Saturday, April 3, 2010

bab35

BAB 35
“Opocot mak kau!” Sarina melatah tatkala deringan telefon bimbitnya menyapa telinga. Dia yang memejam mata, untuk mencari ketenangan, terperanjat.
“Hi!!! Nasib baik tak mati.” Omelnya sambil meraba-raba diatas meja, mencari telefon sambil memejam mata. Kemudian, beberapa saat berlalu tetapi telefon masih tidak dijawab, akhirnya dia membuka mata. Dia mencari lalu dicapai telefon bimbit yang berada disebelah laptop.
“Halo?” Sarina memulakan.
“Waalaikumusalam.” Sindir Dan. Suaranya bernada sinis. Terbeliak mata Sarina. Tidak disangka Dan menelefonnya. Dan pantang sungguh orang yang tidak menjawab telefon dengan memberi salam terlebih dahulu.
“Asalamualaikum. Jangan marah. Tengah kusut ni.”
“Kusut? Kenapa? Pasal kerja ke?” tanya Dan. Berkerut dahinya.
“Ha’ah.” Sarina berbohong. Dia tidak mahu Dan tahu apa yang membuatkan dia kusut. Tidak memadai kalau pun Dan tahu. Bukannya boleh buat apa pun. Jadi lebih baik dia berdiam diri sahaja.
“Jangan fikir sangat pasal kerja. Nanti stress. Lagipun, tak patut hal kerja bawa balik rumah. Jangan campur adukkan hal kerja dengan hal dirumah. Hal kerja, biarkan di tempat kerja. Hal rumah, biarkan dirumah. Saat Rina jejak kaki keluar dari pejabat, tika itulah Rina kena tinggal masalah-masalah pejabat. Jangan diangkut sekali. Memang pening kalau masalah kerja bawa balik rumah. Jangan fikir sangat hal kerja. Kenapa? Bos ada kacau sayang ke?” prihatin Dan.
Sarina rasa mahu ketawa pun ada. Kuat juga dia membebel. Namun, tidaklah bebelannya itu seperti maki hamun. Sedap saja dengar di halwa telinga. Lembut nadanya. Persis seorang bapa. Ish, jangan! Nanti Sarina tak dapat kahwin pula dengan Dan.
Encik Hairul kacau Sarina? Biar betul? Mentang-mentanglah dia adalah setiausaha. Asal setiausaha saja, bos ganggu. Tidak semua bos sebegitu. Ada juga yang baik. Dalam kes ini, Encik Hairul seorang yang baik. Bergetar jiwa Sarina, mendengar Dan memanggilnya sayang. Senyuman terus terpahat dibibirnya.
“Tak adalah.”
“Habis tu? Ada orang ganggu ke?” serkap Dan lagi.
“Tak adalah. Cuma penat aje. Fikir pula pasal kahwin kak Farisya.” Bohong Sarina lagi. Malas hendak beritahu hal sebenar yang merunsingkan fikirannya.
“Pasal kahwin kak Fariysa? Yang Rina pergi sibuk fikir pasal kahwin Farisya tu kenapa? Rina ke yang nak kahwin ni? Dan tengok Farisya tu relaks aje, yang Rina pula gelabah kenapa? Hai, ada apa apa ke dengan bakal pengantin lelaki?” Dan senyum.
Bulat luas mata Sarina.
“Tolong sikit. Tak adanya Rina ada skandal dengan si bakal pengantin lelaki tau. Yalah, nak kena fikirlah juga. Rina ada portfolio sendiri dalam kenduri tu nanti tau. Rina dilantik menjadi ketua.”
“Portfolio bahagian apa? Makan?” Dan tergelak.
“Perlilah tu. Benci tau!” Sarina marah seronok. Mentang-mentanglah dia seorang yang kuat makan. Namun, sering kali mereka bertanya padanya, bagaimana dia menjaga badan walaupun dia seorang kuat makan. Sampaikan ada yang mahu resepi badannya maintain kurus.
“Benci? Betul ke?” tanya Dan resah. Kalut betul dia andai Sarina benci dengannya. Sarina sudah seronok mengusik.
“Memang pun.” Jawabnya tanpa rasa apa-apa.
“Betul ke? Baiklah, kalau macam tu.” Terus talian terputus.
Sarina tergamam. Dia menggelebah. ‘Padan muka! Dah merajuk kawan tu. Buat lagi macam tu.’ Jerit hati Sarina. Dia tidak tahu mahu buat apa. Kalut betul dia. Rasa bersalah menjolok hatinya. Dia mendial semula. Dapat! Dia menunggu hingga Dan menjawabnya. Akhirnya, Dan menjawab. Sedikit hati Sarina lega.
“Bukan maksud Rina, benci pada Dan...” meleret suaranya. Dia tidak tahu memujuk. Dia tidak tahu mengatur ayat seterusnya. Pening terus kepalanya.
“Tahu pun menggelabah.” Tutur Dan selamba. Di bibir, terhias senyuman.
“Apa?” tanya Sarina yang kurang mengerti.
“Sebenarnya saja Dan buat macam tu. Nak test Rina. Padan muka.” Dan ketawa seronok.
