang agak besar. Diusung kotak itu ke katilnya. Perlahan-lahan dia membuka kotak itu. Tangannya menyeluk perlahan ke dalam kotak. Sebuah kotak mainan muzik dikeluarkan. Dia merenung kotak itu dan membukanya.
Kedengaran muzik dari kotak itu, sambil sepasang patung sedang menari. Sarina tersenyum.

“Rina. Datanglah kejap,” Dan memanggil Sarina yang agak jauh darinya. Suaranya sedikit kuat agar Sarina mendengarnya. Sarina yang mendengarnya berputar 90 darjah. Dan memandang Sarina. Kedua-dua belah tangannya dibawa ke belakang. Berkerut dahi Sarina. Sarina bersendirian tatkala itu. Dia mahu ke kelas setelah pelajaran kimia di makmal. Tatkala dia melalui bilik ICT, Dan memanggilnya.
Dan tergamit-gamit pada Sarina yang masih leka. Sarina tersedar lalu berjalan kepada Dan. Dia cuba menahan getaran di dada. Semakin dia menghampiri Dan, semakin laju degup jantungnya bergerak. Kelajuan hampir sama dengan kelajuan kereta F1. Micheal Schumacher pun kalah.
“Ada apa?” Sarina cuba bersuara selamba yang boleh. Mimik mukanya sengaja diseriuskan.
“Ada benda Dan nak bagi,” gugup juga Dan. Terketar-ketar juga tangannya. Takut Sarina menolak pemberiannya.
“Apa?”
“Nah!” Dan menghulurkan sebuah kotak. Jari-jemarinya sedikit menggeletar. Dia tidak berani bertentang mata dengan Sarina. Dia menunduk merenung lantai. Ayat majmuk, ayat sonsang, cakap ajuk, cakap pindah sudah dia bina namun sebaik saja berdiri di depan Sarina segalanya lesap.
Sarina mengambil kotak yang Dan beri. Dia memandang Dan dengan berani. Sebelum hanya berani pandang sipi-sipi saja.
“Bukalah,” Dan bersuara tetapi pandang ke lain.
Tangan Sarina ligat membuka kotak itu. Tidak berapa lama kemudian, muzik berkumandang sambil sepasang patung sedang menari. Sarina terkesima. Dia rasa terharu.
“Ikhlas dari Dan.”
“Terima kasih,” Sarina kaget.
“Tapi semua ni tak perlulah Dan. Kita baru saja berkenalan tapi...”
“Dan ikhlas nak bagi pada Rina. Memang niat Dan nak bagi. Kalau Rina buka kotak dan dengar lagu ni, Rina mesti ingat pada Dan,” sampuk Dan sebelum Sarina sempat menghabiskan ayatnya.
Sarina tidak tahu mahu berkata apa. Lidahnya kaku. Dia terus-terusan memandang Dan. Dan pula termalu tiba-tiba dan resah.

Senyuman terukir secara tiba-tiba dibibir Sarina. Air matanya menuruni pipi. Pantas di seka air mata dari membasahi bumi. Dipeluk kotak yang masih mengalunkan muzik itu. Di terbaring di atas katil sambil air mata masih membasahi kelopak matanya. Dia rindu pada Dan. Dia mahu bersama Dan. Hatinya sayu tiba-tiba.
Sedikit demi sedikit air mata titis. Tidak lama kemudian, dia tersedu-sedan. Erat dia memegang kotak itu. Hatinya berazam akan bersama mengharungi dugaan yang mendatang. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.
Sarina menyeka air mata dan segera menjawab panggilan dari Dan.
“Dan,” tersedu-sedu dia memanggil nama Dan. Orang disebelah sana pula resah dan kalut.
“Rina! Kenapa, Rina? Kenapa menangis sayang?” Dan bersuara lembut. Dia mahu memujuk hati Sarina. Dia tidak mahu hati Sarina menangis. Dia tidak mahu hati Sarina sakit walaupun sedikit. Cukuplah hati mereka sengsara lama dulu.
“Dan...” Sarina berulang kali memanggil nama Dan. Hatinya sayu. Begitu juga hati Dan. Air mata Dan juga turut sama mengalir.
“Kenapa sayang? Cuba cerita pada Dan,” pujuk Dan. Makin kuat tangisan Sarina dicorong telefon. Hatinya hiba mendengar perkataan ‘sayang’ yang keluar dari mulut Dan.
“Dan sayang Rina?” perlahan dia menuturkannya tetapi jelas dipendengaran Dan.
“Sudah tentulah sayang. Dan sayangkan Rina. Dari dulu lagi Dan sayangkan Rina. Sudahlah sayang, jangan menangis. Tolong sayang, jangan nangis. Kalau Rina menangis, Dan juga akan turut menangis,” pujuk Dan. Suaranya sudah menjadi serak basah dan kadang kala tidak kedengaran.
“Jangan tinggalkan Rina ya Dan,” Sarina cuba tidak menangis tetapi mengingatkan Dan sahaja sudah membuatkan Sarina kembali beranak sungai.
“Tak, tak. Dan takkan tinggalkan Rina. Dan sayangkan Rina. Dan sayangkan Rina,” Dan tidak dapat mengawal suaranya lagi agar tidak jelas bahawa dia menangis. Tetapi tidak selamanya bertahan.
Sarina yang terbaring diatas katil hanya tersedu sambil sedikit menangis.
“Jangan, jangan nangis sayang. Cuba cerita pada Dan apa yang terjadi? Kenapa Rina tiba-tiba menangis?” Dan masih setia dengan pujukannya.
“Tak ada apa-apalah Dan...Cuma...Cuma...Rina teringatkan Dan. Rina rindukan Dan,” Sarina tidak mahu menceritakan hal sebenar. Dia kembali berderai air mata. Dia cuba untuk bercakap tetapi hatinya masih sedih.
“Dan..” panggil Sarina.
“Ya...” sahut Dan. Dan yang mengadap skrin komputer beralih ke belakang dan menghempas badannya diatas katil. Terbantut kerjanya.
“Rina berjanji akan bersama mengharungi dugaan bersama Dan. Rina hanya sayangkan Dan seorang saja. Rina tak ada lelaki lain selain Dan. Dari dulu sampai sekarang hanya Dan seorang saja yang Rina sayang. Rina tak mungkin sayangkan orang lain lagi. Rina tak mau kehilangan Dan,” ucapannya terhenti disitu. Dan setia mendengar luahan hati Sarina. Sarina mengerekok tetapi masih erat memeluk kotak muzik itu.
“Rina. Rina takkan kehilangan Dan. Dan pun sayangkan Rina seorang saja. Payah untuk hati ini beralih arah. Sebab Rina dah ambil hati Dan senyap-senyap. Dan tak ada hati lagi sebab Rina dah ambil senyap-senyap masa dulu. Baiklah, sayang. Kita berjanji akan bersama. Kita akan bersama-sama mengharungi cabaran yang datang. Dan berjanji,” bicara Dan dengan penuh emosi. Dia juga turut mengalir air mata. Dia tidak mahu kehilangan Sarina yang dia sayang. Dia sangat sayangkan Sarina.
Malam itu, mereka lena dibuai mimpi yang indah. Kata-kata dari mulut mereka sering bermain difikiran mereka. Hati sudah terikat. Malam menanti penuh hiba. Air mata yang berderai menjadi titis-titis air akan menemani mereka mengharungi malam yang sunyi dan hiba.

No comments:

Post a Comment