Saturday, April 3, 2010

bab11

BAB 11
Setelah hampir sejam mereka disitu, pekan Kuah menjadi sasaran seterusnya. Deringan telefon membuatkan Sarina yang berada di pekan Kuah terkejut. Dan pada ketika itu berada di belakang membelek seberkas sudu.
“Asalamualaikum.”
“Walaikumusalam. Ni ibu ni.”
“Ibu, saya dah lama kenal ibu dan saya ni anak ibu. Takkanlah saya tak kenal suara ibu.” Sarina membelek sehelai baju yang menarik perhatiannya. Kombinasi warna dan corak yang menarik.
“Yalah. Date hari tu macam mana?” Puan Aisyah berharap dapat mendengar jawapan yang positif. Sebelum ini selalunya negatif. Macam orang mengandung pula.
“Negatif.” Ringkas dan padat jawapan Sarina. Sedikit kecewa Puan Aisyah. Tapi hendak buat bagaimana lagi, sudah tuan punya badan tidak setuju. Nanti dia risau akan dipersalahkan andai berlaku sesuatu yang tidak diingin.
“Ah, tak apa ibu ada seorang lagi.” Pujuk Puan Aisyah.
“Ya, Allah. Siapa pula kali ni yang jadi suspek ibu? Anak siapa? Kenal ke?” Sarina sedikit meragam. Dia menghentak kaki. Dan yang tertarik dengan suara Sarina yang sedikit pelik terus mendekatinya.
“Hentak, hentak kaki! Kerat kaki baru tau!” Puan Aisyah menjegilkan biji mata. Tika itu, Encik Ariff tiada dirumah. Sarina terlopong.
“Mana ibu tau Rina hentak kaki?” mulutnya ternganga.
“Oit! Dah bertahun kau jadi anak ibu. Masakan ibu tak kenal.” Puan Aisyah memulang paku buah keras. Dan menyentuh bahu Sarina. Lalu, dia menoleh. Dan membuat gaya bertanyakan siapa yang menelefon. Sarina membalas dengan menggerakkan mulutnya tetapi tidak bersuara, mengatakan ibu. Dan terangguk-angguk faham. Sarina masih memegang baju yang dia berkenan tetapi sebaik sahaja melihat harganya, terasa mahu pitam.
“Berbalik pasal tadi, kau kena jumpa dengan dia. Ibu dah booked untuk kau.”
“What? How could you do this to me? Rina tak naklah ibu.” Dia berserabut.
“Apa-apa ajelah. Ibu kena pergi dulu. Ada kerja. Asalamualaikum,” Puan Aisyah segera memutuskan talian. Dia tidak mahu Sarina memberikan lebih banyak ‘ayat-ayat cinta’.
“Arghhh!!!” jeritnya geram. Kening sebelah Dan sudah terangkat.
“Kenapa?” tanya Dan. Tangan kirinya sudah membelek baju kurung. Baginya baju itu akan kelihatan cantik jika Sarina yang memakainya.
“Biasalah. Kerani agensi mencari jodoh panggil dan kata ‘Helo, anda sudah bertemu dengan partner yang nampaknya sesuai tapi agak membosankan, sila cuba lagi lain kali’” siap dengan gaya lagi Sarina melakukannya. Terangguk-angguk, tergeleng-geleng kepala Sarina. Dan tahu apa yang terjadi. Dia ketawa berdekit-dekit.
“Gelak! Gelak! Jangan tanya kenapa tiba-tiba awak duduk atas bumbung.”
“Habis tu nak pergi jumpa ke?” tidak dihiraukan ayat ‘mengancam’ Sarina.
“Kenalah juga. Kalau tak pergi, mahu sepurnama ‘buluh perindu’ berbunyi. Tak larat nak dengar.”
“Kenalah buat rancangan baru nampaknya?”
“Yalah. Pening! Pening! Adoyai!!!” tangannya memegang kepala dan tergeleng-geleng.
“Semoga hubungan kita akan berkekalan. Harap lepas ni ada lagi reunion weh!!!” jerit Farah Wahida seraya mengangkat tangan. Dia kemudian hilang bersama dengan orang ramai yang membanjiri Kuala Perlis. Disitu merupakan pelabuhan yang dekat dengan Langkawi.
“Tengoklah dulu. Nak buat kena ada duit. Tambah-tambah Aiman tengah kuat makan sekarang.” Sambut Amin.