Tut...tut...tut...
Hilang senyuman dibibir Dan. Hatinya terjentik dengan rasa bersalah. Dia tergamam. Tidak sangka Sarina tersentuh dengan perbuatannya. Menyesal pula dia buat macam itu. Di renung kosong telefonnya sebelum mendial semula nombor Sarina. Sekarang dia pula yang kalut. Akhirnya, talian disambung ke telefon Sarina. Lalu, panggilannya terjawab.
“Sorry. Bukan maksud Dan...” tiba-tiba Sarina ketawa besar. Berdekah-dekah dia ketawa. Dan terjongket kening.
“Padan muka. Kan dah kena balik.” Katanya dalam sisa tawa. Kemudian, dia menyambung kembali gelaknya. Cemberut wajah Dan apabila terkena dengan Sarina.
“Lain kali buatlah lagi. Ini pun saja Rina nak test Dan.” paku buah keras dipulangb semula.
Akhirnya, Dan turut ketawa. Terhenjut-henjut bahunya menahan ketawa agar tidak terlalu kuat. “Oh, balas balik ya. Nanti jagalah. Dan buat balik nanti.” Ugut Dan.
“Alah, masa tu Rina dah bersedia.”
“Kalau bersedia pun, kalau nak terkena, terkan juga.”
“Hah! Ada apa hal Dan telefon ni? Malam-malam buta macam ni telefon?” dia kembali tenang dari tawanya.
“Amboi marah nampak. Saja Dan telefon. Rindu pada Rina.”
“Emmm...yalah tu...” suaranya Sarina seperti tidak yakin.
“Betul! Rindu bangat ni.” Senyuman terhias dibibir mereka berdua. Bergelora hati Sarina mendengar ungkapan rindu itu. Diketap bibir bawah. Dan pula rasa hendak menjerit suka.
“Yalah tu.”
“Betul! Nanti Rina bahagian mana masa kenduri kak Farisya nanti?” dia kembali serius. Macam-macam kerenah.
“Bahagian...”
“Makan pengantin!” jerit Dan. Kerutan jelas di dahi Sarina. Geram betul dia dengan perangai Dan yang kuat menyakat.
“Ish, mana ada bahagian makan pengantin. Makanan pengantin adalah. Ingat ada ke acara makan pengantin. Kalau macam tu, tak ada orang di dunia ni nak kahwin. Asal kahwin aje, kena makan. Alamatnya, tak berpenghunilah dunia ni.” Sahut Sarina geram. Dia menderam. Di ketap bibir bawah geram. Akhirnya, dia sendiri yang sakit.
Dan ketawa terbahak-bahak. Geli hati mendengar jawapan dari Sarina.
“Tapi memang saya bahagian tu pun. Nanti awak kenalah tolong saya.”
“No problem. Sayang untuk awak, apa apa pun boleh.”
“Emm...yalah tu.”
“Rina bila nak datang sini? Mak dengan ayah dah tanya pasal Rina? Kalut betul mereka dengan Rina. Dengan Dan, tak pula kalut.”
“Sudah Dan ada depan mata mereka, nak buat apa bertanya lagi.” Dia buat tidak dengar saja pertanyaan Dan yang sebetulnya.
“Orang tanya dia bila nak datang, dia buat pekak aje. Pekak betul baru tahu.” Dan mengomel. Terjuih juih bibirnya.
“Manalah Rina nak tahu. Okeylah, Rina ada kerja ni. Esok-esok telefonlah.”
“Okeylah. Tapi ada satu permintaan.” Dan tersenyum.
“Apa?” muka Sarina berkerut.
“Cakap, Rina sayang Dan.” Ayatnya itu membuatkan dia masih terus menerus untuk tersenyum.
“Tak naklah. Nanti kalau orang dengar, dia orang kata apa pula.”
“Alah, siapalah nak dengar suara Rina kat sini.”
“Bukan kat rumah Danlah, tapi rumah Rina ni.”
“Alah, please....bolehlah.” pujuk Dan lagi. Suaranya merengek seperti anak kecil yang mahukan susu.
Sarina mengeluh dalam senyuman dibibir. Sarina sudah mengetap bibir. Menahan senyuman yang tidak mahu berhenti.
“Baiklah. Tapi janji letak telefon terus.”
“Yalah. Okey sekarang.”
“Rina sayang Dan.” ucapnya dengan sehabis romantik. Dia mengetap bibir bawah dengan kuat. Berbekas bibirnya itu akibat gigitan darinya sendiri. Pipi mulai merah, malu.
“Yai!!! Gembiranya hati...lalalala...sayang Rina juga. Bye sayang. Selamat malam. Mimpi indah. Jangan lupa mimpikan Dan.”
“Mesti mimpi ngeri. Okey bye. Asalamualaikum.” Talian terputus. Dia masih tersenyum. Diletak telefon disebelah. Dia masih tersenyum. Dia masih tersenyum lagi. Mulutnya tidak terasa langsung lenguh. Senyumannya memang ikhlas. Tidak dapat ditahan. Tanpa dia sedari, seseorang diluar tersenyum mendengar ungkapan Sarina tadi.

No comments:

Post a Comment