“Tak apa. Aku makan, aku bayar. Selalunya aku yang jadi ‘telaga buruk’ kau orang. Siapa yang tukang perabis makanan kau orang? Ni! Mamat kacak ni juga!” Balas Aiman sambil menuding jari telunjuk di dadanya. Mana tahan orang kutuk gemuk!
“Perasan betul! Kacak tapi tak siapa nak lagi.” Sarina balas. Dan tiada disitu kerana mengambil beg.
“Aku nak kau dulu kau tak nak kat aku. Jadi terpaksalah aku solo kejap. Sekarang tak lagi dah.” Dia mengangkat beg dan meletakkannya di bahu.
“Mana Dan?” tanya Aiman setelah melihat Dan tiada disitu. Rakan-rakannya yang lain sudah pergi dari situ. Hanya tinggal Aiman, Sarina dan Dan yang tidak kelihatan lagi.
“Pergi ambil beg?”
“Dengan beg kau sekali ke?” pelik Aiman rasakan.
“Yup!!!” Sarina cuba buat selamba.
“Wah! Kau sekarang pakai orang gaji ek?” perli Aiman.
“Biasalah. Dah dia nak pergi ambil. Aku pun ambil peluanglah. Boleh rehat-rehat.”
“Kau balik dengan apa?”
“Balik dengan kereta akulah. Kau?”
“Bas.”
“Hai, tak bawa kereta ke? Takkan tak beli lagi kereta doktor oi...”
“Malas. Kalau naik kereta aku nak kena bawa. Kalau naik bas, aku boleh bantai tidur dari sini sampai kampung. Sedap giler tidur.”
Tidak lama kemudian, Dan kelihatan dari celah-celah orang ramai.
“Kau tak balik lagi ke Aiman?” Dan menyapa setelah sampai pada mereka. Dua beg dia bawa. Sarina melihat tanpa buat apa-apa. Baginya sudah ada orang sanggup, buat apa nak tawar menawar.
“Tak lagi. Tunggu bas. Sambil tu boleh mengorat dia ni,” Aiman menjeling ke arah Sarina. Dan yang memahami maksud Aiman ketawa terbahak-bahak. Sarina menjegil biji mata. Pandangannya silih berganti antara Aiman dan Dan.
“Ada benda yang saya tak tahu ke?” dia mendengus. Bibir bawah menjadi mangsa gigitan mulutnya. Aiman sudah membulat mata ke arah Dan yang memandangnya.
“Tak ada apa-apalah. Kau naik bas? Apasal tak naik kereta aje?”
“Saja.”
“Kalau macam tu, kau naik kereta aku. Nanti aku pergi rumah kau ambil kereta aku.” Dan menghulur kunci kereta. Sarina dan Aiman terjongket sebelah kening.
“Habis tu balik dengan apa?” tanya Aiman dan Sarina serentak.
“Nantilah aku pergi rumah kau ambil kereta. Sekarang aku nak berjalan dulu.” Dan menggeliat. Badannya terasa penat setelah berada agak lama di dalam bot.
“Kau nak pergi mana?” Aiman masih tidak puas hati.
“Aku nak pergi rumah Rina.”
Bulat mata Sarina. Aiman pula terlopong. Diam tidak berkata apa-apa. Satu bahasa pun tak terkeluar.
“Kau berani ke? Kot-kot kena hambat dengan pak cik Ariff ke? Hambat guna machine gun pula tu! Tak pun M16. Sekali tembak, alamatnya hi hi bye bye.” Usik Aiman.
“Bukannya dia makan orang pun. Selama ni tak pula aku pernah dengar pak cik Ariff tu makan orang. Dia pun macam kita juga, makan nasi.”
“Sejak bila ayah aku tu jadi geng taliban pula?” sampuk Sarina.
“Yalah! Malasnya aku nak balik dengan kereta. Baru aje rancang nak tidur mati atas bas. Potong stim betul! Okeylah, aku nak bergerak dulu. Selamat bercuti dan jaga-jaga. Fikirlah masak-masak sebelum nyawa anda terbang melayang. Anda mampu mengubahnya! Jangan aku jumpa kau nanti dengan kain kapan sudah.”
Aiman bersalaman dengan Dan. Kemudian, menghadiahkan Sarina sebuah senyuman. Beberapa saat kemudian, Aiman lesap dicelah-celah orang ramai.
Dan memandang Sarina. Pandangan Dan berbalas.
“Jom.”

No comments:

Post a Comment